The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Cerita Kanak-Kanak: Ahmad dan Peti Misteri karya Aida Norazehar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidanorazehar, 2025-03-02 10:59:33

Buku Cerita Kanak-Kanak: Ahmad dan Peti Misteri

Buku Cerita Kanak-Kanak: Ahmad dan Peti Misteri karya Aida Norazehar

Keywords: Buku Cerita Kanak-Kanak

Aida Norazehar PETI MISTERI PETI MISTERI AHMADDAN


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel. Ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-paa jua bentuk rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putera (Kampung Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia. Perundingan tertakhluk pada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Al-Basuti, IPGMKSM. KK-135-672-7104170-35-6160-40416 Cetakan Pertama 2025 @Lakar Warna Publication ANTOLOGI CERPEN AHMAD DAN PETI MISTERI Dicetak oleh: Lakar Warna Publication No. 16, Jalan Mentari, Kota Putera (Kampung Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia


WATAK WATAK UTAMA WATAK SAMPINGAN Seorang kanakkanak Seorang yang bijak dan rajin Pemilik sebenar peti misteri Seorang yang baik hati Ayah kepada Ahmad Seorang yang pemalas. Ahmad Mak Timah Pak Samad


Pada zaman dahulu, terdapat seorang kanak-kanak lelaki bernama Ahmad. Dia tinggal di sebuah rumah usang yang terletak di pulau kecil. Dia tinggal bersamasama dengan ayahnya iaitu Pak Samad. Pak Samad merupakan seorang yang sangat pemalas manakala Ahmad pula merupakan seorang yang sangat bijak dan rajin.


Kerana ayahnya seorang yang tidak bekerja dan pemalas itu, Ahmad selalu bekerja di pekan untuk mendapatkan wang dan makanan. Pada setiap pagi, dia menaiki sampan buruk untuk ke pekan. Dia akan pulang ke rumahnya apabila hari sudah petang.


Pada suatu petang, Ahmad terjumpa sebuah peti buruk yang rapuh di tepi pantai berdekatan dengan rumahnya. Ahmad memegang peti kayu kecil buruk yang rapuh. Dengan penuh rasa ingin tahu, Ahmad mengambil kotak itu dan membawanya pulang.


Setibanya di rumah, Ahmad ingin membuka peti itu. "Kalau aku membuka, adakah salah?" Ahmad berfikir. Namun, hati kecilnya berkata, "Tidak boleh. Peti ini mesti ada tuannya." Namun Ahmad tidak tahu siapa pemiliknya. Pak Samad pun berkata: “Kau pergi sajalah ke pekan sana tu, nanti kau jumpa lah pemiliknya”.


Pada keesokkan harinya, Ahmad pergi ke pekan. Dia mencari pemilik peti itu. Namun tiada seorang yang mengaku bahawa peti itu milik mereka. Tibatiba dia mendapat satu idea yang bernas. Pakcik tidak tahu. Adakah pakcik tahu siapa pemilik peti ini?


Keesokan harinya, Ahmad kembali semula ke pekan. “Sebuah peti berukir telah ditemui berhampiran sungai. Jika kamu pemilik sebenar, buktikan dengan menyebut apa yang tertulis di bawah peti ini!” Ahmad melaung di tengah-tengah pekan. Ramai yang cuba meneka, tetapi semuanya gagal. Harta karun Peta Emas


Tiba-tiba datang seorang nenek menghampiri Ahmad. Mak Timah berbisik kepada Ahmad “Jika ini benar peti peninggalan suami Mak Timah, seharusnya di bawah peti tersebut ada ukiran nama Fatimah & Adbullah. Nak, boleh makcik cuba?? Boleh makcik.


Lantas Ahmad melihat di bawah peti tersebut. Dan alangkah terkejutnya Ahmad apabila melihat terdapat ukiran nama Fatimah & Abdullah. Maka betullah peti tersebut merupakan kepunyaan Mak Timah.


Lalu, Ahmad menghulurkan peti tersebut kembali kepada Mak Timah. Mak Timah mengucapkan terima kasih lalu pergi meninggalkan pekan tersebut. Terima kasih nak. Sama-sama, Mak Timah.


Beberapa hari selepas telah mengembalikan peti tersebut kepada pemiliknya, Ahmad meneruskan pekerjaannya seperti biasa. Hatinya lega kerana telah melakukan perkara yang betul, tetapi fikirannya masih sarat dengan kebimbangan tentang kehidupannya yang susah itu.


Pada malam itu, tiba-tiba Mak Timah datang ke rumah Ahmad dengan senyuman penuh makna. Ahmad mengajak Mak Timah masuk dalam rumahnya dan mengajaknya duduk di ruang tamu.


Setelah duduk di ruang tamu, Mak Timah mula bercerita. Selepas menerima kembali peti, Mak Timah pulang ke rumahnya. Setibanya Mak Timah di rumah, dia terus membaca nota yang ada. . "Untuk isteriku yang selalu berani, peti ini mengingatkan kita bahawa cinta sejati tidak akan pernah hilang. Teruskan langkahmu dengan penuh harapan."


Wajah Mak Timah berseri-seri, dan air matanya mengalir, mengenang kasih sayang yang tidak pernah pudar walaupun suaminya telah meninggal dunia ketika pergi berlayar. Namun dalam kotak tersebut, terdapat satu surat yang lain didalamnya.


“Dalam peti tersebut, terdapat surat wasiat. Suami Mak Timah meninggalkan semua harta miliknya kepada Mak Timah. Mak Timah terus berkata “Peti itu bukan sekadar kenangan buat Mak Timah. Ia juga menyimpan sesuatu yang mungkin boleh mengubah hidup kamu.” Ahmad memandang Mak Timah dengan penuh tanda tanya. Mak Timah berkata:


Mak Timah menghulurkan satu beg kecil yang menggandungi segenggam duit emas kepada Ahmad. Duit emas itu merupakan tanda terima kasih Mak Timah kepada Ahmad kerana telah mengembalikan peti itu kembali kepada Mak Timah.


Pada mulanya Ahmad menolak hadiah tersebut, namun Mak Timah terus memaksa Ahmad untuk menerimanya. Ahmad dengan perasaan yang gembira lantas berterima kasih kepada Mak Timah. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya Ahmad ketika itu.


Selepas beberapa tahun kemudian, Ahmad telah berjaya mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. Dia telah menjadi seorang peniaga yang berjaya dengan membuka beberapa gerai di pekan. Ahmad juga banyak membantu orang-orang yang miskin.


Namun, ada satu perkara yang lebih besar berlaku. Pak Samad, yang selama ini pemalas mula berubah. Melihat kesungguhan dan kejayaan anaknya, dia mula merasa malu dan insaf. Dia bekerja untuk mencari rezeki sendiri.


Akhirnya, kehidupan Ahmad berubah. Dia bukan lagi pemuda miskin. Kini, dia seorang pemilik perniagaan kecil yang berjaya, hidup dalam kesederhanaan tetapi cukup segalanya. Dan semuanya bermula dengan sebuah peti misteri yang ditemuinya di tepi sungai.


PENGAJARAN Kita hendaklah bersikap jujur dan amanah. Setiap barang yang dijumpai mestilah diserahkan semula kepada pemiliknya. Kita hendaklah sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain. Dengan pertolongan kita, dapat memudahkan urusan orang lain. Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas segala bantuan yang diberikan. Contohnya, kita boleh berterima kasih kepada orang yang telah membantu kita. Kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai keinginan kita. Hal ini bagi mengubah kehidupan yang lebih baik.


GLOSARI1.Berlayar - Pergi mengembara atau merantau dengan kapal. Bernas - Idea yang padat, bernilai, mendalam, dan memberikan manfaat. 2. Misteri - Sesuatu yang penuh rahsia atau keanehan yang tidak dapat difahami atau diterangkan. 3. Pekan - Kawasan atau tempat perniagaan yang lebih kecil daripada bandar. 4. 5.Sarat - Penuh atau padat dengan sesuatu. 6.Teka - Membuat ramalan atau jangkaan. Usang - Lama dan sudah rosak atau buruk kerana dimakan usia. 7. Wasiat - Pesanan atau perintah terakhir seseorang sebelum meninggal dunia, biasanya berkaitan dengan harta atau amanat penting. 8. Rujukan: Kamus Dewan Bahasa (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka


1.Siapa S kah n O ama k Aanak-k L anak Alelaki d Nalam cerita ini? - 2.Apakah yang dijumpai oleh kanak-kanak lelaki itu? - 3.Bagaimana kanak-kanak lelaki itu menjumpai peti misteri itu? - 4. Apakah pengajaran berdasarkan buku cerita ini? -


-TAMAT-


Di sebuah pulau tinggal seorang kanak-kanak lelaki bernama Ahmad. Dia seorang yang rajin dan pandai. Pada suatu hari, Ahmad terjumpa satu peti misteri di tepi pantai. Namun dia tidak mengetahui pemilik sebenar peti misteri tersebut. Dia mempunyai idea yang bernas untuk mencari pemilik yang sebenarnya. Mari kita lihat perjalanan Ahmad untuk mencari pemilik sebenar peti misteri tersebut. SINOPSISDicetak oleh: Lakar Warna Publication No. 16, Jalan Mentari, Kota Putera (Kampung Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia


SAJAK: WARKAH SEORANG AYAH SAJAK: WARKAH SEORANG AYAH AIDA NORAZEHAR


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel. Ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-paa jua bentuk rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putera (Kampung Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia. Perundingan tertakhluk pada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Al-Basuti, IPGMKSM. KK-135-672-7104170-35-6160-40416 Cetakan Pertama 2025 @Lakar Warna Publication ANTOLOGI CERPEN AHMAD DAN PETI MISTERI Dicetak oleh: Lakar Warna Publication No. 16, Jalan Mentari, Kota Putera (Kampung Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia


Anakku Dengarlah kata ayah Kita hidup dengan penuh kekurangan Tapi kasih sayang ini, tak pernah berkurang Tak pernah letih mendukung langkahmu. Ayah tahu dunia ini luas Lebih besar dari pondok kecil kita Lebih jauh dari lorong sempit yang kau lalui Di sana, cahaya menanti untukmu. Belajarlah, anakku, belajarlah Kerana ilmu itu cahaya Ia akan membawamu jauh Melepaskan kita dari gelap derita.


Kelak, Kau akan melihat dunia Lebih luas dari yang kau sangka Dengan ilmu dan usaha Kau mampu mengubah segalanya. Suatu hari nanti Bila kau berdiri di puncak dunia Ingatlah ayah pernah berjanji Bahawa kesusahan hanya sementara Dan kau, anakku Akan menerangi dunia. Anakku, teruslah melangkah Jangan berpaling ke belakang Ayah ada di sini Mendoakan setiap langkahmu.


PENGAJARAN Kita hendaklah menghargai kasih sayang ibu bapa. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, kasih sayang ibu bapa adalah anugerah yang paling berharga dan tidak ternilai dengan harta benda. Kita mestilah menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan. Ilmu ibarat cahaya yang akan menerangi kehidupan, membimbing kita ke arah masa depan yang lebih baik. Kita hendaklah bersabar dan berusaha dalam menghadapi kesusahan. Kesulitan dalam hidup hanyalah sementara, dan dengan ketekunan serta usaha yang gigih, kita dapat mengubah nasib kita. Kita mestilah berani mengejar impian tanpa berputus asa. Walaupun perjalanan sukar, kita perlu terus melangkah ke hadapan dan tidak berpaling ke belakang demi mencapai kejayaan.


GLOSARIDukung - Memberikan sokongan moral, fizikal, atau benda kepada seseorang, sesuatu perkara, atau perjuangan. 1. Puncak - Bahagian, tahap atau peringkat yang paling tinggi. 2. Pondok - Rumah kecil atau tempat berteduh yang biasanya diperbuat daripada kayu atau buluh 3. Warkah - Surat atau tulisan rasmi, biasanya dalam bentuk yang lebih sastera atau bersifat peribadi. 4. Rujukan: Kamus Dewan Bahasa (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka


Sajak ini mengisahkan seorang ayah yang menulis warkah penuh kasih sayang dan harapan untuk anaknya. Dia menasihati anaknya agar terus berusaha dan menimba ilmu kerana itulah kunci kejayaan. Walaupun mereka hidup dalam kesusahan, si ayah yakin bahawa masa depan anaknya akan lebih cerah. Dengan penuh doa dan restu, dia berharap anaknya tidak melupakan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah. SINOPSISDicetak oleh: Lakar Warna Publication No. 16, Jalan Mentari, Kota Putera (Kampung Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia


Click to View FlipBook Version