MESYUARAT AGUNG PIBG
SK KUALA SAT
KALI KE 6 SESI 2013/2014
Tarikh : 19 Mac 2014
Hari : Rabu
Masa 3.00 Petang
Tempat : Dewan Terbuka SK Kuala Sat
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SK KUALA SAT
KALI KE-6 SESI 2013/2014
TARIKH : 19 MAC 2014
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK KUALA SAT
AGENDA :
BIL AGENDA
1. UCAPAN GURU BESAR
2. UCAPAN YDP PIBG
3. UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGERUSI JKKK
4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
5. MENERIMA DAN MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN
6. PERKARA BERBANGKIT
7. LAPORAN AKTIVITI PIBG 2013/2014
8. MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL
9. HAL-HAL LAIN
10. UCAPAN PENANGGUHAN
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK KUALA SAT
KALI KE 5 SESI 2013/2014
TARIKH : 20 MAC 2013
MASA : 2.45 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SK KUALA SAT
KEHADIRAN : 50 ORANG
Agenda 1 : Ucapan Guru Besar ( En Ruslan bin Basharuddin )
1.1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir
1.2 guru besar memperkenalkan diri kepada ahli jawatankuasa PIBG sekolah. En
Ruslan baharu saja dilantik menjadi Guru Besar di SK KualaSat pada awal
Februari
1.3 guru besar menceritakan tentang prestasi UPSR sejak 3 tahun kebelakangan
ini. Segala perancangan bagi tahun 2013 telah dirancang dengan baik dan
telah dimulakan dengan perjumpaan penjaga tahun 6 pada 13 Mac 2013.
Berkenaan dengan sasaran sekurang-kurangnya semua calon lulus 100%
untuk semua matapelajaran.
1.4 Guru besar menerangkan tentang pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
kepada semua penjada dan ahli jawatankuasa. Murid tidak lagi dinilai dengan
kedudukan nombor di dalam kelas sebaliknya murid akan dinilai berdasarkan
kepada pencapaian mereka di dalam kelas. Ibu bapa boleh datang ke sekolah
untuk melihat fail perkembangan anak mereka. Ibu bapa juga dinasihatkan
supaya berjumpa dengan guru yang mengajar anak mereka terutama guru
yang mengajar tahun 1 hingga tahun 3. Fungsi PBS ialah untuk membentuk
murid yang berdikari supaya lebih berfikir dan menambahkan kemahiran
berfikir.
Agenda 2 : Ucapan YDP PIBG SK Kuala Sat ( En Abdul Jabar bin Dollah)
2.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga yang sudi
hadir ke mesyuarat agung kali ini.
2.2 YDP meminta ibu bapa bekerjasama dengan guru-guru dan juga pihak
sekolah bagi membantu anak-anak dalam kecemerlangan pelajaran
2.3 Meminta kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk mengambil berat tentang
pendidikan anak-anak di sekolah
2.4 Berharap dengan pemilihan jawatankuasa yang baharu dapat memberikan
komitmen yang jitu dan dapat bekerjasama dengan pihak guru dan sekolah
dalam memastikan kecemerlangan anak-anak di sekolah.
Perasmian oleh En Abdul Rahim bin Mangi (Selaku Pengerusi JKKK Kampung
Kuala Sat)
Agenda 4 : Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
4.1 Setiausaha ( Nazirah binti Nawang ) membentang minit mesyuarat
4.2 En Iman bin Othman mencadangakan agar minit mesyuarat ini di sahkan dan
di sokong oleh En Romizan bin Gendol
Agenda 5 : Menerima dan membentangkan penyata kewangan
5.1 Bendahari ( Kamal bin Che Mud ) membentangkan penyata kewangan seperti
yang diedarka untuk diterima dan disahkan
5.2 En Iman bin Othman telah mencadangkan supaya penyata kewangan
mesyuarat agung PIBG diterima dan disahkan. Mesyuarat ini sepakat untuk
mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM 10.00 bagi satu keluarga.
Agenda 6 : Perkara berbangkit
6.1 Pn Rohana binti Mat Taha
• 2.1.1 Masalah yang dihadapi oleh sekolah iaitu masalah bekalan air.
Kegunaan air disekolah adalah untuk kegunaan anak-anak sewaktu
ditandas dan semasa di kantin. Sekolah menghadapi system paip air
yang bocor dan masalah ini telah dirujuk kepada pihak yang berwajib.
o Guru Besar telah menjawab masalah air disekolah berada
dalam keadaan terkawal dan tiada aduan yang dibuat oleh
murid, namun masalah ini masih lagi berlaku diasrama sahaja
kerana pihak sekolah tidak mendapat bekalan air daripada
penduduk kampung.
o Guru Besar mencari jalan penyelesaian dengan membeli enjin
air yang baharu dan meminta jasa baik orang kampung untuk
membenarkan penggunaan air dari kampung mereka supaya
disalurkan ke asrama.
6.2 En Abdul Jabar bin Dollah
• 2.10 Yuran kelas KAFA hendaklah dijelaskan dengan segera kerana
yuran tersebut hendaklah digunakan untuk membeli peralatan serta
keperluan seperti buku latihan KAFA. Guru mengharapkan ibu bapa
menjelaskan yuran tersebut dengan secepat mungkin.
o Persoalan ini telah dijawab oleh guru KAFA (Pn Anita) sendiri ini
kerana pihak sekolah tidak boleh masuk campur dalam
pentadbiran kelas KAFA kerana kelas KAFA adalah dibawah
seliaan Jabatan Agama Islam Daerah Jerantut.
o Beberapa orang murid sahaja yang membayar dan ianya
merupakan murid tahun 6 dengan jumlah RM 30.00. Kegunaan
duit tersebut adalah untuk membeli buku tulis dan buku aktiviti.
Jadi guru KAFA meminta para penjaga agar menjelaskan
dengan segera yuran kelas KAFA agar kelas tersebut dapat
berjalan dengan lancar.
6.3.1 Pn Azizah binti Mohamad
• 5.2 Cadangan supaya pihak sekolah dapat menangguhkan pembayaran
duit bantuan kepada murid yang mempunyai masalah ponteng sekolah
dengan alasan untuk memberi pengajaran terhadap murid dan ibu bapa.
o Guru Besar menegaskan bahawa masalah ini telah diatasi dengan
melakukan sekatan terhadap bantuan yang diberikan oleh pihak
sekolah dan kesannya murid yang selalu ponteng sekolah telah
menunjukkan tanda yang positif dan mereka yang mempunyai
masalah tersebut mula hadir ke sekolah.
o Guru Besar juga menjelaskan berkenaan duit KWAMP. Kumpulan
murid yang tidak layak dari tahun 1-6 yang mempunyai pendapatan
berkapita tidak lebih daripada RM 113.00.
Agenda 7 : Laporan Aktiviti PIBG 2012/2013
7.1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG pada 28 Mac 2012
7.2 Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah 13 April 2012
7.3 Gotong-royong perkhemahan Perdana murid tahun 4, 5, dan 6 pada 17
Oktober 2012
7.4 Sambutan Maulidur Rasul 25 Januari 2013
7.5 Mesyuarat Agung PIBG 2013 pada 20 Mac 2013
Agenda 8 : Membentang dan membahaskan usul
8.1 En Abdul Jabar bin Dollah
• Pemilihan pengawal keselamatan sekolah dan tukang kebung sekolah.
Beliau telah mencadangkan agar rundingan dengan Guru Besar
dengan kontraktor hendeklah dihebahkan terlebih dahulu supaya
semua penduduk kampung bersedia denga pemilihan baharu.
o Guru Besar menegaskan sewaktu pemilihan tersebut, beliau
tiada kaitan dengan pemilihan yang lepas. Tetapi beliau berjanji
sepanjang pentadbiran beliau yang akan datang, beliau akan
cuba bersikap adil dan tidak campur tangan dalam pemilihan
yang dibuat.
Agenda 9 : Hal-hal lain.
9.1 En Abdul Rahim bin Manggi
• Borang-borang yang dikeluarkan kepada pihak sekolah hendaklah
dimaklumkan kepada ahli jawatankuasa PIBG terlebih dahulu agar
hebahan tersebut dapat diterima oleh semua orang kampung agar
borang tersebut dapat dihantar tepat pada masanya.
o Guru Penolong Kanan HEM memberitahu bahawa
sememangnya pihak sekolah telah memanggil ibu bapa untuk
datang mengambil borang, tetapi tiada maklum balas daripada
ibu bapa. Oleh sebab itu, guru terpaksa memberikan borang
kepada murid-murid disebabkan borang-borang akan dihantar
dalam masa terdekat. Selain itu, borang-borang yang diberikan
tiada masalah kerana murid-murid yang layak mendapat
bantuan telah menerima bantuan yang diberikan.
• Memohon guru agama untuk mengajar mengaji Al-Quran
o Guru Besar menegaskan bahawa Ustaz Ridzuan dan Ustaz
Khairi telah ditugaskan untuk mengajar murid-murid asrama
mengaji Al-Quran di waktu selang Magrib dan Isyak sementara
menunggu guru agama yang dipohon.
Agenda 10 : Ucapan Penangguhan
10.1 Ucapan YDP PIBG 2013/2014
• YDP PIBG menyarankan kepada semua ahli jawatankuasa yang
dilantik membuat pembaharuan demi kepentingan anak-anak kampung
Kuala Sat
• YDP PIBG juga berharap supaya pihak sekolah memaklumkan kepada
ibu bapa sekiranya anak-anak mereka membuat kesalahan di sekolah
mahupun di asrama.
• YDP juga meminta kerjasama daripada guru-guru dan ibu bapa
memberikan komitmen agar anak-anak mendapat pendidikan yang
terbaik.
Mesyuarat Ditangguhkan pada pukul 6.15 petang.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh
……………………………….. …………………………………
(AHMED NUR FARIDUDDIN BIN CHE GHANI) (ABDUL JABAT BIN DOLLAH)
Setiausaha Kehormat, YDP PIBG
PIBG SK Kuala Sat. SK Kuala Sat.