Kod WIM HT-013-2:2011/CU:06/KP(4/4) Mukasurat : 1drpd25
INSTITUT LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA MC-091-3:2016 INDUSTRIAL AUTOMATION
PROGRAM / ENGINEERING SYSTEMS ASSEMBLY
PROGRAM’S CODE & NAME
TAHAP / LEVEL 3 SEMESTER 4
NO DAN TAJUK UNIT CU07: INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING SYSTEMS
KOMPETENSI / SUPPORT SUPERVISION
COMPETENCY UNIT NO.AND
TITLE
KOD DAN NAMA
SUBJEK/SUBJECT CODE AND SME 3442 PENYELIAAN MEKATRONIK
NAME
NO. DAN PENYATAAN 1. PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING
AKTIVITI KERJA / WORK SUPPORT SERVICE ROUTINE BRIEFING
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. PERFORM SUBRDINATE PERFORMANCE APPRAISAL
EXERCISE
3. PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION SUPPORT
SERVICE UNIT PERFORMANCE MEASUREMENT
4. PERFORM UNIT WORK AREA HOUSEKEEPING
RESOURCES ALLOCATION
5. MONITOR UNIT WORK AREA HOUSKEEPING
ACTIVITIES
KOD WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4)
TITLE : WORK AREA HOUSEKEEPING ACTIVITIES
OBJECTIVE : TO OBTAIN KNOWLEDGE SAFETY, HEALTH AND HYGIEN
PRACTICES GUIDELINES.
Cawangan Kurikulum& Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 2drpd25
INFORMATION:
1.0 PENGENALAN AMALAN ‘5S’
a. Amalan ‘5S’ merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang
dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah
tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S’ yang
bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.
b. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun
yang diringkaskan menjadi ‘5S’. Dalam Bahasa Melayu memberi
maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
c. Amalan ‘5S’ merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan
budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen”
dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara
sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang
berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan
dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota
dalam organisasi.
d. Amalan ‘5S’ adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang
berkesan kerana:
i. Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
ii. Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
iii. Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk
penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
iv. Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk
menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
v. Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
vi. Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
vii. Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej
organisasi.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 3drpd25
2.0 PENGEMASAN (HOUSEKEEPING)
2.1 Maksud
Pengemasan (housekeeping) bukan setakat penjagaan terhadap
kebersihan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Antara aspek lain yang
diambil kira ialah kerapian serta meletakkan sesuatu peralatan atau mesin
dan sebagainya pada tempat yang telah ditetapkan mengikut piawaian
yang bersesuaian.
2.2 Kebaikan
i. Supaya menjamin keselamatan pekerja, peralatan dan persekitaran
kawasan tempat kerja.
ii. Dapat meningkatkan produktiviti kerja dan meninggikan tahap
kesedaran pekerja.
iii. Dapat menjaga kebersihan persekitaran kawasan tempat kerja.
iv. Dapat meningkatkan tahap kualiti produk dan juga kerja yang
dilakukan.
v. Supaya mudah untuk mencari sesuatu peralatan atau mesin lebih
teratur.
vi. Supaya mudah melakukan inventori bagi setiap peralatan atau mesin.
vii. Dapat menghapuskan segala peralatan atau mesin yang tidak
digunakan lagi.
viii. Dapat mengurangkan inventori bermakna menjimatkan kos.
ix. Memudahkan proses mencari dan mengenalpasti sesuatu peralatan
atau mesin yang dikehendaki.
3.0 AKTIVITI UMUM
3.1 Pembersihan
a. Antara aktiviti kerja pembersihan seperti membuang sampah,
membersihkan kawasan persekitaran tempat kerja, mencuci, menyapu
dan vakum habuk atau debu pada permukaan peralatan atau mesin.
b. Bagi sudut yang lain pembersihan juga bole ditakrifkan sebagai
penyingkiran kakitangan yang tidak diingini, kaedah atau dasar dalam
usaha pembaharuan atau penambahbaikan dari masa ke semasa.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 4drpd25
c. Ia adalah bertujuan bagi memastikan sesebuah organisasi menjadikan
lebih baik, mudah dan menjamin keselamatan sepanjang berada di
kawasan tempat kerja.
3.2 Pembuangan
a. Pelupusan peralatan atau mesin adalah salah satu aspek penting bagi
kerja pengemasan kawasan tempat kerja. Sisa-sisa bahan kimia boleh
terdiri daripada bentuk cecair, mendakkan mahupun pepejal. Semua
sisa-sisa bahan kimia ini adalah dianggap sebagai ‘sisa toksik’ dan
memerlukan langkah-langkah keselamatan tertentu untuk
mengendalikannya. Pembuangan bahan kimia dengan menggunakan
tong khas yang berlabel dan tidak boleh bercampur dengan bendasing
yang lain.
b. Pengelasan sisa-sisa bahan kimia mengikut klasifikasi kumpulan oleh
Kualiti Alam adalah seperti berikut:
KUMPULAN JENIS SISA BAHAN KIMIA
A Sisa minyak mineral termasuk minyak pelincir, minyak hidrolik,
B tanah tercemar minyak dan sebagainya.
C Sisa kimia organik mengandungi unsur halogen/sulfur seperti
H Freon, sisa PVC dan sebagainya.
K Sisa kimia organik tanpa unsur halogen/sulfur (<1%) seperti
T aseton, alcohol, benzene dan sebagainya.
X Sisa kimia organik tanpa unsur halogen/sulfur seperti gam,
lateks, cat, fenol, dakwat pencetak, minyak sintetik, epoksi
Z dan sebagainya.
Sisa mengandungi merkuri seperti lampu wap merkuri, bateri
merkuri dan sebagainya
Sisa racun makhluk perosak seperti racun serangga, racun
kulat, racun tikus dan sebagainya
Sisa bahan kimia takorganik seperti asid, alkali, sodium
hipoklorit, garam takorganik, hidroksida logam, sisa sianida
dan sebagainya
Sisa pelbagai - Sisa ubat, sisa asbestos, pepejal mineral,
isosianida, bateri dan sebagainya.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 5drpd25
3.3 Lantai
a. Lantai tidak berminyak, tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari
sebarang kekotoran;
b. Sampah-sarap tidak bertaburan di atas lantai samada di sudut-sudut
atau di bawah peralatan dan mesin;
c. Lantai tiada berlubang/pecah/rekahan atau sebarang kecacatan yang
berpotensi mengancam keselamatan pekerja/pelatih; dan
d. Tiada barang yang tidak diperlukan diletakkan di atas lantai.
3.4 Susun Atur Bengkel, Makmal Dan Bilik Kuliah
a. Semua peralatan dan mesin tersusun kemas, berkeadaan baik serta
tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja/pelajar;
b. Kreativiti menyusun ruang pejabat, bengkel, makmal dan bilik kuliah
adalah digalakkan supaya dapat mewujudkan suasana yang lebih
selesa dan ceria serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan;
dan
c. Teknik susunan peralatan atau mesin boleh memendekkan masa
memproses sesuatu kerja seperti peralatan tangan diletakkan
berhampiran kawasan tempat kerja.
3.5 Peralatan/Mesin Latihan
a. Semua peralatan sentiasa berkeadaan baik dan sentiasa boleh
digunakan dengan selamat;
b. Mesin diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat serta tidak
menghalang pergerakkan proses kerja;
c. Peralatan latihan sentiasa dilap supaya tidak berdebu, bersih dan
disusun supaya kelihatan kemas;
d. Sentiasa memastikan mesin dalam keadaan bersih, tidak berhabuk,
berminyak, berkarat dan sebagainya kerana ia boleh memendekkan
jangka hayat mesin;
e. Pastikan tiada barang yang diletakkan di atas atau di bawah mesin
terutamanya bahan yang berbentuk cecair;
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 6drpd25
f. Perlu meletakkan tanda berhati-hati seperti tanda (AWAS) pada
bahagian yang merbahaya sebagai peringatan kepada pekerja lain;
g. Pastikan setiap mesin mempunyai piawaian pengoperasian (Standard
Operating Procedure – SOP);
h. Mempunyai tanda maklumat pengenalan bagi setiap mesin mengikut
kesesuaian;
i. Peralatan yang rosak perlu dilabelkan dengan jelas dan menyatakan
isu kerosakan serta tarikh penyelenggaraan (pelupusan/baikpulih) dan
diasingkan;
j. Mesin yang rosak hendaklah diletakkan berasingan untuk dibaiki atau
dilupuskan;
k. Jadual penyelenggaraan mesin perlu disediakan untuk pemantauan
mesin.
3.6 Dalam Stor Dan Simpanan Barang
a. Pastikan stor sentiasa bersih, tidak berdebu dan tersusun kemas;
b. Lantai bersih, tidak berdebu dan tiada sampah atau barang-barang
yang tidak diperlukan;
c. Barang-barang disusun dengan teratur supaya tidak menghalang
kerja-kerja pemunggahan dan laluan kakitangan stor;
d. Barang-barang disusun mengikut pengeluaran secara Masuk Dulu
Keluar Dulu (MDKD/FIFO);
e. Penggunaan ruang stor hendaklah dibahagi mengikut kumpulan
barang seperti bahan kimia, alat ganti dan sebagainya;
f. Terdapat tanda/label/abjad bersesuaian bagi tiap-tiap
bahan/komponen barangan (mengikut Tatacara Pengurusan Stor);
g. Mempunyai ruang/garis pemisah antara barang yang berlainan jenis;
h. Stok yang asalnya berada di dalam bekas, kotak, tin, peti dan
sebagainya hendaklah kekal penyimpanannya serta hendaklah dilabel
supaya mudah dikenalpasti;
i. Setiap bekas hendaklah mengandungi satu jenis stok barang yang
sama;
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 7drpd25
j. Bagi barang-barang yang tercerai hendaklah diletakkan di dalam
bekas yang berukuran bersesuaian dan tidak boleh dibungkus tetapi
hendaklah disusun dengan kemas;
k. Pastikan bahan-bahan yang rosak tidak bercampur dengan bahan
yang masih boleh digunakan;
l. Barang-barang berharga dan menarik hendaklah disimpan di tempat
yang selamat dan dikawal oleh pegawai yang bertanggungjawab;
m. Kad petak (bin card) mestilah berada bersama-sama dengan barang;
n. Tidak terdapat sampah/sisa/bahan tidak diperlukan berada di dalam
stor;
o. Peralatan sokongan pengurusan stor dalam keadaan baik dan
berfungsi (contoh: tangga dan troli);
p. Boleh menggunakan unsur-unsur kreativiti (tertakluk kepada
peraturan dan garis panduan) dalam pengurusan, penjagaan dan
penyelenggaraan stor tetapi melambangkan imej korporat;
q. Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang
strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai;
3.7 Susunan Fail
a. Disusun dengan teratur, mudah diperoleh/disimpan dan bersistem;
b. Sistem pengurusan fail yang memudahkan pencarian/pencapaian
dalam satu tempoh masa (contoh 30 saat per fail);
3.8 Hiasan Dalaman
a. Hiasan yang bersesuaian dengan imej jabatan, mudah dan jimat
diselenggarakan dan kedudukannya tidak mengancam keselamatan
dan kesihatan pekerja;
b. Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari segi
kuantiti dan sentiasa dikemaskini (contoh: carta organisasi, piagam
pelanggan, dasar kualiti dsb);
c. Langsir/bidai cermin tingkap sentiasa kelihatan tersisir rapi dan bersih
serta ada penyelenggaraan berkala;
d. Dinding yang kotor akibat kesan tampalan dibersihkan sebaiknya;
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 8drpd25
e. Penggunaan hiasan pokok bunga plastik dan pokok bunga hidup di
dalam kuantiti yang tidak keterlaluan;
f. Hiasan seperti lanskap berkonsepkan water features dan akuarium
dalam ruang pejabat perlu sentiasa diselenggara dan berfungsi
dengan baik;
g. Pastikan semua hiasan yang dibuat tidak berdebu, tidak kotor dan
sentiasa berada dalam keadaan baik supaya tidak mencacatkan
pemandangan;
h. Susunan hiasan sentiasa kemas, tersusun, menyenangkan
pergerakan, dan tidak mengancam keselamatan pekerja.
3.9 Tanda Arah/Petunjuk/Peringatan
a. Tanda nama Bahagian/Unit yang berkaitan dengan aktiviti
pentadbiran perlu dipamerkan di ruang yang sesuai supaya
memudahkan urusan pekerja;
b. Tanda peringatan yang sesuai diletakkan pada peralatan yang
berisiko seperti “AWAS” pada plug yang terdedah dan “SILA PADAM
LAMPU SELEPAS DIGUNAKAN” pada plug lampu yang terbabit;
3.10 Pelabelan Dan Pemakiran (Parking Lot)
a. Setiap peralatan yang digunasama dan mudah alih hendaklah
disediakan parkir yang bersesuaian pada tempat ianya disimpan;
b. Setiap parkir hendaklah dilabelkan dengan nama alatan berkenaan;
dan
c. Pelabelan dan juga pemakiran alatan perlu terselindung (contoh:
bakul sampah – label dan pemakiran terletak di bawah tapak bakul
sampah dengan saiz pelabelan dan pemakiran yang seragam).
3.11 Perpustakaan/Pusat Sumber
a. Bersih, susunan rapi dan kemas serta menyenangkan pelanggan;
b. Mempunyai sistem susunan yang teratur dan mudah untuk
diambil/dicapai/dicari (seperti rak/ tanda/label/abjad/bahan) bila
diperlukan;
c. Meja-meja dan peralatan mesti bersih dan tidak berhabuk, dalam
keadaan sempurna dan boleh digunakan dengan baik;
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 9drpd25
d. Kemudahan tanda arah/maklumat keterangan petunjuk yang
disediakan mencukupi, informatif dan efektif;
e. Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan; dan
f. Sistem kaunter yang berorientasikan pelanggan.
3.12 Surau/Bilik Solat
a. Pintu masuk hendaklah dilabelkan dengan perkataan Surau/Bilik
Solat;
b. Pastikan semua peralatan/kemudahan dalam keadaan berfungsi;
c. Penanda arah kiblat hendaklah ditandakan di siling dengan jelas;
d. Pastikan terdapat cermin muka, bakul sampah dan jam dinding;
e. Jadual waktu solat dipamerkan di ruang yang disediakan;
f. Selipar/kasut hendaklah tersusun rapi;
g. Sentiasa memastikan lantai tidak berdebu, tidak basah dan sentiasa
bersih;
h. Telekung, kain pelekat dan sejadah hendaklah disusun, dilipat atau
digantung dengan kemas;
i. Buku-buku bacaan agama hendaklah disusun kemas di dalam
almari/kabinet/rak yang disediakan;
j. Penggunaan pewangi (air freshner) digalakkan untuk mendapatkan
suasana yang sentiasa segar;
k. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan di lokasi tersebut (nama pegawai dan
nombor telefon).
3.13 Dewan Serbaguna Dan Auditorium
a. Lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang kekotoran
serta sampah;
b. Peralatan/kemudahan adalah sesuai dan boleh digunakan dengan
selamat;
c. Kemudahan seperti kerusi penonton sentiasa bersih dan memuaskan
keadaanya;
d. Lampu di dalam auditorium berfungsi dengan baik;
e. Penggunaan kawasan operasi dan peralatan/kemudahan yang
memenuhi ciri keselamatan dan kesihatan;
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 10drpd25
f. Persekitaran bersih, kemas, teratur, tidak berhabuk dan sentiasa
dalam terkawal; dan
g. Kemudahan tanda arah/keterangan petunjuk yang disediakan
mencukupi, informatif dan efektif.
3.14 Laluan Utama/Laluan Awam
a. Lantai sentiasa bersih, tiada sisa buangan yang diletak di sepanjang
laluan;
b. Hiasan seperti pokok bunga yang berada di sepanjang laluan (jika
ada) disusun dengan kemas, bersih dan teratur supaya tidak
menghalang laluan;
c. Peralatan/perabot yang diletak di laluan utama/umum hendaklah
disusun dengan baik supaya tidak mengganggu aliran perjalanan;
d. Pintu kecemasan tidak dihalang dan sentiasa ditutup; dan
e. Papan notis yang diletakkan di sepanjang laluan hendaklah sentiasa
diselenggara dan dikemaskini maklumatnya.
3.15 Tandas/Tandas OKU
a. Setiap pintu tandas (cubical), sinki dan paip air hendaklah ditanda
dengan nombor bilangannya;
b. Permukaan lantai sentiasa bersih dan kering;
c. Permukaan dinding keseluruhannya bersih termasuk dinding tiles dan
pintu utama;
d. Keadaan siling yang sempurna, tiada kebocoran dan tidak
bersawang;
e. Semua lampu berfungsi dengan baik;
f. Pintu-pintu tandas berfungsi dengan sempurna lengkap dengan
penyelak, penyangkut seluar dan kelihatan bersih;
g. Mangkuk tandas berkeadaan sempurna dan boleh digunakan dengan
selamat;
h. Mangkuk tandas bersih dan lengkap dengan pelapik serta flushing
system berfungsi dengan sempurna;
i. Urinal bowl berkeadaan bersih dan flushing system berfungsi dengan
sempurna;
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 11drpd25
j. Sinki berkeadaan bersih, tidak tersumbat dan paip air berfungsi
dengan sempurna;
k. Meja sinki dan cermin muka berkeadaan bersih dan kering;
l. Tempat mengambil wuduk hendaklah bersih dan tidak berlaku floor
trap yang tersumbat dan semua paip air berfungsi dengan baik;
m. Bekas sabun (soap dispenser) berfungsi dengan sempurna dan
sentiasa ada sabun;
n. Tisu sentiasa ada di dalam tandas;
o. Digalakkan menggunakan kreativiti untuk menceriakan tandas;
p. Senarai semak kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan dilekatkan
di dalam bilik air;
q. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan di lokasi tersebut (nama pegawai dan
nombor telefon).
3.16 Keselamatan Persekitaran
a. Laluan utama tidak dihalang dengan barang-barang atau peralatan
yang tidak diperlukan;
b. Pintu rintangan api dan pintu kecemasan hendaklah sentiasa ditutup
dan tidak dihalang;
c. Pendawaian tambahan tidak dilakukan tanpa kebenaran;
d. Tiada aktiviti memasak dilakukan di mana-mana ruang kecuali pantri;
e. Tiada pasu bunga (bunga hidup/hiasan) di laluan sepanjang partition;
f. Tanda-tanda amaran keselamatan yang dipamerkan hendaklah jelas;
g. Tangga-tangga laluan kecemasan tidak dihalangi;
h. Peralatan-peralatan rosak dilapor dan diselenggarakan dengan
segera;
i. Prosedur dan latihan pengungsian/pengosongan bangunan (fire-drill)
hendaklah dilaksanakan sebagaimana Arahan Keselamatan; dan
j. Peruntukan Arahan Keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 12drpd25
3.17 Keselamatan Dan Kebersihan Bengkel, Makmal Dan Bilik Kuliah
a. Alat pemadam api yang memenuhi kriteria berikut:
i. Mempunyai sijil yang masih berkuatkuasa dari pihak Bomba;
ii. Prosedur operasi hendaklah diletakkan bersebelahan; dan
iii. Digantung pada bracket yang dipasang di dinding dan berparkir;
b. Sistem Pencegahan Kebakaran (contoh: sistem water sprinkler dan
hose reel) berfungsi dengan baik dan pemeriksaan/penyelenggaraan
dilakukan secara berkala;
c. Pencahayaan yang mencukupi;
d. Sistem hawa dingin berfungsi dengan baik;
e. Emergency Light dalam keadaan berfungsi;
f. Pest control hendaklah dilaksanakan secara berjadual;
g. Tanda amaran seperti “Dilarang Merokok” dan “Mudah Terbakar”
dipamerkan dengan jelas;
h. Peralatan mudah alih seperti tangga, troli dan sebagainya hendaklah
diletakkan di tempat mudah dicapai dan berparkir;
i. Pastikan lampu dan plug elektrik berfungsi dan dilabelkan mengikut
kesesuaian;
j. Tanda-tanda keselamatan seperti tanda EXIT, PINTU RINTANGAN
API tidak boleh diubah atau ditampal dengan apa-apa perkara yang
melindunginya; dan
k. Pendawaian elektrik, telefon dan rangkaian komputer sentiasa dalam
keadaan baik, sempurna, teratur, tidak berserabut dan selamat.
4.0 PROSES PEMBERSIHAN
4.1 Sisih (Seiri)
a. Sisih memberikan tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-
barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
b. Aktiviti sisih secara berkesan dapat dilakukan dengan:
i. Menanda barang-barang yang tidak diperlukan lagi dengan
menggunakan kaedah tag merah dan kaedah tag kuning;
ii. Menentukan tempat penyimpanan bagi barang/peralatan yang masih
diperlukan;
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 13drpd25
iii. Bagi barang-barang yang hendak dilupuskan, rujuklah kepada
Pekeliling/Arahan/Peraturan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
c. Kaedah Tag Merah:
i. Menentukan jenis barang/peralatan/rekod yang hendak dilupuskan.
ii. Melekat/melabel tag merah ke atas barang/peralatan/rekod yang telah
dikenalpasti.
iii. Mewujudkan kawasan tag merah dengan menetapkan kawasan
pengumpulan barang/peralatan/rekod yang tidak diperlukan lagi dan
seterusnya melaksanakan pelupusan.
iv. Mencatatkan barang/peralatan/rekod yang telah dilabelkan dengan
tag merah.
d. Kaedah Tag Kuning:
i. Menentukan jenis barang/peralatan/rekod yang hendak dinilai.
ii. Melekat/Melabel tag kuning ke atas barang/peralatan/rekod yang
telah dikenalpasti.
iii. Membuat penilaian dengan mengambil tindakan terhadap barang
yang dilabel tag kuning. Tarikh pelupusan perlu ditetapkan untuk
penentuan sama ada pelupusan atau penyimpanan.
iv. Catat dan rekod barang/peralatan/rekod yang telah dilabelkan dengan
tag kuning.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 14drpd25
Rajah 4.2: Contoh Tag Merah Rajah 4.3: Contoh Tag Kuning
e. Kejayaan perlaksanaan amalan sisih boleh diukur melalui:
i. Persekitaran kawasan tempat kerja lebih selesa.
ii. Penggunaan ruang secara cekap.
iii. Masa mencari lebih pantas.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 15drpd25
4.4 Susun (Seiton)
a. Merujuk kepada prinsip “setiap barang ada tempatnya dan setiap
tempat ada barangnya.” Penekanan susun tertumpu kepada kaedah
penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat.
b. Antara kaedah penyusunan iaitu:
Peralatan/Mesin/Barang yang aktif digunakan:
i. Situasi semasa waktu kerja – Semua benda kerja yang dalam
tindakan sahaja berada di kawasan tempat kerja.
ii. Situasi selepas waktu kerja – Semua benda kerja hendakla disusun
dan disimpan semula ke tempat asal mengikut tatacara
pengurusan yang betul.
c. Peralatan/Mesin/Barang yang jarang digunakan:
Termasuk separa aktif perlu disimpan mengikut prosedur pengurusan
dengan kemas dan teratur bagi memudahkan capaian.
d. Peralatan/Mesin/Barang yang tidak digunakan:
Termasuk dokumen tutup hendaklah mengikut tatacara perolehan dan
penyimpanan yang betul bagi proses pelupusan pengrekodan dalam
sistem.
e. Sediakan tempat yang sesuai untuk ruang bagi peralatan atau mesin
mudah alih seperti mesin penyedut bahan kimia, mesin fotostat,
pencetak atau faksimili dan sebagainya.
4.5 Sapu (Seiso)
a. Sapu adalah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja, peralatan
atau mesin dalam keadaan bersih daripada habuk atau debu yang
boleh menjejaskan kefungsian peralatan atau mesin serta kualiti produk
dan juga kesihatan.
b. Sapu juga memberi penekanan kepada penjagaan kebersihan bagi
memastikan kawasan tempat kerja yang selesa dan selamat untuk
peningkatan kualiti kerja mahupun perkhidmatan.
c. Sapu perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan ruang kerja
sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih. Berikut adalah
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 16drpd25
antara langkah yang perlu dijadikan panduan untuk melaksanakan
sapu secara berkesan:
Mengagihkan Tugasan Pembersihan
Kebersihan di tempat kerja adalah menjadi tanggungjawab bersama.
Pembahagian kawasan jagaan hendaklah dijelaskan dengan:
i. Mengenalpasti ruang, peralatan atau mesin yang perlu diwujudkan hak
milik.
ii. Mengadakan jadual giliran harian pembersihan kawasan yang telah
ditentukan.
Mewujudkan Kaedah Pembersihan
i. Menentukan perkara atau aspek yang perlu dibersihkan.
ii. Mengenalpasti peralatan dan bahan pembersihan yang bersesuaian.
iii. Menentukan kekerapan dan masa aktiviti pembersihan.
iv. Mewujudkan piawaian kerja pembersihan.
Menyediakan Peralatan Dan Bahan Untuk Kerja Pembersihan
Alatan atau bahan keperluan kerja pembersihan hendaklah disediakan dan
disusun supaya mudah disimpan dan diambil apabila diperlukan.
Melaksanakan Kerja Pembersihan
i. Mengenalpasti peralatan dan mesin yang perlu dibersihkan termasuk
ruang atau bahagian yang tersorok seperti di belakang mesin atau rak
yang tinggi.
ii. Melaksanakan aktiviti pembersihan dan pemeriksaan terhadap semua
peralatan atau mesin, lantai, dinding dan sebagainya.
iii. Memastikan peralatan atau mesin berkeadaan bersih dan berfungsi
dengan baik selepas kerja pembersihan dilakukan.
iv. Merekod serta melaporkan kepada penyelia atau pengajar segala
kerosakan peralatan atau mesin untuk tindakan penyelenggaraan.
d. Kejayaan perlaksanaan amalan sapu boleh diukur melalui:
i. Produk dan hasil kerja yang berkualiti.
ii. Persekitaran kerja yang selesa dan selamat.
iii. Keadaan persekitaran lebih bersih.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 17drpd25
iv. Kos penyelenggaraan lebih rendah.
4.6 Seragam (Seiketsu)
a. Bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna samada pada ciri,
susun atur, prosedur, piawai atau peraturannya.
b. Berikut adalah panduan untuk melaksanakan keseragaman secara
cekap:
Mewujudkan Senarai Semak Tugasan Dengan Teknik 5W1H
i. Who – Siapa yang bertanggungjawab.
ii. Why – Mengapa perlu dilaksanakan.
iii. When – Bila perlu dilakukan.
iv. Where – Di mana perlu dilaksanakan.
v. What – Apa tindakan yang perlu diambil.
vi. How – Bagaimana aktiviti dijalankan dan diseragamkan.
c. Mewujudkan senarai semak peraturan inventori.
d. Mengadakan prosedur kerja pembersihan.
e. Mengadakan jadual penyelenggaraan.
f. Mewujudkan model atau aktiviti susun atur yang seragam.
g. Kejayaan perlaksanaan amalan seragam boleh diukur melalui:
i. Mempunyai piawaian ruang tempat kerja yang lebih baik.
ii. Mempunyai impak visual yang positif.
iii. Mempunyai peraturan dan piawaian prosedur kerja (SOP).
4.7 Sentiasa Amal (Shitsuke)
a. Bermaksud usaha mengekalkan empat amalan ‘5S’ di atas disamping
melaksanakan penambahbaikan berterusan di industri.
b. Sentiasa amal memerlukan komitmen yang tinggi dan berterusan
semua pihak serta disiplin diri agar berkesan dan cekap.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 18drpd25
4.8 Cleaning
Menghapuskan bahan pencemaran yang berbentuk fizikal seperti mikro-
organisma atau zarah pada tanah, makanan dan segala bendasing atau
kekotoran seperti habuk mahupun debu.
4.9 Sanitizing
a. Mengurangkan jumlah kadar penyakit yang berpunca daripada mikro-
organisma atau zarah kepada tahap yang lebih selamat. Bagi
memastikan keberkesanan sanitizer di tahap maksimum setiap
permukaan peralatan atau mesin sentiasa berada dalam keadaan
bersih.
b. Antara contoh sanitizers iaitu:
i. Hypochlorites.
ii. Quaternary Ammonium Chlorides.
iii. Asid bergantung jenis sanitizers.
iv. Chlorine Dioxide.
4.10 Langkah Proses Cleaning Dan Sanitation
a. Buangkan segala sisa atau bahan kotoran yang terdapat pada
peralatan atau mesin.
b. Mengikis atau asingkan semua serpihan, zarah atau mikro-organisma
yang sukar atau masih melekat pada permukaan peralatan atau
mesin.
c. Terdapat dua (2) kaedah clean dan sanitize permukaan peralatan
atau mesin iaitu:
i. Pembersihan basah.
ii. Pembersihan kering.
d. Meletakkan peralatan yang telah dibersihkan di tempat yang sesuai
dan telah ditetapkan agar sentiasa berada dalam keadaan bersih
begitu juga mesin hendaklah dijaga supaya terhindar dari
kebarangkalian yang boleh menyebabkan kekotoran semula jika tidak
digunakan lagi.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 19drpd25
3.2 Pembersihan Kering
a. Bagi sesetengah industri penggunaan air dalam melakukan proses
pembersihan peralatan atau mesin adalah tidak dibenarkan sama
sekali. Proses ini digunakan dimana mikro-organisma tidak menjadi
kebimbangan utama daripada acuan, serangga perosak seperti
kumbang tepung dan juga bendasing yang lain.
b. Sebagai contoh di kilang pemprosesan makanan seperti roti terhadap
peralatan atau mesin pengadun tepung yang menyebabkan keadaan
menjadi melekit pada acuan berkenaan.
c. Jadi pembersih yang lebih ideal adalah penggunaan berus dan vakum
bermula dari bahagian atas bawa sehingga ke bahagian bawah
kerana ia mengandungi debu tepung yang halus supaya mencegah
daripada penyebaran alergen pada seluruh bahagian peralatan atau
mesin dan lantai kawasan tempat kerja.
3.2 Pembersihan Basah
a. Pembersihan basah akan membuang segala serpihan, zarah atau
mikro-organisma daripada sisa, minyak gris dan lain-lain.
b. Air dengan atau tanpa tambahan bahan pembersih kimia digunakan
bagi menjalankan proses ini.
c. Jika terdapat kekotoran yang sukar untuk dihilang atau ditanggalkan
cara yang sesuai hendaklah menggosok iaitu mengenakan tekanan
yang dikehendaki ke atas permukaan peralatan atau mesin. Selain itu,
pengudaraan wap juga boleh digunakan.
5.0 PEMBERSIHAN SISTEM KONVEYOR
Berikut merupakan penerangan beberapa jenis alat pembersihan tali sawat yang
biasa digunakan, fungsi dan kawasan yang terlibat:
a. Pra-Cleaner
Berada pada kedudukan normal pada pemacu takal kemudian terus
berada di bawah pengaliran bahan. Satu peraturan kebiasaan iaitu
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 20drpd25
yang lebih rendah kelajuan tali sawat, maka lebih rendah pembersih
harus dipasang manakala lebih tinggi kelajuan tali sawat lebih tinggi
lagi pembersih boleh dipasang.
Ini adalah bagi memastikan bahagian yang telah bersih tidak terkena
aliran bahan tersebut. Proses ini sangat sukar kerana ia membuang
banyak bahan yang melekat pada tali sawat selepas pengoperasian. Ia
juga sesuai khusus apabila bahan jenis kasar, lembap atau melekit
diangkut.
RAJAH 5.1
b. Secondary Cleaner
Boleh didapati dalam beberapa reka bentuk yang berbeza. Ia
mempunyai persamaan iaitu dipasang terus di belakang pemacu takal.
Dua model yang lazim digunakan adalah T-Cleaner dan Lengan
Cleaner. T-Cleaner berfungsi dengan menekan secara lurus
bertentangan dengan tali sawat, manakala Lengan Cleaner pula
dengan bergerak secara berputar.
Ia biasanya digunakan secara kombinasi dengan Pra-Cleaner untuk
memberi kecekapan dan keberkesanan pembersihan di tahap paling
tinggi tetapi ia juga boleh digunakan secara bersendirian jika bahan
yang diangkut kering dan halus.
c. Belt Brush
Proses memberus tali sawat adalah satu kaedah yang sesuai untuk
membersihkan tali sawat berbanding dengan menggunakan pengikis
yang hanya sesuai digunakan bagi sesetengah jenis tali sawat sahaja.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 21drpd25
Berus boleh dipasang pada mana-mana bahagian di tali sawat tetapi
tempat yang paling sesuai adalah tepat di belakang pemacu takal. Bulu
berus tidak boleh ditekan pada tali sawat tetapi secara perlahan
menyentuh permukaan setiap bahagian bagi mendapatkan hasil yang
terbaik dan mengelakkan daripada menjadi haus. Pemberus tali sawat
sesuai untuk konveyor jenis pengangkut bahan yang agak kering.
6.0 SENARAI SEMAK
BIL. PERKARA YA TIDAK CATATAN
1 Buang semua sisa kotoran yang terdapat pada
peralatan atau mesin.
2 Buka mana-mana bahagian yang tertutup atau
tidak boleh dilihat kemudian bilas dengan
menggunakan semburan air bertekanan bersih.
3 Sapukan bahan pembersih kimia yang
bersesuaian serta gosok pada bahagian yang
sukar ditanggalkan.
4 Bilas permukaan peralatan atau mesin dengan
air bertekanan sekali lagi supaya mudah bahan
kimia tadi hilang.
5 Periksa bahagian yang telah dibersihkan secara
visual atau dengan penglihatan kasar.
6 Bersih, sapukan sanitizer dan bilas sehingga
segala kekotoran tiada lagi jika perlu.
7 Buang air yang bertakung pada peralatan atau
mesin dan letakkan di tempat yang panas
(penyejatan) atau lap supaya permukaan menjadi
kering dengan menggunakan kain yang bersih
dan sesuai agar tidak calar.
8 Pasang semula badan mesin yang dibuka
kembali pada keadaan asal dan pastikan ia
berfungsi dengan baik. Seterusnya, buat
pengujian ke atas peralatan atau mesin.
Jadual 1: Proses Semasa Pengemasan (Housekeeping)
PETUNJUK: 2) Tidak Memenuhi Piawaian ( X )
1) Memenuhi Piawaian ( √ )
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 22drpd25
BIL. PERKARA YA TIDAK CATATAN
1 Lorong: Contoh:
Kosong (X) Semua peratan atau mesin
yang tidak digunakan lagi
telah dibuang dan disimpan
di dalam stor sebab masih
boleh dibaiki.
Penanda ( √ ) Papan tanda jelas dan
mudah dilihat.
2 Laluan masuk dan keluar:
Halangan ( X ) Seperti habuk, kabur dan
terdapat benda yang
diletakkan di situ.
3 Peralatan tangan atau alat
mudah alih: ( X ) Tidak diletakkan pada
Disimpan selepas tempat yang sepatutnya
digunakan. walaupun semasa
digunakan (merata-rata
tempat).
Kesannya boleh
menyebabkan sukar proses
pencarian dan
berkemungkinan berlaku
kehilangan.
4 Peralatan kebakaran dan
kecemasan: (√) Diselenggara secara
Dilabel dengan betul berkala.
seperti langkah
penggunaannya, kategori
atau jenis.
Mudah dicapai. ( X ) Terlalu tinggi dan sukar
dilihat.
5 Lantai:
Berkeadaan baik ( X ) Masih dalam proses
penampalan simen dan
jubin yang pecah telah
digantikan.
Saliran air Mengadakan gotong-royong
( X ) membersihkan longkang
yang tersumbat.
6 Mesin:
Bersih sebelum, semasa ( X ) Masih terdapat tatal pada
dan selepas. mesin dan lantai.
Berkeadaan baik ( X ) Mesin canai masih dalam
pembaikan kerana
menunggu tali sawat yang
baru (tiada stok).
7 Sistem pengudaraan:
Bersih (X) Pengaliran udara yang
kurang baik kerana
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 23drpd25
kawasan mesin terkepung
antara satu sama lain.
8 Sisa pembuangan kimia:
Tong yang mencukupi. ( X ) Mencukupi tetapi terdapat 2
Pengkelasan yang telah ( √ ) bekas cat digunakan.
diluluskan seperti kain
buruk yang berminyak
dan sekerap yang mudah
terbakar.
9 Sistem pencahayaan:
Mencukupi. (√) Pencahayaan yang baik
kesemua kawasan tempat
kerja.
Jadual 2: Contoh Senarai Semak Peralihan Syif
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 24drpd25
SOALAN/QUESTION:
1. Berapakah amalan ‘5S’ serta jelaskan dengan ringkas dan padat?
2. Apakah maksud pengemasan (housekeeping)?
3. Berapakah aktiviti umum pengemasan (housekeeping) serta jelaskan dengan
ringkas dan padat?
4. Senaraikan kesemuanya kebaikan pengemasan (housekeeping).
5. Mengapakah penggunaan tag merah dan kuning penting untuk dipamerkan
pada peralatan atau mesin serta huraikan kaedah kedua-duanya?
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM MC-091-3:2016 (CU:07)/KP(4/4) Mukasurat : 25drpd25
RUJUKAN/REFERENCE:
1. www.allaboutosha.com; 27 Ogos 2014, 10:00.
2. www.mampu.gov.my; Buku Panduan Amalan ‘5S’ Sektor Awam muka surat 5
hingga 18; 27 Ogos 2014; 15:00.
3. http://www1.agric.gov.ab.ca/$Department/deptdocs.nsf/all/fs14704/$FILE/cleanin
g_and_sanitation_pp.ppt; 27 Ogos 2014, 17:30.
4. http://www.metso.com/miningandconstruction/webmagazine.nsf/WebWID/WTR-
030317-2256B-47E2D?OpenDocument; 27 Ogos 2014, 12:00.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)