The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LATIHAN SEMASA CUTI PKP FASA 3 (20-24 APRIL 2020)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by n.azura.hanapi, 2020-12-01 03:38:33

LATIHAN BAHASA MELAYU

LATIHAN SEMASA CUTI PKP FASA 3 (20-24 APRIL 2020)

(

LATIHAN MASA CUTI PKP FASA 3 (20-24 APRIL 2020)
Cikgu Noor Azura bt Mohd Hanapi ( SK Bandar Anggerik )
Latihan Tatabahasa
Isnin- 20 April 2020

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Jambatan yang itu akan dilebarkan oleh pekerja Majlis Daerah Batu Pahat untuk

kemudahan penduduk Kampung Parit Raja.

A patah

B senget

C sempit

D pendek

2 Nelayan itu membuang yang tersangkut pada pukatnya kerana hidupan laut ini
tidak boleh dimakan.
A bari-bari
B abuk-abuk
C sibur-sibur
D ampai-ampai

3 Pelbagai telah diberikan oleh pemaju perumahan itu kerana gagal menyiapkan

Projek Kediaman Mesra Rakyat itu.

A alasan

B kritikan

C cemuhan

D tohmahan

4 pandangan pegawai penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia itu, rancangan

dokumentari sangat sesuai tontonan seisi keluarga.

A Pada ... untuk

B Pada ... dengan

C Bagi ... terhadap

D Dalam ... kepada

5 Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya melawat ke Pulau Langkawi pada cuti
persekolahan akhir tahun nanti.
A akan
B harus
C masih
D pernah

(
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Muhammad Aidil dan kawan-kawannya amat gemar Internet untuk mendapatkan
maklumat tentang pelajaran yang mereka kehendaki.
A merayau
B melayari
C meninjau
D menjenguk

7 Sultan Selangor dan Sultanah Norashikin menerima mengadap delegasi seni dan
kebudayaan dari negara Brunei Darussalam itu.
A bertitah
B berkenan
C berangkat
D bersemayam

8 murid Tahun Enam Waja membuat kerja masing-masing apabila melihat Cikgu
Hamdan menuju ke kelas mereka.
A Semua
B Seluruh
C Sekalian
D Setengah

9 Pengurus syarikat jualan langsung itu selalu menabur janji kepada para pelanggannya
namun, satu pun tidak pernah ditunaikannya.

Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A lesung mencari alu.
B lidah tidak bertulang.
C nasi sudah menjadi bubur.
D menanti kucing bertanduk.

(

10 Golongan remaja yang masih menganggur dipelawa untuk menceburi bidang ketenteraan
sebagai kerjaya mereka.

Pilih perkataan sinonim bagi menceburi.

A melibati
B merestui
C mewarisi
D mendalami

11 Penyerahan bantuan khas kepada mangsa banjir itu akan dijalankan pada pagi ini di Dewan
Orang Ramai Kampung Sentosa.

Pilih perkataan antonim bagi penyerahan.

A Penutupan
B Pengambilan
C Penyampaian
D Penganugerahan

12 Pilih kata tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Saya telah serahkan skrip jawapan karangan saya itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak
dan dinilai semula.

A Di manakah Cikgu Farhana letakkan skrip jawapan karangan kamu itu?
B Bilakah kamu serahkan skrip jawapan karangan kamu itu kepada Cikgu Farhana?
C Siapakah yang mengambil skrip jawapan karangan kamu itu daripada Cikgu Farhana?
D Mengapakah kamu serahkan skrip jawapan karangan itu kamu kepada Cikgu Farhana?

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat yang betul.

13 A Cik Lizawatie baharu sahaja melaporkan diri di tempat kerja barunya.
B Dia baharu sahaja sampai dari Kuala Lumpur menaiki kereta api elektrik.
C Encik Ghani membeli kereta baru di Kota Bharu, Kelantan baharu-baharu ini.
D Abang menghadiahi adik basikal baharu sempena hari ulang tahun kelahirannya.

14 A Mahadi menjaga beberapa ekor anak kucing siam dan anak kucing parsi.
B Seri Rampai Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan ala Pantai Timur.
C Lelaki itu ditangkap polis kerana menjual barang lancung kepada pelanggannya.
D Pekerja Jabatan Pertanian sedang memperdalamkan parit di kawasan bendang itu.

(

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 “Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Aufa,” kata Aini.
A Aini menasihati Aufa agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
B Aini meminta Aufa menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
C Aini memujuk Aufa membersihkan masalah yang dihadapinya supaya boleh berakhir.
D Aini meminta Aufa menceritakan masalah yang dialaminya supaya boleh diselesaikan.

Soalan 16 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Cikgu Kamal
Azhar bin Sulaiman, guru kelas Tahun Enam Cendekia. Muhammad Naim bin Sazali, ketua kelas
Tahun Enam Cendekia dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kerana
kalian memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam
majlis yang penuh bermakna ini.

Mulai minggu hadapan saya akan memulakan persekolahan saya di tempat baharu yang
terlalu asing bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya di sini. Saya berasa
hiba untuk meninggalkan rakan-rakan yang begitu akrab serta guru-guru yang amat sangat saya
hormati. Hari ini saya faham erti persahabatan yang sebenar-benarnya dan sukar sekali untuk
dijelaskan dengan kata-kata.

Untuk pengetahuan kawan-kawan di sini, keluarga saya akan berpindah ke Pahang pada
hujung minggu ini kerana bapa saya perlu melaporkan diri di tempat kerja baharunya pada minggu
hadapan. Terlalu berat bagi saya untuk meninggalkan sekolah ini. Andai kata sekolah ini
mempunyai kemudahan asrama atau saya masih ada saudara mara di sini, sudah pasti saya akan
memilih untuk meneruskan persekolahan saya di sini.

Hadirin yang dihormati,
Kenangan pahit dan manis bersama-sama rakan dan guru-guru di sini akan sentiasa dalam

ingatan saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Kamal Azhar atas segala
bimbingan dan nasihat yang diberikannya. Saya menyanjung tinggi ketegasan dan tunjuk ajar
beliau serta guru-guru yang lain walaupun kadangkala tindakan mereka itu tidak disenangi oleh
segelintir murid. Namun, kita semua tahu, niat mereka terlalu murni untuk membimbing permata
hati yang mereka amat sayangi lagi mereka kasihi di sekolah ini agar terus berjaya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meraih kejayaan kepada
rakan-rakan dalam bidang akademik. Namun demikian, matlamat menginginkan kecemerlangan
dalam bidang akademik tidak bermakna kita meninggalkan aktiviti kokurikulum sama sekali.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
yang bersusah payah mengadakan majlis yang sangat bermakna untuk diri saya ini. Kepada semua
rakan, saya berharap agar kita dapat terus berhubung antara satu sama lain melalui surat ataupun
telefon demi kebaikan bersama serta hubungan silatulrahim yang berpanjangan.

(

Hadirin yang budiman,
Setiap pertemuan ada perpisahan. Perpisahan walaupun pahit, terpaksa ditelan jua. Akhir

kata, sebagai penutup tirai bicara, saya menyusun jari sepuluh untuk memohon ampun dan maaf
daripada guru-guru dan rakan-rakan jika ada tutur kata serta tingkah laku saya yang kurang
menyenangkan selama ini.
Sekian, terima kasih.

16 Murid-murid Tahun Enam Cendekia mengadakan majlis tersebut adalah untuk
A meraikan kejayaan cemerlang penulis.
B meraikan pertukaran Cikgu Kamal Azhar.
C mengalu-alukan kedatangan murid baharu.
D meraikan majlis perpisahan seorang kawan.

17 Apakah harapan penulis terhadap rakan-rakan yang akan ditinggalkannya?
A Belajar dengan tekun supaya tercapai cita-cita.
B Mengekalkan hubungan baik antara murid dengan guru.
C Jangan abaikan kurikulum semata-mata pentingkan sukan.
D Sentiasa menjalin hubungan yang erat dari semasa ke semasa.

18 Rangkai kata menyusun jari sepuluh dalam petikan di atas menunjukkan perbuatan
A menadahkan kedua-dua belah tapak tangan.
B menggenggam jari sepuluh antara tapak tangan.
C mempertemukan jari-jari kanan dengan tapak tangan kiri.
D meletakkan satu tapak tangan di atas tapak tangan yang lain.

19 Apakah maksud penulis apabila dia berkata tempat baharu itu terlalu asing bagi dirinya?
A Dia tidak pernah tinggal di negeri Pahang.
B Dia belum pernah bersekolah di negeri Pahang.
C Dia belum ada kenalan di sekolah baharunya itu.
D Dia mengetahui tentang sekolah baharunya melalui Internet.

20 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut.
Penulis berasa sangat sedih dan terharu pada hari tersebut kerana
A akan berpindah ke sekolah baharu.
B berpisah dengan kawan-kawan sekelasnya.
C hari tersebut merupakan hari terakhir persekolahannya.
D terpaksa meninggalkan rakan-rakan karib dan guru-gurunya.

(

LATIHAN MASA CUTI PKP FASA 3 (20-24 APRIL 2020)
Cikgu Noor Azura bt Mohd Hanapi ( SK Bandar Anggerik )

Latihan Tatabahasa

Selasa- 21 April 2020

Soalan 21

(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

untuk setelah supaya daripada
ketika hingga dengan terhadap

(i) Kasih sayang Nurul Amalenna kedua-dua ibu bapanya tidak pernah
luntur dan berbelah bahagi.

(ii) Kakak saya menyiapkan kerja sekolahnya pukul 12:00 tengah malam
pada setiap hari persekolahan.

(iii) Mak Cik Munah terpaksa menggadaikan barang kemasnya menyara
persekolahan kelima-lima orang anaknya.

(iv) Keropok Lekor Losong memang sudah terkenal keenakan rasanya kerana keropok itu

diperbuat ikan yang segar.

[4 markah]

(b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah. betul

Contoh: [3 markah]
Cikgu Nurul Aida selalu menggunakan bahasa yang sopan ketika
berbicara dengan ibu bapa murid.

(i) Jalan raya ke kampung saya sedang diperlebarkan oleh pekerja
Syarikat Belati Wangsa Sendirian Berhad.

(ii) Ustaz Azam menghadiahkan seutas rantai emas kepada isterinya
sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

(iii) Cikgu Johari dan isterinya berjoging di Padang Speddy, Teluk
Intan di waktu petang hari Sabtu dan Ahad.

(

Soalan 22
(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

(i)
papan
jambak
longgok

(ii)
utas

bentuk
pasang

[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di bawah.

Pasangan pengantin baharu yang sedang bersanding di atas pelamin itu sama cantik, sama padan
seperti kata peribahasa

.

[2 markah]

(

Soalan 23

(a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan untuk melengkapkan dialog di
bawah.

Nur Fadhilah :

(Cucu)

Wan Zainun : Opah mengambil masa lebih kurang seminggu hingga sepuluh hari untuk
menyiapkan sehelai tikar mengkuang ini.
(Opah)
[2 markah]

(

LATIHAN MASA CUTI PKP FASA 3 (20-24 APRIL 2020)
Cikgu Noor Azura bt Mohd Hanapi ( SK Bandar Anggerik )
Latihan Pemahaman
Rabu- 22 April 2020

Soalan 23
(b) Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat yang lengkap.

Pesta Buah-buahan Tempatan
Sempena Tahun Baharu 2020

1 Januari hingga 31 Januari 2020
9:00 pagi hingga 11:00 malam
Dataran Menara Condong

Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

(i) Di manakah Pesta Buah-buahan Tempatan itu akan diadakan?

[1 markah]

(ii) Pada pendapat kamu, mengapakan Pesta Buah-buahan Tempatan itu diadakan pada
awal tahun 2020? Berikan alasan yang munasabah.

[3 markah]

(

Soalan 24
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat yang lengkap.

PROGRAM PENDUDUK SIHAT, RAKYAT SEJAHTERA
PEJABAT KESIHATAN PENGKALAN HULU - TAHUN 2020

Tujuan Kempen:

Untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan
penduduk Kampung Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Antara aktivitinya ialah:

1. Larian Muhibah - 10 000 Langkah 2. Memasak Makanan Sihat & Berkhasiat
Tarikh: 22 Februari 2020 (Sabtu) Tarikh: 23 Februari 2020 (Ahad)
Penyertaan: Dewasa dan Kanak-kanak Penyertaan: Kaum Ibu dan Beliawanis

Sila datang beramai-ramai pada tarikh dan hari yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut hubungi:

Encik Muhammad Syahmi bin Md. Ramli
(04-4770236 / 019-5753181)

Cik Nur Fadhilah binti Ahmad Radzuan
(04-4771007 / 013-4883636)

(a) Siapakah yang layak menyertai program Memasak Makanan Sihat dan Berkhasiat?

[2 markah]

(b) Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lain yang dapat meningkatkan tahap kesihatan serta
kesejahteraan penduduk kampung?

[3 markah]

(

Soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuih baulu merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa
dahulu untuk membuat kuih baulu mengambil masa yang agak lama dari kerja penyediaan
adunan hingga proses pembakarannya. Kuih baulu juga telah menjadi menu utama dalam
hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran,
seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih baulu yang baik
dari segi rupa dan cita rasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana kuih baulu ini
menjadi tumpuan kepada penggemar kuih tradisional tersebut.

Secara amnya kuih baulu tradisional ini terdiri daripada tiga jenis iaitu kuih baulu
kecil atau dikenali juga sebagai baulu cermai, baulu lapis dan baulu gulung. Baulu lapis dan
baulu gulung agak sukar didapati di pasar raya atau di kedai-kedai runcit kerana perlu
ditempah daripada pembuat kuih tradisional tersebut.

Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih baulu tersebut agak mudah dan memerlukan
resipi yang ringkas. Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah telur, tepung gandum, gula
pasir, sedikit minyak masak atau minyak sapi. Baulu lapis dan gulung pula perlu ditambah
jem atau kaya sebagai inti kuih berkenaan. Hari ini, kita boleh dapati kuih baulu di pasar raya
atau di kedai-kedai runcit pada bila-bila masa kerana kuih ini mendapat sambutan yang
menggalakkan bukan sahaja daripada orang Melayu sendiri malahan daripada semua kaum di
Malaysia menggemari kuih baulu ini.

(a) Kuih baulu terdiri daripada tiga jenis iaitu

[1 markah]

(b) Mengapakan kuih baulu lapis dan kuih baulu gulung agak sukar didapati di pasar raya atau
di kedai-kedai runcit?

[2 markah]

(

(c) Pada pendapat kamu selain dijadikan juadah atau makanan, apakah satu kegunaan lain bagi
kuih baulu tersebut?

[2 markah]

(d) Kuih baulu harus dipelihara agar tidak luput dibawa arus kemodenan.
Berikan pendapat kamu.

[3 markah]

(

LATIHAN MASA CUTI PKP FASA 3 (20-24 APRIL 2020)
Cikgu Noor Azura bt Mohd Hanapi ( SK Bandar Anggerik )
Latihan Penulisan-Bahagian A (Bina Ayat)
Khamis- 23 April 2020

Gambar di bawah menunjukkan suasana di taman rekreasi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
suasana tersebut.
Gunakan Teknik SKOP (Siapa + Kata Kerja+ Objek+Perluasan Ayat)

(

LATIHAN MASA CUTI PKP FASA 3 (20-24 APRIL 2020)
Cikgu Noor Azura bt Mohd Hanapi ( SK Bandar Anggerik )
Latihan Penulisan-Bahagian B (Ulasan)
Jumaat- 24 April 2020
Isi tempat kosong dan salin semula. Tulis ulasan dalam 3 perenggan.


Click to View FlipBook Version