TUGASAN 1
SK:1.3, 2.3
SP:1.3.1, 2.3.1
Tajuk: Rahsia Kebahagiaan
Tatabahasa: Jenis Ayat dan Ragam Ayat
Panduan Menjawab Tugasan
1. Kamu dikehendaki menonton video ini untuk imbas semula tajuk pelajaran
lalu:
Jenis Ayat: https://youtu.be/Fx0C_TgTxxs
2. Kamu diminta menonton video ini untuk mengetahui Ragam Ayat: Ayat Aktif
dan Ayat Pasif: https://youtu.be/0WzVWXSpw2U
3. Kamu diminta melaksanakan aktiviti ini:
4. (i) Ayat Aktif dan Ayat Pasif: https://wordwall.net/resource/11313547
(ii) Jenis dan Ragam Ayat: https://wordwall.net/resource/11312708
Latihan Pengukuhan Ayat Perintah: https://forms.gle/wcr8fhfd8enZYCKA8
5. Kamu diminta membuka buku teks ms 8. Baca petikan dan senaraikan Jenis
Ayat dan Ragam Ayat yang telah anda pelajari. Tuliskan jawapan di dalam
buku Tatabahasa. Contoh panduan menulis jawapan adalah seperti berikut:
Contoh Ayat Jenis atau Ragam Ayat
1. Keluarga saya mengamalkan Ayat Penyata
dua budaya yang berbeza, iaitu
budaya India dan budaya Cina
TUGASAN 2
SK:5.1
SP:5.1.1
Tatabahasa : Kata Nama Am dan Penjodoh Bilangan
Panduan Menjawab Tugasan
1. Kamu dikehendaki menonton video ini untuk imbas semula tajuk tatabahasa
berikut:
Kata Nama Am: https://youtu.be/2YWRHxP4Hwg
Penjodoh Bilangan: https://youtu.be/Ea1fR2PI5J0
2. Kamu diminta membaca petikan di bawah dan memahaminya.
3. Kamu diminta mengenalpasti Kata Nama Am dan Penjodoh Bilangan yang
terdapat dalam petikan.
4. Garisi Kata Nama Am dan Penjodoh bilangan yang kamu jumpa di dalam
petikan
5. Kamu diminta mencetak dan menampal di dalam buku tatabahasa atau
menulis jawapan sahaja di dalam buku tatabahasa bagi yang tiada mesin
pencetak.
6. Selamat membuat Latihan.
Tajuk : Seronoknya Keluarga Amar
Encik Zakaria memandu keretanya melalui sebatang jalan kampung. Terdapat
sebuah rumah tradisional Melayu di kawasan itu.
Encik Zakaria meneruskan pemanduannya. Ketika itu, hari masih pagi lagi. Encik
Zakaria melihat jam tangan yang dipakainya. Seutas jam tangan berwarna putih itu
merupakan hadiah pemberian isterinya. Beliau memandu kereta dengan berhati-hati
melalui jalan yang sunyi.
Di tepi jalan itu terdapat beberapa batang pohon kayu yang rendang. Beberapa
ekor monyet kelihatan di kawasan itu. Cuaca pada hari itu amat baik. Kelihatan
beberapa kawan burung sedang terbang. Beberapa gumpal awan putih menghiasi
ruang langit yang biru. Amar sekeluarga bergambar di hadapan pintu masuk ke Hutan
Lipur Lata Bayu.
Setelah tiba di kawasan perkelahan, ibu Ammmar membentangkan sebidang
tikar mengkuang. Kemudian, beliau pun menghidangkan bekal makanan yang
dibawa. Beliau meletakkan segugus buah langsat, seikat buah rambutan, sesikat
pisang, dan beberapa potong kek. Beberapa biji gelas pula diletakkan di sekeliling
makanan itu. Selepas itu, beliau memasukkan beberapa ketul ais ke dalam jag yang
berisi minuman. Akhirnya, hidangan yang enak tersedia di hadapan mata.
Setelah menikmati makanan, Ammar sekeluarga bermandi-manda dengan
gembiranya.