SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGKU AMPUAN JEMAAH
PERSIARAN BANDAR RAYA, SEKSYEN 11, 40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1 2021
KAJIAN TENTANG SISTEM DOMESTIK
DIKAWASAN KEDIAMAN
NAMA : NUR AIN SYAFIQAH BT ZAINOR AZMI
KELAS : 1 ZUHUD
NAMA GURU : MOHD LUQMAN NURHAKIM BIN ADIL
TARIKH MENGHANTAR:
1. 18.10.2021 JADUAL KERJA
(ISNIN)
Menerima tajuk tugasan dan mendengar taklimat
2. 18.10.2021 tentang kerja lapangan daripada Cikgu Luqman
(ISNIN) Berbincang dengan guru Geografi iaitu Cikgu Luqman
mengenai kkehendak kerja lapangan 2021
1. 22.10.2021 Mencari maklumat lanjut mengenai konsep, jenis,
(SABTU) kesan dan kangkah pengurusan sisa domestik.
Membuat jadual kerja, isi kandungan, penghargaan
4. 23.10.2021 dan pendahuluan tentang kerja lapangan.
Membuat objektif kajian
(AHAD) Membuat kawasan kajian dan peta lakar
Pergi ke kawasan kajian dan mengambil gambar
5. 24.10.2021 kawasan yang mempunyai sisa domestik
(ISNIN)
Melengkapkan senarai kandungan dan jadual kerja
6. 29.10.2021
(SABTU) Menghantar kerja lapangan kepada Cikgu Geografi untuk disemak.
7. 30.10.2021
(ISNIN)
1. 18.10.2021
(ISNIN)
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARAGAAN
2. PENDAHULUAN
3. OBJEKTIF KAJIAN
4. KAWASAN KAJIAN
5. PETA LAKAR KWASAN KAJIAN
6. KAEDAH KAJIAN
7. HASIL KAJIAN
8. RUMUSAN
9. RUJUKAN
10. LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur dipanjat ilahi dengan izin dan limpah kurniyaanya dapat saya
menyiapkan kerja kursus Geografi bagi memenuhi kriteria saya sebagai seorang pelajar
Tingkatan 1 bagi tahun 2021 dalam masa yang telah ditetapkan
Saya Nur Ain Syafiqah Binti Zainor Azmi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Geografi saya. Cikgu Luqaman Nurhakim atas tunjuk ajar tanpa putus asa
kepada saya untuk menyiapakan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada
kedua ibu bapa saya kerana telah memberidorongan dan galakan demi memastikan kajian
dijalankan dengan sempurna.
Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak memberi
informasi dan maklumat yang sewajarkan kepada saya bagi menyempurnakan kerja kursus di
waktu PDPR ini. Walaupun kita sekarang didepani dengan pendemik covid-19
PENDAHULUAN
Saya telah mejalankan kerja lapangan berkaitan dengan sisa domestik. Saya
membuat kerja tentang jenis-jenis sisa domestik dan kesan pembuangan sisa
domestik yang dihadapi oleh penduduk di kawasan taman tersebut. Selain itu,
saya juga bercadang agar pengurusan sisa domestik secara terancang di
taman tersebut. Antara sebab pemilihan kawasan kajian adalah kawasan ini
berhampiran dengan rumah saya, jadi memudahkan saya menjalankan kajian.
OBJEK KAJIAN Menyatakan konsep, jenis dan
Saya melakukan kajian di sekitar 01 contoh sisa domestik yang terdapat
Taman Bukit Badong bertujuan
untuk: di Taman Bukit Badong
Menjelaskan kesan pembuangan
02 sisa domestik yang terdapat di
Taman Bukit Badong
Menghuraikan 3 langkah
03 mengurangkan kesan pembuangan
sisa secara bijaksana di kawasan
sasaran
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya terletak di Taman Bukit Badong , Bestari Jaya , Selangor.
Taman Bukit Badong merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di
dalam daerah Selangor iaitu berdekatan dengan kawasan kajian saya.
Kawasan ini terletak kira-kira 5 km daripada TamanBukit Badong dan
mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sana jika menaiki kereta.
Bentuk muka bumi yang terdapat di Taman Bukit Badong ialah, tanah
beralun dan saliran. Terdapat banyak instrastruktur yang dibangyangkan di
tanah pamah seperti tempat beristiharat, sekolah, petempatan, pasaraya,
pokok kelapa sawit dan sebagainya.
PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN DAN TAFSIRAN
KAEDAH KAJIAN
A. Pemerhatian :
Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar Taman Bukit Badong
untuk mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik di kawasan ini.
B. Rujukan:
Saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep sisa domestik dengan merujuk
kepada Buku Teks Geografi dan bahan rujukan lain. Selain itu, saya juga melayari
internet untuk mencari maklumat tentang kesan-kesan pembuangan sisa
domestik dan cadangan pengurusan sisa domestik yang terancang.
HASIL KAJIAN
i) Konsep Sisa Domestik
Menurut Wikipedia, Sisa domestik ialah bahan-bahan buangan yang dibuang dari
kawasan perumahan seperti sisa makanan, botol plastik, kertas dan bahan logam
topikal. Sisa buangan toksin pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun
rumai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik terdiri daripada sisa
pepejal dan sisa cecair. Ianya dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan
bukan organik. Kebanyakannya sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian
manusia dan sekebuhnya daripada tindak balas semulajadi alam sekitar.
Jenis-Jenis Sisa Domestik di Taman Bakar Arang
Daripada pemerhatian yang saya jalankan di Taman BUkit Badong. Saya
mendapati terdapat dua jenis sisa domestik di kawasan taman ini iaitu
terdiri daripada bahan organik seperti, sisa makanan dan kertas serta
bahan bukan organik seperti, tin, plastik, besi buruk dan kaca.
Sisa domestik di Taman Bukit Badong ini juga terdiri daripada sisa pepejal
dan sisa cecair. Sisa pepejal ialah seperti sisa makanan, plastik, kertas,
logam, perabot dan lampin pakai buang. Manakala sisa cecair seperti minyak
masak dan kumbahan.
Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di
Taman Bukit Badong
a) Pencemaran Bau
Melalui kajian yang saya lakukan, didapati penduduk menghadapi masalah pencemaran
bau di persekitaran Taman Bukit Badong. Longgokan sampah sarap yang lama terbiar
dan tidak dikutip mengeluarkan bau busuk dan membuatkan kawasan persekitaran
Taman Bukit Badong kotor. Penduduk terpaksa menghidu bau busuk dari kawasan
pembuangan sampah terutamanya selepas hujan.
b) Wabak Penyakit
Berdasarkan kajian saya juga, penduduk turut menghadapi masalah seperti wabak
penyakit di persekitaran Taman Bukit Badong. Sisa pembuangan sampah secara
langsung dapat menjadi tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan
seperti tikus, lipas dan lalat, sebagai contoh, penyakit taun, demam denggi, malaria zika
dan rotovirus.
c) Banjir Kilat
Selain itu juga, penduduk menghadapi masalah seperti berlakunya banjur kilat
yang seringkali berlaku di Taman Bukit Badong. Sikap tidak bertanggungjawab
penduduk yang membuang sampah ke dalam longkak, parit dan sungai akan
menyebabkan aliran air tersekat. Apabila hujan lebat, jumlah air yang meningkat
secara mendadak sehingga menyebababkan banjir banjir kilat berlaku.
iii) Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara bijkasana
di kawasan sasaran
ii Amalan 3R
Melalui kaji selidik, ada penduduk yang mencadangkan agar Taman Bukit Badong
mengamalkan 3R (Recycle, Reuse, Reduce). Amalan ini dapat mengurangkan jumlah
sampah dan menjimatkan wang penduduk. Contohnya penduduk Taman Bukit Badong
boleh membuat pertandingan menggunakan barang-barang terpakai.
a) Gotong Royong
Daripada respon penduduk juga, ada yang mencadangkan untuk mengadakan
gotong-royong. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan tetapi tidak
berjalan. Jadi penduduk Taman Bukit Badong telah bersetuju untuk mengadakan
kampen gotong-royong bersama-sama supaya kawasan taman itu akan menjadi
lebih bersih dan ceria.
b) Penguatkuasaan Undang-undnag
Antara lain juga, penduduk mencadangkan diperketatkan Penguatkuasaan
Undang-undang sebagai langkah pengurusan sisa domestik lebih teratur. Pihak
berkuasa tempatan telah menguatkuasakan undang-undang tentang sisa
domestik dengan mengenakan denda untuk memberi kesedaran kepada
penduduk taman.
RUMUSAN
Setelah kerja lapangan ini selesai disiapkan, saya telah menemui beberapa
dapatan yang berkaitan dengan jenis-jenis sisa domestik di Taman Bukit Badong.
Dapatan ini juga dapat membantu saya memahami lebih mendalam tentang
kesan- kesan pembuangan sisa domestik disekitar kawasan kajian. Selain itu, saya
telah memberi cadangan untuk menguruskan sisa domestik dengan lebih
terancang. Saya juga berharap agar kesan-kesan negatif sisa domestik dapat
dikurangkan dan Taman Bukit Badong akan menjadi semakin bersih dan ceria
pada masa akan datng.
RUJUKAN
Pencemaran Alam Sekitar:
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/
Kepentingan Pengasian Sisa-Sisa Pepejal:
http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-pengasingan-sisa-sisa-pepejal-
kepada-kesihatan-awam/
Pentingnya Penjagaan Alam Sekitara
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-sekitar.html
LAMPIRAN