AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SK KUALA SAT
KALI KE-41 SESI 2017/2018
TARIKH : 10 APRIL 2017
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK KUALA SAT
AGENDA :
BIL AGENDA
1. Ucapan YDP PIBG
2. Ucapan penasihat
3. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat
4. Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan
5. Perkara berbangkit
6. Pembubaran jawatankuasa sesi 2015/2016
7. Pemilihan jawatankuasa sesi 2017/2018
8. Pembentangan dan pembahasan usul Mesyuarat Agung
kali ke-41
9. Hal-hal lain
10. Ucapan penangguhan mesyuarat
1
Kehadiran Ahli Pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40
SK Kuala Sat, 27020, Jerantut, Pahang
Tarikh : 06 Mei 2016
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka SK Kuala Sat
Kehadiran : Ibu Bapa : 50 Orang
Guru : 15 Orang
Jumlah : 65 Orang
Ibu Bapa/ Penjaga
1. Pn Marlina binti Mohd Noor
2. Pn Norazizah binti Mohamed
3. Pn Badariah binti Jaafar
4. En Abu Bakar bin Osman
5. Pn Nor Hayati binti Mohamad
6. Pn Norazmah binti Mohamad
7. En Bahar bin Akil
8. En Mazlan bin Mesah
9. En Jasni bin Abd Rahim
10. En Ibrahim bin Mesah
11. En Abdul Jabar bin Dollah
12. En Malek bin Dollah
13. En Abd Jamar bin Abdullah Sani
14. En Yusni bin Mohamad
15. En Azman bin Mesah
16. En Rozman bin Abdullah Sani
17. En Farizul Hafidz bin Khalid
18. En Kamadaron bin Abdullah Sani
19. En Abu Ishak bin Mat Deli
20. En Ahmad Zaharuddin bin Zainuddin
21. Pn Haslina binti Yaakub
22. Pn Faezah binti Muhamad Narazan
23. Pn Siti Aminah binti Abdullah Hashim
24. Pn Nor Maziah binti Ali
25. Pn Suzana binti Abd Kadir
26. En Sarin bin Bahasan
27. En Rahizal bin Abdul Rahim
28. En Rosli bin Jaafar
29. En Mohd Rusmazlan bin Mat Noor
2
30. Pn Nor Khanitasari binti Idris
31. En Nordin bin Mat Jali
32. Pn Zubaidah binti Abdul Mubin
33. Pn Anita binti Abdul Mubin
34. Pn Juraimi binti Abdul Kadir
35. Pn Azizah binti Ibrahim
36. Pn Hasanidah binti Mohamed
37. Pn Faridah binti Mohamad
38. Pn Sarimah binti Azim
39. En Wan Faizal bin Wan Mohd Akhbar
40. Pn Rosni binti Abdul Kadir
41. Pn Siti Zaiyah binti Mohamed
42. Pn Norhaliza binti Ahmad
43. Pn Rorzait binti Maat
44. En Rosli bin Ahmad
45. En Saharuddin bin Mohamad
46. En Samat bin Janggi
47. En Jafriddin bin Bahari
48. En Yusri bin Mat Jali
49. En Johari bin Awang Teh
50. Pn Shamsiah binti Mat Jali
Guru
1. En Ahmad Rapi bin Ghazali
2. En Azman bin Abdullah Hashim
3. En Muhamed Ridzuan bin Abu Hassan
4. En Ahmed Nur Fariduddin bin Che Ghani
5. En Mohd Izuddin bin Istakal
6. En Alif Amirul Azrin bin Ahmad Shamsuddin
7. En Syazwan Syafiqri bin Abdul Razab
8. En Mohd Sukri bin A. Ghani
9. Cik Nur Syafieqhah Amira binti Shaari
10. Cik Juliana Idayu binti Ishak
11. Pn Hazuzila binti Hashim
12. Pn Alipah binti Abu Bakar
13. Cik Nik Faiznur Firda binti Nik Lukman Dzuki
14. En Zulfadli bin Ismail Zukri
15. En Shamsuzi bin Mohd Zahari
3
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40
SK Kuala Sat, 27020, Jerantut, Pahang
Tarikh : 06 Mei 2016
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka SK Kuala Sat
Kehadiran : Ibu Bapa : 50 Orang
Guru : 15 Orang
Jumlah : 65 Orang
1.0 Ucapan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Encik
Masdi bin Ahmad.
1.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih dan setinggi-
tinggi tahniah dan penghargaan kepada para ibubapa
kerana dapat meluangkan masa menghadirkan diri di
Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini walaupun
terpaksa meninggalkan kerja bagi menghadirkan diri
untuk mendengar dan menyumbangkan idea bagi
meningkatkan pencapaian murid dan sekolah pada
masa akan datang.
1.2 YDP PIBG memberitahu permohonan bot bagi
kegunaan pengangkutan pihak sekolah telah pun
diluluskan oleh pihak Yayasan Sarana Pendidikan
Malaysia dan pihak sekolah bakal menerima bot
tersebut dalam masa yang terdekat.
1.3 YDP PIBG juga menjelaskan tentang permohonan
generator bagi kegunaan asrama telah pun dibuat
berikutan masalah bekalan elektrik yang sering
melanda di Kampung Kuala Sat ini. Permohonan ini
bertujuan bagi memastikan murid asrama berada
dalam keadaan selesa dan dapat menumpukan
sepenuh perhatian tanpa sebarang gangguan semasa
mereka berada di asrama.
1.4 YDP PIBG telah memohon dengan pihak sekolah
tentang penggunaan kawasan sekolah untuk
menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam
tanaman yang pada akhirnya dapat di pasarkan
seterusnya dapat menambah jumlah wang dalam
tabung simpanan persatuan. Ini adalah penting kerana
4
pihak sekolah banyak bergantung dengan persatuan
untuk memohon peruntukan terutamanya kewangan
bagi menjayakan beberapa program yang besar di
sekolah dan yang lebih utama adalah untuk
kecemerlangan anak – anak murid SK Kuala Sat itu
sendiri.
2.0 Ucapan daripada penasihat, Tuan Guru Besar, Encik Azman bin
Abdullah Hashim.
2.1 Ucapan terima kasih ditujukan kepada ibu bapa kerana
sanggup meluangkan masa untuk menghadirkan diri
ke Mesyuarat Agung yang dilaksanakan pada hari
Jumaat walaupun pada hari tersebut merupakan hari di
mana para ibu bapa sepatutnya berehat di rumah.
2.2 Tuan guru besar merasa sedikit terkilan berikutan
kehadiran yang ditunjukkan sewaktu mesyuarat
sedang berlangsung hanya kelihatan penjaga wanita
iaitu mak murid yang memenuhi kerusi di dalam dewan
dan hanya sebilangan penjaga lelaki yang boleh dilihat
berada di dalam dewan. Ini kerana jika penjaga lelaki
memenuhi ruang di dalam dewan maka lebih mudah
untuk membuat kata putus kerana kerana penjaga
lelaki adalah ketua dalam sebuah keluarga tersebut.
2.3 Tuan guru besar mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ahli jawatankuasa PIBG tahun 2015/2016 di
atas segala usaha dan khidmat bakti yang telah
ditaburkan kepada pihak sekolah secara langsung
mahupun tidak langsung. Terima kasih yang tidak
terhingga diatas perkhidmatan yang telah diberikan
dan berharap agar jawatankuasa baharu yang bakal
dipilih nanti dapat memberikan bantuan dan
pertolongan yang tidak berbelah bagi terhadapat pihak
sekolah seterusnya dapat mengekalkan pertalian yang
baik diantara pihak persatuan dengan pihak sekolah.
2.4 Tuan guru besar menyentuh sedikit tentang
permohonan bot yang dikemukakan oleh YDP PIBG
dan ahli jawatankuasa. Permohonan tersebut telah pun
diluluskan dan pihak sekolah bakal menerima bot
tersebut dalam masa yang terdekat. Kegunaan bot
tersebut lebih tertumpu kepada kegunaan pihak
sekolah terutamanya melibatkan program yang
berkaitan dengan murid yang terpaksa dihantar
menggunakan bot tersebut. Tambahan lagi, bot
5
tersebut juga bertujuan untuk mengambil murid yang
berada jauh diseberang sungai yang tidak mempunyai
kemudahan untuk pergi ke sekolah. Berkenaan
dengan penggunaan bot tersebut, bot tersebut akan
dikawal selia oleh pengawal keselamatan sekolah
yang bertugas dan diharapkan agar dapat
menjalankan amanah tersebut dengan baik kelak.
2.5 Tuan guru besar memberitahu penjaga tentang
masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan ini
merupakan satu masalah besar iaitu masalah bekalan
air yang diterima oleh pihak sekolah. Tekanan air
adalah amat perlahan dan telah mengambil masa yang
agak lama untuk memenuhkan tangki hitam tersebut.
Ini telah memberi kesan terutamanya murid yang
ditinggal di asrama sekolah terpaksa dibenarkan
pulang ke rumah berikutan masalah air yang dihadapi
oleh pihak sekolah. Tuan guru besar memberitahu
bahawa pihak sekolah telah mengambil inisiatif lain
dengan memohon satu empangan yang tidak
digunakan oleh masyarakat peribumi untuk dijadikan
kawasan takungan air untuk sekolah. Perkara ini telah
dipersetujui oleh pihak terbabit dan pihak sekolah telah
mengeluarkan belanja yang besar untuk menyalurkan
air dari kawasan tersebut ke tangki sekolah.
Malangnya berikutan cuaca kemarau yang semakin
teruk, kawasan tadahan tersebut juga telah kering.
2.6 Tuan guru besar memberitahu ibu bapa mengenai
kehadiran murid ke sekolah adalah amat penting.
Pernah kedatangan murid ke sekolah bawah 80
peratus dan ini merupakan perkara yang serius kerana
pendidikan adalah penting untuk murid Berjaya pada
masa akan datang. Ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam menggalakkan anak – anak
mereka untuk datang ke sekolah. Ini akan
menyebabkan anak – anak mereka tercicir dalam
pelajaran.
2.7 Tuan guru besar menjelaskan tentang keadaan cuaca
yang melanda Negara pada waktu ini. Cuaca panas
yang melampau ini akan memberi kesan yang tidak
baik terutamanya kesihatan anak – anak mereka. Oleh
hal demikian, ibu bapa perlu mengawasi pergerakkan
anak – anak mereka agar tidak terdedah dengan
cuaca panas yang melampau
6
2.8 Tuan guru besar menerangkan sedikit tentang bantuan
kewangan yang diterima oleh murid – murid. Bagi
murid tahun 1 hingga tahun 3 bagi mereka yang layak
menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAMP) manakala murid tahun 4 hingga
tahun 6 layak menerima bantuan daripada Yayasan
Pahang bagi yang layak sahaja. Semua murid dari
tahun 1 sehingga tahun 6 layak menerima bantuan
awal persekolahan.
3.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat PIBG kali ke-
39
3.1 Encik Ahmed Nur Fariduddin bin Che Ghani selaku
Setiausaha PIBG telah membentangkan minit
mesyuarat yang lalu.
3.2 Encik Abu Bakar bin Osman telah mengesahkan minit
mesyuarat tersebut dan telah disokong oleh Puan Siti
Zaiyah binti Mohamed.
4.0 Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan
4.1 Encik Zulfadli bin Ismail Zukri selaku Bendahari PIBG
telah membentangkan laporan kewangan yang
berkahir pada 31 Disember 2015.
4.2 Encik Mohd Rusmazlan bin Mohd Noor mengesahkan
laporan kewangan tersebut dan telah disokong oleh
Encik Azman bin Mesah.
5.0 Perkara berbangkit
5.1 Perkara 12.2 dalam Mesyuarat Agung kali ke-39 Puan
Nor Khanitasari binti Idris mencadangakan supaya
pihak sekolah membuat pemegang pada tangga untuk
naik ke kawasan sekolah.
• Tuan guru besar menegaskan betapa pentingnya
dana PIBG bagi membantu sekolah dalam
merealisasikan program yang dicadangkan oleh
ahli dan juga sekolah. Tambahan lagi, ahli
jawatankuasa perlu memainkan peranan dalam
mencari dana tersebut.
5.1.1 Tuan guru besar telah memberi
maklumbalas bahawa pihak sekolah
masih belum mampu untuk membuat
pemegang pada tangga untuk naik ke
sekolah tetapi hanya mampu
7
menyediakan susur gajah buat masa
sekarang.
5.2 Encik Wan Faizal bin Wan Akhbar telah
mencadangkan agar pihak sekolah membuat lawatan
ke sekolah berprestasi tinggi untuk murid-murid bagi
membantu perkembangan minda mereka.
• Tuan guru besar, Encik Azman bin Abdullah
Hashim mengucapkan terima kasih atas
cadangan yang amat baik. Perkara ini
sebenarnya dalam perancangan pihak sekolah
untuk membuat lawatan ke sekolah contoh di
daerah Jerantut sebagai contoh SK Temin, SK
Inderapura dan SK Jerantut Jaya. Tetapi pihak
sekolah mempunyai sedikit kekangan yang tidak
dapat dielakkan iaitu masalah kewangan.
Harapan tuan guru besar daripada persatuan
dapat memberikan sedikit dana tambahan
berbentuk kewangan agar dapat menjalankan
program tersebut dengan jayanya.
5.3 Puan Siti Aminah binti Abdullah Hashim telah
mencadangkan supaya pihak sekolah membuat kelas
tambahan serta memberikan latihan yang mencukupi
untuk murid – murid terutamanya sewaktu cuti.
Tambahan lagi beliau mengusulkan pembelajaran
dijalankan di sekolah lain disamping menganjurkan
kem motivasi bagi meningkatkan tahap keyakinan
murid – murid SK Kuala Sat.
• Guru Penolong Kanan Akdemik / Pentadbiran,
Encik Ahmad Rapi bin Ghazali telah menjelaskan
bahawa setiap sekolah ada merancang untuk
menjalankan program kelas tambahan. Sebagai
contoh di sekolah – sekolah Bandar mereka
menjalankan kelas tambahan dari murid tersebut
berada ditahun 1 lagi, tetapi di SK Kuala Sat
hanya diadakan bagi murid tahun 6 sahaja. Ini
adalah disebabkan guru – guru di sekolah bandar
mereka diberikan bayaran yang setimpal dengan
kelas tambahan yang dijalankan manakala di SK
Kuala Sat guru – guru hanya membuat kelas
tambahan secara percuma sahaja dengan niat
membantu murid yang dahagakan kejayaan.
• Menuru Encik Ahmad Rapi bin Ghazali lagi,
latihan yang diberikan oleh guru – guru di SK
Kuala Sat adalah mencukupi. Jika diberikan
latihan yang terlampau banyak, murid mungkin
8
tidak berjaya untuk menyiapkan kerja rumah
tersebut.
• Berkenaan dengan pembelajaran dijalankan di
sekolah lain merupakan salah satu daripada
program yang telah dirancangkan oleh pihak
sekolah. Encik Ahmad Rapi bin Ghazali
menegaskan bahawa pembelajaran disekolah SK
Kuala Sat telah mencukupi disamping keperluan
kewangan yang agak tinggi untuk meletakkan
murid tersebut di sekolah lain.
• Encik Azman bin Abdullah Hashim dan Encik
Ahmad Rapi bin Ghazali berkata cadangan kem
motivasi itu merupakan cadangan yang baik akan
tetapi program tersebut memang ada dianjurkan
oleh pihak sekolah.
5.4 Encik Rahizal bin Abdul Rahim mencadangkan
bahawa ibu bapa dilarang sama sekali berada di dalam
kelas sewaktu peperiksaan sedang berlangsung dan
murid diharapkan dibekalkan kerja sekolah sewaktu
cuti sekolah.
• Tuan guru besar lagi sekali menerangkan bahawa
guru – guru akan membekalkan murid – murid
dengan kerja sekolah sewaktu cuti nanti.
Terdapat aduan dari guru – guru bahawa ada
dikalangan murid – murid tidak menyiapkan kerja
sekolah tersebut dan ada diantara mereka meniru
jawapan daripada kawan mereka yang telah siap.
Oleh demikian, peranan ibu bapa dalam
memastikan anak mereka membuat kerja sekolah
sewaktu cuti adalah amat penting.
5.5 Encik Malek bin Dollah menerangkan agar
menambahbaikkan pelajaran dari semua mata
pelajaran dari tahun 1 sehingga tahun 6 supaya SK
Kuala Sat dapat bersaing seperti sekolah – sekolah
lain. Beliau menambah kebersihan kawasan sekitar
sekolah haruslah dipertingkatkan agar setiap mata
yang memandang sangat menyenangkan.
• Encik Azman bin Abdullah Hashim mengucapkan
tahniah kepada penjaga yang mementingkan
pelajaran anak – anak mereka. Beliau
menegaskan agar ibu bapa tidak menyerahkan
bulat – bulat tugas mendidik anak – anak kepada
guru – guru, ibu bapa merupakan orang yang
9
penting dalam mendidik anak – anak terutama
ketika mereka berada di rumah.
• Teguran yang diberikan itu merupakan satu
perkara yang perlu dipandang tinggi tentang
kebersihan disekitar kawasan sekolah dan
perkara ini perlu diberi perhatian oleh pekerja
kebersihan sekolah tegas Tuan guru besar dan
tahniah diucapkan kepada penjaga yang menitik
beratkan tentang kebersihan kawasan sekolah
dan perlu di ambil positif oleh setiap teguran dan
cadangan yang diberikan.
5.6 Encik Jasni bin Abdul Rahim mencadangkan agar
memperbanyakkan kelas tambahan pada cuti sekolah.
• Encik Ahmad Rapi bin Ghazali berkata cadangan
tersebut memang bagus. Setiap kelas tambahan
tersebut perlu dibuat bayaran 1 jam bersamaan
RM 10.00.
5.7 Puan Siti Zaiyah binti Mohamed mengusulkan supaya
persatuan mengadakan lawatan bersama ibu bapa.
Beliau juga berkata perlu menjalankan solat hajat dan
bacaan Yassin pada setiap hari Jumaat.
• Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik
Mohd Sukri bin A. Ghani memberitahu bahawa
kos untuk menguruskan satu lawatan adalah
amat besar. Jadi lebih elok sekiranya persatuan
sendiri yang menguruskan lawatan tersebut.
• Guru Pendidikan Agama Islam, Ustaz Mohd
Yazid bin Mustaffa menjelaskan solat hajat akan
dijalankan pada bulan Mac, Mei dan September
manakala berkenaan dengan bacaan Yassin
memang berjalan pada setiap pagi hari Jumaat
dan murid asrama akan pergi membaca pada hari
Khamis di Masjid Kampung Kuala Sat.
5.8 Encik Mohd Rusmazlan bin Mohd Noor memberitahu
supaya pihak sekolah mengurangkan aktiviti sukan.
Seterusnya murid membuat ulangkaji secara
berkumpulan dan memperbanyakkan latih tubi di
dalam kelas.
• Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd
Safri bin Mohd Yunus menjelaskan pihak sekolah
tidak boleh mengurangkan masa bagi mata
pelajaran Pendidikan Jasmani kerana ianya telah
termaktub dalam pekeliling bilingan masa belajar
10
yang diperlukan oleh setiap murid. Perlaksanaan
Kokurikulum adalam wajib dan ianya merupakan
arahan daripada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dan pihak sekolah tiada hak untuk
mengubah perancangan yang telah dibuat oleh
kementerian.
• Tuan guru besar menerangkan lagi sekali bahawa
murid memang telah diagihkan dan dibentuk
dalam kumpulan bagi setiap aktiviti yang
berlangsung di dalam bilik darjah dan murid
memang diberikan latihan yang mencukupi
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
6.0 Pembubaran jawatankuasa sesi 2015/2016
Pengerusi :En Masdi bin Ahmad
Naib Pengerusi :Pn Siti Aminah binti Abdullah Hashim
Setiausaha :En Ahmed Nur Fariduddin bin Che Ghani
Naib Setiausaha :En Alif Amirul Azrin bin Ahmad Shamsuddin
Bendahari :En Zulfadli bin Ismail Zukri
Naib Bendahari :Pn Alipah binti Abu Bakar
Ahli Jawatankuasa
1. Guru :En Muhammad Sadruddin bin Saifuddin
En Syazwan Syafiqri bin Abdul Razab
2. Kampung Kuala Sat :Pn Rohana binti Mat Taha
En Farizul Hafizd bin Khalid
3. Kampung Beneh :En Malek bin Dollah
Pn Azizah binti Mohamad
En Yusni bin Mohamad
En Samad bin Jangi
4. Kampung Baru :En Abu Bakar bin Osman
En Abd Jamar bin Abdullah Sani
En Mazlan bin Mesah
5. Kampung Jipang :En Wan Faizal bin Wan Mohd Akhbar
En Azman bin Mesah
6. Kampung Beluting :En Abd Johar bin Dollah
11
7.0 Pemilihan jawatankuasa sesi 2017/2018
Pengerusi :_______________________________________
Naib Pengerusi :_______________________________________
Setiausaha :_______________________________________
Naib Setiausaha :_______________________________________
Bendahari :_______________________________________
Naib Bendahari :_______________________________________
Ahli Jawatankuasa
1. Guru :_______________________________
_______________________________
_______________________________
2. Kampung Kuala Sat :_______________________________
_______________________________
_______________________________
3. Kampung Beneh :_______________________________
_______________________________
_______________________________
4. Kampung Baru :_______________________________
_______________________________
_______________________________
5. Kampung Jipang :_______________________________
_______________________________
_______________________________
6. Kampung Beluting :_______________________________
_______________________________
_______________________________
8.0 Pembentangan dan pembahasan usul Mesyuarat Agung kali ke-
41
9.0 Hal-hal lain
9.1 Tuan guru besar, Encik Azman bin Abdullah Hashim
• Beliau mengharapkan ibu bapa dapat menjaga
dan mengawal anak mereka terutama dengan
keadaan cuaca yang amat panas.
• Tambahan lagi berkenaan dengan penggunaan
gedjet yang berleluasa. Ibu bapa haruslah
12
mengawal selia penggunaan gedjet tersebut agar
tidak tersalah guna.
• Pantau anak – anak terutamanya sewaktu
mereka membuat kerja rumah. Bagi sokongan
dan bantuan yang diperlukan agar mereka
merasa selesa untuk membuat ulangkaji sewaktu
berada dirumah.
9.2 Encik Abu Bakar bin Osman.
• Sedikit pemberitahuan tentang Tenaga Nasional
Berhad bakal membekalkan 5 buah tiang lampu
jalan untuk jalan di kawasan belakang sekolah.
• Beliau berterima kasih kepada guru yang sudi
mendidik anak beliau dan beliau memberikan
kebenaran kepada guru sekiranya guru tersebut
terpaksa mendenda anak beliau supaya
memastikan anak – anak Kampung Kuala Sat
menjadi seseorang yang berilmu pada masa
hadapan.
9.3 Puan Azizah binti Ibrahim
• Beliau mewakilkan diri beliau bagi pihak ibu bapa
murid – murid pra sekolah untuk menyampaikan
sedikit pesanan kepada pihak sekolah bahawa
murid pra sekolah selalu dicubit dan sehingga
menyebabkan murid tersebut trauma untuk
datang ke sekolah. Memohon agar pihak sekolah
memandang perkara ini sebagai suatu yang
serius.
• Tuan guru besar menjelaskan bahawa pihak
sekolah telah membuat perjumpaan dengan
pembantu pengurusan murid(PPM) dan juga guru
pra sekolah tersebut supaya lebih memberikan
kasih sayang bukan hanya menunjukkan
kekerasan ketika mengajar dan sewaktu
menjalankan tugas.
9.4 Encik Ahmed Nur Fariduddin bin Che Ghani
• Meminta para ibu bapa membuat semakan
terhadap anak mereka sebelum datang ke
sekolah. Pastikan buku yang dibawa adalah betul
dan alatan tulis yang mencukupi agar tidak
berlaku sebarang masalah sewaktu menuntut
ilmu.
13
10.0 Ucapan penangguhan mesyuarat
10.1 Tuan guru besar, Encik Azman bin Abdullah Hashim
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
yang telah memberikan komitmen semasa Mesyuarat
Agung pada kali ini.
10.2 YDP PIBG, Encik Masdi bin Ahmad mengharapkan
agar keputusan UPSR pada tahun ini memperolehi
peratus kejayaan yang lebih tinggi daripada tahun
lepas. Berharap guru – guru tidak merasa jemu
sewaktu mendidik anak – anak Kampung Kuala Sat.
10.3 Encik Abu Bakar bin Osman mencadangkan agar
mesyuarat ditangguhkan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
……………………… ………………………
(Ahmed Nur Fariduddin bin Che Ghani) (Masdi bin Ahmad)
14
Lampiran 1
PENYATA KIRA-KIRA AKAUN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN
KUALA SAT
JANUARI 2016 – APRIL 2017
TARIKH CATATAN WANG WANG BAKI
MASUK KELUAR (RM)
1.1.2016 Baki permulaan
20.1.2016 Dana keceriaan (RM) (RM) 2073.85
-menghias kelas 1473.85
3.2.2016 Jamuan mesyuarat ajk pibg 2400.00 600.00
Ko-kurikulum 440.00 20.00 1453.85
15.3.2016 -merentas desa mssd 70.00 200.00 1253.85
Dana pibg untuk keceriaan, akademik dan sukan 40.00
15.4.2016 -rm30 setiap murid 40.00 50.00 3653.85
28.42016 Derma pibg 50.00
2.5.2016 -rm10 setiap keluarga 100.00 282.00 4093.85
Sumbangan pibg bagi rogram kecemerlangan 10.85 1000.00
4.5.2016 Sumbangan dari ajk pibg 180.00 50.00 4043.85
15.6.2016 Pembelian dakwat printer utk kegunaan pibg 400.00 122.00 4113.85
26.7.2016 Sumbangan ajk pibg 150.00 4063.85
3.8.2016 Hadiah dan jamuan untuk mesyuarat pibg 100.00 4103.85
3.9.2016 Sumbangan dari ajk pibg 3821.85
Sumbangan untuk jamuan semena penyerahan bot sarana 500.00 3861.85
2.10.2016 Sumbangan untuk aktiviti kecemerlangan 2861.85
5.10.2016 Dana akademik 35.00 2811.85
26.10.2016 -pembelian buku 180.00 2689.85
Sumbangan makan utk program khidmat bantu pss 50.00
27.10.2016 Urusan bank untuk akaun pibg 2539.85
1.11.2016 Sumbangan dari sekolah 2439.85
20.2.2017 Sumbangan individu 2539.85
22.2.2017 Sumbangan untuk hari sukan dan hari anugerah 2550.00
27.2.2017 Sumbangan dari ajk pibg 2050.00
3.3.2017 Sumbangan dari ajk pibg 2230.00
Bayaran makan mesyuarat ajk pibg 2630.00
Sumbangan program futsal pibg 2595.00
Sumbangan program kecemerlangan upsr 2415.00
2365.00
7.3.2017 Sumbangan program tilawah al-quran 150.00 50.00 2265.00
16.3.2017 Sumbangan individu 2415.00
30.3.2017 Sumbangan hari sukan sekolah 500.00 1500.00 915.00
4.4.2017 Bayaran makan mesyuarat ajk pibg 50.00 62.00 853.00
Sumbangan dari kejohanan futsal 90.00 1353.00
5.4.2017 Perbelanjaan hadiah mesyuarat pibg 2017 500.00 853.00
Sumbangan individu 903.00
Sumbangan dari bot sarana 993.00
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan Oleh :
…………………… …………………
………...1..5....................
(ZULFADLI BIN ISMAIL ZUKRI) (ISKANDAR DZULKARNAIN
BIN ABDUL AZIZ) (MASDI BIN AHMAD)
Juruaudit Dalaman,
SK Kuala Sat
16