The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke 33 SK Selayang Jaya Tahun 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92317926, 2021-10-13 00:30:47

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKSJ KE 33 TAHUN 2021

Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke 33 SK Selayang Jaya Tahun 2021

Keywords: PIBG

Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya
Jalan SJ 24, Taman Selayang Jaya

68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

MESYUARAT
AGUNG PIBG

KALI KE-33 TAHUN 2021

Tarikh : 23 Oktober 2021
Masa : 9.00 Pagi
Medium: Youtube Live

1

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN
1. Kata alu-aluan YDP PIBG 3
2. Kata alu-aluan Penasihat 4
3. Aturcara Majlis 5
4. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Ke-33 6
5. AJK PIBG Sesi 2020/2021 7
6. AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Ke-33 8
7. Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-32
8. Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2021 9-16
9. Laporan Kewangan PIBG Tahun 2020 17-22
10. Cadangan dan Usul 23-24
11. Perancangan 2021 25-30
12. AJK PIBG 2021/2022 31-35
13. Penghargaan
37
38

2
2

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SK SELAYANG JAYA 2020/2021

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Yang saya hormati,

Dato/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG. Pertama sekali, saya bersyukur
ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang untuk mencoretkan kata alu-
aluan untuk Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 SK Selayang Jaya. Syukur Alhamdulillah.

Saya amat berbesar hati atas kesudian para ibu bapa serta guru-guru yang sentiasa memberi
sokongan dan semangat kepada pihak sekolah dan persatuan demi masa depan anak-anak kita di
masa yang penuh mencabar ini. Dalam usaha merancang dan melaksanakan aktiviti, kerjasama
yang erat antara ibu bapa dan warga pendidik amatlah perlu demi memartabatkan mutu pendidikan
di sekolah ini dan seterusnya berbincang dengan cara penuh berhemah untuk menangani pelbagai
isu berkaitan dengan pendidikan.

Saya sebagai Yang DiPertua PIBG yang mewakili para ibu bapa, ingin merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada Pn. Suraya Binti Mohd Salleh selaku Guru Besar merangkap penasihat PIBG
sekolah ini atas kerjasama yang diberikan. Begitu juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada
barisan pentadbiran Guru Penolong Kanan, guru-guru, jawatankuasa PIBG serta jawatankuasa
KSIB yang memberi komitmen yang jitu dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Sesungguhnya sokongan, kerjasama dan penglibatan tuan/puan dalam setiap aktivti yang
dijalankan oleh PIBG merupakan pemangkin kejayaan dan kecemerlangan sekolah.

Akhir kata, semoga mesyuarat kali ini berlangsung dalam suasana yang harmoni dan terbuka
walaupun tidak bersemuka. Harapan saya agar sebarang permasalahan dan kekalutan yang wujud
dapat ditangani dengan tenang dan sabar.

Sekian, terima kasih,

Saya yang menjalankan amanah,

(AZMAN BIN ABU HASSAN PBM, AMP)
Yang DiPertua PIBG 2020/2021,
Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya.

3
3

KATA ALU-ALUAN PENASIHAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK SELAYANG JAYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan inayahnya dapat kita
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 ini dalam suasana yang baru bersesuaian dengan
masa kini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah
berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini di mana kini
rangkaian digital digunakan sepenuhnya dalam menyampaikan maklumat.

Walaupun COVID-19 masih lagi bersama kita, dan sedikit sebanyak kebergantungan kepada
sekolah telah beralih kepada ibu bapa, namun pihak sekolah tetap berusaha untuk menyediakan
kemudahan pendidikan yang terbaik untuk murid-murid. Kami sentiasa berusaha dan memastikan
supaya tidak ada murid yang ketinggalan dalam pelajaran walaupun menghadapi pelbagai
kekangan.Video call, Google Meet, Youtube, Whatsapp dan Telegram adalah wadah baru untuk
guru-guru menyampaikan ilmu di musim pandemik ini.

Kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu daripada semua pendidik dan ibu
bapa sekalian yang merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat kejayaan. Bertitik-tolak
daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru akan melahirkan generasi yang
bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dari segi pembangunan
rohani dan jasmani. Hasrat ini juga sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk mengejar impian murni dalam usaha mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi yang bukan
mustahil menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada AJK PIBG sesi 2020/2021, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan
majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(SURAYA BINTI MOHD SALLEH)
Penasihat PIBG
Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya

44

ATURCARA MAJLIS

9.00 pagi : Majlis Bermula
Ucapan Alu-aluan

9.10 pagi : Bacaan Doa

9.15 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG 2020/2021
9.30 pagi En. Azman Bin Abu Hassan PBM,AMP.
9.45 pagi
: Ucapan Penasihat PIBG SKSJ
Pn. Suraya Binti Mohd Salleh
Guru Besar SK Selayang Jaya

: Persembahan Multimedia

10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 bermula

12.00 t/hari : Bersurai

5
5

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-33 TAHUN 2021

1. Ucapan YDP (En. Azman Bin Abu Hassan PBM,AMP)
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-32
3. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti PIBG

2020/2021
4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan

PIBG 2020/2021
5. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021
6. Pelantikan Pengerusi Sementara
7. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022
8. Pembentangan dan Perbahasan Usul
9. Hal-Hal Lain
10. Ucapan Penangguhan

6
6

AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2020/2021

Penasihat : Pn. Suraya Binti Mohd Salleh
En. Azman Bin Abu Hassan PBM,AMP.
Yang Dipertua : Pn. Norbakyah Binti Ahmad
Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias
Naib Yang Dipertua : Pn. Siti Roha Binti Kurdi
En. Mohammad Nasirrudin Bin Harun
Setiausaha : Pn. Rusliana Binti Md. Saad
En. Abd Jamal Bin Jamaluddin
Naib Setiausaha : En. Saravanan A/L Sanmugom
En. Hermi Bin Hamzah
Bendahari : En. Mohd Hazri Bin Aziz
Pn. Ellma Shaffina Binti Mohd Shafie
Naib Bendahar i : Pn. Zaifadzmeen Zakiah Binti Zaini
En. Mohd Najib Bin Yunos
AJK Ibu Bapa : Pn. Nurul Zakiah Binti Abd Razak
Pn. Syazana Binti Mohd Rizal
AJK Guru : En. Shaharuddin Bin Yusof (wakil ibu bapa)
En. Muhammad Faris Syazwan Bin
Juruaudit : Muhammad Nor (wakil guru)

7
7

AJK PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33

PENASIHAT : EN. SURAYA BINTI MOHD SALLEH (GURU BESAR)

EX-OFFICIO : PN. ABSAH BINTI SAIDIN (PEN. KANAN PENTADBIRAN)

: EN. MUHAMAD IKHWAN BIN ZAINAL (PEN. KANAN HAL EHWAL MURID)

: EN. ZAMZARY AXMAL BIN RAHAMAN (PEN. KANAN KOKURIKULUM)

: PN. HERLIANA BINTI HUSIN (PEN. KANAN PENDIDIKAN KHAS)

YANG DIPERTUA : EN. AZMAN BIN ABU HASSAN PBM,AMP.

NAIB YANG DIPERTUA : PN. NORBAKYAH BINTI AHMAD

SETIAUSAHA : PN. ASNA HAZIMA BINTI MOHD ALIAS

NAIB SETIAUSAHA : PN. SITI ROHA BINTI KURDI

BENDAHARI : EN. MOHAMMAD NASIRRUDIN BIN HARUN

NAIB BENDAHARI : PN. RUSLIANA BINTI MD SAAD

PENGACARA MAJLIS PERSIAPAN TEMPAT

En. Mohd Faris Syazwan Bin Muhamad Nor En. Ahmad Nazamudin bin Abdullah

En. Ahmad Kamal Bin Zakaria

BACAAN DOA En. Muhammad Shamin Bin Ghazali

En. Mohammad Nasirrudin Bin Harun

MONTAJ

TEKNIKAL (ADMIN) Pn. Nik Noor Asmaliza Binti Nik Wail

Cik Haslina Binti Abd Aziz (K)

Pn. Rusliana Binti Md Saad BUKU PROGRAM

Pn. Nur Salihah Binti Kassim Pn. Nor ’Adilah Binti Mohamed Azahar

E-SMAT (KEHADIRAN & UNDIAN) TEKS UCAPAN
En. Sundera Moorthy A/L Rajandran (K) Pn. Syazana Binti Mohd Rizal
En. Abdul Fattah Al- Barri Bin Ilyah
Pn. Nurul Zakiah Binti Abd Razak BANNER/ BACKDROP
Pn. Nor Asmiyah Binti Ali En. Mohamad Solahuddin Al-Ansori Bin Ismail
Cik Fatin Najwa Binti Abd Bahri
JAMUAN AJK
PA SYSTEM Cik Putri Nurhayati Binti Megat Thaib
En. Mohd Najib Bin Yunos
En. Ahmad Amirulhadi bin Mohamad PENCATAT MINIT MESYUARAT
Pn. Siti Roha Binti Kurdi (K)
BAHAN EDARAN DAN DOKUMENTASI Pn. Nurul Najihah Binti Omar
Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias Pn. Najwa Humaira Binti Mat Nor
Pn. Nurmaizura Hidayah Binti Roslan

8

MINIT
MESYUARAT
AGUNG PIBG

KALI KE-32
TAHUN 2020

9

PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA

68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN
NO. PENDAFTARAN PIBG: 777

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE- 32
SESI 2020/2021

Tarikh : 18 Januari 2020 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.45 tengah hari
Tempat : Dewan Sri Anggerik, SK Selayang Jaya
Perasmi : Tuan U Chin Ong
Ahli Majlis Zon 12, Majlis Perbandaran Selayang
Mewakili Yang Berhormat Tuan Tony Kiam Wee Ahli Parlimen Damansara

Kehadiran :

1. En. Zulkefli Bin Othman Guru Besar (Penasihat)
2 En. Azman Bin Abu Hassan PBM, AMP Yang Dipertua
3. Pn. Norbakyah Binti Ahmad Naib Yang Dipertua
4. Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias Setiausaha
5. Pn. Siti Roha Binti Kurdi Naib Setiausaha
6. En. Mohammad Nasirrudin Bin Harun Bendahari
7. Pn. Rusliana Binti Md. Saad Naib Bendahari
8. Zulkifli Bin Yusop Ahli
9. Che Mah Binti Abdullah Ahli
10. Aspar Bin Kusin Ahli
11. Mohammad Hasri Bin Aziz Ahli
12. Cecilia Anak Andong Ahli
13. Nurfadilah Binti Majlis Ahli
14. Nor Azura Binti Othman Ahli
15. Zaifadzmeen Zakiah Binti Zaini Ahli
16. Norman Md Mokhtar Ahli
17. Azizi Abd Jalil Ahli
18. Muhammad Noor Haimay Ahli
19. Ahmad Azizul Bin Termizi Ahli
20. Syaipuddin Bin Md Radzi Ahli
21. Rohani Binti Ab. Ghani Ahli
22. Afendi Bin Isnin Ahli
23. Mohd Azhar Bin Ramle Ahli
24. Yogeswary A/P Paraman Ahli
25. Jivanah A/P Cunniar Ahli
26. Khairul Azha Bin Abdul Aziz Ahli
27. Ab. Rahim Bin Ismail Ahli
28. Che Kembang Binti Che Harun Ahli
29. Mohd Najib Bin Yunos Ahli

10

30. Kamal Ahli
31. Elin Ahli
32. Maznah Binti Suhaili Ahli
33. Mohd Ubaidah Binti Abdullah Ahli
34. Dhayalan A/L Laxmanasamany Ahli
35. Mohd Nor Bin Bodot Ahli
36. Nurul Zakiah Binti Abd Razak Ahli
37. Rozina Binti Shaari Ahli
38. R. Sundera Moorthy Ahli
39. Julie Mastura Binti Zulkifli Ahli
40. Marlia Binti Mustafa Ahli
41. Norlida Binti Abd Razak Ahli
42. Noor Afzan Binti Muhamad Ahli
43. Ahmad Fauzan Bin Abdul Aziz Ahli
44. Siti Azwana Binti Jamari Ahli
45. Nor Asmiyah Binti Ali Ahli
46. Arif Bin Awang @Abdullah Ahli
47 . Ahmad Firdaus Bin Ab Ghani Ahli
48. Saravanan A/L Sanmugom Ahli
49. Nor Ramilawati Ahli
50. Segaran Ravindran Ahli
51. MohdJamzani Bin Mohd Shahib Ahli
52. Zulita Binti Zainuddin Ahli
53. Mustafa Kamal Yusoff Ahli
54. Wan Mariam Binti Che OMar Ahli
55. Mohd Farhan B. Mat Saat Ahli
56. Ruzizan Bin Mohd Yusof Ahli
57. Faradilah Binti Khaidrudin Ahli
58. Nithya Palanisamy Ahli
59. Shukri Bin Samah Ahli
60. Mohd Hanif Bin Husain Ahli
61. Mohd Ewandy Bin Eric Ahli
62. Asmawati Binti Said Ahli
63. Amirul Hannie Bin Abdul Jalil Ahli
64. Jusuh Bin Tunggal Ahli
65. Ayu Zalini Binti Abdullah Ahli
66. Nur Salinah Binti Adnan Ahli
67. Aminuddin Bin Mohd Yusoff Ahli
68. Siti Arbaiyah Binti Mohamad Nahari Ahli
69. Nur Salihah Binti Kassim Ahli
70. Khairol Nizan Bin Mohd Yusof Ahli
71. Mohd Jazwan Bin Mohd Yusof Ahli
72. Muhammad Hamzah Ahli
73. Noor Azmil Bin Jamil Ahli
74. Ellma Shaffina Binti Md. Shaffie Ahli
75. Norhanizan Binti Hamdan Ahli
76. Norhayati Binti Yaakob Ahli
77. Susila Devi Ahli
78. Mohd Hisham Shah Bin Md Yassin Ahli
79. Mohd Aqhmal Bin Mohd Danuri Ahli
80. Noriza Binti Md Sharif Ahli
81. Kustiawati Ahli
82. Noor Aine Lee Abdullah Ahli

11

83. Norazrisah Shamsuddin Ahli
84. Rozylen Mohd Nor Ahli
85. Abu Zarin Ahli
86. Mohd Nazmi Bin Mohamad Ramli Ahli
87. Markus Anak Merisay Ahli
88. Zuraini Binti Samah Ahli
89. Nor Azira Mohamed Noordin Ahli
90. Anis Raihana Binti Baharom Ahli
91. Muhammad Fitri Ibni Bin Ahmad Saini Ahli
92. Sazlina Binti Rosli Ahli
93. Rudy Mohd Nasir Ahli
94. Juhasry Mohd Yahya Ahli
95. Sofiana Hussain Ahli
96. Azlin Mazura Ahli
97. Fahmi Aziz Ahli
98. Abdul Wahab Ahli
99. Amri Bin Ali Ahli
100. Jamal Bin Jamaluddin Ahli
101. Ab Rahim Bin Sarmani Ahli
102. Mohammad Azhar Abdul Hadi Ahli
103. Hermi Binti Hamzah Ahli
104. Shahrulanuar Bin Che Abdullah Ahli
105. Eswadi Bin Lahori Ahli
106. Nor Azan Hj Mohd Aris Ahli
107. Siti Suraiani Binti Sorudin Ahli
108. Mohd Shahruddin Mohd Yusoff Ahli
109. Mohd Zaini Md Zaki Ahli
110. Menonthran Ahli
111 Hasrul Rizal Ahli

Turut Hadir: Pen. Kanan Pentadbiran
Pen. Kanan Kokurikulum
1. Cik Arfah Binti Aziz Pen. Kanan Pendidikan Khas
2. En. Zamzary Axmal Bin Rahaman
3. Pn. Herliana Binti Husin

Urus Setia Mesyuarat:
Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias

1. PERUTUSAN PENASIHAT (En. Zulkefli Bin Othman)
1.1 Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua ibu bapa yang
dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32.
1.2 Mesyuarat diteruskan dan berharap agar semua keputusan diterima sebulat suara.
1.3 Memaklumkan tentang pembinaan dewan terbuka bertujuan untuk keselesaan murid,
guru dan warga sekolah.
1.4 YB berjanji akan membantu melengkapkan prasarana dewan tetapi meminta pihak
sekolah membuat dewan terlebih dahulu.
1.5 Fungsi utama PIBG adalah membantu pihak sekolah dalam

12

a. merealisasikan pembinaan dewan terbuka.
b. meningkatkan tahap pencapaian akademik murid-murid.
c. meningkatkan sumbangan dana untuk memperbaiki prasarana, keceriaan dan

sebagainya.
d. mendapatkan kemudahan bekalan air minuman bersih.
e. mewujudkan kelas tambahan tahun 5 mulai tahun ini.
f. merealisasikan penggunaan kad pintar.

Makluman

2. PERUTUSAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG (Puan Norbakyah Binti Ahmad)
2.1 NYDP memohon maaf atas segala kekurangan dan telah mencuba sehabis baik untuk
memastikan segala urusan berjalan lancar.
2.2 Diharapkan agar ibu bapa memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk meneruskan
perjuangan dalam agenda mendidik sepanjang tahun.
Makluman

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
3.1 Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 untuk diterima dan disahkan.
Cadangan : En. Helmi Bin Hamzah
Sokong : En. Mohd Azhar Bin Ramli
Makluman

4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2020/2021

4.1 En. Mohammad Nasirrudin Bin Harun selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata

Kewangan Sesi 2020/2021 yang berakhir pada 31 Disember 2020 untuk diterima dan

disahkan. Jumlah baki yang dibawa ke hadapan adalah sebanyak RM 5,924.66

(Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sembilan Ratus Dua Puluh Empat dan Sen Enam

Puluh Enam Sahaja).

Cadangan : En. Mohd Arif Bin Husin

Sokong : En. Juhasri Bin Mohd Yahya.

Makluman

5. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021
5.1 Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias membentangkan Laporan Aktiviti PIBG Sesi
2020/2021 untuk diterima dan disahkan.

Cadangan : En. Khairul Azhar Bin Abd. Aziz
Sokong : Pn. Adila Binti Kamaruddin

Makluman

13

6. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020/2021
6.1 NYDP, Puan Norbakyah Binti Ahmad secara rasmi membubarkan AJK PIBG sesi
2020/2021.
Makluman

7. PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
7.1 AJK PIBG En.Abd Jamal Jamaluddin dilantik sebagai pengerusi sementara untuk
meneruskan agenda mesyuarat.
Makluman

8. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2021/2022 DIJALANKAN SECARA UNDIAN

Penasihat : En. Zulkefli Bin Othman

Yang Dipertua PIBG : En. Azman Bin Abu Hassan PBM, AMP

Naib Yang dipertua PIBG :Pn. Norbakyah Bt. Ahmad

Setiausaha : Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias

Naib Setiausaha : Pn. Siti Roha Binti Kurdi

Bendahari : En. Mohammad Nasirrudin Bin Harun

Naib Bendahari : Pn. Rusliana Bt. Md Saad

AJK Guru : Cik Syazana Binti Rizal

Pn. Nurul Zakiah Binti Abdul Razak

En. Mohd Najib Bin Yunos

AJK Ibu Bapa : En. Abd Jamal Bin Jamaluddin

En. Hermi Bin Hamzah

En. Mohd Hazri Bin Aziz

Pn. Ellma Shaffina Binti Mohd Shafie

Pn. Zaifadzmeen Zakiah Binti Zaini

En. Saravanan A/L Sanmugom

Juruaudit : En. Mohd Faris Syazwan Bin Muhammad Nor (wakil guru)

En. Shaharuddin Bin Yusof (wakil ibu bapa)

Makluman

9. PERBINCANGAN USUL
9.1 Semua usul dan jawapan telah dibentangkan dan dipersetujui oleh ahli secara sebulat
suara. Tiada usul tambahan yang dibahaskan semasa mesyuarat.

Makluman

14

10. HAL-HAL LAIN

10.1 Cik Arfah Binti Ab Aziz, PK Pentadbiran memohon persetujuan mesyuarat untuk

meluluskan kutipan wang bagi perkara berikut:

a. Aktiviti Tahun 6 RM380

b. Aktiviti Tahun 5 RM232

c. Transisi RM 30

Tindakan : PK Pentadbiran & Ibubapa/Penjaga

10.2 Pn. Herliana Binti Hussin memohon persetujuan mesyuarat untuk meluluskan

kutipan wang bagi perkara berikut:

a. Perkhemahan PPKI(Tahap 2) RM 35

b. Ihya Ramadhan RM 10

c. Kunjung Ziarah PPKI RM 25

d. Lawatan Sosial ke Sabah(tahap 2) RM 650

e. Minggu Pendidikan Khas RM 35

f. Hari Keluarga PPKI RM 63

Jumlah RM 818

Tindakan : PK Pendidikan Khas & Ibubapa/Penjaga

10.3 En. Zamzary Axmal Bin Rahaman, PK Kokurikulum memohon persetujuan mesyuarat
untuk meluluskan kutipan wang sebanyak RM100 untuk perkhemahan unit
bersepadu dan RM10 untuk kelab dan persatuan kokurikulum tahap 2. Beliau juga
memaklumkan aktiviti kokurikulum akan diadakan pada hari Rabu pukul 2.00 hingga
4.15 petang.
Tindakan : PK Kokurikulum & Ibubapa/Penjaga

10.4 YDP memohon persetujuan mesyuarat untuk mengekalkan jumlah sumbangan PIBG
sebanyak RM70 bagi satu keluarga.
Tindakan : AJK PIBG & Ibubapa/Penjaga

10.5 YDP memohon persetujuan mesyuarat untuk meneruskan sumbangan kertas A4
melalui program “1 keluarga, 1 kertas A4”.

Tindakan : AJK PIBG & Ibubapa/Penjaga

15

11. UCAPAN PENANGGUHAN
11.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan
kepada usul –usul yang dibentangkan. Sekolah akan berusaha untuk menempa
kejayaan dari semasa ke semasa di samping menyelesaikan masalah
penyelenggaraan dari semasa ke semasa.
11.2 YDP juga berharap agar kerjasama yang padu dapat diteruskan antara ibu bapa dan
guru untuk kecemerlangan sekolah dan peningkatan prestasi murid.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:45 petang.
Pencatat
Urus Setia Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 Tahun Sesi 2020/2021
SK Selayang Jaya.
Tarikh : 18 Januari 2020

16

LAPORAN
AKTIVITI PIBG
TAHUN 2020

17

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izinNya, PIBG SK Selayang Jaya telah
berjaya melaksanakan pelbagai program bagi memenuhi falsafah penubuhannya iaitu membantu
pihak sekolah menyediakan infrastruktur pendidikan dalam usaha melahirkan warganegara yang
berkembang secara seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani

Berikut dibentangkan Laporan Aktiviti PIBG yang telah berjaya dilaksanakan bagi sesi 2020/2021:

Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2020/2021

BIL MESYUARAT TARIKH

1 Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 31/01/2020

2 Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 04/09/2020

3 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga 11/02/2021

4 Mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat 26/03/2021

18

KEHADIRAN AJK PIBG MENGIKUT TARIKH PANGGILAN MESYUARAT 2020/2021

TARIKH 31/01/2020 04/09/2020 11/02/2021 26/03/2021
/ / / /
NAMA AJK

En. Azman Bin Abu Hassan PBM, AMP

Pn. Norbakyah Bt. Ahmad ////

Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias ////

Pn. Siti Roha Binti Kurdi ////

En. Mohammad Nasirrudin Bin Harun / / / /

Pn. Rusliana Bt. Md Saad ////
En. Mohd Najib Bin Yunos /0/ /
Pn. Nurul Zakiah Binti Abdul Razak ////
Pn. Syazana Binti Mohd Rizal ////

En. Abd Jamal Bin Jamaluddin ////

En. Saravanan A/L Sanmugom / /0/
En. Hermi Bin Hamzah /0/ /

En. Mohd Hazri Bin Aziz / 000

Pn. Ellma Shaffina Binti Mohd Shafie / / / /

Pn. Zaifadzmeen Zakiah Binti Zaini / /0/

En. Muhammad Faris Syazwan Bin 0 / / /
Muhammad Nor

HADIR = /
TIDAK HADIR BERSEBAB = 0

19

LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021

BIL. PERKARA

1. Mesyuarat AJK PIBG
Sepanjang sesi 2020/2021, PIBG telah mengadakan Mesyuarat AJK sebanyak 4 kali.

2. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 telah diadakan pada 18 Januari 2020. Mesyuarat ini
diadakan untuk memilih AJK PIBG bagi sesi 2020/2021 dan berbincang cara untuk
meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak serta disiplin anak-anak SK Selayang Jaya.
Bagi menjayakan mesyuarat ni, PIBG telah membelanjakan wang sebanyak RM2,500.00
untuk membiayai kos pencetakan, makanan, membeli cenderahati, banner dan hadiah.

3. Sumbangan kepada Program Sekolah
PIBG telah memberikan sumbangan sebanyak RM 4,218.00 bagi melancarkan program
sekolah bagi tahun 2020.

4. Pembelian Peralatan Sekolah
PIBG telah memberikan sumbangan kepada sekolah sebanyak RM 2,955.00 bagi
melengkapkan peralatan sekolah yang tidak mencukupi seperti kerusi meja murid dan
peralatan mencegah penularan covid 19 di sekolah bagi kegunaan murid SK Selayang
Jaya.

5. Sumbangan kepada Program Kokurikulum dan Ko-akademik
PIBG telah memberikan sumbangan sebanyak RM 2,024.00 bagi melancarkan aktiviti
program kokurikulum dan ko-akademik bagi tahun 2020.

6. Pembelian Kertas Soalan
PIBG telah memberi sumbangan sebanyak RM 365.00 untuk membeli kertas soalan
Tahun 6 untuk 1 kali peperiksaan.

7. Majlis Perpisahan dan Persaraan Guru
PIBG SK Selayang Jaya memberi sumbangan dalam bentuk hadiah sempena
perpindahan guru sebanyak RM 150.00.

8. Sumbangan PIBG untuk Penyelenggaraan dan Penambahbaikan Sekolah
1. KGT Jaya Entreprise - bayaran laluan pejalan kaki sebanyak RM 5,000.00.
2. Pemasangan CCTV sebanyak RM 695.00
3. Pemasangan lampu di laluan pejalan kaki sebanyak RM 800.00
4. Bayaran tahunan untuk penapis air sebanyak RM 1,267.20
5. KGT Jaya Entreprise - baki bayaran laluan pejalan kaki sebanyak RM 3,000.00
6. D Mata Resources – bayaran papan tanda sekolah sebanyak RM 1,300.00

20

AKTIVITI PIBG SK SELAYANG JAYA
2020/2021

1. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32
2. Mesyuarat AJK PIBG
3. Pembinaan Surau dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam
4. Pembinaan Stesen Air Bersih
5. Kenduri Rakyat Warga SKSJ
6. Pemasangan CCTV
7. Sumbangan Peralatan Mencegah Penularan Covid-19

(thermometer, hand-sanitizer, tong air cuci tangan, sabun)
8. Pemasangan Jubin di Prasekolah
9. Pemasangan Lampu Sepanjang Laluan Pejalan Kaki
10. Pemasangan bumbung di Tempat Menunggu
11.Pemasangan Kipas dan Spotlight
12.Pemasangan Singki di Prasekolah dan Kelas Pemulihan
13.Menyediakan Tempat Duduk Bersimen di Pagar B
14.Pemasangan Pagar Keselamatan di Tangga
15.Pembelian Kerusi dan Meja Murid untuk Tahun 2021
16.Menjalankan Proses Sanitasi Kawasan Sekolah Bersama NGO (2 kali)
17.Pemasangan Grill di Bilik Mesyuarat
18.Sumbangan Keceriaan Bilik Darjah serta Mask untuk Guru & Staff
19.Menyediakan Anggota RELA bagi Mengawal Lalu Lintas di Pagar.
20.Menyediakan ahli KSIB untuk Membantu Pengawal Keselamatan di Pagar

Utama Semasa Murid Pulang
21.Sumbangan Buku Agama untuk Surau Sekolah
22.Sumbangan Roti kepada Murid semasa Kantin Ditutup

21

LAPORAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN IBU BAPA SESI 2020/2021

BIL PERKARA
1 Sumbangan untuk Program Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 5 Tahun 2020
2 Sumbangan untuk Program Penetapan Target Tahun 6 Tahun 2020
3 Sumbangan untuk Aktiviti Kokurikulum dan Ko-akademik Sekolah Tahun 2020
4 Sumbangan untuk Program Lawatan Ziarah Cakna
5 Sumbangan untuk Infaq Ramadhan Tahun 2020
6 Sumbangan untuk Pembinaan Surau dan Kelengkapan Surau
7 Sumbangan untuk Program Perangi Covid 19

PENUTUP
Secara keseluruhannya, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah berusaha untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, masih banyak aktiviti
tidak dapat dijalankan kerana kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan
wabak covid 19 seluruh negara. Pihak PIBG SK Selayang Jaya mengucapkan terima kasih kepada
Guru Besar, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat atas komitmen yang telah diberikan
dalam melaksanakan aktiviti PIBG sekolah ini. Ahli Jawatankuasa PIBG SK Selayang Jaya
memohon maaf di atas kesilapan dan kelemahan pihak kami dalam menguruskan PIBG sekolah ini
sepanjang tempoh berkhidmat. Kami berharap semoga aktiviti yang dirancang untuk tahun ini akan
dapat diteruskan oleh Ahli Jawatankuasa 2021/2022 nanti.
Dengan segala hormatnya laporan ini dibentangkan untuk pandangan dan perbincangan.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

ASNA HAZIMA BINTI MOHD ALIAS
Setiausaha PIBG SK Selayang Jaya
Sesi 2020/2021

22

LAPORAN
KEWANGAN

PIBG
TAHUN 2020

23

24

CADANGAN
DAN USUL

25

BIL. NAMA IBU/ NAMA MURID KELAS CADANGAN/ USUL TINDAKAN
PENJAGA

1. Nur Atika Rabiatul 3 Setia Seimbangkan jadual Telah diambil
Adawiyah 3 Setia waktu kerana ada hari tindakan.
5 atau 6 subjek dalam
Aisyah Humaira sehari. Hari lain pula 2
subjek sahaja.

2. Patmanathan Maadesh 3 Setia Gantikan Bahasa Arab Permohonan
kepada Bahasa Tamil perjawatan untuk
supaya senang ibu bahagian kelas
bapa mengajar anak. Bahasa Tamil (SK)
tidak diluluskan bagi
tahun 2020.

3. Rajaletchumy A/P Jhaszwantt PPKI Waktu pelepasan Jadual dibina
Thiagarajah 3 Setia sekolah bagi PPKI berdasarkan
Nitysh pada hariJumaat perlu penjajaran yang telah
diubah ke 11.20 pagi ditetapkan.
sama seperti kelas
arus perdana.

4. Noor Azizah Binti Muhammad 3 Ikhlas Ambil tindakan Akan diambil
Hashim parking depan sekolah tindakan.
Rizqullah Danial dengan membuat
aduan kepada MPS.

5. Nurul Hidayah Binti Mohammad Nor 6 Setia Menggalakkan Aktiviti bersama pihak
penyertaan murid luar.
Mohamed Isa Ilham dalam aktiviti yang 1. Program STEM
melibatkan pihak luar. 2. Program bersama
Nur Irdina Husna 1 Setia
PPD
Seperti :MQS
(nyanyian solo)

6. Rosnita Binti Mat Fitri Ayisy Amani 1 Ikhlas Memandangkan Telah diambil
Hassan Binti M. Sani setiap kelas ada group tindakan.
whatsapp,
dicadangkan setiap
guru mata pelajaran
memaklumkan setiap
kerja rumah di dalam
group.

7. Norhasni Binti Mohamad Danial 6 Ikhlas Diharap bayaran PIBG Akan diputuskan
Mohd Saidin Mohamad Mikhail 3 Ikhlas
Mohamad Amirol 1 Jujur ditetapkan dan tiada dalam Mesyuarat

kenaikan. Agong PIBG 2021.

26

8. Meenatchi A/P Sameulrajasinga 6 Ikhlas 1.Tingkatkan hal 1. Pengawal
Krishan m keselamatan murid- keselamatan dan
murid terutama guru bertugas
semasa murid berada di pagar
keluar dan masuk laluan
sekolah. masuk/keluar
setiap hari
persekolahan bagi
membantu
mengawal
keselamatan
murid-murid.

2. Mohon buat 2. Telah

ruangan menunggu. dilaksanakan.

3.Beri kebenaran 3. Atas faktor
kenderaan ibu bapa keselamatan,
atau van sekolah kenderaan ibu
masuk jika cuaca bapa tidak
hujan. dibenarkan masuk
dalam kawasan
sekolah kerana
laluan
keluar/masuk yang
sempit.

4.Wujudkan satu jalan 4. Susur gajah telah
berpagar untuk disediakan untuk
kenderaan masuk kemudahan murid-
melalui pintu pagar murid
utama dan keluar
melalui pintu kedua.

9. Rajeswary A/P Vasutevan 4 Gigih Bina bumbung Akan dibincangkan
Balasingam Kavipriya 1 Jujur teduhan di hadapan dalam mesyuarat AJK
sekolah kerana ibu PIBG baharu.
bapa terpaksa beratur
untuk mengambil anak
dalam keadaan panas
atau hujan.

10. Raihana Sabarudin Muhammad Azri 4 Ikhlas 1. Pesanan makanan 1. Akan dibincangkan
Iman di tempah secara bersama
online untuk pengusaha kantin.
Muhammad Ilham 2 Ikhlas memudahkan
Hazim pihak kantin
menyediakan
menu. Ibu bapa
akan membuat
pilihan makanan
secara online.

27

2. Guru-guru tidak 2. Akan diambil

memberi kerja tindakan.

sekolah terlalu

banyak (banyak

muka surat setiap

subjek) di mana

anak-anak perlu ke

sekolah agama

pada sebelah

petang.

11. Nurul Jannah Binti Nur Dini Batrisyia 3 Ikhlas Longkang di Pintu B Akan diusahakan.
Mat agak bahaya untuk
anak-anak yang
keluar masuk. Mohon
untuk tutup longkang
dan luaskan kawasan
keluar masuk pintu B.

12. Siti Rokiah Jusoh Ahmad Haziq 3 Ikhlas Yuran PIBG Akan diputuskan
Hazwan 2 Setia dikurangkan kepada dalam Mesyuarat
RM50. Agong PIBG 2021.
Ahmad Faeez
Naeem

13. Noor Azlien Muhammad Dafi 6 Jujur Menaik taraf Akan dibincang
Kamaruddin Mikhael pengurusan makanan bersama perngusaha
bagi kemudahan kantin yang baharu.
14. Nur Afzan murid-murid seperti
Muhammad 4 Setia penyediaan voucher
Daamin Mifzal bulanan.

Iman Maisarah 1 Setia Cantikkan bangunan Telah dibincangkan
sekolah dengan dan dijalankan secara
kutipan dana dan beransur-ansur.
sumbangan daripada
ibu bapa.

15. Noriza Binti Shaari Muhammad PPKI Perlu sediakan peti Peti cadangan telah
Niyaz cadangan/ komen di disediakan di pintu A.
sekolah untuk ibu
bapa memberi
cadangan dari
semasa ke semasa.

28

16. Hafizah Firash Emereez 1 Ikhlas Semua buku Telah dijalankan
dikumpulkan di kelas terutama tahap 1.
agar beg tidak berat.

17. Amar Fadly Bin Mia Raisha 5 Setia Memperbanyakkan Program Bacaan
Amar Mori Dhia Raiqa 1 Jujur ceramah keagamaan Yassin diadakan pada
dan kerohanian untuk setiap hari Jumaat
pelajar. dan takzirah ringkas
dilaksanakan oleh
ustaz yang bertugas.

18. Zarinah Muhamad Zafeer PPKI Memberi kebenaran Telah diambil
19. Mohd Faizal Bin Muhamad Zareef 4 Ikhlas untuk murid aliran tindakan.
perdana yang ada
Mohd Rafe adik beradik di PPKI
untuk menggunakan
20. Maryasin Bin pintu C.
Rumfari
Assadullah Al- 2 Jujur 1. Menyediakan rak 1. Setiap kelas ada
Rahman 2 Jujur buku di setiap rak buku untuk
kelas bagi guru-guru kumpul
Assadullah Al- mengurangkan dan simpan buku
Rahim beban beg sekolah aktiviti dan buku
murid tahap 1. tulis murid. Buku
teks perlu dibawa
oleh murid
mengikut jadual.

2. Pihak kantin tidak 2. Akan diusulkan
menjual makanan kepada
fast food dan pengusaha kantin.
menjual air
berperisa pada
harga yang
berpatutan.

Maulidiah 5 Ikhlas Minta maklumkan ibu Makluman telah diberi
bapa jika murid habis melalui surat.
sekolah lebih awal
dari waktu yang
ditetapkan melalui
mesej atau panggilan.

21. Mohd Ariff Bin Nur Damia 4 Ikhlas Loker untuk murid. Akan diusulkan untuk
Zainal Qaisara Prasekolah tindakan AJK PIBG
baharu.
Muhammad 29
Aydan Qaiser

22. Nur Ainie Binti Nur Batrisya 4 Gigih Minta guru sediakan Telah disenaraikan
Azizan 3 Setia buku aktiviti yang dalam senarai buku
Muhamad wajib dibeli lebih awal yang perlu dibeli.
Zulkhairi Ziqri untuk mengelakkan
masalah kehabisan
stok. Ibu bapa akan
buat bayaran kepada
guru.

23. Azmela Abdullah Wan Siti Aisyah 3 Ikhlas Perhalusi semula Akan diambil
kerja rumah yang tindakan.
diberi kepada anak-
anak yang belajar di
kelas pemulihan.

24. Tajul Muhamad Bin Tajul Aqil 4 Setia Mewajibkan murid- Telah dilaksanakan.
Abu Kasim 1 Jujur
Tajul Afiq murid menghafal sifir.

30

PERANCANGAN
AKTIVITI

TAHUN 2021

31

PERANCAMGAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2021
1. Pembinaan Dewan Terbuka
2. Virtual Run dengan kerjasama unit Kokurikulum
3. Gotong-Royong Perdana
4. Jualan Sukan Tahunan/ Hari Kantin
5. Makan Malam (Alumni/ KSIB)
6. Membina dan Menaiktaraf Gelanggang Serbaguna
7. Kenduri Rakyat Warga SKSJ
8. Ceramah Pertolongan Cemas
9. Bengkel Smart Parenting
10. Ceramah Keselamatan bersama PDRM
11. Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat dan Solat Tarawih
12. Kad Pintar
13. Sambutan Hari Guru dengan Kerjasama Alumni /KSIB
14. Hari Bertemu Pelanggan

32

PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH TAHUN 2021

1) UNIT KURIKULUM PERKARA
BIL
1. Motivasi Diri Tahun 6

2. Kelas Tambahan Tahun 6

3. Bengkel Teknik Menjawab Tahun 6

4. Smart Restu

5. Solat Hajat Perdana

6. Bacaan Yassin Berfokus

7. Bijak Sifir

8. Pentaksiran Bilik Darjah

9. Kem Bestari Solat

10. Kem Cemerlang Jawi

11. Bulan Panitia Bahasa Melayu/ Google Classroom

12. Bulan Panitia Bahasa Inggeris

13. Bulan Panitia Matematik

14. Bulan Panitia Sains

15. Bulan Panitia P. Islam/Bahasa Arab/ Ihya Ramadan

16. Bulan Panitia Seni Visual/Muzik

17. Bulan Panitia Sejarah/PSS

18. Bulan Panitia RBT/TMK

19. Bulan Panitia PJK

20. Pentaksiran 1-3

21. Program Transisi/PMD

22. Hari Terbuka

23. Hari Anugerah Cemerlang/ Apresiasi

24. Perkembangan Staff

25. Ujian SEGAK

26. Program Nilam

33

UNIT HAL EHWAL MURID
BIL PERKARA
1. Pelancaran Sekolah Penyayang
2. Mentor Mentee
3. Pelancaran Bulan PPDa
4. Kem Kepimpinan
5. Pemeriksaan Mengejut (spot Check)
6. Latihan Kebakaran
7. Program Hari Jadi
8. Program Gotong -royong
9. Program Sekolah Selamat (PDRM)
10. Program Bebas DARVIH (AADK)
11. Lawatan Kerjaya
12. Orientasi Tahun 1/2021

UNIT KOKURIKULUM
BIL PERKARA
1. Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
2. Gerak Kerja Aktiviti Kokurikulum
3. Merentas Desa
4. Sukan Tahunan
5. Latihan Kejohanan MSSD
6. Karnival Kokurikulum
7. Sambutan Semarak Merdeka
8. Perkhemahan Bersepadu PBB
9. Minggu Kokurikulum

34

UNITPENDIDIKAN KHAS

BIL PERKARA
1. Sidang eRPI

2. Program Pembelajaran Luar Bilik Darjahke Kidzania Daerah Gombak

3. Kejohanan Olahraga PPKI Daerah Gombak

3. Lawatan Sosial ke Negeri Sabah

4. Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Gombak
5. Ihya’ Ramadhan

6. Hari Terbuka PPKI/Program Ziarah Raya PPKI

7. Perkhemahan PPKI

8. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

9. Karnival Permainan (Ping-pong dan Pentaque) Daerah Gombak

10. Minggu Pendidikan Khas

11. Festival Bulan Kebangsaan Daerah Gombak

12. Bulan Kebangsaan

13. PBD/PBS

14. Hari Keluarga PPKI

35

PEMILIHAN
AJK PIBG

SESI 2021/2022

36

AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021/2022

Penasihat : Pn. Suraya Binti Mohd Salleh
Yang Dipertua :
Naib Yang Dipertua : 1.
Setiausaha : 2.
Naib Setiausaha : 3.
Bendahari : 4.
Naib Bendahari : 5.
AJK Ibu Bapa : 6.

AJK Guru : 1.
2.
3.

Juruaudit : 1.
(Wakil Ibu Bapa)
2.
(Wakil Guru)
37
37

PENGHARGAAN

Dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan

dan terima kasih kepada :

En. Azman Bin Abu Hassan PBM,AMP.
YDP PIBG SK Selayang Jaya Sesi 2020/2021

Pn. Suraya Binti Mohd Salleh
Guru Besar SK Selayang Jaya

Semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Kali Ke-33

Semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid SK Selayang Jaya

Dan semua pihak yang telah memberi sokongan dan
sumbangan untuk menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG SK Selayang Jaya
Kali Ke-33

38


Click to View FlipBook Version