The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Konvokesyen Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ke-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iptipkonvokesyen, 2023-01-05 02:45:31

BUKU ISTIADAT KONVOKESYEN KE-2 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS

Buku Konvokesyen Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ke-2

Keywords: Buku,Konvokesyen,IPTIP,Perlis

menteri pengajian
tinggi

YB Datuk Seri Hj. Mohamed
Khaled bin Hj. Nordin

2 iptip.edu.my

penaung

Dr Abdullah Sudin Ab Rahman 3
(Presiden HALUAN)

iptip.edu.my

ahli lembaga
pengarah

Tuan Haji Khairul
Anwar bin Husin

Tuan Haji Ahmad Zaini
bin Samsudin

Prof Madya Dr
Mohd Akram bin Dato’

Dahaman@Dahlan
4 iptip.edu.my

ahli lembaga
pengelola

Profesor Dr Azizan bin Tuan Haji Khairul Anwar Tuan Haji Ahmad Zaini
Ahmad (Pengerusi) bin Haji Husin bin Samsudin

Prof Madya Dr Mohd Akram Tuan Haji Mohd Abdoh Profesor Dr Maznah
bin Dato’ Dahaman@Dahlan bin Zainal Abidin binti Kasim

Prof Madya Hatim bin Tuan Haji Abidin
Mohamad Tahir bin Husain

iptip.edu.my 5

KATA ALU-ALUAN PENAUNG iptip

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala puji dan puja hanya bagi Allah swt Tuhan sekalian alam yang telah
melimpahkan nikmat yang tidak terhitung kepada kita. Selawat dan salam ditujukan
kepada junjungan yang mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para
sahabat serta mereka yang sentiasa berusaha merealisasikan Islam dalam segenap
kehidupan.
Saya mengambil kesempatan ini merakamkan sekalung penghargaan buat
jawatankuasa pelaksana atas kejayaan menganjurkan majlis yang berprestij ini.
Syabas dan tahniah kepada graduan atas usaha dan jerih perih pengorbanan serta
tidak dilupakan buat ibubapa dan keluarga yang telah memberikan sokongan dan
dorongan sehingga anak-anak ini berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup
mereka.
Dari awal penubuhan hingga ke hari ini, IPTIP komited dalam melahirkan graduan
yang menepati tujuan penciptaan manusia itu sendiri yang mana untuk menjadi
khalifah (peneraju atau pemimpin) di kalangan masyarakat.
Bagi merealisasikan tujuan ini, graduan haruslah menjadikan ilmu dan proses
pendidikan berterusan sebagai agenda memperkasa jati diri agar budaya
pembelajaran sepanjang hayat menjadi amalan dalam peningkatan kualiti
diri graduan. Melalui aspirasi HALUAN - “Berakhlak, Mendidik & Berbakti” - kita
memfokuskan pelajar yang lahir dari institusi pendidikan di bawah naungan HALUAN
menjadi insan yang berilmu, peka terhadap perkembangan semasa dan bijak
berperanan di dalam masyarakat sekaligus menjadi ikutan dalam merealisasikan
Islam dalam segenap kehidupan.
Bergerak sebagai sebuah NGO Islam, HALUAN giat membina generasi pelapis masa
hadapan, menyantuni masyarakat dan aktif menjalankan pelbagai aktiviti serta projek
kemasyarakatan secara berterusan sejak awal penubuhannya 28 tahun yang lalu.
Akhir kata, semoga IPTIP terus menerajui pendidikan
berkualiti yang bersepadu dan menjana ilmu bagi
melahirkan insan yang kompeten, berakhlak dan
berbakti untuk manfaat sejagat insya-Allah.
Sekali lagi, syabas dan tahniah buat semua graduan !
Sekian, terima kasih.
DR ABDULLAH SUDIN AB RAHMAN
PRESIDEN HALUAN MALAYSIA

6 iptip.edu.my

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI ALP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekalung tahniah dan penghargaan saya hadiahkan buat Ahli Jawatankuasa Institut
Pengajian Tinggi Islam Perlis kerana telah berjaya melaksanakan Majlis Istiadat
Konvokesyen IPTIP kali Ke-2. Segala jerih payah yang dilalui dalam pelaksanaan Majlis
Istiadat Konvokesyen IPTIP kali Ke-2 ini adalah sangat dihargai. Selain itu, ucapan
ribuan terima kasih juga kepada warga Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis kerana
memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam sebuah
buku yang sangat bermakna ini bagi semua graduan IPTIP khususnya.
Penubuhan IPTIP sebagai sebuah institusi pendidikan adalah diharapkan dapat
melahirkan generasi yang cemerlang dan terdidik sekaligus bertujuan dalam
membentuk keperibadian mahasiswa yang memiliki minda kelas pertama. Sebarang
usaha yang dilaksanakan bagi menambahbaik mutu pendidikan di IPTIP adalah
sangat diperlukan bagi mencapai impian IPTIP sebagai sebuah institusi yang lebih
maju dan terbilang pada masa akan datang.
Asas utama dalam pembentukan karakter keperibadian seseorang tersebut adalah
terletak pada nilai ilmu dan akhlaknya. Maka adalah signifikan apabila dikatakan
ilmu dan akhlak itu menjadi satu perkara penting kepada individu yang bergelar
mahasiswa mahupun masyarakat secara umumnya. Hal ini adalah agar kita mampu
menjadi seseorang yang dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada
agama, bangsa dan negara. Ilmu sahaja tanpa dilengkapi dengan akhlak mulia dan
keperibadian yang dinamik tidak akan cukup bagi membentuk seseorang itu menjadi
insan yang cemerlang dan bermanfaat untuk masyarakat.
Harapan saya adalah agar mahasiswa yang lahir daripada rahim pendidikan IPTIP
akan dapat melalui cabaran-cabaran mendatang yang semestinya semakin hebat
dan mencabar. Selain menjadi mahasiswa yang dapat membangun potensi luar biasa
dalam diri sekaligus mengisi peluang-peluang pekerjaan yang ada pada masa kini
dan mempamerkan akhlak Islam dalam apa jua keadaan.
Akhir kata daripada saya, saya mendoakan seluruh warga IPTIP
diberikan kesejahteraan agar dapat membangun institusi ini
ke arah yang lebih baik dan maju pada masa akan datang.
Sekian Terima Kasih
SELAMAT MAJU JAYA
PROF DR. AZIZAN BIN AHMAD
PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGELOLA IPTIP

iptip.edu.my 7

KATA ALU-ALUAN YDP HALUAN PERLIS

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya jua Istiadat Konvokesyen Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis Kali Ke-2
dapat dianjurkan dengan jayanya.
Syabas diucapkan kepada para graduan dari tahun 2015 hingga 2019 yang
telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Saya juga merakamkan
penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan
merealisasikan majlis yang gilang-gemilang ini.
Konvokesyen ini menjadi bukti kepada kesungguhan dan semangat juang tinggi
dalam kalangan graduan. Pengorbanan dari segi masa dan tenaga yang dicurahkan
sepanjang mengikuti pengajian di IPTIP bukan suatu perkara yang boleh dipandang
mudah. Ketekalan menuntut ilmu ini dapat dijadikan aset dalam membentuk
diri menjadi insan yang kompeten, berakhlak mulia dan menabur bakti kepada
masyarakat.
Selaku agen perubahan dan penggerak kepada pengislahan masyarakat, para
graduan haruslah berterusan dalam meningkatkan kualiti diri. Janganlah jemu
untuk terus menimba ilmu agar dapat menghasilkan modal insan yang mampu
merealisasikan hakikat ubudiyah yang sebenar kepada Pencipta selaras dengan
falsafah IPTIP dan juga aspirasi Haluan.
Umum mengetahui aspirasi HALUAN – Berakhlak, Mendidik dan Berbakti. Sebagai
perkumpulan graduan yang prihatin, HALUAN memberi tumpuan kepada aktiviti-
aktiviti bantuan pendidikan, bimbingan dan kemasyarakatan untuk memenuhi
tanggungjawab asas kemanusiaan, di samping menunaikan kewajipan kepada
Pencipta dalam membina masyarakat yang memahami dan menunaikan
tanggungjawab, hidup dalam harmoni, berwawasan dan hormat-menghormati
antara satu sama lain.
Bagi pihak Haluan Malaysia, kami komited membantu IPTIP dalam merealisasikan visi
misi yang telah dipatri kukuh dan akan melakukan yang terbaik untuk menyokong
pelaksanaannya. Akhir kata, semoga kejayaan hari ini
menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan
pada masa akan datang insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
TUAN HAJI KHAIRUL ANWAR BIN HUSIN
YDP HALUAN CAWANGAN PERLIS

8 iptip.edu.my

KATA ALU-ALUAN KETUA EKSEKUTIF

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Majlis
Konvokesyen Ke-2 Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) dapat diadakan.
Majlis konvokesyen ini adalah merupakan majlis yang diadakan bagi memberikan
pengiktirafan dan penghargaan kepada graduan yang telah menamatkan sesi
pengajian dan juga kepada graduan yang telah menunjukkan pencapaian yang
cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.
Saya merasa bangga dengan pencapaian graduan sekalian. Oleh itu, teruskanlah
mengejar kecemerlangan yang dicita-citakan dengan penuh kesabaran dan
kesungguhan. Kecemerlangan hendaklah menjadi budaya dan amalan graduan
dalam mengharungi cabaran hidup.
Anggaplah cabaran yang dihadapi untuk mencapai insan yang kamil dan rabbani
sebagai satu proses membina keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Semakin
banyak proses yang dilalui, semakin banyak lah pengalaman dan kematangan yang
diperolehi. Ia seumpama berlian yang tersimpan di dalam muka bumi yang telah
melalui pelbagai proses alam semula jadi sehingga menyebabkan berlian tersebut
menjadi sangat berharga dan bersinar sinar.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
Jawatankuasa Konvokesyen Ke-2 IPTIP yang telah berkerja dengan bersungguh-
sungguh untuk menjayakan konvokesyen ini. Juga kepada ibubapa yang sudi hadir
menyaksikan anak-anak mereka menerima Diploma mereka. Kepada graduan, ayuh
terus mengorak langkah bagi menyemarakan budaya ilmu dan Islam agar ‘MASA
DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM’ (‫ مستقبل الإسلام‬- Mustaqbal AlIslam) dan seperti mana
tagline IPTIP iaitu ÍSLAM TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA’ ‫الإسلام مسؤوليتنا المشتركة‬
- al’iislam masuwliyatina almushtaraka)
Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Assalamualaikum WRT.

PROF MADYA HATIM MOHAMAD TAHIR
KETUA EKSEKUTIF

iptip.edu.my 9

PENGURUSAN IPTIP

Prof Madya Hatim Bin Mohamad Tahir
Ketua Eksekutif

Tuan Haji Abidin Tuan Haji Mohamad Encik Muhammad Suhaib
bin Husain Adi bin Ismail bin Ahmad Zahir
Pendaftar
Pen. Ketua Eksekutif Pen. Ketua Eksekutif
10 (Pembangunan) (Hal Ehwal Pelajar)

iptip.edu.my

Cik Jalilah Aimi binti Cik Afizah binti Cik Nur Falahi
Md Jamel Khir Ab Rahman binti Bahran
Pegawai Kewangan
Pen. Ketua Eksekutif Pen. Pegawai Tadbir
(Hal Ehwal Akademik)

Cik Nordiyana Cik Nur Firdaus binti Encik Mohd Mukhlis
binti Nordin Mohd Mohayadi bin Mohd Nasri
Pem. Peg. Kewangan Pegawai IT
Pegawai Pemasaran

Encik Luqman Hakim Encik Amran bin
bin Sahir Hamid@Man

Pembantu Tadbir Pem. Am Rendah
(Pembangunan)

iptip.edu.my 11

ahli akademik

Prof Madya Hatim Bin Encik Abidin bin Husain Encik Ahmad
Mohamad Tahir Muhaimin bin Abral
Bachelor in Sc (Hons), Universiti
MSc (Computer Sc), Northrop Kebangsaan Malaysia (UKM) Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
University, USA Dengan Kepujian, Universiti Islam
Antarabangsa Sultan Abdul Halim

Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Encik Muhammad Suhaib Cik Jalilah Aimi binti Md Cik Nur Shuhada
bin Ahmad Zahir Jamel Khir binti Ishak

Sarjana Sastera (Pengajian Islam), Master Of Education In Teaching Master In Islamic Finance And
Universiti Sains Malaysia (USM) Islamic Education, International Banking, Universiti Utara Malaysia
Islamic University Malaysia (IIUM)
(UUM)

12 iptip.edu.my

Puan Ainin Sofiyya Encik Ali Husni Shariati Encik Syed Muhammad
binti Nordin bin Ghazali Asyraf bin Syed Kamil

Ijazah Sarjana Muda Fiqh Dan Usul Degree In English Languange And Ijazah Sarjana Muda Syariah (Sains
Fiqh, University Yarmouk, Jordan Literature, Interational Islamic Politik Islam), Universiti Malaya
University Malaysia (IIUM) (UM)

Encik Mohamad Puan Siti Maisarah Puan Anis Syazwani binti
Adi bin Ismail binti Mansor Muhammad Rizan

MSc. Education Management, Master In Islamic Finance And Master In Islamic Finance And
Universiti Utara Malaysia (UUM) Banking, Universiti Utara Malaysia Banking, Universiti Utara Malaysia

(UUM) (UUM)

Encik Ahmad Hafiz Encik Mohd Mukhlis
bin Jaafar bin Mohd Nasri

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda Fiqh Dan Usul
Usuluddin, Dakwah & Pembangunan Fiqh, University Yarmouk, Jordan

Insan, Universiti Malaya (UM)

iptip.edu.my 13

KATOUNRVCOAKREASYISETNIAIDPTAITP KE-2

SABTU, 7 JANUARI 2023
8.00 Ketibaan ibubapa dan pelajar

Pendaftaraan Graduan
Perarakan Graduan
8.50 Perarakan Pensyarah
Perarakan Ahli Lembaga Pengelola dan dif-dif Jemputan
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Perlis
Asmaul Husna
Bacaan Al-Quran
9.15 PENGISYTIHARAN PEMBUKAAN ISTIADAT KONVOKESYEN
IPTIP KALI KE-2,
Yang Berbahagia Penaung IPTIP iaitu Presiden HALUAN:
Dr Abdullah Sudin Ab Rahman mengisytiharkan Istiadat Konvokesyen
IPTIP kali ke-2 dimulakan
9.20 UCAPAN ALUAN
Ucapan aluan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola,
Prof Dr Azizan bin Ahmad
9.30 PERSEMBAHAN
9.40 PENGANUGERAHAN DIPLOMA
Penganugerahan Diploma Sesi 2015:
Diploma Al-Quran dan Hadis
Penganugerahan Diploma Sesi 2016:
Diploma Al-Quran dan Hadis
Diploma Kewangan Islam
Diploma Usuluddin
Diploma Syariah

14 iptip.edu.my

Penganugerahan Diploma Sesi 2017:
Diploma Al-Quran dan Hadis
Diploma Kewangan Islam
Diploma Usuluddin
Diploma Syariah

10.15 PERSEMBAHAN

10.30 Penganugerahan Diploma Sesi 2018:
Diploma Al-Quran dan Hadis
Diploma Kewangan Islam
Diploma Usuluddin
Diploma Syariah

Penganugerahan Diploma Sesi 2019:
Diploma Al-Quran dan Hadis
Diploma Kewangan Islam
Diploma Usuluddin
Diploma Syariah

10.45 Tayangan Video

11.00 Penganugerahan Pengerusi Lembaga Pengelola IPTIP
Penganugerahan Anugerah Imtiyaz bagi sesi 2016
Penganugerahan Anugerah Imtiyaz bagi sesi 2017
Penganugerahan Anugerah Imtiyaz bagi sesi 2018
Penganugerahan Anugerah Imtiyaz bagi sesi 2019
Penganugerahan Nilam Dato Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain

11.10 UCAPAN
Penerima Anugerah Nilam Dato Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain

11.15 UCAPAN
Yang Berbahagia Penaung IPTIP iaitu Presiden HALUAN:
Dr Abdullah Sudin Ab Rahman

iptip.edu.my 15

11.20 UCAPAN PENUTUP
Yang Berbahagia Ketua Eksekutif IPTIP Prof Madya Hatim Bin Mohd Tahir

11.30 Bacaan Doa

11.35 PENGISYTIHARAN PENANGGUHAN ISTIADAT KONVOKESYEN
IPTIP KALI KE-2
Yang Berbahagia Penaung IPTIP iaitu Presiden HALUAN :
Dr Abdullah Sudin Ab Rahman mengisytiharkan Istiadat Konvokesyen IPTIP
kali ke-2 ditangguh

11.40 PERSEMBAHAN

11.50 PERARAKAN UTAMA KELUAR

12.00 Sesi Bergambar

12.10 Jamuan makan kepada barisan dif-dif jemputan

16 iptip.edu.my

Ruang Kosong

iptip.edu.my 17

GSERNAADRUAAINNAMA

18 iptip.edu.my

PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2015 : 19
DIPLOMA AL-QURAN DAN HADIS

1. Muhammad Arifuddin Bin Wahab
2. Nurfatin Nabilah Binti Amran
PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2016 :
DIPLOMA AL-QURAN DAN HADIS
1. Nor Syamirah Binti Shuib
2. Raudhah Bt Azhar
DIPLOMA KEWANGAN ISLAM
1. Nusaibah Binti Mos Sahid
2. Ahmad Shafiq Bin Mohd Jaafar
3. Abdil Jauzi Bin Sulbi
4. Mohd. Noor Idham Bin Maisin
DIPLOMA USULUDDIN
1. Aisyah Binti Khairudin
2. Mustaqim Bin Azhar
3. Abdullah Nabil Bin Ramli
DIPLOMA SYARIAH
1. Adibah Husna Binti Jamaludin
2. Humairah Bt Mohd Shapiee
3. Muhamad Iqbal Bin Bustami
4. Muhammad Hazim Bin Abdul Rahman
PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2017 :
DIPLOMA AL-QURAN DAN HADIS
1. Ijlal Azfar Bin Muhammad Badruddin
2. Mohamad Izzuddin Bin Hashim
3. Aishah Nakhirah Binti Ali
4. Muzatul Adawiah Binti Muktar

iptip.edu.my

DIPLOMA KEWANGAN ISLAM
1. Nurfatihah Binti Izham
2. Azma Imani Binti Azwan
3. Nur Husna Binti Rosli
4. Nor Shuhada Binti Shashim
5. Hawa Syakirah Binti Zulkifli
6. Muhammad Syukri Fitri Bin Suhaimi
7. Muhammad Rushdi Bin Kharuddin

DIPLOMA SYARIAH
1. Siti Nur Aisyah Bt Yusaimi
2. Normaisarah Binti Harisman
3. Mohamad Amirol Abhar Bin Mat Kamal
4. Nur Izzah Binti Ahmad
5. Zabirah Batrisyia Binti Bidin
6. Ali Karimi Bin Mohd Nasri
7. Nur Afiqah Syahirah Binti Muhammad Suhaini
8. Nur Fazirah Binti Hamzah
9. Abdul Hadi Bin Abd Muftalib
10. Muhammad Hafiz Bin Abdul Gani
11. Muhammad Haziq Nasrulllah Bin Hasbullah
12. Muhammad Ammar Bin Ismail
13. Muhammad Umar Bin Kamaruddin

PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2018 :
DIPLOMA AL-QURAN DAN HADIS

1. Abdullah Mu’ti Bin Hasnan
2. Nur Khalidah Bt Khalid
DIPLOMA KEWANGAN ISLAM
1. Siti Khadijah Binti Subberi
2. Muhammad Amirul Bin Shafri
3. Abdul Syahmi Bin Abdul
DIPLOMA USULUDDIN
1. Nurul Syifa Musfirah Bt Shukri

20 iptip.edu.my

DIPLOMA SYARIAH
1. Sharifah Norhafifah Binti Syed Mohd Zahir
2. Wa’ie Sajidah Saadah Bt Zihan
3. Siti Balkis Binti Amalludin
4. Siti Maryam Binti Mahmad
5. Zulakmal Faiz Bin Abd Rahim
6. Muhammad Haziq Aiman Bin Mohamad Shukri

PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2019 :
DIPLOMA AL-QURAN DAN HADIS

1. Muhammad Amir Haziq Khan Bin Hamdan
DIPLOMA KEWANGAN ISLAM

1. Daniel Bin Fazil
DIPLOMA USULUDDIN

1. Nursyawatul Fitriah Bt Ku Mohd Taufik
DIPLOMA SYARIAH

1. Muhammad Farhan Bin Abu Bakar
2. Muhammad Sarifudin Bin Azmi
3. Aminurashid Bin Ruslizam
4. Mohamad Shakhir Saidy Ridzah
5. Najdi Nasir
6. Shahidan Bin Radzi
7. Nur Khairun Nisaa Bt Ahmad Rizal

iptip.edu.my 21

PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2015

Nama : Muhammad Arifuddin Bin Wahab
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 152001
“Redha manusia adalah matlamat yang mustahil tercapai. Maka
teruskan sahaja apa yang baik untukmu. Sesungguhnya tidak
ada jalan untuk mencapai redha mereka semua.”

Nama : Nurfatin Nabilah Binti Amran
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 152002
“Nak buat apa pun, nak Allah Redha.”

PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2016

Nama : Nor Syamirah Binti Shuib
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 161008
Sabar – Jangan terlalu bersedih kerana pertolongan allah akan
selalu datang bersama kesabaran (HR Ahmad)

Nama : Raudhah Bt Azhar
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 161007
Dunia ini ibarat bayangan, jika anda berusaha menangkapnya,
ia akan lari. tapi jika anda membelakanginya, ia tak punya
pilihan selain mengikutimu (Ibnu Qayyim Al Jauziyyah)

Nama : Nusaibah Binti Mos Sahid
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 161012
“Think to be thing.”

22 iptip.edu.my

Nama : Ahmad Shafiq Bin Mohd Jaafar
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 161010
Kesabaran adalah ketika hati merasa marah terhadap apa yang
sudah ditakdirkan dan mulut tidak mengeluh.
(Ibnu Qayyim Al Jauziyyah)

Nama : Abdil Jauzi Bin Sulbi
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 161011
“dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah
menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya”
(AQ : At-Talaq: 4)

Nama : Mohd. Noor Idham Bin Maisin
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 161013
“Maka janganlah berkecil hati dan janganlah pula berputus asa
kerana kamu lebih mulia jika kamu beriman”
(AQ Al-Imran 3:139)

Nama : Aisyah Binti Khairudin
Program : Diploma Usuluddin
No matrik : 161001
“Life Is Like Riding A Bicycle, To Keep Your Balance You Must Keep
Moving.”

Nama : Mustaqim Bin Azhar
Program : Diploma Usuluddin
No matrik : 161002
Takkan pernah ada yang sentiasa bersamamu dalam setiap
situasi kecuali Allah swt.

Nama : Abdullah Nabil Bin Ramli
Program : Diploma Usuluddin
No matrik : 161003
Orang yang paling bahagia adalah orang yang paling kuat
cintanya pada rabbnya. (Imam Al-Ghazali)

iptip.edu.my 23

Nama : Adibah Husna Binti Jamaludin
Program : Diploma Syariah
No matrik : 161005
Doa harusnya menjadi pembuka di pagi hari dan menjadi
penutup di waktu malam hari

Nama : Humairah Bt Mohd Shapiee
Program : Diploma Syariah
No matrik : 161006
“Apa pun ujian yang datang hidup perlu diteruskan.”

Nama : Muhamad Iqbal Bin Bustami
Program : Diploma Syariah
No matrik : 162001
Rahsia kebahagiaan itu ada dalam 3 hal:
bersabar, bersyukur dan ikhlas.

Nama : Muhammad Hazim Bin Abdul Rahman
Program : Diploma Syariah
No matrik : 162002
“Semakin kuat kamu berusaha dan kerja, Semakin banyak dan
besar apa yang kamu capai.”

PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2017 :

Nama : Ijlal Azfar Bin Muhammad Badruddin
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 171015
“Sentiasa berfikir positif tidak kira apa jua halangan dalam
kehidupan.”

24 iptip.edu.my

Nama : Mohamad Izzuddin Bin Hashim
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 171016
Hidup tanpa Allah ibarat sebuah pensil tumpul, ia tidak memiliki
titik.

Nama : Aishah Nakhirah Binti Ali
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 171003
“Lost your balance on a tightrope. It’s never too late to get it back.”

Nama : Muzatul Adawiah Binti Muktar
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 171028
“Jangan berhenti menyebarkan kebaikan, sebab kita tak tahu
kebaikan mana, yang menjadi asbab orang lain berubah.”

Nama : Nurfatihah Binti Izham
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 171008
“Jangan biarkan ketakutan menghalangi kita untuk berhenti
berjuang. Berani bertindak dan mengambil keputusan adalah
cara terbaik untuk melawan ketakutan.”

Nama : Azma Imani Binti Azwan
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 171010
“There is always something to be grateful for love .”

Nama : Nur Husna Binti Rosli
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 171013
“Our greatest pride is not never fail, but bounced back every time
we fall.”

iptip.edu.my 25

Nama : Nor Shuhada Binti Shashim
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 171024
“Think to be thing.”

Nama : Hawa Syakirah Binti Zulkifli
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 171025
“Kejayaan menanti pada setiap usaha yang gigih. Kegagalan
adalah permulaan bagi sebuah kejayaan.”

Nama : Muhammad Syukri Fitri Bin Suhaimi
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 171027
Bila hijrahmu kerana Allah, kamu akan terus melangkah
walaupun sudah lelah.

Nama : Muhammad Rushdi Bin Kharuddin
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 171011
“Walaupun susah tetap senyum. Simple.”

Nama : Siti Nur Aisyah Bt Yusaimi
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171002
“Jadilah orang baik meskipun kau tak diperlakukan baik oleh
orang lain.”

Nama : Normaisarah Binti Harisman
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171005
“There are various diamonds that have been born this world, who
have changed the map of this whole world… because they where
able to see this world from a different angle. -Taare Zameen Par”

26 iptip.edu.my

Nama : Mohamad Amirol Abhar Bin Mat Kamal
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171007
“Kalau gagal merancang, itu merancang untuk gagal.”

Nama : Nur Izzah Binti Ahmad
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171012
“Happiness is not how much money we have, but how much time
we can be thankful.”

Nama : Zabirah Batrisyia Binti Bidin
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171017
“Hold on to hope.”

Nama : Ali Karimi Bin Mohd Nasri
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171014
“Trust the process !”

Nama : Nur Afiqah Syahirah Binti Muhammad Suhaini
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171023
“Every next level of your life will demand a different you”

Nama : Nur Fazirah Binti Hamzah
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171026
“Kembara ilmu tanpa henti.”

iptip.edu.my 27

Nama : Abdul Hadi Bin Abd Muftalib
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171020
Allah akan menolong seorang hamba, selama hambanya
sentiasa menolong saudaranya.

Nama : Muhammad Hafiz Bin Abdul Gani
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171021
Menangislah agar dadamu lapang, solatlah agar hatimu kembali
tenang, berdoalah agar pertolongan segera datang.

Nama : Muhammad Haziq Nasrulllah Bin Hasbullah
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171001
“Life isn’t about finding yourself, it’s about creating yourself.”

Nama : Muhammad Ammar Bin Ismail
Program : Diploma Syariah
No matrik : 171030
Hidup sederhana tanpa ada hasrat untuk mencari perhatian di
hadapan manusia adalah di antara sebab ketenangan hati dan
bahagia.

Nama : Muhammad Umar Bin Kamaruddin
Program : Diploma Syariah
No matrik : 172001
Allah akan mendatangkan hari-hari yang membuat kita bahagia,
sebab hidup takkan selamanya sulit

28 iptip.edu.my

PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2018 :

Nama : Abdullah Mu’ti Bin Hasnan
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 181009
“Hati ada elemen utama dalam membentuk pekerti luar biasa.”

Nama : Nur Khalidah Bt Khalid
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 181006
“Sentiasa tersenyum dan ceria ketika diuji dengan pelbagai ujian.”

Nama : Siti Khadijah Binti Subberi
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 181013
“It wasn’t always easy but it’s worth it !”

Nama : Muhammad Amirul Bin Shafri
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 181005
“Usaha sehabis baik.”

Nama : Abdul Syahmi Bin Abdul
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 181010
“Solat itu Tiang Agama. Dahului solat sebelum urusan duniawi.”

iptip.edu.my 29

Nama : Nurul Syifa Musfirah Bt Shukri
Program : Diploma Usuluddin
No matrik : 181007
“Life is not a game of luck. If you wanna win, work hard -Sorai.”

Nama : Sharifah Norhafifah Binti Syed Mohd Zahir
Program : Diploma Syariah
No matrik : 181003
“Siapa yang berusaha bersungguh-sungguh maka dia akan
mendapat hasilnya.”

Nama : Wa’ie Sajidah Saadah Bt Zihan
Program : Diploma Syariah
No matrik : 181008
“Belajar untuk perbaiki diri dan mengajak orang lain.”

Nama : Siti Balkis Binti Amalludin
Program : Diploma Syariah
No matrik : 181011
“Tidak ada yang lebih unggul dari sebuah adab dan akhlak.”

Nama : Siti Maryam Binti Mahmad
Program : Diploma Syariah
No matrik : 181012
Tetaplah bersabar meskipun terasa seluruh duniamu berantakan.
Allah tahu lelahmu.

Nama : Zulakmal Faiz Bin Abd Rahim
Program : Diploma Syariah
No matrik : 181014
Semoga apa pun yang kamu perjuangkan hari ini Allah berikan
kelancaran, sehingga berakhir dengan hasil yang memuaskan

30 iptip.edu.my

Nama : Muhammad Haziq Aiman Bin Mohamad Shukri
Program : Diploma Syariah
No matrik : 181004
“Yakin & percaya bahawa setiap langkah kehidupan ini telah
ditentukan oleh Allah SWT.”

PENGANUGERAHAN DIPLOMA SESI 2019 :

Nama : Muhammad Amir Haziq Khan Bin Hamdan
Program : Diploma Al-Quran Dan Hadis
No matrik : 191001
“Trust Yourself. Percaya pada diri sendiri.”

Nama : Daniel Bin Fazil
Program : Diploma Kewangan Islam
No matrik : 191002
“ Setiap hari kita akan belajar benda baru, dari sekecil maklumat
hingga sebesar ilmu bermanfaat.”

Nama : Nursyawatul Fitriah Bt Ku Mohd Taufik
Program : Diploma Usuluddin
No matrik : 191007
“You are never too old to set another goal or to dream a new
dream.”

Nama : Muhammad Farhan Bin Abu Bakar
Program : Diploma Syariah
No matrik : 191003
“Jika kamu mencari satu orang yang akan mengubah hidupmu,
lihatlah di cermin.”

iptip.edu.my 31

Nama : Muhammad Sarifudin Bin Azmi
Program : Diploma Syariah
No matrik : 191004
“Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya.”

Nama : Aminurashid Bin Ruslizam
Program : Diploma Syariah
No matrik : 191005
“‫“ من جد وجد‬Setiap orang yang berusaha pasti akan
mendapatkan kejayaan.”

Nama : Mohamad Shakhir Saidy Ridzah
Program : Diploma Syariah
No matrik : 191008
“Kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita.”

Nama : Najdi Nasir
Program : Diploma Syariah
No matrik : 191009
“Siapa Yang Berusaha Pasti Akan Berjaya.”

Nama : Shahidan Bin Radzi
Program : Diploma Syariah
No matrik : 192001
Jangan biarkan hatimu mendapat kesenangan kerana pujian
dari orang lain, kamu akan sedih dengan kecaman mereka suatu
hari nanti (Imam Ghazali)

Nama : Nur Khairun Nisaa Bt Ahmad Rizal
Program : Diploma Syariah
No matrik : 191010
“You will face many defeats in life, but never let yourself be
defeated.”

32 iptip.edu.my

Ruang Kosong

iptip.edu.my 33

PASEENNNUAEGRREIARMIAAH

34 iptip.edu.my

kkreciteemreiarlpaenngerainmkaoannvuogkeersayhen

ANUGERAH NILAM DATO’ KAYA BAKTI UST DAHLAN
Anugerah ini adalah anugerah tertinggi dan merupakan Anugerah Pelajar Terbaik
Keseluruhan IPTIP, dikurniakan kepada graduan berdasarkan pencapaian cemerlang
menerusi aspek akademik, kemahiran generik dan sahsiah yang dipilih dari senarai
bergraduat pada sesi konvokesyen berkenaan.
ANUGERAH IMTIYAZ BAGI SETIAP SESI
Anugerah Imtiyaz adalah anugerah yang diberikan kepada graduan berdasarkan
pencapaian terbaik akademik dari senarai bergraduat pada sesi tahun berkenaan dan
tidak pernah disabitkan dengan sebarang tindakan tatatertib.
ANUGERAH PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA IPTIP
Anugerah ini diberikan kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam
tempoh pengajian minima yang ditetapkan dengan memperolehi Anugerah Ketua
Eksekutif pada setiap semester sepanjang pengajian dan tidak pernah disabitkan
dengan sebarang tindakan tatatertib.

iptip.edu.my 35

adnatuog’ekraayha nbailkatmi
ust dahlan

Ali Karimi bin Mohd Nasri atau lebih mesra dipanggil Ali merupakan anak kepada
pasangan bekas pengusaha restoran Haji Mohd Nasri bin Sulaiman dan Noridah binti
Abd Rahman. Anak bongsu kepada enam beradik ini dilahirkan pada 5 Disember
1998 di Alor Setar, Kedah dan kini menetap di Merbok, Kedah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ummi, Kedah kemudian
melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama Ibrah di Permatang
Pauh, Pulau Pinang dan juga di Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Tunjung
Beseri, Perlis.

36 iptip.edu.my

Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang pengajian Islam, beliau
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam program Diploma
Syariah di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.
Kecemerlangan Ali Karimi dalam bidang akademik terserlah dari semester pertama
lagi. Kecemerlangan akademik beliau terus konsisten sehingga menerima Anugerah
Ketua Eksekutif untuk 6 semester berturut-turut. Secara keseluruhannya, beliau telah
bergraduat daripada IPTIP dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.98 yang
merupakan pencapaian tertinggi dalam kalangan semua graduan yang bergraduat
pada istiadat konvokesyen pada kali ini.
Dari aspek kokurikulum pula, Ali Karimi sering terlibat sebagai peserta, fasilitator
dan ahli jawatankuasa dalam pelbagai program ilmiah dan kemasyarakatan seperti
penganjuran Seminar Pengucapan Awam, Seminar pengendalian microsoft word,
Jaulah Tarbawi Taman Negara Penang, Khidmat Masyarakat bersama qaryah masjid
dan sebagainya. Dalam Majlis Perwakilan Pelajar IPTIP pula, beliau pernah menjawat
jawatan Ketua Exco Komunikasi dan Penerbitan MPP pada tahun 2017 dan sebagai
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun 2018.
Beliau yang meminati sukan larian ini meyakini dan percaya bahawa doa merupakan
tonggak utama bagi kejayaan seseorang. Begitu juga sokongan serta dorongan
pensyarah, rakan seperjuangan dan keluarga terutamanya ibubapa. Ia sedikit
sebanyak membentuk keperibadian beliau sebagai seorang “Tolibul ‘ilm” dalam
memupuk minat untuk terus belajar tanpa mengira angka umur. Kegagalan di
masa lalu menjadi sejarah dan batu lonjakan buat beliau untuk terus melangkah
ke hadapan. Beliau berpandangan bahawa setiap insan mempunyai jalan dan
cabaran yang berbeza untuk merealisasikan sebuah kejayaan. Prinsip beliau - biar
letih menahan perit belajar, jangan letih menahan perit kebodohan. Namun begitu,
kejayaan hari ini bukanlah kejayaan peribadi yang harus dibanggakan, malah
sebaliknya ia adalah satu amanah untuk terus berkhidmat serta bermanfaat kepada
masyarakat dan agama.
Beliau amat komited dalam setiap tugasan yang diberikan juga merupakan seorang
yang disenangi ramai sama ada di kalangan rakan-rakan, staff mahupun pensyarah.
Ali Karimi kini sedang meneruskan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) Gombak, Selangor dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam bagi
menggapai cita-citanya sebagai ahli akademik.
Berdasarkan kriteria kecemerlangan yang komprehensif dan konsisten dalam
pelbagai aspek khususnya akademik, kokurikulum dan sahsiah diri seperti yang telah
dinyatakan, maka IPTIP telah memilih beliau sebagai tokoh penerima Anugerah
Nilam Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan dalam Istiadat Konvokesyen pada kali ini.

iptip.edu.my 37

ANUGERAH IMTIYAZ BAGI SESI 2016

Aisyah binti Khairudin dilahirkan pada tanggal 9 September 1998 dan membesar di
Shah Alam, Selangor. Anak keempat daripada enam orang adik-beradik ini mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Ibn Khaldun sebelum meneruskan pendidikan
menengah di Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Shah Alam Selangor yang merupakan
antara institusi pendidikan di bawah naungan NGO HALUAN.
Pada tahun 2013, atas minat yang mendalam terhadap bidang pengajian Islam dan
berbekalkan keputusan yang cemerlang, Aisyah memilih merantau ke bahagian utara
Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Institut Pengajian
Tinggi Islam Perlis dalam program Diploma Usuluddin. Sepanjang pengajian di
IPTIP, beliau mengambil peluang semaksima mungkin dalam menimba pengalaman
dan meningkatkan kualiti diri dengan mengikuti pelbagai aktiviti kokurikulum dan
kemasyarakatan.
Penglibatan beliau yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan dapat dilihat dari
program yang disertainya sebagai pihak penganjur seperti Forum Kesihatan Mental,
Khidmat Masyarakat di Langkawi, Kursus Pra Perkahwinan dan sebagainya. Pelajar
yang meminati sukan memanah ini juga pernah menyandang jawatan sebagai
Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada sesi
2017.
Pembabitan Aisyah dalam aktivti luar kampus tidak sesekali mengubah fokus
beliau dalam pengajian. Kecemerlangan beliau terbukti apabila beliau memperoleh
Anugerah Ketua Eksekutif pada setiap semester selama 6 semester berturut-turut.
Aisyah percaya sokongan, bimbingan dan semangat yang diberikan oleh para
pensyarah, rakan-rakan dan keluarga kepadanya menjadi pendorong beliau untuk
terus bangun mengecapi kejayaan seperti yang diperoleh
pada hari ini. Beliau berjaya menamatkan pengajiannya
dengan keputusan yang membanggakan dengan
memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.95
sekaligus dinobatkan sebagai penerima Anugerah
Imtiyaz bagi sesi 2016.

38 iptip.edu.my

ANUGERAH IMTIYAZ BAGI SESI 2017

Ali Karimi bin Mohd Nasri dilahirkan pada tanggal 5 Disember 1998 di Alor Setar,
Kedah . Anak bongsu kepada enam beradik ini kini menetap di Merbok, Kedah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ummi, Kedah kemudian
melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama Ibrah di Permatang
Pauh, Pulau Pinang dan juga di Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Tunjung
Beseri, Perlis.
Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang pengajian Islam, beliau
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam program Diploma
Syariah di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.
Beliau yang meminati sukan larian ini juga merupakan pelajar yang terlibat aktif
sebagai peserta, fasilitator dan ahli jawatankuasa dalam pelbagai program ilmiah
dan kemasyarakatan seperti penganjuran Seminar Pengucapan Awam, Seminar
pengendalian microsoft word dan sebagainya. Dalam Majlis Perwakilan Pelajar IPTIP
pula, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Exco Komunikasi dan Penerbitan MPP
pada tahun 2017 dan sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun 2018.
Kecemerlangan Ali Karimi dalam bidang akademik terserlah dari semester pertama
lagi. Kecemerlangan akademik beliau terus konsisten sehingga menerima Anugerah
Ketua Eksekutif untuk 6 semester berturut-turut. Secara keseluruhannya, beliau
telah bergraduat daripada IPTIP dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.98
yang merupakan pencapaian akademik tertinggi bagi tahun 2017 sekaligus berjaya
merangkul penganugerahan Anugerah Imtiyaz bagi sesi 2017.
Pada masa ini, Ali Karimi sedang meneruskan
pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Gombak, Selangor dalam bidang Ijazah Sarjana
Muda Kewangan Islam bagi menggapai cita-citanya
sebagai ahli akademik.

iptip.edu.my 39

ANUGERAH IMTIYAZ BAGI SESI 2018

Wa’ie Sajidah Saadah Binti Zihan dilahirkan pada tanggal 2 Februari 2000 dan
membesar di Batu Pahat, Johor. Anak keempat daripada lima orang adik-beradik
ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Assyddiq, Simpang
Renggam Johor yang merupakan salah satu pusat pendidikan di bawah NGO
HALUAN. Berbekalkan kesedaran ingin meneruskan proses tarbawi dalam diri,
beliau meneruskan pembelajaran menengah di Sekolah Menengah Islam Assyddiq,
Simpang Renggam Johor.
Semasa di peringkat rendah dan menengah lagi beliau telah menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam akademik yang mana semasa Tingkatan 4 beliau
memperolehi Anugerah Cemerlang Sijil Menengah Agama (SMA) pada tahun 2017.
Dengan keputusan SPM yang membanggakan, Wa’ie Sajidah meneruskan pengajian
ke peringkat lebih tinggi di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis dalam program
Diploma Syariah.
Beliau bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran malah aktif terlibat dalam
aktiviti sukan memanah serta persatuan dengan menyandang pelbagai jawatan.
Pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar IPTIP serta diberi
kepercayaan menjadi jawatankuasa program kesukarelawanan seperti Program
Pemantapan Ibadah bersama masyarakat, My Mental Health My Priority, Ijtima’
Haluansiswa Perlis serta pelbagai lagi.
Penglibatan aktif dalam kokurikulum tidak menghalang beliau untuk terus tekun,
berdisiplin dan konsisten dalam pengajian sehingga melayakkan beliau menerima
Anugerah Imtiyaz bagi sesi 2018 ini dengan memperoleh purata nilai gred kumulatif
(PNGK) 3.88 yang merupakan nilai PNGK terbaik bagi sesi 2018.
Kini, beliau kembali menabur bakti di tempat pengajian
lamanya, Sekolah Menengah Islam Assyddiq sebagai
guru yang penuh dedikasi selaras dengan falsafah
IPTIP menghasilkan pelajar yang kompeten dan
menyumbang manfaat kepada masyarakat
di sekeliling.

40 iptip.edu.my

ANUGERAH IMTIYAZ BAGI SESI 2019

Muhammad Amir Haziq Khan Bin Hamdan, 21 tahun yang dilahirkan pada 30
Disember 2001 merupakan graduan Diploma Al-Quran dan Hadis. Beliau yang berasal
dari Klang, Selangor merupakan anak sulong daripada 3 orang adik-beradik kini
sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Hadith di
Universiti Sultan Azlan Shah, Pahang.
Sifat ketokohan beliau telah terserlah semenjak di persekolahan rendah dan
menengah lagi yang mana beliau telah dilantik menjadi Ketua Pelajar di SRA Pekan
Meru dan juga Ketua Pelajar semasa pengembaraan ilmu beliau di Madrasah Nurul
Ilmi, Shah Alam. Berbekalkan semangat menuntut ilmu yang tidak pernah padam
dalam dirinya, Amir Haziq memilih Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis sebagai
destinasi pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelbagai pengalaman yang
ditimba di IPTIP telah mengukuhkan lagi kompetensi dirinya yang sekarang.
Beliau yang amat meminati sukan sepak takraw ini juga merupakan antara pelajar
yang gemar terlibat aktif menjalani aktiviti kesukarelawanan seperti Fasilitator Kem
Bestari Solat dan Fasilitator Kem Solat yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis
Agama Islam Perlis (MAIPS) serta terlibat aktif dalam kelab di bawah IPTIP iaitu Kelab
Aikido. Dalam masa yang sama Amir Haziq pernah menyandang sebagai Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar IPTIP bagi sesi 2019 dan Exco Badan Dakwah & Kerohanian
MPP.
Baginya, pengalaman pahit manis yang ditempuh semasa pengajian di IPTIP
mengajarnya untuk lebih menghargai manisnya sebuah pengalaman malah
membina jati diri yang lebih mapan untuk berhadapan dengan pancaroba pahit
maung kehidupan selepas bergraduasi.
Kecemerlangan Amir Haziq dalam akademik terserlah
apabila berjaya menamatkan pengajian dengan
keputusan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.84
yang merupakan pencapaian akademik tertinggi
bagi tahun 2019 sekaligus telah melayakkan beliau
untuk menerima Anugerah Imtiyaz bagi Sesi 2019 ini.

iptip.edu.my 41

LAENMUBGAEGRAAHPEPNEGNEGLEORLUASIIPTIP

Nama : AISYAH BINTI KHAIRUDIN
No matrik : 161001
Tahun : 2016
Program : Diploma Usuluddin

Nama : MOHD. NOOR IDHAM BIN MAISIN
No matrik : 161013
Tahun : 2016
Program : Diploma Kewangan Islam

Nama : AISHAH NAKHIRAH BINTI ALI
No matrik : 171003
Tahun : 2017
Program : Diploma Quran Hadis

Nama : MOHAMAD IZZUDDIN BIN HASHIM
No matrik : 171016
Tahun : 2017
Program : Diploma Quran Hadis

Nama : ALI KARIMI BIN MOHD NASRI
No matrik : 171014
Tahun : 2017
Program : Diploma Syariah

42 iptip.edu.my

Nama : ABDUL HADI BIN ABD MUFTALIB
No matrik : 171020
Tahun : 2017
Program : Diploma Syariah

Nama : ABDULLAH MU’TI BIN HASNAN
No matrik : 181009
Tahun : 2018
Program : Diploma Quran Hadis

Nama : SITI KHADIJAH BINTI SUBBERI
No matrik : 181013
Tahun : 2018
Program : Diploma Kewangan Islam

Nama : WA’IE SAJIDAH SAADAH BT ZIHAN
No matrik : 181008
Tahun : 2018
Program : Diploma Syariah

Nama : SITI BAKIS BINTI AMALLUDIN
No matrik : 181011
Tahun : 2018
Program : Diploma Syariah

Nama : MUHAMMAD AMIR HAZIQ KHAN BIN HAMDAN
No matrik : 191001
Tahun : 2019
Program : Diploma Quran Hadis

iptip.edu.my 43

PGARKAADIUAANNJUBAH

Reka bentuk jubah ini dipakai oleh graduan
Diploma bagi Istiadat Konvokesyen IPTIP kali
kedua ini. Rekaan jubah ini masih mengekalkan
konsep jubah akademik dengan memaparkan
imej yang segak, kemas, sopan dan berakhlak
mulia. Warna biru tua dipilih bagi
disesuaikan dengan warna tema
negeri Perlis.
Warna biru dan perak digunakan pada
sulaman bagi menyerikan lagi jubah.
Jubah ini mempunyai sulaman dan
kancingan di bahagian tengah
hadapan jubah dan di keliling
leher. Sulaman adalah bercirikan
corak geometri islamik bagi
mencerminkan falsafah institusi.
Raised Pleating dikenakan
di bahagian yoke bagi
mengembangkan jubah dan
memberi gantungan yang cantik.
Lengan pula dipotong kembang.
Sulaman di bahagian lengan tanpa
jalur melambangkan tahap lulusan
untuk graduan Diploma.

44 iptip.edu.my

VISI

Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi yang unggul berlandaskan
pengabdian kepada Pencipta.

MISI

Menerajui pendidikan berkualiti yang bersepadu dan menjana
ilmu bagi melahirkan insan yang kompeten, berakhlak dan
berbakti untuk manfaat sejagat.

MOTTO

“Islam Tanggungjawab Kita Bersama”

FALSAFAH PENDIDIKAN

IPTIP berpegang teguh kepada pendidikan berteraskan tauhid
bagi menghasilkan insan kamil yang dilengkapi dengan

kepakaran dan kemahiran terkini, mampu menangani cabaran,
memberi sumbangan serta membina ummah yang cemerlang.

Kepimpinan masa hadapan bermula daripada pendidikan
yang terancang disokong dengan program kehidupan tarbawi
melalui sistem pembangunan mahasiswa yang bersepadu bagi

melahirkan insan yang mampu merealisasikan hakikat
ubudiyah yang sebenar kepada Pencipta.

iptip.edu.my 45

OBJEKTIF PENUBUHAN

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ditubuhkan dengan objektif seperti berikut :
1. Membentuk insan kamil dan syamil secara bersepadu dan menyeluruh bagi

melahirkan para sarjana yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam bidang
agama Islam dan profesional yang berteraskan Islam bagi membimbing
masyarakat ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
2. Melahirkan seorang muslim yang sanggup memikul tanggungjawab yang
berasaskan tuntutan akidah, syariah, kemasyarakatan, profesional yang
bertanggungjawab mengisi keperluan fardhu kifayah.
3. Melahirkan pendakwah muslim yang mendalami Al-Quran Sunnah dan
profesional yang berbekalkan ilmu sebagai seorang daie.
4. Melahirkan guru-guru yang berkemampuan untuk menjadi pendidik yang
mempunyai visi dan memahami konsep pembangunan ummah mengikut ajaran
Islam yang sebenar.
5. Menjalankan pelbagai penyelidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan dalam
bidang ilmu Islam dan ilmu-ilmu yang membawa kemajuan ummah islamiah.
6. Mempelopori pelbagai kaedah bagi meningkatkan dan menyebarkan
kefahaman terhadap Islam melalui Al-Quran & Hadis dan melalui ilmu-ilmu yang
membuktikan kebesaran Allah swt.

46 iptip.edu.my

rasional logo

1. BULATAN
Menunjukkan globalisasi Islam
Warna hijau menunjukkan keislaman

2. WARNA MERAH DALAM BULATAN
Menunjukkan semangat kejiranan (Dalam perancangan Segitiga
Utara Malaysia, selatan Thailand dan Sumatera Utara)

3. KUBAH
Melambangkan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis berteduh di
bawah lindungan Allah dan memegang Ahli sunnah wal Jamaah.

4. WARNA KUNING DALAM KUBAH
Menunjukkan kedaulatan Di Raja Negeri Perlis yang berteraskan
Islam.

5. AL-QURAN DAN REHAL DI ATAS LAMBANG NEGERI PERLIS
Menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Perlis menghayati dan
menjunjung tinggi ilmu Al-quran dan sunnah dengan menubuhkan
IPTIPs.

6. WARNA KUNING DAN BIRU
Menunjukkan warna bendera Negeri Perlis ( Dimana IPTIPs
ditubuhkan )

iptip.edu.my 47

sinejsatritauhspi enubuhan

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis atau lebih dikenali sebagai IPTIPs merupakan
sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta milik penuh anak syarikat Yayasan Islam
Perlis (YIPs) iaitu IPTIPs Sdn. Bhd. dan telah ditubuhkan di bawah Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Aktiviti tunggal institusi ini adalah
menubuh dan menguruskan Institusi Pengajian Tinggi. IPTIPs mula beroperasi
pada 20 April 1998 setelah mendapat akuan pendaftaran pertamanya daripada
Kementerian Pendidikan pada masa itu melalui Nombor Pendaftaran JPPS 23/98.
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah
mencetuskan penubuhan IPTIPs selepas lawatan DYMM yang ketika itu menjawat
sebagai Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) ke timur tengah bersama
satu delegasi ke Universiti Al-Azhar, Mesir; Kuliyyah Lahutiyyah, Universiti Istanbul,
Turki; Universiti Jeddah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan seterusnya ke
Universiti Riyadh.
Hasil daripada lawatan yang diadakan, satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan yang
dianggotai oleh Almarhum Dr. Jeehad, Prof. Dr. Radzi (USM), Dato’ Alim Panglima Mat
Jaya, Prof. Madya Dato’ Alim Setia Ahmad Bin Jusoh, Dato’ Muhammad At-Tarmizi dan
tokoh-tokoh agamawan membincangkan satu kurikulum yang mampu
menggerakkan Institut Pengajian Tinggi Al-Quran dan As-Sunnah (IQS). Disebabkan
oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) mempunyai beberapa kekangan, IQS
diletakkan di bawah pengawasan Yayasan Islam Perlis (YIPs) yang mana peranan dan
tujuan penubuhannya adalah untuk membantu MAIPs . Perpindahan peranan dan

48 iptip.edu.my

tanggungjawab ini telah menjadian IQS sebagai salah satu cabang di bawah
pengurusan Yayasan Islam Perlis. Kemudian, nama IQS ditukarkan kepada Institut
Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs).
Kampus pertama IPTIPs terletak di Taman Bersatu, 02600 Arau, Perlis. Kemudian
berpindah ke Batu 5, Jalan Kuala Perlis yang beralamat di Jalan Guar Jentik, 02400
Beseri Perlis. Ianya disewa daripada Sekolah Ma’had Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat
yang juga berada di bawah YIPs. Pada hujung Disember 2013, operasi IPTIPs telah
diberhentikan untuk sementara waktu oleh kerana terdapat sedikit masalah ketika
itu. Justeru, kerajaan negeri membuka peluang kepada pihak-pihak yang berminat
untuk mengambil alih dan mengurus semula IPTIPs.

Pada 13 Mac 2014, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia
(HALUAN) telah menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Institut Pengajian
Tinggi Islam Perlis bagi meneruskan semula pengoperasian institusi tersebut.
HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi
Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan
pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip
dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap laptisan masyarakat yang
memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik, status sosial mahupun
geografi.
Kampus IPTIP sekarang beroperasi di alamat No 12-24 Taman Haz Melati, 02400
Beseri, Perlis.

iptip.edu.my 49

SA2E0KP2TA2INVIJTAINIGPTTIAPHUN

50 iptip.edu.my


Click to View FlipBook Version