MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS (ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM) PENDIDIKAN MORALSPM By Cikgu Isah Binti Impih SSN SMK MUTIARA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 1 Budaya hedonisme dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Terangkan kesan budaya hedonisme terhadap remaja yang terlibat. [8 markah] Antara kesan budaya hedonisme terhadap remaja ialah jenayah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat. Hal ini kerana golongan remaja mudah terpengaruh untuk melakukan aktiviti tidak bermoral kerana mereka masih kurang pegangan hidup. Dengan ini, mereka akan bertindak memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka dengan cara yang salah. Misalnya melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sah seperti penipuan, penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas semata-mata untuk keseronokan dan mendapatkan wang bagi memenuhi kehendak mereka. Oleh itu, tindakan remaja ini menyebabkan mereka terjerumus untuk melakukan jenayah yang merosakkan masa depan mereka. Selain itu, remaja akan cenderung lupa matlamat hidup akibat terjebak dalam budaya hedonisme. Hal ini menyebabkan mereka mengabaikan masa depan kerana inginkan kepuasan dan keseronokan dalam hidup sahaja. Dengan ini mereka akan mengabaikan pelajaran dan lebih serius lagi apabila mereka tidak berminat untuk bersekolah. Contohnya mereka mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Justeru itu, golongan remaja ini tidak akan dapat menjadi pewaris yang akan menerajui negara pada masa akan datang. Hedonisme Pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup sahaja. kk IS wA
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 2 Anda telah dinasihati oleh rakan agar tidak menghadiri sebuah konsert artis luar negara. Menurut rakan anda, konsert tersebut terdedah kepada budaya hedonisme. Anda menjadi serba salah kerana anda telah membeli tiket konsert tersebut dengan harga yang mahal. Apakah tindakan pilihan anda beradasrkan situasi ini? Jelaskan kewajaran tindakan anda. [8 markah] kk wA IS Saya mengambil keputusan untuk tidak menghadiri konsert tersebut. Hal ini kerana, saya tidak mahu diri saya terdedah dengan budaya hedonisme kerana khuatir saya akan terjebak akibat pengaruh sekeliling yang ada. Dengan ini, pilihan yang saya ambil ini dapat menjaga maruah diri saya dan keluarga daripada tercemar. Tambahan lagi, keselamatan diri saya terjamin dengan tidak menghadiri konsert tersebut namun saya akan mencari cara lain untuk menonton artis kegemaran saya. Misalnya saya akan menonton konsert tersebut di kaca TV atau rakaman dalam youtube sahaja. Maka, dengan tindakan berhati-hati saya ini membolehkan saya selamat daripada budaya hedonisme yang boleh merosakkan diri saya. Selain itu, saya juga mengambil keputusan mendengar nasihat rakan untuk tidak pergi menghadiri konsert tersebut kerana untuk menghindari diri saya daripada dikenakan tindakan undang-undang jika berlakunya pemeriksaan daripada pihak berkuasa. Hal ini boleh menyebabkan saya dikenakan hukuman yang boleh menjejaskan masa depan saya. Tambahan lagi, saya akan menyusahkan ibubapa seandainya pihak berkuasa menahan pengunjung yang hadir ke konsert tersebut. Misalnya, semua pengujung yang hadir ke konsert tersebut akan dibawa ke penjara dan disoal siasat apabila didapati budaya hedonisme seperti penyalahgunaan dadah berlaku semasa konsert tersebut. Jelaslah bahawa, pilihan keputusan yang saya ambil ini tidak akan merugikan saya walaupun telah membeli tiket yang mahal kerana saya selamat daripada budaya hedonisme.
Isu langgar lari sering berlaku dalam kalangan pemandu kini. MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 3 Jelaskan kepentingan mempunyai keperibadian mulia dalam situasi ini. Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah] Antara nilai universal yang perlu diamalkan oleh pemandu ialah nilai bertanggungjawab, nilai rasional, nilai hemah tinggi, nilai kejujuran dan nilai baik hati semasa berada diatas jalan raya. Kepentingan berkeperibadian mulia dalam situasi ini ialah menjadi suri teladan kepada orang lain. Hal ini kerana setiap tindakan dan perlakuan kita menjadi tontonan ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Dengan ini kita perlu menjaga perlakuan supaya menjadi contoh teladan kepada orang lain agar menjadi norma dalam masyarakat masa kini. Misalnya jika kita sebagai pemandu secara tidak sengaja telah terlanggar kenderaan lain semasa di atas tempat letak kereta, kita mestilah bertanggungjawab untuk membuat ganti rugi walaupun tiada sesiapa melihat kejadian tersebut. Oleh itu, kita mestilah jujur dalam setiap tindakan supaya keharmonian hidup dalam masyarakat kekal terjalin erat. Selain itu, dapat memberikan ketenangan jiwa kepada diri. Hal ini membolehkan kita tidak tertekan atas rasa bersalah apabila melakukan sesuatu tindakan yang salah seperti kes langgar lari. Dengan ini, tindakan jujur dalam setiap perlakuan dapat membantu kita hidup dengan aman dan harmoni tanpa dibebani rasa bersalah berpanjangan. Contohnya, apabila kita terlibat dengan kemalangan jalan raya seperti kes langgar dari belakang, kita perlu bertanggungjawab untuk membuat ganti rugi bagi membaiki semula kenderaan tersebut. Justeru itu, kita akan disenangi oleh orang lain apabila jujur dalam setiap tindakan dan tidak menyusahkan orang lain. IS wA kk NI
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 4 Sekumpulan remaja telah membuli seorang remaja lain sehingga menyebabkan kematian. Mereka telah dijatuhi hukuman ringan kerana berusia di bawah 18 tahun. Bersetujukah anda dengan hukuman tersebut? Berikan justifikasi anda. [8 markah] Saya tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan itu. Hal ini kerana akan berlakunya perbuatan membuli oleh remaja lain kerana tidak takut dengan hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Hal ini membolehkan remaja yang terlibat dengan perbuatan membuli akan meneruskan tingkahlaku salah ini untuk keseronokan mereka. Tambahan lagi, perbuatan buli boleh diiktiraf sebagai perlakuan jenayah, maka pelakunya harus diadili melalui proses perundangan. Contohnya kes buli yang membawa kepada kematian Zulfarhan Osman Zulkarnanin pelajar Universiti Pertahanan Nasioanl Malaysia pada tahun 2017 akibat di dera kerana dituduh mencuri komputer riba milik rakannya. Jelaslah bahawa, perlakuan membuli akan berterusan jika tiada hukuman berat dikenakan kepada pesalah. Selain itu, hukuman ringan yang dikenakan ini juga adalah tidak adil bagi mangsa dan keluarga mangsa yang dibuli. Hal ini kerana ada kalangan mangsa buli yang meninggal dunia akibat perbuatan kejam pembuli. Dengan ini menjadi sangat tidak adil kepada mereka yang terlibat jika hanya hukuman ringan dikenakan kepada pelaku buli kerana pastinya mereka tidak akan sedar akan kesalahan yang dilakukan itu. Tambahan lagi, perbuatan ini akan semakin berleluasa dan menjadi ikutan generasi muda yang lain kerana berasa senang apabila dapat membuli orang lain. Misalnya kes buli di sekolah berasrama semakin menjadi-jadi pada masa kini. Jelaslah bahawa hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada pembuli agar dapat membendung budaya buli dalam kalangan remaja. IS wA kk
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 5 Sebagai anggota polis trafik, anda telah menahan seorang pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Setelah disoal, anda mendapati pemandu tersebut memandu laju kerana membawa ayahnya yang sedang sakit tenat ke hospital. Apakah tindakan anda. Berdasarkan situasi tersebut, apakah pilihan penyelesaian anda sama ada menggunakan prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan. Berikan justifikasi atas pilihan anda. [8 markah] Saya akan bertindak berdasarkan prinsip keprihatinan iaitu dengan memberikan nasihat dan teguran kepada pemandu kenderaan tersebut. Hal ini kerana untuk memberikan kesedaran kepada pemandu bahawa tindakan memandu laju boleh mengancam keselamatan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya yang lain. Tambahan lagi, memandu laju juga boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan jalan raya. Misalnya tindakan saman dan ganti rugi apabila berlakunya kemalangan akibat kecuaian pemandu yang memandu laju. Oleh itu, setiap kesalahan yang berlaku di atas jalan raya mesti diberikan teguran dan nasihat agar dapat memberi kesedaran kepada pemandu walaupun berada dalam kecemasan. Selain itu, saya juga akan mengiringi pemandu bersama ayahnya yang sakit sehingga sampai ke hospital. Hal ini kerana dapat memudahkan perjalanan mereka untuk sampai dengan lebih cepat dan selamat. Dengan ini, saya akan memberikan isyarat supaya kenderaan lain dapat memberikan laluan kepada pemandu ini demi menyelamatkan nyawa ayahnya. Contohnya saya akan membunyikan siren kecemasan polis trafik sepanjang perjalanan sehingga tiba ke hospital. Justeru itu, ayah pemandu ini dapat menerima rawatan dengan segera. kk wA is
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 6 Florin bekerja di sebuah kedai kasut terkenal. Florin tidak mampu membeli kasut yang dijual di kedai tersebut. Pada suatu hari, dia mencuri sepasang kasut sukan untuk anaknya yang akan mewakili sekolah dalam acara sukan. Anda yang bekerja di kedai tersebut juga telah melihat perbuatan Florin. Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang perlu anda lakukan? Jelaskan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang telah anda pelajari. [ 8 markah] Saya akan mengamalkan nilai bertanggungjawab, nilai rasional, nilai kejujuran, nilai harga diri dan nilai hemah tinggi apabila berhadapan dengan situasi seperti di atas. Antara tindakan yang akan saya lakukan ialah saya akan melaporkan perbuatan Florin kepada pihak majikan. Hal ini saya lakukan untuk memberi kesedaran kepada Florin tentang tindakan yang dilakukan olehnya adalah salah. Tambahan lagi, Florin perlu bertindak jujur sebagai pekerja di kedai kasut tersebut. Contohnya dalam hal ini Florin boleh memberitahu majikan jika dia tiada wang untuk membeli kasut dan boleh meminta majikan untuk mengambil terlebih dahulu kasut tersebut kerana sangat perlu untuk anaknya dan berjanji untuk membayar apabila sudah menerima gaji. Jelaslah bahawa perbuatan jujur sangat penting untuk menjaga maruah diri. Selain itu, saya akan membantu Florin dengan memberikan dia sedikit sumbangan dalam bentuk wang untuk membantu meringankan beban Florin. Hal ini membolehkan Florin dapat membeli keperluan untuk anaknya seterusnya dapat membantu kewangan Florin. Dengan cara ini Florin akan menyedari ada rakan yang memberi perhatian dan menyayangi dia sebagai sahabat yang boleh membantu apabila berada dalam kesusahan. Misalnya saya akan sentiasa menasihatkan Florin jika ada masalah kewangan dia boleh meminta pertolongan daripada rakan atau majikan dan tidak akan mengulangi kesalahan mencuri apabila berada dalam keadaan terdesak. Oleh itu, Florin akan menjadi lebih tenang apabila tidak melakukan perbuatan yang salah. kk is ni wa
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 7 Kelvin menerima e-mel yang menyerupai laman sesawang bank yang memintanya untuk mengemas kini maklumat akaun. Tanpa rasa raguragu, Kelvin terus mengemas kini maklumat peribadi perbankannya. Beberapa hari kemudian pihak bank menghubungi Kelvin untuk mengesahkan pengeluaran sejumlah besar wang yang telah dibuatnya. Anda telah menerima e-mel seperti situasi diatas. Apakah tindakan yang harus anda lakukan? [8 markah] wa kk is Tindakan saya ialah saya akan memberitahu hal ini kepada ibubapa saya. Hal ini membolehkan saya berbincang dan menerima pendapat ibubapa agar saya tidak menjadi mangsa penipuan. Dengan ini saya akan bertindak seperti yang telah dinasihatkan oleh ibubapa saya kerana saya yakin mereka sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam perkara ini. Contohnya, tindakan saya ialah mengabaikan e-mel dengan tidak membuat kemaskini seperti yang dikehendaki. Maka, saya akan terselamat daripada sebarang kerugian akibat penipuan dalam talian ini. Selain itu, saya juga akan menelefon pihak bank untuk membuat pengesahan kesahihan maklumat yang saya terima. Hal ini bagi membolehkan saya mengetahui perkara sebenar sebelum melakukan tindakan seperti yang diminta dalam e-mel. Dengan ini dapat menyelamatkan akaun bank saya daripada diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Contohnya saya akan bertindak menukar kata laluan kad atm dan perbankkan dalam talian saya. Oleh itu, saya mesti berhati-hati sebelum mengambil apa-apa keputusan untuk mengelakkan daripada di tipu.
Pelan antirasuah Malaysia 2019-2023 MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 8 Maklumat di bawah berkaitan dengan usaha kerajaan untuk memartabatkan integriti di Malaysia. Usaha tersebut menunjukkan kepentingan amalan sikap amanah dalam kehidupan harian. Huraikan implikasi yang akan berlaku jika usaha kerajaan tersebut diabaikan oleh individu. Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang telah anda pelajari. [8 markah] Antara nilai yang perlu diamalkan ialah nilai harga diri, nilai bertanggungjawab, nilai rasional, nilai kejujuran dan nilai kerajinan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku rasuah. Imej diri terjejas antara implikasi yang akan berlaku jika usaha kerajaan dalam pelan antirasuah diabaikan. Hal ini kerana, kegiatan rasuah yang dilakukan oleh individu akan diketahui oleh orang ramai. Tambahan lagi, apabila berita telah tersebar individu yang terlibat dengan rasuah akan sukar mendapat kepercayaan orang lain. Dengan ini individu berkenaan akan mendapat malu akibat perbuatan terlibat dengan rasuah. Misalnya kes rasuah yang berlaku mendapat liputan media sepeti siaran berita, media sosial dan akhbar. Maka, individu yang terlibat dengan rasuah akan menghadapi tekanan emosi akibat pandangan masyarakat sekeliling kepada diri dan membabitkan keluarganya. Selain itu, implikasi yang diterima oleh individu yang terlibat dengan rasuah juga ialah akan menerima hukuman. Hal ini menyebabkan individu tersebut disiasat oleh pihak SPRM dan akan dijatuhkan hukuman apabila terbukti bersalah. Dengan ini individu yang terlibat dengan rasuah akan didakwa di mahkamah dan menjalani proses perbicaraan bagi membuktikan kesalahan yang dilakukan sebelum dikenakakan hukuman. Contohnya hukuman denda wang ringgit atau dipenjarakan akan dijatuhkan kepada pesalah. Justeru itu, individu ini akan kehilangan pekerjaan akibat perbuatan terlibat dalam rasuah. kk is wa is
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 9 Sebagai individu yang berperikemanusiaan, jelaskan tindakan yang patut dilakukan untuk memelihara alam sekitar. [8 markah] Antara tindakan berperikemanusiaan untuk memelihara alam sekitar ialah menjaga kelestarian alam sekitar dengan tidak melakukan pencemaran. Hal ini membolehkan masyarakat dapat hidup dengan selesa dan selamat daripada ancaman kesihatan kerana pencermaran yang berlaku. Dengan ini masyarakat boleh menjalankan aktiviti yang boleh memelihara dan memulihara alam sekitar. Misalnya mengadakan gotong royong membersihkan kawasan perumahan sebulan sekali dengan menanam pokok sekitar kawasan untuk mengindahkan lagi kawasan tempat tinggal serta selamat daripada ancaman nyamuk aedes. Oleh itu, alam sekitar yang bersih memberikan keselesaan kepada semua masyarakat. Selain itu, mengelakkan pembakaran terbuka untuk menjaga kualiti udara agar tidak tercemar. Hal ini kerana pembakaran terbuka boleh menyebabkan pemanasan global yang boleh mengundang pelbagai kesan negatif kepada manusia dan hidupan lain. Dengan ini, masyarakat boleh bertindak membuang sampah ke tempat pelupusan sampah dan mengelakkan pembakaran sampah. Misalnya pembakaran terbuka ini boleh menyebabkan jerebu yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia. Justeru itu, masyarakat harus bijak dalam mengurus alam sekitar bagi mengelakkan pencemaran berlaku. wa kk is
Institusi pendidikan merupakan satu wadah untuk murid pelbagai kaum berjumpa dan menimba ilmu pengetahuan. Murid akan saling mengenal dan menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain. Maka, amalan perpaduan melalui pendidikan dapat diterapkan dalam jiwa generasi muda. MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 10 Pernyataan di bawah berkaitan dengan amalan perpaduan dalam pendidikan. Wajarkah kerajaan menumpuhkan pelaksanaan aktiviti yang bertemakan perpaduan di institusi pendidikan?. Berikan justifikasi anda. [8 markah] Wajar. Hal ini demikian kerana aktiviti yang dilaksanakan akan disertai oleh murid pelbagai kaum di institusi pendidikan. Tambahan lagi ianya dapat mewujudkan komunikasi yang baik dalam kalangan murid. Dengan ini dapat merapatkan hubungan murid yang berlainan kaum serta dapat mengenali adat dan budaya kaum lain. Contohnya semasa pelaksanaan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) seperti sambutan Hari Raya di sekolah murid-murid dapat memperagakan pakaian tradisional masing-masing. Oleh itu, dengan cara ini murid dapat mengenali kepelbagaian kaum untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Selain itu, pelaksanaan aktiviti bertemakan perpaduan juga membolehkan murid bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Dengan ini dapat mewujudkan suasana harmoni ketika murid berada di sekolah yang seterusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Tambahan lagi murid akan lebih menghormati antara satu sama lain apabila dapat mengenali budaya dan amalan kaum lain. Misalnya, murid bergotong-royong semasa membuat persediaan sambutan Hari Guru di sekolah yang dapat membentuk budaya saling membantu untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Justeru itu, amalan perpaduan melalui pendidikan dapat diterapkan dalam jiwa generasi muda. kk wa is
Hmm…bosannya duduk di rumah bersendirian. Tiada sesiapa di rumah. Jom, teman saya berbual. MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 11 Trend mengemas kini status melalui aplikasi laman sosial pada masa kini semakin menjadi budaya generasi muda Ramalkan implikasi dari segi keselamatan remaja sekiranya trend ini berterusan. Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang telah anda pelajari. [8 markah] Nilai yang perlu diamalkan oleh golongan remaja ialah nilai harga diri, nilai bertanggungjawab, nilai rasional, nilai kesederhanaan dan nilai hemah tinggi bagi menjaga keselamatan diri. Antara implikasi keselamatan yang akan berlaku kepada remaja yang cenderung terlibat dengan trend ini ialah remaja tersebut akan menjadi sasaran penjenayah. Hal ini membolehkan penjenayah dapat mengesan lokasi mangsa dengan mudah. Dengan ini penjenayah akan menggunakan kesempatan ketiadaan penjaga di rumah untuk melakukan jenayah. Tambahan lagi, tindakan mengemaskini status dan lokasi kediaman merupakan tindakan yang sangat membahayakan diri. Contohnya, remaja tersebut akan terdedah dengan ancaman rompakan atau rogol. Oleh itu, seseorang remaja yang suka berkongsi status dalam laman sosial perlu berhati-hati dengan tindakan tersebut agar diri selamat daripada bahaya. Selain itu, remaja tersebut juga terdedah kepada aktiviti berunsur seksual. Hal ini menyebabkan remaja tersebut terdedah dengan ancaman seksual apabila penjenayah tersebut mula mendekati dan berbaik-baik untuk membina hubungan emosi. Dengan cara ini mangsa akan menuruti kehendak penjenayah tanpa menolak. Misalnya, remaja menjalin hubungan cinta dengan penjenayah kerana telah menerima layanan dan mengisi kesunyian ketika remaja tersebut berseorangan. Maka, tindakan ini akan menyebabkan remaja tersebut menjadi mangsa seksual apabila terus mempercayai dan mempunyai perasaan yang mendalam terhadap penjenayah tersebut. is kk ni is
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 12 Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh pemilik filem dalam mengawal hak karyanya daripada dieksploitasi tanpa kebenaran. [8 markah] Antara tindakan yang boleh diambil oleh pemilik filem ialah melaporkan kepada pihak berkuasa bagi tujuan penguatkuasaan. Dalam hal ini pihak berkuasa akan mengesan individu yang memuat naik filem tanpa kebenaran. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa akan menyita barang-barang milik individu yang memuat naik filem. Contohnya pihak polis atau KPDNKK agensi yang berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan memuat naik filem di laman sosial. Oleh itu, tindakan penguatkuasaan ini dapat membantu pemilik filem untuk menjaga keaslian hasil karya mereka. Selain itu, pemilik filem juga boleh mendaftarkan filem mereka dibawah perlindungan harta intelek Malaysia. Hal ini membolehkan pemilik filem melindungi hak cipta yang dikeluarkan mereka dibawah undang-undang yang diperuntukkan. Dengan cara ini juga pemilik filem boleh melindungi filem yang diterbitkan daripada disalahguna oleh pihak tertentu. Misalnya Akta Hak Cipta melindungi filem daripada dicetak rompak oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Jelaslah bahawa, perlindungan ini amat penting supaya hasil karya pemilik filem terus terpelihara dan tidak disalahguna sehingga menyebabkan kerugian kepada industry filem negara. kk is wa
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 13 Kes langgar lari sering berlaku dalam kalangan pemandu masa kini. Jelaskan kepentingan mempunyai keperibadian mulia dalam situasi ini. [8 markah] Antara kepentingan mempunyai keperibadian mulia ialah membolehkan diri kita dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain. Hal ini kerana pemandu berani mengakui kesalahan yang telah dilakukan. Dengan ini pemandu yang terlibat dapat sedia memberikan kerjasama jika ada sebarang konflik pertikaian yang berlaku akibat kemalangan. Misalnya, selepas terlibat dengan kemalangan pemandu perlu membantu mangsa dan meminta maaf atas kemalangan yang terjadi. Maka, dengan cara ini dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dengan cara yang harmoni tanpa persengketaan. Selain itu, keperibadian mulia dapat memberi ketenangan jiwa kepada diri. Hal ini membolehkan kita tidak dihantui rasa bersalah jika dapat menyelesaikan kes kemalangan dengan cara yang betul. Tambahan lagi, kita perlu yakin dengan undang-undang yang akan memberikan keadilan kepada kedua-dua pihak yang terlibat dengan kemalangan. Contonya, jika saya melarikan diri selepas kemalangan akan menyebabkan saya dihantui perasaan bersalah dan akan menyebabkan orang yang tidak bersalah teraniaya sepanjang hidup. Oleh itu, kita dapat hidup dengan tenang dan bahagia bersama keluarga. kk is wa
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 14 Jelaskan kepentingan kempen Earth Hour kepada masyarakat global. Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang telah anda pelajari. [8 markah] Kita perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab, nilai rasional, nilai kerjasama, nilai kesederhanaan dan nilai kerajinan dengan menyokong kempen Earth Hour yang dijalankan. Antara kepentingan kempen Earth Hour ialah dapat mencetuskan kesedaran kepada masyarakat global tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar. Hal ini dapat membantu melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup lestari dengan alam sekitar. Tambahan lagi, alam sekitar akan lebih terjaga apabila masyarakat sedar akan tanggungjawab untuk menjaga persekitaran daripada ancaman pencemaran. Contohnya masyarakat dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan menggunakan dengan cara berhemah yang membantu mengurangkan pemanasan global. Oleh itu, masyarakat global dapat meminimumkan isu berkaitan perubahan iklim dunia. Selain itu, kempen Earth Hour juga dapat mengurangkan kemusnahan sumber alam semula jadi. Hal ini seterusnya menjadi suri teladan kepada generasi muda tentang kepentingan memelihara alam sekitar. Dengan ini masyarakat dapat mempraktikkan amalan budaya mesra alam dalam kehidupan seharian. Misalnya, mengurangkan penggunaan beg plastik dengan cara membawa beg sendiri dari rumah semasa membeli belah di pasaraya bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar. Jelaslah bahawa kempen ini dapat mewujudkan masyarakat global yang prihatin tentang kelestarian alam. kk is wa ni
MODUL TEKNIK KK.NI.WA.IS ESEI PENDIDIKAN MORAL SOALAN 15 Jiran anda yang berasal dari luar negara mengundang anda sekeluarga menghadiri majlis makan malam yang diadakan dirumahnya. Ibu anda tidak membenarkan anda menghadirinya kerana berasa kurang selesa dengan perbezaan budaya. Anda pula telah bersetuju untuk menghadiri majlis tersebut. Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah anda dapat menyelesaikan dilema tersebut? Justifikasikan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. (8 markah) Saya akan mengamalkan nilai bertanggungjawab, nilai rasional, nilai hormat, nilai toleransi dan nilai baik hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Saya akan berbincang dan menerangkan kepada ibu bahawa memenuhi jemputan jiran untuk sesuatu majlis adalah antara adab dengan jiran. Hal ini demikian untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kejiranan. Tambahan lagi, semangat kejiranan dapat dipupuk jika kita saling memahami adat dan budaya antara satu sama lain. Contohnya, jiran boleh membantu menjaga rumah ketika kita bercuti balik ke kampung. Oleh itu, kita mestilah saling hormat menghormati dan menjaga hubungan yang baik antara jiran tetangga. Selain itu, saya juga akan membawa ibu bersama ke majlis makan malam jiran. Hal ini adalah untuk membolehkan saya dan ibu berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan jiran yang baru ini. Dengan ini, hubungan baik dengan jiran akan terjalin erat apabila dapat mengenali jiran dan dapat menerima perbezaan budaya yang diamalkan. Misalnya, perbezaan adat, makanan dan cara berpakaian jiran yang berasal dari luar negara. Maka, apabila kita mengenali perbezaan budaya antara masyarakat ini membolehkan kita boleh hidup aman dan harmoni dalam negara Malaysia. kk wa ni is