The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Efolio Perpaduan Masyarakat Malaysia (Kumpulan 9)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhdhzq22, 2022-11-08 22:03:20

Efolio Perpaduan Masyarakat Malaysia (Kumpulan 9)

Efolio Perpaduan Masyarakat Malaysia (Kumpulan 9)

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

MPU 21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SESI: SESI 1 2022/2023

TAJUK:

RUKUN NEGARA

NAMA PENSYARAH: ZULKIFLI BIN AWANG BESAR

JABATAN: KEJURUTERAAN MEKANIKAL

KELAS: DKM 5B

BIL. NAMA NO. PENDAFTARAN
1. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN AZAHAR 04DKM20F1012
2. MOHAMMAD AZROL AAZRAN BIN MOHD ARIS 04DKM20F1036
3. MUHAMAD HAZWAN HAFIZ BIN MOHD HANAFIAH 04DKM20F1042

MARKAH

30

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA
SURAT

1 PENHARGAAN 3

2 PENGENALAN 4

3 KONSEP KERAMAT 5

4 KEPENTINGAN PERPADUAN 6

5 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN 7

6 KESIMPULAN 8

7 LAMPIRAN 9

8 RUJUKAN 10

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim. Terlebih dahulu kami bersyukur kepada Allah SWT kerana
kami Berjaya menyiapkan tugasan E-Folio pada masa yang ditetapkan dan
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
kumpulan yang telah memberikan kerjasama yang tidak ternilai untuk menyiapkan E-
Folio kursus penghayatan etika dan peradaban.

Akhir sekali, kami juga ingin berterima kasih kepada Encik Zulkifli Bin Awang Besar
iaitu pensyarah bagi kursus etika dan peradaban (MPU21032) yang telah
memberikan panduan, bimbingan dan nasihat ketika menyiapkan E-Folio ini.

Nama : Mohammad Azrol Azran Bin Mohd Aris
No IC: 020305-03-1181
No Pendaftaran: 04DKM20F1038
Kelas: DKM 5B
Program: Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Nama: Muhammad Luqman Hakim Bin Azahar
No IC: 021007-15-0021
No Pendaftaran: 04DKM20F1012
Kelas: DKM 5B
Program: Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Nama: Muhammad Hazwan Hafiz Bin Mohd Hanafiah
No IC: 020108-11-0163
No Pendaftaran: 04DKM20F1042

Kelas: DKM 5B
Program: Diploma Kejuruteraan Mekanikal

PENGENALAN

Perpaduan ialah satu proses yang
menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
melalui ideologi negara supaya masyarakat dapat

membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
satu perasaan kebangsaan dalam kalangan
masyarakat.

Pada zaman penjajahan, British telah membawa
masuk tenaga buruh dari negara China dan India

untuk kepentingan mereka sendiri dan
meneksploitasi ekonomi yang telah mewujudkan
jurang sosial dan ekonomi yang besar antara ketiga-

tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.

Namun, selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan
telah memupuk semangat perpaduan untuk
memakmurkan negara dengan menjalankan

pelbagai dasar untuk mencapai proses perpaduan
ini.

Oleh itu, masyarakat yang berbilang bangsa telah
berjaya mengasimilasikan budaya masing-masing

untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
bersatu teguh dan bersatu hati.

KONSEP KERAMAT
Terdapat tiga konsep keramat di Malaysia iaitu perpaduan, kesepaduan dan
panyatupaduan.

Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang
diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik.

Kesepaduan pula ialah keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yang utuh iaitu
aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih terdapat
perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

Penyatupaduan ialah proses menyatupadukan semua lapisan masyarakat untuk
menyelesaikan defisit social dengan berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan
tawar-menawar, perundingan dan mediasi.

SEJARAH membuktikan kejayaan di malaysia hasil daripada perpaduan kaum
Rakyat Malaysia seharusnya tidak lupa bahawa perpaduan semua bangsa di negara
ini telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat seperti yang kita
lihat harini.

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada peristiwa para pejuang
kemerdekaan negara dan pelu diingat bahawa ia adalah hasil daripada perpaduan
antara masyarakat Melayu, Cina dan India terdahulu. Kemudian, ia juga hasil
daripada etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun tatkala
negara bangkit daripada kesan penjajahan.

KEPENTINGAN PERPADUAN

1. Dapat Membangunkan Ekonomi Negara Perpaduan yang ditunjukkan oleh
masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan
lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi
dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.Selaras dengan itu, ekonomi
negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing.

2. Mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat &
mengeratkan ikatan persahabatan Keharmonian demi kesatuan ini merupakan
keistimewaan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum,
malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai
negara yang aman dan harmoni.

3. Sebagai sebuah negara yang merdeka Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan
yang mutlak ini, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk
menuntut kemerdekaan.Hasilnya mmembuat masyarakat Tanah Melayu ketika itu
berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris
supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang telah memberikan
masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.

4. Mengekalkan keamanan negara Perpaduan antara rakyat tidak kira bangsa dan
agama adalah sangat penting supaya peristiwa berdarah yang terjadi pada 13 Mei
1969 akibat rusuhan antara kaum Cina dan Melayu yang telah mengorbankan
banyak nyawa tidak berulang lagi. Jika rakyat tidak mempunyai persefahaman dan
toleransi antara satu sama lain, persengketaan akan tercetus dengan mudah. Hal ini
akan menyebabkan hubungan yang dingin antara masyarakat dan belakunya
pertengkaran-pertengkaran yang akan menggugat keamanan negara.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN

1. Mengadakan bulan patriotik dan kemerdekaan Sekolah harus mengadakan
program sempena memperingati hari kemerdekaan negara.Acara yang dilaksanakan
adalah seperti ceramah kemerdekaan,menyanyikan lagu kebangsaan
negara,Kibaran jalur gemilang,hiasan bilik darjah dan asrama,melukis potret tokoh
negara serta sambutan detik kemerdekaan.Penyertaan pelbagai pihak dalam
menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan
pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,bersifat
patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

2. Mengadakan majlis rumah terbuka Rumah terbuka merupakan kaedah
pemupukan perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada
keunikan adat resam kaum lain.Secara tidak langsung,persefahaman antara kaum
dapat diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin.Dengan
perkataan lain,aktiviti kemasyarakatan merupakan kaedah yang paling berkesan
untuk memupuk perpaduan kaum.

3. Penganjuran aktiviti bergotong-royong Melalui penganjuran aktiviti gotong-
royong,masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing
untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat
kediaman.Aktiviti sebegini mampu menjamin keceriaan kawasan kediaman
masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran
tetangga.

4. Penggunaan Bahasa Kebangsaan Cara paling penting ialah penggunaan Bahasa
Kebangsaan.Hal ini demikian,penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga.Sebagai contoh,Bahasa Melayu digunakan semasa
berkomunikasi dengan kaum lain.Jelaslah bahawa langkah ini mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa hormat antara kaum di negara ini.

KESIMPULAN

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpetual kaum telah
meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia . Tanpa perpaduan kaum, keamanan
tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga
menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina.Pertelingkahan yang
berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-
peranda.

Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai
pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan
yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi
sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat
dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk
mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita
untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah
yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas
kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah
ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia
ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap
warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah
dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang
kita idamkan.

LAMPIRAN

SUMBER RUJUKAN

I. https://etikaperpaduandimalaysia.blogspot.com/

II. https://dokumen.tips/documents/folio-sejarah-tingkatan-2-
perpaduan-kaum-569e6154cbd28.html

III. https://perpaduandimalaysia-efolio.blogspot.com/2020/10/e-
folio-etika-dan-peradabanperpaduan-di.html

IV. http://karanganspmska.blogspot.com/2016/03/langkah-
langkah-memupuk-perpaduan.html

V. http://haeyba.blogspot.com/2019/12/karangan-spm-
kepentingan-perpaduan-kaum.html

VI. https://www.jobstore.com/careers-
blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/

VII. http://anelyza.blogspot.com/2009/10/kepentingan-
perpaduan.html


Click to View FlipBook Version