The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU ROSE, 2023-06-18 01:21:22

LGBT- DEN64 KUMP 3

LGBT KUMPULAN 3 (2)

DEN 64 PRAKTIKUS USRAH Kumpulan 3 pensyarah USTAZAH HASNAH binti MOHD IDRIS LGBT


ISI KANDUNGAN R U J U K A N 01 P E N G E N A L A N 02 D A L I L N A Q L I D A N A Q L I 03 P E M B E N T A N G A N K E S 04 K U P A S A N H A R A K I 05 K E S I M P U L A N 06


SIDANG EDITORIAL KETUA EDITOR TAKSIAH A.MAJID EDITOR REKA KULIT DAN KONSEP SHAKIRAH DAUD NURULHUDA AHMAD CHE ZAITUN ZAKARIA RUS BAHUDIN KHADIJAH OTHMAN


"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" al-Zumar : 53 PENGENALAN BAB 1 KUMPULAN 3


KECELARUAN IDENTITI Kecelaruan identiti gender (Gender Identity Disorder) atau Gender Dysphoria yang merujuk kepada golongan LGBT Keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya KES MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZAMAN (Sajat) KES ABDUL JALIL BIN SALEH (Mama Juwie) KES MOHAMAD JUZAILI & RAKAN-RAKAN CONTOH


LESBIAN Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender/jantina apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya Tarikan seks sesama jenis & juga berlainan jenis secara Bersama > Seks Bebas/zina Berpewatakan & tampil berlawanan dengan jantina sebenar L>P : Maknyah/pondan (Tasyabbuh) P>L : Tomboy/pengkid Tarikan seksual lelaki dengan lelaki > Liwat BISEKSUAL GAY TRANSGENDER Tarikan seksual perempuan dengan perempuan > Musahaqah/al-sihaq LGBT


BAB 2 DALIL naqli Dan aqli


“Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan". HADIS DALIL AL-QURAN Hadith ini juga menyebutkan tentang perlakuan kaum Nabi Lut a.s. iaitu homoseksual (liwat). Walau bagaimanapun di dalam hadith ini, Nabi SAW menyebutkan laknat Allah terhadap golongan atau sesiapa yang melakukan perbuatan sepertimana telah dilakukan oleh kaum Nabi Lut a.s. itu. Bahkan, termasuk dalam laknat Allah adalah golongan yang melakukan seks dengan binatang. Dapat dirumuskan bahawa golongan gay atau homoseksual disebutkan dalam hadith sebagai perlakuan kaum Nabi Lut AS. Daripada penjelasan hadith, didapati bahawa terdapat pelbagai ancaman dan azab yang boleh dikenakan terhadap golongan yang berperlakuan demikian. Di antaranya, mereka mendapat laknat Allah dan RasulNya. Surah al-A'raf : 80 - 84 Ayat di atas jelas menggambarkan perilaku umat Nabi Lut a.s. yang mengalami masalah kecelaruan seks apabila memiliki kecenderungan untuk melakukan hubungan intim dengan kaum sejenis iaitu lelaki bersama lelaki dan perempuan bersama perempuan. Orientasi seksual yang dilakukan sesama pasangan sejenis atau homoseksual disebut di dalam hadith dengan istilah liwat (homoseksual) dan al-sihaq (lesbian). Di dalam ayat alQur’an tersebut, Allah menggambarkan azab yang menimpa ke atas kaum Nabi Lut a.s. iaitu kaum Sodom dan kaum Amoro, suatu daerah di negeri Syam.


Di dalam Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Trmizi dinaqalkan kalam al-Imam al-Tabari tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita di dalam pemakaian dan perhiasan yang telah dikhaskan buat wanita dan begitulah sebaliknya. al-Hafiz Ibn Hajar tidak boleh menyerupai di dalam percakapan dan cara berjalan manakala dari segi pemakaian pula berbeza mengikut adat pemakaian sesuatu tempat dan kaum. [Tuhfah al-Ahwazi. Dar alKutub al-‘Ilmiyyah, 8/57] Al-Imam al-San’ani mengatakan bahawa laknat Rasulullah SAW terhadap maksiat itu menunjukkan kepada besarnya dosa tersebut. Dalil tersebut menunjukkan keharaman untuk menyerupai perempuan bagi lelaki dan sebaliknya. [Subul alSalam. Dar al-Hadith, 2/421] Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh alIslami wa Adillatuh antara lain menyatakan haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. PENDAPAT ILMUAN


FAKTA KES DI MALAYSIA BAB 3


FAKTA KES Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia. Hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk nabi). Jangan sesekali mencabar fatwa yang diputuskan oleh para ulama kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati mereka dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa yang diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber yang muktamad daripada Al-Quran, al-Sunnah, qiyas dan juga ijma’. Kenyataan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan: Bagi menjadikan perundangan syariah lebih efektif Akta 355 ini dicadangkan untuk dipinda dengan memperluas had bidang kuasa jenayah mahkamah syariah. [RUU355] Bagi kesalahan berkelakuan secara berlawanan gender, hanya dianggap sebagai jenayah di bawah perundangan jenayah syariah sahaja. Oleh hal yang demikian hanya boleh dikuatkuasakan terhadap pesalah yang beragama Islam sahaja. Bagi golongan LGBT berkelakuan secara berlawanan jantina seperti maknyah, pondan dan pengkid, tidak boleh didakwa kerana tiada peruntukan mengenainya di dalam perundangan sivil. Kebebasan yang tiada pedoman ini bukan sahaja mengancam kemaslahatan umum tetapi juga akan menghancurkan sistem sosial dan nilai masyarakat Malaysia yang didokong oleh nilai-nilai agama, budaya dan etika. LGBT tidak diiktiraf oleh mana-mana perundangan Malaysia. Perhubungan seks luar tabi'e tidak diterima sama sekali bahkan merupakan suatu jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri. Namun begitu, hukuman yang diperuntukkan di bawah perundangan jenayah syariah adalah jauh lebih rendah dan ringan berbanding perundangan sivil berpunca daripada kekangan oleh Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang membataskan bidang kuasa mahkamah syariah bagi perkara-perkara jenayah hanya penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau sebatan yang dihadkan maksimum sebanyak enam kali sahaja. Had hukuman tersebut, dilihat tidak lagi releven kerana kali terakhir Akta 355 tersebut disemak, adalah pada tahun 1988 iaitu kira-kira 30 tahun dahulu.


KUPASAN HARAKI BAB 4


Generasi sekarang telah dipengaruhi oleh dunia yang penuh pancaroba akibat gejala sosial. Pada Zaman Nabi Luth telah berlaku angkara buruk ini, namun Kaum Luth tidak mengendahkan. Akhirnya Allah melaknat mereka dengan menghancurkan keturunan mereka. Di Malaysia ada di buat tangkapan ke atas sebuah kedai jam yang memaparkan warna rasmi LGBT dan tertera tulisan LGBT. Akibat lemahnya ilmu pengetahuan dalam agama, golongan yang terlibat dengan LGBT ini menganggap perbuatan mereka biasa sedangkan perbuatan itu lebih hina daripada binatang. Bulan Jun merupakan bulan LGBT yang telah diiktiraf oleh Presiden Amerika. Sekiranya tidak dibendung dan diambil tindakan undang-undang maka masyarakat akan menjadi lebih parah. Contohnya: Akan berlaku jenayah terhadap wanita berleluasa asbab perkongsian tandas padahal dia ialah lelaki - boleh berlaku kes rogol. Ustaz Wadi Anuar


DUPP telah berulang kali mengingatkan Kerajaan supaya garis panduan terhadap PUSPAL perlu sentiasa ditambah baik termasuklah daripada sudut keanggotaan dan peranan agensi di dalamnya. Peranan agensi agama seperti JAKIM wajar diketengahkan bagi memastikan peranan PUSPAL yang lebih komprehensif. Agenda normalisasi LGBT dalam negara sentiasa berlaku melalui jarum yang sangat halus. Tindakan yang segera dan tegas pula sangat wajar bagi membendung perkara tersebut daripada terus meracuni pemikiran anak bangsa walaupun secara tidak langsung. DUPP menegaskan bahawa PUSPAL perlu bertindak secara aktif dalam hal ini. Sikap keterbukaan yang tiada sempadan serta garis panduan yang khusus dalam membendung kemasukan artis yang mempromosi LGBT hanya menambah masalah sosial anak muda dalam negara. DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyarankan agar Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bertegas dengan kemasukan artis yang terangterangan mempromosi LGBT daripada membuat persembahan di negara ini. Penganjuran sebarang bentuk program yang merosakkan nilai dan jati diri golongan muda dalam negara bertentangan dengan imej ketimuran serta dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bertujuan membentuk, mengangkat serta mengekalkan identiti budaya yang diamalkan di Malaysia. YB UST. DATO’ HAJI AHMAD YAHAYA Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Usaha ke arah penggubalan peruntukan undang-undang yang khusus bagi membentengi negara daripada ancaman LGBT. Hal ini bagi memastikan negara bebas daripada normalisasi budaya tersebut serta mengekalkan dasar menolak pengaruh budaya LGBT.


BAB 5 KESIMPULAN


Kecelaruan gender merupakan masalah yang perlu ditangani dengan sebaiknya, kerana ia berkaitan dengan isu gangguan fizikal, psikologikal, mental dan jiwa rohani sesorang. Kepentingan isu ini ditangani diperingkat awal merupakan satu langkah bijak, berbanding pemulihan yang dijalankan selepas mereka menanggapi diri mereka adalah jantina sebalik yang mereka punyai. Kesukaran membantu memulihkan golongan celaru jantina yang sudah berada di tahap “confirmation” merupakan satu cabaran yang besar kepada para kaunselor kerana golongan ini sudah selesa dan menzahirkan kecelaruan yang dihadapi dalam bentuk tingkah laku, pemakaian dan pemikiran. Sama ada para kaunselor sedar atau tidak, usaha pemulihan dan kesedaran yang mereka jalankan di peringkat awal ini mempunyai sumbangan dan peranan yang amat besar ketika golongan ini sedang mengalami krisis identiti di peringkat kanak-kanak dan remaja. Sesuai dengan pepatah Melayu jika mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendekatan kaunseling dan bimbingan berteraskan Islam atau dengan input agama perlu diketengahkan dan diperluas dalam masyarakat sebagai usaha mendepani golongan minoriti seksual. Hal ini penting supaya Islam tidak disalah tafsirkan sebagai penghukum semata-mata tanpa menerima sifat toleransi untuk berinteraksi sesama manusia. Peruntukan undang-undang syariah berhubung kesalahan wanita menyerupai lelaki (pengkid) dan hukum lelaki menyerupai perempuan (pondan dan mak nyah) telah sedia diperuntukkan di dalam akta dan enakmen negeri-negeri. Maka, menjadi tanggungjawab pihak berautoriti untuk melaksanakannya dengan penuh amanah, berhemah dan bijaksana.


RUJUKAN


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2020), Islam Satu-Satunya Penyelesaian. Kuala Lumpur : Pustaka Permata Ummah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2016), Fiqh al- Harakah Jilid.1 Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2016), Fiqh al- Harakah Jilid 2. Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar. Mohamad Razif, Bayan Linnas Siri Ke-92 : Perlakuan Homseksual dalam Islam, 17 Mei 2017, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Muhammad Fahmi Rusli, Irsyad al-Fatwa Ke-202 : Hukum Hakam Berkaitan Khunsa, 10 Julai 2017, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Umar Mukhtar Mohd Noor, Siri 5 : Isu Transgender, Tasyabbuh atau Penyerupaan: Hukumnya (Edisi Kemaskini), 16 Oktober 2015, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Transgenderisme di Malaysia: Pelan Bimbingan Kembali kepada Fitrah dari Perspektif Psikospiritual Islam, Quisque finibus orci nibh, quis rutrum dolor scelerisque in. Vivamus vel posuere metus. 24 Ogos 22, LGBTQ: Keputusan berani Singapura, Harakah Daily. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. BIBLIOGRAFI


Thank you!


Click to View FlipBook Version