SKRIP VISUME Ulasan Pensyarah
ISI KANDUNGAN PERNYATAAN PERIBADI 1. Nama 2. Fakulti dipohon dan Universiti pilihan 3. Major atau pengkhususan dipilih 4. Akademik 5. Kemahiran bahasa/“passion” PENGENALAN DIRI 1. Kokurikulum - kaitkan kursus yang dipohon dengan aktiviti kok (tunjukkan bukti seperti sijil, gambar atau surat penghargaan 2. Kekuatan diri - guna perkataan ekspresif untuk menggambarkan kekuatan anda 3. Nyatakan kenapa anda ingin ke Universiti tersebut. PENGLIBATAN DIRI 1. Nyatakan harapan agar diterima serta penghargaan 2. Cara untuk dihubungi seperti no. telefon, emel dll. PENUTUP
PENYEDIAAN SKRIP PENGENALAN DIRI
1. Mengumpul bahan untuk Kerangka ”PENGENALAN DIRI” 2. Menyediakan Kerangka ”PENGENALAN DIRI” (SKRIP) 3. Penyediaan ”STORY-BOARD” 4. Menyusun bahan dan membuat perincian pernyataan mengikut turutan atau timeline yang bersesuaian dengan konsep visume Anda di kehendaki menyediakan :
• Terdapat organisasi di mana mereka lebih suka pemohon, menghantar video resume sebelum dipanggil untuk temu duga, ini kerana mereka ingin melihat ketrampilan, idea, kreativiti dan lain-lain. Video resume mestilah ringkas, padat dan menarik. Rancang rangka video dan teknikal seperti pencahayaan Rancang skrip, gunakan ayat formal semasa membuat pembentangan Jangka masa video 2 minit Suara mesti jelas dan yakin Pakaian Formal Senyum, aktif dan formal Perkenalkan diri yang mengandungi pencapaian diri dan meletakkan bukti pencapaian Jangan baca dan hanya bercakap, tunjukkkan gambar pencapaian anda Pelbagaikan latar belakang Boleh letakkan latar belakang muzik tetapi jangan sampai suara tidak kedengaran
Penyediaan skrip Pengenalan Diri 1. Pengenalan diri (latar belakang keluarga dan pencapaian akademik) 2. Sebab memilih KURSUS (pengetahuan tentang bidang kursus) 3. Sebab memilih universiti 4. Kelebihan atau bakat yang membuatkan pihak universiti perlu memilih anda. 5. Kekuatan peribadi yang membolehkan anda berjaya dalam bidang yang dipilih satu hari nanti 6. Hala tuju karier setelah bergraduasi sekiranya terpilih mengikuti program/kursus yang dipohon. 7. Penghargaan dan harapan Calon 8. Cara Perhubungan (no. hp dan emel)
Pengenalan Diri Isu Isi Penting / Skrip Maklumat Diri Nama Asal Institusi Pendidikan terakhir Lain-lain: bilangan adikberadik, pekerjaan ibu bapa - jika perlu sahaja)
Bahagian A : Video Peribadi Video content 1) MAKLUMAT DIRI Cara memperkenalkan diri dapat menggambarkan secara umum tentang karisma diri, keyakinan berkomunikasi dan personaliti. Penyediaan skrip membantu keelokan bahasa yang digunakan. (cerminan sikap dan bawaan) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 11, 15-20, 30-31 2) KELEBIHAN DIRI Fokus kepada kelebihan anda melalui penglibatan/ pencapaian dan bagaimana anda melaksanakannya/ mencapainya sehingga menimbulkan minat terhadap kursus yang dipilih (cerminan kemahiran, kemampuan mengaplikasi sesuatu yang dipelajari) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 13-14, 33
Bahagian A : Video Peribadi 3) KURSUS PILIHAN Dapat menceritakan dengan jelas dan jujur pengetahuan tentang kursus dan sebab yang mendorong pemilihan kursus dan universiti (cerminan kedalaman minat, rasa ingin tahu, pengetahuan mendalam terhadap bidang yang ingin diceburi) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 12 4) HALA TUJU Dapat menceritakan dengan jelas matlamat jangka pendek (selepas bergraduasi) dan matlamat jangka panjang (selepas 5 tahun). Mengaitkan pengetahuan dengan perkembangan senario dan isu semasa berkaitan bidang pilihan. (cerminan kedalaman minat, rasa ingin tahu, pengetahuan mendalam terhadap bidang yang ingin diceburi) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 12
Bahagian A: Video Peribadi 5) HARAPAN Nyatakan dengan yakin dan rendah diri bahawa anda sememangnya layak dipilih menjadi pelajar dalam kursus dan universiti yang dimohon. Tunjukkan keinginan yang tinggi untuk terpilih dan rasa ingin tahu yang mendalam untuk meneroka bidang yang ingin diceburi (cerminan sikap dan bawaan, kemahiran, pengetahuan) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 31, 35-38 PEDOMAN Pastikan jalan cerita berkesinambungan dan berkembang. dengan baik dan saling melengkapi
Kursus Pilihan Kesabaran serta layanan baik dan mesra terhadap ibu(bukti) oleh para doktor dan jururawat sangat menyentuh hati saya. Hal ini menguatkan lagi azam saya untuk menceburi bidang perubatan. Mengapa saya memilih Universiti Malaya? Universiti Malaya merupakan universiti pertama yang menawarkan kursus perubatan di Malaysia dan telah melahirkan ramai tenaga pakar perubatan (K). Antaranya, Dr. Hamid bin Arshat seorang pakar bidan (bukti) yang sangat dikagumi di Malaysia. Sebagai wanita saya mencemburui kejayaan beliau menyambut berates-ratus bahkan mungkin beribu-ribu kelahiran bayi sejak lebih 40 tahun (bukti). Bagi saya, alangkah baiknya jika lebih ramai wanita melaksanakan tugas itu (A). Ini telah menguatkan azam saya untuk mengikuti jejak langkah beliau suatu hari nanti. Semenjak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Oleh itu, saya telah memohon untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan di Universiti Malaya (UM). Bagi saya, merawat pesakit merupakan satu tugas mulia (A) bagi membantu menyelamatkan nyawa yang tidak ternilai harganya. Tidak semua orang mampu melakukannya. Selain disiplin diri yang tinggi, ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan, kesabaran serta kepintaran untuk membuat keputusan (S). Ibu saya merupakan pesakit buah pinggang kronik yang perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu semenjak 13 tahun lalu selain beberapa penyakit lain.
Kekuatan dan Kelebihan Diri Hobi membaca (A) yang ditanamkan sejak kecil menjadikan saya seorang yang mencintai ilmu(A) terutamanya bidang sains biologi. Alhamdulillah, (A) saya percaya hobi ini juga banyak membantu saya untuk kekal cemerlang dalam setiap peperiksaan utama (bukti). Selain itu, peluang yang diberi apabila dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Sains ketika di Tingkatan 4 dan 5, saya gunakan sebaik mungkin. Dengan bimbingan guru penasihat (A) kami berjaya menganjurkan beberapa program (S) seperti Pertandingan Doktor Muda, Pameran Sains dan, Pertandingan Video Pendek Sains. (bukti) Kejayaan paling manis apabila kumpulan saya seramai empat orang berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Doktor Muda Peringkat Kebangsaan.(bukti) Kami berjaya menghasilkan inovasi ubatan menggunakan bahan alami (K) . Peluang membentang hasil inovasi dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh Profesor Universiti (bukti) selaku juri secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan diri saya, pengetahuan dalam bidang ilmu dan kemahiran kepemimpinan (K) apabila saya turut bertindak sebagai ketua kumpulan. Saya percaya dengan adanya disiplin diri yang tinggi (S) dan sokongan para guru (A), menjadi asbab untuk saya m e n c a p a i k e c e m e r l a n g a n d a l a m akademik mahupun kokurikulum. (bukti)
Hala Tuju Semua pengalaman yang saya peroleh sepanjang persekolahan merupakan satu proses pendidikan untuk mengenali potensi diri sebagai seorang doktor, menjadi insan lebih baik dan menghargai kehidupan. Menyaksikan detik cemas dan kesakitan seorang ibu saat melahirkan zuriat (A) sangat meruntun hati saya. Apatah lagi apabila kelahiran itu dibantu oleh seorang doktor lelaki. Berdasarkan pembacaan saya melalui laman sesawang Hellodoktor (bukti), hanya terdapat lebih kurang 75 pakar genokologi di Malaysia. Malah sebahagian besar pakar genokologi ni terdiri daripada doktor lelaki (K). Ini menguatkan lagi azam saya untuk menjadi seorang pakar obstetrik dan genikologi suatu hari nanti.
Kata-kata yang menyentuh hati panel Penghargaan dan Harapan Calon Penghargaan Harapan Calon Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya sebagai calon pilihan untuk kursus pengajian perubatan di Universiti tuan…. Harapan saya agar permohonan saya ini mendapat pertimbangan daripada pihak universiti dengan menerima saya sebagai seorang daripada warga Universiti tuan dan warga fakulti perubatan.
Bahagian B : Isu Semasa PENGENALAN Kemukakan definisi konseptual isu perbincangan dapat menunjukkan tahap pengetahuan dan pemahaman umum terhadap isu yang dikemukakan. Ulas sedikit senario kedudukan isu (sebelum, semasa, jangkaan akan datang) (cerminan sikap dan bawaan, pengetahuan) ISI Sekurang-kurangnya dua isi bergantung kepada bilangan ahli kumpulan. Anggaran setiap satu isi, 1 minit persembahan. Pastikan perbincangan antara ahli kumpulan agar tidak ada pengulangan isi. (cerminan pengetahuan, kemahiran, kemampuan mengaplikasi sesuatu yang dipelajari
Bahagian B: Isu Semasa PENUTUP harapan terhadap isu perbincangan dinyatakan dengan jelas, penegasan terhadap topik dan isi, cadangan implikasi isu pada masa akan datang. (cerminan pengetahuan yang mendalam, sikap dan pendirian, kemahiran menyelesai masalah dan pengurusan risiko) PEDOMAN kematangan huraian isi apabila pandangan disandarkan kepada bukti seperti pandangan tokoh/bahan bacaan/ kaijan/data/statistik dll PEDOMAN Nyatakan sumber maklumat. contohnya, berdasarkan pandangan tokoh...
Rujukan Pusat Pembangunan Karier, UKM (2019). Perbezaan antara resume dan CV. https://www.ukm.my/ukmkarier/perbezaan-antara-resume-dan-cv Radin Umar R.S, (2010). Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk IPT Malaysia. https://www.academia.edu/33869745/ MODUL_PEMBANGUNAN_KEMAHIRAN_INSANIAH_SOFT_SKILLS_UNTUK _IPT_MALAYSIA World Scholarship Forum.(2020). 8 petua cara menulis kenyataan peribadi untuk kolej 2021. https://worldscholarshipforum.com/ms/menulis-tip-peribadikolejpernyataan