The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KELLY KONG WHEI YI IPG-Pelajar, 2024-02-12 08:30:13

MPU 3441a Kokurikulum - Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet 1

MPU 3441a Tugasan 1 Buku Log Digital PPK

Keywords: Buku Log Digital PPK

Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 1.1 Pemimpin Muda 1.1.1 Pemimpin muda ialah ahli berdaftar Persatuan Pandu Puteri Malaysia dalam kalangan wanita muda yang berumur 18 - 30 tahun yang berikut: i. Pandu Puteri Klover Pandu Puteri Klover merujuk: pelajar wanita di tingkatan enam, politeknik serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mengikuti program Pandu Puteri Klover berkredit; dan ahli-ahli Pandu Puteri Raja dan wanita muda dalam komuniti yang mengikuti program Pandu Puteri Klover tanpa kredit. ii. Pandu Puteri Kadet Pandu Puteri Kadet merujuk siswa guru di Institut Pendidikan Guru yang mengikuti program Pandu Puteri Kadet berkredit. 1.1.2 Pemimpin muda perlu dilantik sebagai Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet oleh pemimpin yang berwaran. 1.2 Pemimpin Tidak Berwaran Pemimpin TIDAK Berwaran ialah: 1.2.1 pemimpin baharu yang membantu mengurus dan mengendalikan aktiviti Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet; 1.2.2 ahli berdaftar Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 1.2.3 pemimpin yang perlu mengikuti Kursus Asas Pemimpin dan dilantik sebagai pemimpin pandu puteri; 1.2.4 pemimpin yang boleh memakai lencana pelantikan pemimpin setelah dilantik; dan 1.2.5 pemimpin yang telah mengurus pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah boleh dilantik sebagai pemimpin berwaran.


Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 1.3 Pemimpin Berwaran Pemimpin Berwaran ialah: 1.3.1 ahli berdaftar Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 1.3.2 pemimpin yang telah mengikuti Kursus Asas Pemimpin boleh menguji ahli Pandu Puteri Tunas sehingga Topaz I dan menguji ahli Pandu Puteri Remaja sehingga Anugerah Jed untuk ahli pasukan lain; 1.3.3 pemimpin digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan Pemimpin supaya boleh menguji ahli Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya / Anugerah Pandu Puteri Remaja / Anugerah Delima Pandu Puteri Renjer sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja untuk ahli pasukan lain; dan 1.3.4 pemimpin boleh meningkatkan kompetensi dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II, Mutiara III dan Mutiara IV. 1.4 Jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan pemimpin yang berpengalaman dan telah melalui beberapa peringkat ujian bagi melayakkannya memperoleh pengiktirafan tertentu. Tugas jurulatih tersebut adalah untuk melatih, membimbing dan menguji ahliahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Barisan jurulatih dikategorikan mengikut peningkatan kompetensi pentauliahan seperti yang berikut: 1.4.1 Jurulatih Bertauliah Pemimpin yang mempunyai sijil jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 1.4.2 Bakal Jurulatih Pemimpin yang telah lulus ujian Lesen Perkhemahan / Pengurusan Acara Pandu Puteri. 1.4.3 Penolong Jurulatih Penolong jurulatih ialah pemimpin pandu puteri yang aktif serta mempunyai pengalaman mengendalikan kursus-kursus atau/dan pengujian ahli-ahli muda untuk sekurang-kurangnya 10 tahun secara berterusan tetapi tiada sijil jurulatih.


Dasar Pertubuhan dan Undangundang Am dan Pemimpin (DPU) 2. KURSUS ASAS PEMIMPIN Kursus Asas Pemimpin membolehkan pemimpin baharu dilantik sebagai pemimpin dan mengurus serta mengendalikan perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Kelipkelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet melalui program yang berikut:


Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 2.1 Prinsip Asas Pandu Puteri Seorang Pemimpin Pandu Puteri hendaklah: 2.1.1 mengetahui, menghayati dan mengamalkan: i. Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri; ii. cogan kata, isyarat dan hormat, berjabat tangan serta khidmat Pandu Puteri; iii. Dasar Pertubuhan dan Undang-undangAm dan Pemimpin 2.1.2 mengenal dan memahami maksud lambang dan warna pada: i. logo, Lencana serta Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia: ii. logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia dan Bendera Dunia; dan iii. bendera Malaysia dan bendera semua negeri di Malaysia. 2.1.3 mengetahui cara pemakaian pakaian seragam dan aksesori pemimpin Pandu Puteri serta ahli Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Klover; 2.1.4 mengenal struktur organisasi pasukan sendiri, Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah, cawangan, kebangsaan, dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS); 2.1.5 mengetahui: i. pelbagai cara menghormati bendera; ii. cara menaikkan dan menurunkan bendera; dan iii. cara menggunakan isyarat wisel dan isyarat tangan. 2.1.6 mengetahui dan menyanyikan Lagu Dunia dan Taps (siang dan malam) versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris; dan 2.1.7 mengendalikan kawad dan istiadat Pandu Puteri untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer.


Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 2.2 Perancangan Program Seorang Pemimpin Pandu Puteri hendaklah merancang program tahunan, dan merancang satu perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet. 2.3 Pelantikan Pemimpin Pada akhir Kursus Asas Pemimpin, pemimpin baharu dilantik dalam satu istiadat pelantikan oleh pemimpin berwaran. Pemimpin baharu perlu memakai pakaian seragam Pemimpin Pandu Puteri yang rasmi. Pemimpin yang telah dilantik hendaklah memohon Waran Pemimpin daripada ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan setelah menyempurnakan pengendalian pasukan selama tiga bulan.


Dasar Pertubuhan dan Undangundang Am dan Pemimpin (DPU) 3. KURSUS LANJUTAN PEMIMPIN Kursus Lanjutan Pemimpin membolehkan pemimpin berwaran:


Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 3.1 mengenal dan mengaplikasikan kemahiran asas perkhemahan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pekhemah; 3.2 mengenal dan membuat ikatan serta simpulan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan; 3.3 mengenal dan melaksanakan sekurang-kurangnya satu lencana daripada setiap kategori yang berikut: * Sustainable Development Goals (SDGs); * YUNGA; * WAGGGS; dan * GEAR UP 3.4 melengkapkan buku / fail log peribadi dan Jurnal Progresif Pemimpin; 3.5 merancang dan melaksanakan pengembaraan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pengembara Berjalan Kaki (Hiker); dan 3.6 mengenal serta menyanyikan pelbagai lagu Pandu Puteri seperti lagu Rantau Asia Pasifik (versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), lagu-lagu pusingan (round songs), lagu-lagu aksi (action songs) dan lagu-lagu lain yang berkaitan.


Dasar Pertubuhan dan Undangundang Am dan Pemimpin (DPU) 4. SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN WARAN PEMIMPIN Waran pemimpin diberikan kepada pemimpin yang telah:


Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 4.1 berdaftar dan telah dilantik sebagai pemimpin bagi satu Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet; 4.2 menghadiri Kursus Asas Pemimpin / telah menyempurnakan program Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet berkredit di institusi pengajian; atau terlibat secara aktif dalam perjumpaan Pasukan Pandu Puteri yang dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran dan berpengalaman sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Pemimpin baharu hendaklah mempamerkan pemahaman dan penguasaan pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam Kursus Asas Pemimpin; 4.3 merancang program perjumpaan mingguan untuk sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan; 4.4 mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah;


Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 4.5 menyimpan rekod pasukan seperti yang berikut: * Sijil Pendaftaran Pasukan; * Rekod Kedatangan Ahli; * Buku Stok; * Rekod Kewangan; * Rekod Kemajuan Ahli; * Program / Perancangan; * Log Pasukan / Aktiviti; * Minit Mesyuarat Pasukan; * Fail penyertaan latihan / kursus yang dihadiri di peringkat sekolah, daerah, cawangan, kebangsaan atau antarabangsa; * Fail Surat-menyurat; dan * Fail Mesyuarat Daerah. 4.6 menyimpan buku / fail log peribadi sendiri; 4.7 mengendalikan perjumpaan pasukan dan menjalankan istiadat pelantikan ahli pandu puteri; 4.8 membaca sekurang-kurangnya dua buah buku pandu puteri untuk menghayati pergerakan pandu puteri; dan 4.9 diselia oleh Pesuruhjaya Daerah setelah ia menerima permohonan waran pemimpin.


Dasar Pertubuhan dan Undangundang Am dan Pemimpin (DPU) 5. WARAN JAWATAN


Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 5.1 Waran ialah tauliah sesuatu jawatan pemimpin dalam pasukan. 5.2 Seorang pemimpin berwaran yang bertukar sekolah atau tempat kerja tidak perlu mengembalikan waran sedia ada tersebut, tetapi perlu memohon waran baharu daripada Pesuruhjaya Daerah bagi jawatan / pasukan di tempat ia berada pada ketika itu. 5.3 Permohonan untuk waran baharu dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan bagi pelantikan baharu setelah Pesuruhjaya Daerah memastikan semua syarat telah dipenuhi. 5.4 Waran ialah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan boleh ditarik balik atau dibatalkan.


Dasar Pertubuhan dan Undangundang Am dan Pemimpin (DPU) SKIM MUTIARA Skim Mutiara disediakan sebagai galakan kepada pemimpin berwaran yang berpotensi dan berminat mencorakkan masa hadapannya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia


Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 12.1 Mutiara I (dianugerahkan di peringkat daerah) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara I sekiranya ia: • mempunyai waran pemimpin; • telah menyertai Kursus Lanjutan Pemimpin Pandu Puteri; dan • telah membantu dalam satu acara pandu puteri di peringkat daerah / cawangan / kebangsaan. 12.2 Mutiara II (dianugerahkan di peringkat cawangan) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara II sekiranya ia: • mempunyai waran pemimpin; • mempunyai Mutiara l; • mempunyai Sijil Jurubantu Mula; • mempunyai Sijil Kuartermaster; dan • pemimpin aktif di peringkat sekolah / daerah / cawangan / kebangsaan. 12.3 Mutiara III (dianugerahkan di peringkat cawangan) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara IlI sekiranya ia: • mempunyai waran pemimpin; • mempunyai Mutiara Il; • mempunyai Sijil Lesen Perkhemahan / Sijil Pengurusan Acara Pandu Puteri; dan • telah menyertai serta melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu acara pandu puteri peringkat kebangsaan, seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan.


Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 12.4 Mutiara IV (dianugerahkan di peringkat kebangsaan) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara IV sekiranya ia: • mempunyai waran pemimpin; • mempunyai Sijil Jurulatih dan aktif sebagai jurulatih dalam tempoh tiga tahun kebelakangan; • memperoleh Asia Pacific LeadershipAward; dan • telah membantu mengendalikan latihan di peringkat daerah, cawangan dan kebangsaan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan.


Prinsip asas Pandu Puteri berteraskan Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Persetiaan dan undangundang pandu puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjadi ahli Pandu Puteri Sistem nilai ini menjadi panduan hidup ahli Pandu Puteri Seorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang Pemimpin Berwaran hendaklah memakai lencana Pelantikan dan Lencana Dunia. Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukarela menyertai persatuan ini sebagai seorang ahli. Seseorang ahli persatuan yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri perlu memberi penglibatan yang penuh dan pada kepada Persatuan Pandu Puteri dan sentiasa mengamalkan semangat Pandu Puteri. Prinsip-Prinsip Asas Pandu Puteri


Persetiaan Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya, kepada Tuhan, Raja dan negara saya, Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri


UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI 1. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 2. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 5. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. 6. Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang hidup. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.


Misi: Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. Visi: Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa.


PIAGAM PPPM Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa Menyediakan la tihan kepanduan yang berkualiti Menerapkan sifat- sifat kep emimpinan yang tulin melalui P ro g ram Kepanduan Melahirkan ahli yang berkaliber Menon jolkan ahli yang mempunyai nilai- nilai murni M enampilk an ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna M enampilk an ahli sebagai warga negara yang sihat- Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran dan berguna


PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Nilai-nilai Teras Integriti Kejujuran Hormatmenghorm ati Toleransi Kasih Sayang Bantumembantu


Cogan Kata Pandu Puteri Pandu Puteri Tunas Tolong Orang Selalu (TOS) Pandu Puteri Remaja Selalu Sedia


Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia Lencana Pandu Puteri Malaysia • Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. • Logo tersebut dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan İbuPejabat. • Lencana Pandu Puteri Malaysia mengandungi cantuman tigarangkaian daun lebar dengan bintang pecah 14 di tengah sertaperkataan Pandu Puteri di bawahnya. • Cantuman tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga bahagian Persetiaan. • Bintang pecah 14 bererti perpaduan antara 13 buah negeriserta wilayah persekutuan di negara ini. • Lencana ini disemat pada skaf ahli Pandu Puteri semasaistiadat pelantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri. • Lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Tunas Logo dan Lencana


ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI • Seorang Pandu Puteri berada dalam kedudukansedia. • Tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dantangan kiri dirapatkan lurus ke badan. • Tiga jari tangan kanan ditegakkan. • Ibu jari yangmenindih jari kelengkeng menunjukkan yang kuat membantu yang lemah. • Tiga jari melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. BERJABAT TANGAN • Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan: i. tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain ii. kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan dengan orang yang tidak berpakaian seragam. • Cara berjabat tangan dengan tangan kiri ini berkaitan denganperlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika. • Lord Baden Powell yang banyak berhubung dengan puak ini semasadi Kenya telah memerhatikan bahawa mereka sering memegangsenjata pada tangan kanan, manakala tangan kiri memegangperisai. • Sebagai tanda persahabatan, mereka melepaskan perisaidan berjabat tangan dengan tangan kiri. Isyarat Wisel dan Tangan


Lencana Dunia • Lencana dunia (World Badge) ialahlambang Persatuan Pandu Puteri danPengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). • Lencana ini telah diterima dalam Persidangan Dunia yang ke-11 di Evian,Perancis dalam tahun 1946. • Trefoil emas yang berlatar belakang biru mewakili matahari yang menyinari seluruh kanak-kanak di dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. • Tiga bentuk daunbercabang melambangkan tigabahagian Persetiaan Pandu Puteri. • Tangkai di bawah daun melambangkankasih sayang manusia sejagat. • Jarum yangmenghala ke atas di tengah daun itu menunjukkan arah. • Dua bintang di sebelahkiri dan kanan melambangkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) • Trefoil telah menjadi symbol penting Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) lebih dari 100 tahun. • Walaupun reka cipta logo initelah dikemaskinikan berulangkali, trefoil kekal menjadi ciri utama logo WAGGGS. • Versi trefoilyang direka cipta pada tahun 1991 masih ada, tetapi elemen-elemendi sekitarnya telah diperbaharu. • Logo WAGGGS terserlah, terang dan penggunaannya disesuaikan dengan pelbagai khalayak. Logo dan Lencana


Isyarat Wisel


Isyarat Tangan


Isyarat Tangan


Isyarat Tangan


LAGU DUNIA PANDU PUTERI Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi Lagu ini. Our way is clear As we march on And see our flag on high It’s never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song Shall sing our song


Bendera Malaysia Jalur Gemilang • Terdapat 14 jalur merah dan putih menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan. • Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu.


Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia • Latar keseluruhan bendera ini berwama bir dan logo rasmi Persatuan Panda Puteri Malaysia berada di tengah-tengahnya. • Bendera ini dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, cawangan, daerah ataupun sekolah.


Bendera Dunia • Bendera ini ialah bendera rasmi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). • Penggunaannya diluluskan pada tahun1930 di Persidangan Dunia keenam yang diadakan pada tahuntersebut. • Pada bulan Mac 1991, di mesyuarat kali ke-80, selepas upacara perasmian Pax Lodge, jawatankuasa Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedania telah menerima bahawa Pergerakan Pandu Puteri lalah satu organisasi yang dinamis dan mencerminkan keperluan zaman moden. • Tiga blok asau petak kuning menyerong sederet di bahagian kananbawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. • Bahagian putihdi penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengkap Puteri terhadap keamanan.


Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi


• Sejarah Pengasas • Sejarah Perkembangan Pandu Puteri di Dunia • Sejarah Perkembangan Pandu Puteri di Malaysia • Struktur Organisasi Pandu Puteri (Malaysia, Kadet, Tunas, Kelip-kelip) Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi


Sejarah Pandu Puteri


Sejarah Pengasas Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai LadyBaden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenal Sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides" yang bertanggungjawab terhadap Pergerakan Pandu Puteri di negaranya dan di seluruh dunia. Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Olave St. Clair Soames


Pada tahun 1918 hingga tahun 1919, beliau telah menubuhkan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa. Majlis Antarabangsa telah bertanggungjawab sebagai perantara di antara Persatuan Pandu Puteri di sesebuah negara dengan pergerakan Pandu Puteri di negara lain. Kini ia dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Pada tahun 1930, beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide. Beliau hidup sehingga 25 Jun 1977 pada umur 88 tahun.


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Dunia


1909 Sekumpulan remaja wanita hadir untuk perhimpunan Pengakap “Scout Rally” di Crysral Palace dan memanggil diri sebagai Pengakap Puteri. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap iaitu, Lord Robert Baden-Powell. Loard Baden-Powell menamakan kumpulan tersebut sebagai Girls Guides sempena Guides Corps di India dengan program. 1910 Pergerakan Pandu Puteri diuruskan oleh Agnes Baden-Powell. Beliau telah mengadaptasikan buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya pergerakan Pandu Puteri telah dilahirkan. 1912 Walaupun Pandu Puteri dilahirkan di Britian tetapi telah berkemban ke tempat lain dengan amat pantas. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka telah berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. 1914 Brownies ditubuhkan (Rosebud). 1919 Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (Internasional Coucil), perintis kepada WAGGGS. Robert BadenPowell telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia. 1920 Persidangan Antarabangsa Pertama telah diadakan. Persidangan ini telah memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. 1920 Persidangan Antarabangsa Pertama telah diadakan. Persidangan ini telah memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. 1928 World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) [Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap] ditubuhkan 1930 Bendera Dunia mula digunakan. 1942 - 1945 Gerakan Pandu Puteri terhenti kerana tercetus Perang Dunia Kedua. 1946 Lencana dunia diperkenalkan. Pergerakan Pandu Puteri bergerak semula. 1966 Malaysia - menjadi ahli penuh WAGGGS Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Dunia


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 1916 Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur 1917 • Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. Beliau dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan laitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta dan dikelolakan di bawah YWCA. • Lady Guillemard telah dilantik sebagai Yang Di Pertua dan Puan Cavenduh dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pula Pinang 1920 Pek Tunas Puteri yang pertama telah ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 1923 Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang telah ditubuhkan. 1924 Penubuhan pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan. 1925 • Penubuhan pasukan Pandu Puteri Melaka. • Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. • Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 • Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. • Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit 1932 • Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan. • Kedua-dua pasukan ini merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Ketua Pengakap Lord Baden-Powell dan Ketua Olave, Lady BadenPowell telah melawat ke Malaya. 1937 - 1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan oleh perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 1947 • Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih rami lagi penyertaan gadisgadis remaja apabila Penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. • Beberapa orang ahli Pandu Puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948 - 1960 1957 1960 Kegiatan kepanduan tergendala lagi akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. • PPPM diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). • Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. Dalam Persidangan Dunia ke-17, PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS di Athens, Greece. 1962 PPPM telah menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan PPPM, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967 - 1976 1969 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktivitiaktiviti Perkhemahan Jubli Emas. Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Seta Raja Terengganu 1977 - 1986 • Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. • Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada Tunas Puteri. • Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan pemimpin mula digunakan di seluruh negara.


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987 Sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. 1992 Penubuhan Majlis Kadet Pandu Päteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM '98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel '98. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 • 8-15 Februari-Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas PPPM oleh Jan Mac Intyre. • Pelancaran Projek Biskut. • Majlis Menandatangani Laman Web PPPM. • 11 buah negara telah mengambil bahagian dalam Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000 di UITM Shah Alam Selangor yang bertemakan 'Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia' (Global Cooperation for A Better World). 2001 • 7 hingga 12 September: Kem Integrasi 2001: Kem in yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusal Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. • Projek Asia Pasifik: PPPM - Fiji GGA: Lend A Hand 2002 Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. 2003 • Pelancaran Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. • Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan PPPM pada bulan Oktober sempena Sambutan Har Kanak-Kanak Sedunia. • Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan" • Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan PPPM dan projek Bungkusan Kasih alau "Peace Packs* telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan PPPM.


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 2004 • Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak*. • Seramai 49 ahli berjaya ke puncak. • PPPM dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. • Cyclelon Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. • Ekspedisi Berbasikal Pula Pinang (Oktober 2004) telah berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia" 2005 • 21 hingga 23 Februari - Pada pertama kalinya "Girl Guides’ Summit" telah diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. • Sebanyak 4,581 "Peace Packs* telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran ini telah dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. • Pada 16 hinga 17 April, kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS telah diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. • Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. • Pada 16 hingga 19 Ogos - Malaysia telah menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. • Pada 13 hingga 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Pun Pahang Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mulawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K; D.K Johor; S.P.M.J sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang. • Pada September, satu Mesyuarat Meja Bulat telah diadakan di Sungai Petani, Kedah yang bertujuan untuk membincangkan Perlembagaan


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 2006 • Januari- Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: • Pada 13 hingga 17 Mac Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis. Seramai 600 orang peserta menyertai perkhemahan kali ini. • Pada 1 hingga 6 April, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism. Program ini telah dihadiri oleh 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Wordwide dan Points of Lights Foundation. • Pada 26 April hingga 1 Mei, Ekspedisi Menyusuri Sungai Pahang telah dijalankan. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km telah disertai oleh 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM telah mendapat hadiah Penyertaan Terbanyak. • Pada 9 Jun, Perlembagaan baru PPPM telah dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. • Pada 9 Jun, Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bender Kesedaran dan Penjagaan” telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja PPPM di Raja Persatuan Pandu Puteri di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung tahunan PPPM di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. • Julai : Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan. • Oktober: Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. Nama Lama Nama Baru Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 2007 • Januari : Pelaksanaan Perlembagaan baru PPPM. • 1 April : PPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. • 3 - 9 Jun : Malaysia telah menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering”. • 6 Jun : Forum Bella bertajuk Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahi Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. • 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 PPPM. 2008 • 19 Januari : Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan* di Sungai Petani, Kedah. • 6 - 12 Julai : Delegasi PPPM menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 • 17 - 22 Ogos : Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara. Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom 2009 • Tahun Warga Emas PPPM • GAM Public Speaking Competition 2009 • Theme: girls worldwide say we can stop the spread of AIDS malaria and other diseases" 2010 • 10 Apr : Projek Khidmat Komuniti Sempena Pelancaran Sambutan Centenary WAGGGS peringkat kebangsaan di CASP, Bukit Mertajam. • 10 Apr : Pelancaran Centenary Patch hasil sumbangan semua Cawangan yang dicantumkan bersama. • Dua orang pemenang (pemimpin muda) pertandingan pengucapan awam PPPM 2009 mewakili Malaysia ke Young Women Youth Forum di United Kingdom. • 24 - 25 July 2010 : GGAM YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Manor's Challenge Trophy Public Speaking Competition 2010 Theme: Girls worldwide say, "Together we can end extreme poverty and hunger”.


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 2011 • 19 - 26 Mac : Empat orang pemimpin muda berjaya mewakili PPPM ke Young Women's World Forum 2011 sempena sambutan centenary WAGGGS di empat Pusat Dunia secara serentak. • 17 April : PPPM berjaya mengumpul sebanyak RM2, 166,819.90 untuk Tabung Bencana Pandu Puteri-Maybank. Tabung tersebut juga berjaya mencatat rekod bar dalam Malaysia Book Of Records. • 2 dan 3 Jul : YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor's Challenge Trophy Public Speaking Competition 2011 Theme: Empowering Girls Will Change Our World 2013 • YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor's Challenge Trophy • Public Speaking Competition 2013 • Theme: MDG 4: Together We Can save Children's Lives and MDG 5: Every Mother's Life And Health Is Precious. 2015 YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor's Challenge Trophy Public Speaking Competition 2016 2016 • Bengkel Selalu Sedia 2017 di Rembau • Pelancaran sambutan ulangtahun ke 100 PPPM 2017 • Bengkel Selalu Sedia 2017 di Kedah • Bengkel Pengurusan Kejurulatihan PPPM 2017 di University Nottingham Kampus Malaysia • YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Manor's Challenge Trophy Public Speaking Competition 2017 Theme: GROW Sehingga Kini • PPPM telah merancang, melaksanakan dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru agar dapat mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan serta perubahan dunia di alaf baru. • Kerjasama antara pelbagai pihak telah berjaya membantu PPPM terus memaju.


Struktur Organisasi Pandu Puteri


Keluarga Pandu Puteri Malaysia Pandu Puteri Klover Pandu Puteri Kadet Pandu Puteri Raja Pandu Puteri Ranjer Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Tunas Pasukan Kelip-kelip Pesuruhjaya PP Pemimpin PP


Click to View FlipBook Version