The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haflizahalili66, 2023-11-21 00:57:12

2.1 Demokrasi Perparlimen di Malaysia

DEMOKRASI BERPARLIMEN di MALAYSIA PENGAJIAN AM MATRIKULASI WP001 Topik 2.1


Objektif Pembelajaran Pada Akhir Pembelajaran pelajar dapat: Memerihal demokrasi berparlimen di Malaysia Mengenal Pasti Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia Created by Hafliza Halil


Isi Pembelajaran 1 Maksud Demokrasi 2 Latar Belakang 3 Amalan Demokrasi di Malaysia 4 Corak Pemerintahan 5 Ciri-ciri Demokrasi


Maksud Demokrasi Berparlimen Demokrasi ialah suatu bentuk pemerintahan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Negara. Parlimen ialah institusi perundangan tertinggi di dalam Negara yang menggubal undang-undang.


Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara (struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat) Rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan memilih perwakilan melalui pilihan raya Menjadikan Perlembagaan Malaysia sebagai garis panduan dalam sistem pemerintahan Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya Sistem demokrasi berparlimen memberi peruntukan kepada Seri Paduka Baginda YDPA sebagai Ketua Negara Parlimen ialah institusi perundangan tertinggi negara yang menggubal undang-undang Pengenalan Sistem Demokrasi di Malaysia • Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen dalam konteks Negara Malaysia? Raja-raja melayu menjadi lambang taat setia rakyat Pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam sistem pemerintahan iaitu perundangan, pelaksana dan kehakiman.


1 2 3 Latar Belakang Demokrasi Berperlimen 1 2 3 Dari perspektif sejarah, Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dirasmikan buat pertama kalinya pada 11 September 1959. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan. Sistem pemerintahan dan pentadbiran selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.


Amalan Demokrasi Berpalimen Di Malaysia Di Malaysia Demokrasi Berparlimen diamalkan di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara 01 02 04 03 Malaysia mengamalkan sistem ini sejak merdeka hingga kini Pemerintahan menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin negara Mekanisme penting ialah pilihan raya yang dijalankan 5 tahun sekali oleh SPR Kerajaan yang dipilih oleh rakyat perlu menjaga dan menghargai mandat yang diberikan dengan baik


01 02 Corak Pemerintahan Corak pemerintahan demokrasi ialah sistem raja berperlembagaan dan sistem republik. Sistem Raja Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik Sistem Republik pula menolak institusi raja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden. Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Di negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.


TARGET MARKET. MARKETING GOALS Perbezaan Di Antara Sistem Demokrasi Berparlimen Dan Berpresiden Demokrasi berparlimen (Malaysia) Demokrasi berpresiden (US) Pengundi/rakyat memilih wakil rakyat untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan membentuk kerajaan. Perdana Menteri dilantik oleh Yang di Pertuan Agong daripada kalangan wakil rakyat Perbezaan dengan sistem berpresiden (seperti di US) : rakyat memilih/mengundi dalam dua pilihanraya secara berasingan untuk memilih ketua Eksekutif iaitu Presiden dan ahli-ahli dewan perundangan.


Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen Perlembagaan Parlimen Raja Berpelembagaan 01 02 03 04 05 06 Pilihan raya Konsep Pengasingan Kuasa Kepelbagaian Parti Politik 07 Kebebasan Asasi


CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN • 1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Undang-undang tertinggi negara. Mengandungi 183 perkara sebagai peraturan dan prinsip yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perlembagaan Bertulis Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 Digubal oleh Suruhanjaya Reid Sumbersegala perundangan Dikanunkan tetapi boleh dipinda Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (PP) adalah undang-undang tertinggi negara. PP punca bagi semua undang-undang di Malaysia YDPA, Parlimen tartaluk kepada PP. Sebarang undang-undang yang bercanggah dengan PP, akan terbatal setakat yang bercanggah sahaja. KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN Tidak ada sebarang institusi yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan PP


CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN • 2. RAJA BERPERLEMBAGAAN Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah Yang DiPertuan Agong adalah Kabinet Kerajaan Persekutuan / Badan Pelaksana. Yang DiPertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia.


MAKSUD Sistem beraja mengikut Perlembagaan. YDPA bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri. Tugas secara simbolik. Kuasa tidak langsung – mewakilkan kepada wakil- wakil rakyat. KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN KONSEP YDPA = Ketua Negara Perdana Menteri = Ketua Kerajaan SULTAN/YDPN = Ketua Negeri Menteri Besar/ Ketua Menteri = Ketua Kerajaan Negeri


9 buah negeri dengan sistem pentadbiran sendiri. Sistem Beraja: - Raja/Sultan Ketua negeri dan rakyat Ciri-ciri utama negeri dan penduduk sebelum merdeka : LATAR BELAKANG SISTEM BERAJA 3 kaum utama/masyarakat majmuk 3 sistem pemerintahan untuk memenuhi struktur negeri dan penduduk 1. Raja berperlembagaan 2. Demokrasi Berparlimen 3. Sistem Persekutuanwujud keseimbangan dalam sistem Perlembagaan sebagai panduan – raja memerintah berdasarkan peraturan, tugas rakyat taat setia dan patuh pada raja dan undang-undang


Want big impact? Use big image. 16


17


18


CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN • 3. PARLIMEN 3 2 1 Berperanan sebagai Badan Perundangan bagi Kerajaan Persekutuan. Merangka, menggubal serta meminda undang-undang. Memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.


CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN • 4. PILIHAN RAYA 1 2 3 Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. Dilaksanakan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pilihanraya diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ).


MAKSUD Pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan Perwakilan secara proses pilihan raya KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN 21


KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN


CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN • 5. KONSEP PENGASINGAN KUASA 1 2 Kuasa pemerintahan di bahagikan kepada tiga badan iaitu Badan Legislatif (perundangan), Badan Eksekutif (pelaksana) dan Badan Judisiari (kehakiman). Ketiga-tiga badan berfungsi secara berasingan tanpa sebarang pertindihan atau pertindihan secara minimum.


CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN • 6. KEPELBAGAIAN PARTI POLITIK 01 Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai satu ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. 02 Parti-parti politik akan berjuang untuk mendapatkan kuasa pemerintahan samada di peringkat negeri mahupun persekutuan. 03 Pemilihan wakil oleh rakyat bergantung kepada keahlian atau sokongan mereka terhadap sesuatu parti politik.


CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN • 7. KEBEBASAN ASASI 01 02 Kebebasan mutlak adalah kebebasan yang tidak bersyarat seperti makan dan minum. 03 Kebebasan Asasi Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat. Kebebasan bersyarat pula berlandaskan kepada peraturan tertentu seperti hak bersuara dan mencari kekayaan.


27


MALAYSIA TERKINI : Penduduk Malaysia 33.4 juta pada suku kedua 2023


Demokrasi Berparlimen dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih. Membantu menentukan hala tuju kerajaan, kestabilan politik negara, mengekalkan kedaulatan kerajaan dan memperkukuhkan perpaduan negara. KESIMPULAN Negara Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kuasa pemerintahan di negara kita dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap dengan sokongan padu rakyat.


Click to View FlipBook Version