The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidanorazehar, 2023-07-09 08:03:54

KESANTUNAN BERBAHASA BMMB 1144

KESANTUNAN BERBAHASA BMMB 1144

KESANTUNAN BERBAHASA BMMB1144 TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK (FLIPBOOK) NOR AIDA BINTI NORAZEHAR 3PPISMP BM3 2022102310057


BIODATA NAMA: NOR AIDA BINTI NORAZEHAR UNIT: 3 PPISMP BAHASA MELAYU 3 ANGKA GILIRAN: AMBILAN: JUN 2022 KURSUS: KESANTUNAN BERBAHASA BMMB1144 PENSYARAH: DR. NORHISHAM BIN MOHD KASIM 2022102310057


PENGENALAN -------------------------------------------------------------1 GAYA KESANTUNAN BERBAHASA ---------------------------------------------------2 2.1 BAHASA TERBALIK --------------------------------------------------------------3 2.2 BAHASA KIASAN----------------------------------------------------------------4 2.3 PERIBAHASA--------------------------------------------------------------------5 2.4 PANTUN------------------------------------------------------------------------6 2.5 BAHASA SAPAAN---------------------------------------------------------------7 2.6 PENGURUSAN AIR MUKA-------------------------------------------------------8 KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA --------------------------------9 3.1 BINAAN KATA -----------------------------------------------------------------10 3.2 BINAAN AYAT------------------------------------------------------------------11 3.3 SEBUTAN-----------------------------------------------------------------------12 3.4 INTONASI----------------------------------------------------------------------13 3.5 EJAAN--------------------------------------------------------------------------14 3.6 TANDA BACA-------------------------------------------------------------------15 ISU KESANTUNAN BERBAHASA -----------------------------------------------------16 4.3 ISU BAHASA-------------------------------------------------------------------17 4.2 SU BUDAYA--------------------------------------------------------------------18 4.3 ISU SOSIAL---------------------------------------------------------------------19 RUJUKAN -----------------------------------------------------------------21 KANDUNGAN RUMUSAN ----------------------------------------------------------------20


PENGENALAN Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) mentakrifkan kesantunan memberi pengertian berkaitan santun, kesopanan, kehalusan, baik sama ada lisan mahupun tulisan. Kesantunan bahasa pula membawa makna kesopanan serta beradap dalam menggunakan kata-kata sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dan diukur dalam diri seseorang apabila dia mengeluarkan kata-kata sewaktu komunikasi. Pada penulisan kali ini, saya akan mengupas berkaitan gaya kesantunan berbahasa, gaya bahasa dalam sistem sapaan dan terakhir, isu kesantunan berbahasa.


GAYA KESANTUNAN BERBAHASA


BAHASA TERBALIK Melontarkan perkataan yang berlawanan dengan maksud yang ingin disampaikan dengan tujuan supaya tidak menyakitkan hati pihak yang bercakap. Namun maksud sebenarnya yang ingin disampaikan difahami oleh pendengar tanpa perlu menerangkannya. Contohnya: “Anak dara memang duduk goyang kaki je dekat rumah”. Maksud sebenar dan tersirat penutur adalah untuk menegur dan menyuruh pendengar melakukan kerja rumah bukannya duduk tidak melakukan apa-apa. Kebiasannya bahasa terbalik berfungsi dan digunakan untuk menegur, memberi nasihat, dan melarang daripada melakukan perkara yang bersifat negatif. Perkara ini juga dapat menjaga air muka orang lain.


BAHASA KIASAN Contohnya: Ali tidak menyertai rakan-rakannya bermain bola kerana dia kaki bangku. Kaki bangku merupakan bahasa kiasan yang menyatakan seseorang yang tidak pandai bermain bola. Penggunan bahasa kiasan ini diguna untuk tidak menjatuhkan maruh seseorang secara langsung. Perkataan yang dilafazkan membawa maksud yang tersirat serta makna yang berlainan dengan makna sebenar perkataan tersebut (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2021). Bahasa kiasan ini juga bahasa yang menerangkan menerangkan sesuatu perkara secara tidak langsung. Secara tidak langsung disini adalah maksud perkataan atau kelompok ayat sidampaikan secara berselindung dengan menggunakan perbandingan dengan perkara lain mahupun tidak. JENIS BAHASA KIASAN KIASAN ASAL(SIMILE) Matanya merah bagai biji saga KIASAN BERPINDAH Pisau cukur TAMSIL/IBARAT Ikut resmi pada semakin berisi semakin menunduk KIASAN PERMANUSIAAN (PERSONAFIKASI) Angin menapar wajahku


PERIBAHASA Peribahasa merupakan gabungkan perkataan membentuk kelompok kata yang mempunyai pengertian yang tertentu serta sususan katanya adalah tetap iaitu tidak boleh diubah. Simpulan bahasa(dua perkataan)- anak emas Kiasan – garang seperti harimau Pepatah (kata berulang)- kerana mulut badan binasa, kerana mulut badan binasa Bidalan(maksud tersirat)- indah khabar daripada rupa Kategori peribahasa Contohnya: Rumah Inap Desa tersebut dikatakan indah khabar daripada rupa kerana tidak secantik seperti yang dipromosikan dalam sosial media. Maksud daripada peribahasa kategori bidalan ini adalah sesuatu yang di uaruarkan sebenarnya tidak benar malah lebih teruk secara realitinya.


PANTUN Dewan Perdana (2021) menyatakan bahawa pantun ditakrifkan sebagai puisi tradisional pada baris ketiga dan keempat adalah maksud yang ingin disampaikan penulis. Puisi adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang telah wujud sejak beradab lamanya. Dua perkara yang dititikberatkan dalam pantun adalah perkataan dan maksud. Dalam pantun agama, pemilihan perkataan yang berkaitan keagamaan yang spesifik mestilah tepat terutamanya mengdeskriptif sifat tuhan. Contohnya: 'Esa' hanya digunakan untuk Allah dan tidak boleh digunakan kepada makhluk mahupun tuhan dalam agama lain. Maksud yang terdapat dalam pantun juga merupakan maksud yang indah-indah sama ada dari segi tersirat mahupun tersurat. Kebiasaanya pantun yang berkualiti tinggi yang dicipta oleh pakar-pakar sastera zaman dahulu mempunyai maksud yang tersirat, berlapis dan mendalam terutamanya dalam pantun nasihat. FFuunnggssii PPaannttuunn M e m b e r i n a s i h a t / t e g u r a n A l a t k o m u n i k a s i u n t u k m e n y e a m p a i k a n i s i h a t i M e n g g a m b a r k a n p e m i k i r a n s e r t a h i d u p m a s y a r a k a t M e l a y u


BAHASA SAPAAN Contohnya: "Assalamualaikum makcik. Izinkan saya bertanya. Dimanakah surau yang berdekatan?." Apabila berjumpa dengan orang yang tidak kenal, perlulah dimulakan dengan ucapan salam tanda menghormati kepada pihak pendengar. Penggunaan kata sapaan makcik digunakan kepada wanita yang sudah tua daripada kita bagi menghormati statusnya dalam masyarakat dalam situasi tidak formal.. Bahasa sapaan merupakan satu bentuk panggilan yang mengikut gelaran yang dianugerahkan kepada mereka. Bahasa sapaan juga berfungsi dalam mengajak orang lain untuk memulakan perbualan serta komunikasi antara satu sama lain secara lisan mahupun tulisan. Bahasa sapaan digunakan berdasarkan pangkat atau status seseorang dalam masyarakat. Dalam pembahagian pangkat atau status ini, dapat dibahagikan kepada lima kategori gelaran. Gelaran Pergaulan Formal- Tuan, Puan Gelaran Warisan- Tengku, Megat Gelaran kurniaan kerajaan- Datuk, Dato' Gelaran Kurniaan Ikhtisas, Prof., Dr. Gelaran Keagamaan- Haji, Hajah Jenis-Jenis Gelaran Kata Ganti Nama Pertama: saya, hamba Kata Ganti Nama Kedua: anda, awak Kata Gani Nama Ketiga; beliau Penggunaan Kata Ganti Nama


PENGURUSAN AIR MUKA Pengurusan air muka melibatkan perlakuan berbahasa iaitu penutur menjaga air mukanya sendiri mahupun pendengar ketika komunikasi berlaku. Pengurusan air muka merupakan perkara asas dalam kesantunan manusia. Air muka disini membawa maksud satu imej yang ditonjolkan kepada khalayak umum dalam menggambarkan harga diri dan maruah seseorang yang bersifat dalaman iaitu yang tidak nampak secara fizikal. Penjagaan air muka merangkumi penjagaan maruah, perasaan malu, dan juga harga diri seseorang. Contohnya: Ali meminta maaf kepada Ahmad kerana telah mencuri duit Ahmad dan menyatakan bahawa dia telah menyesal akan perbautannnya. Dalam komunikasi tersebut, didapati bahawa Ali ingin baik pulih air mukanya iaitu maruahnya dengan mengakui kesilapannya serta meminta maaf dan seterusnya menyesal akan perbuatanyya itu. BAIK PULIH AIR M UKA JAGA AIR M UKA BERI M UKA TUNTUTAN AIR M UKA GAYA KESANTUNAN PENGURUSAN AIR MUKA


KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA


Kata merupakan unit tatabahasa terkecil dan bebas serta mempunyai makna dan dibina melalui proses morfologi. Proses morfologi adalah proses pemgimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Pembinaan kata ini penting bagi memastikan perkataan tersebut dapat digunakan mengikut konteks yang betul dan memudahkan semua pihak dalam memahaminya. BINAAN KATA Nasi itu dimakan oleh Ali. Dimakan merupakan perkataan yang ditambah imbuhan melalui proses pengimbuhan daripada perkataan asalnya iaitu makan. Pengimbuhan ini penting terutamanya dalam komunikasi supaya tidak mengelirukan pendengar. Perkara ini penting dalam menjaga kesantunan dalam komunikasi


BINAAN AYAT Ayat merupakan gabunggan berberapa perkataan. Ayat berfungsi dalam menyatakan pemikiran kepada dalam bentuk tulisan. Ayat sekurang-kurangnya terdiri daripada satu objek dan satu predikat. Ayat ini dipanggil ayat tunggal. Ayat terbahagi kepada dua iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk Ayat yang terdiri daripada satu objek dan satu predikat. Contoh: Ayah sedang menonton televisyen. Ayah merupakan objek manakala sedang menonton televisyen merupakan predikat. Ayattunggal Manakala apabila ayat itu terdiri daripada dua klausa atau lebih iainya adalah ayat majmuk. Ayat majmuk ini boleh juga terjadi apabila dua atau lebih ayat tunggal digabungkan. Contoh: Ayat tunggal 1: ayah sedang menonotn televisyen. Ayat tunggal 2: ibu sedang memasak. Ayah sedang menonton televisyen manakala ibu sedang memasak. Ayat Majmuk


Sebutan Sebutan yang betul dalam bahasa melayu berasaskan sistem sebutan baku. Sistem sebutan baku bermaksud sebutan setiap perkataan atau ayat yang dibunyikan mestilah mengikut apa yang dieja. Sebutan yang salah dan tidak tepat boleh mendatangkan kekeliruan kepada pendengar serta boleh menimbulkan pergaduhan. Contoh “Zainab kau nak berkabung tak dengan kumpulan kami?” Kesalahan sebutan huruf konsonan g dan k disini, boleh menyebabkan pendengar keliru dengan soalan tersebut. Hal ini kerana perkataan bergabung mempunyai maksud berkumpul atau Bersatu. Berkabung pula membawa makna berdukacita. Apabila penutur tidak menyebut dengan betul, ayat tersebut disampaikan membawa maksud yang berlainan dengan kefahaman penutur dan pendengar. Kesantunan berbahasa dalam komunikasi tersebut telah berkurang.


INTONASI MAKSUD Inotnasi ialah nada suara sama ada turun atau naik ataupun tinggi atau rendah semasa interaksi iaaitu komunikasi berlaku. FUNGSI Emosianal iaitu menyatakan makna, sikap dan kebosanan penutur Gramatis iaitu perbezaan dari segi tatabahasa sama ada jenis ayat tersebut sama ada pertanyaan tau pernyataan. Tektual iaitu membentuk nada suara yang naik atau rendah. Struktur informasi CONTOH "Ayah sudah makan?". Apabila penutur tidak menggunakan nada dan intonasi naik dan rendah iaitu dengan menggunakan intonasi yang mendatar, ayat itu boleh bertukar kepada ayat penyata berbanding ayat tanya. Penggunaan intonasi dan nada yang betul penting bagi mengelakkan perselisihan faham dalam sebarang komunikasi.


Ejaan sangat penting agar sesuatu ayat atau perkataan itu tidak disalah ertikan dengan maksud yang lain daripada maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penutur. Pola keselarasan voakl iaitu mengeja perkataan bukan mengikut ejaannya yang sebenar. Pola kekecualian vokal iaitu perlu mengeja dengan ejaan yang sama seperti tulisan. EJAAN CONTOH Contohnya perkataan alih. Perkataan ini dapat dieja dengan dengan ejaan aleh kerana iainya terdiri daripada pola keselarasan vokal yang telah ditetapkan. Jika penutur mengejanya dengan ejaan alih, penutur tersebut malah dapat dikira mengeja dengan salah.


Tanda baca ialah symbol yang tidak berhubung dengan suara, kata dan frasa pada bahasa melainkan berperanan untuk menunjukkan struktur dan organisasi pada tulisan dan juga intonasi serta jeda yang diamati sewaktu pembacaan. Tanda baca sangat penting terutamnya dalam tulisan agar dapat membezakan jenis ayatnya. Hal ini memudahkan penutur untuk menterjemahkannya kepada bentuk suara dengan intonasi dan nada yang betul. TANDA BACA


isu DALAM KESANTUNAN BERBAHASA


Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) mentakrifkan bahasa membawa maksud satu sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagi alat perhubungan. Bahasa digunakan dalam melahirkan perasaan dan fikiran dalam kelompok manusia. Isu bahasa timbul apabila penuturnya tidak menggunakan bahasa yang betul terhadapt konteks dan situasi semasa. Kamil (2020) menyatakan faktor pengaruh penggunaan bahasa adalah dari rumah. Isu bahasa sepatutnya tidak muncul sekiranya terdidiknya amalan berbahasa yang betul sejak kecil lagi. ISU BAHASA “U terima kasih tau belanja I makan dinner malam ni.” Penggunaan bahasa rojak iaitu campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini telah memusnahkan kesantunan bahasa komunikasi dalam masyarakat kita pada zaman ini. Hal ini kerana telah melanggar etika dalam komunikasi seharian kita.


ISU BUDAYA Budaya membawa maksud pengaruh atau penerimaan budaya asing yang kuat dalam masyarakat. Budaya mempengaruhi keseluruhan perlakuan manusia dalam kehidupan (Ramli et al,. 2018). Budaya ini termasuklah aspek unsur sosial, pegangan, aspek teknologi, ekonomi, pemakaian, agama dan kehidupan. Contohnya: Ramai rakyat Malaysia terutamnya anak muda yang meniru fesyen negara barat seperti Amerika Syarikat dengan memakai pakaian yang singkat dan ketat. Bagi penduduk Amerika Syarikat, perkara itu adalah biasa dalam kehidupan mereka kerana sudah menjadi budaya mereka dengan memakai pakian sepeeti itu. Namun di Malaysia perkara tersebut telah melanggar kesantunan berpakaian dalam masyarat terutamanya Malaysia majoritinya adalah penduduk Islam yang menitik beratkan pemakaian yang longgar dan menutur aurat.


ISU SOSIAL Sosial merujuk kepada cara hidup, cara berinteraksi, berkomunikasi dan kaitan perihal masyarakat. Isu sosial pada masa kini bukan sahaja pengaruhnya daripada rakan-rakan sekitarnya, malah orang luar yang jauh berada di negara lain turut menjadi pengaruh isu sosial kepada masyarakat di Malaysia. Contohnya: Di media sosial seperti facebook, Instagram mahupun tiktok telah banyak menimbulkan isu sosial. Ramai remaja kita turut terpengaruh dan terlibat sama dalam gejala salah laku dalam media sosial. Contohnya menggunakan platform media sosial untuk memburuk-burukkan negara lain. Perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku keran dapat menghakis nilai-nilai kesantunan dalam komunikasi. Shamsuddin (2021) menyatakan bahawa memasuki abad ke-21, rantau Asia Tenggara banyak diwarnai dengan konflik sosial. Perkara ini terbukti apabila timbul banyak masalah berkaitan isu sosial melalui aplikasi media sosial terutamanya perbalahan komen antara rakyat Malaysia dengan negara lain.


RUMUSAN Kesantunan bahasa pada zaman kini sangat penting terutamanya kepada anak-anak muda yang akan meneruskan legasi kepimpinan pemimpin-pemimpin di negara kita. Kemerosotan kesantunan bahasa pada masa kini sangat membimbangkan. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, semua pihak perlu berganding bahu dalam meningkatkan kesantunan bahasa kepada anakanak muda sejak dari kanak-kanak agar kelestarian kesantunan ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya lagi.


RUJUKAN


Click to View FlipBook Version