The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haflizahalili66, 2023-11-21 00:49:17

3.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan

KEBANGSAAN Dasar Pendidikan PENGAJIAN AM MATRIKULASI Hafliza binti Halili


https://www.youtube.com/watch?v=r3xU5Meio 5I https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id =1982464 https://plm.org.my/penggunaan-bahasa-melay usebagai-bahasa-rasmi-di-luar-negara/ Set Induksi


Objektif PEMBELAJARAN Menjelaskan Dasar Pendidikan : Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar


Tajuk Definisi • Bahasa pengantar boleh didefinisikan sebagai bahasa yang ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolahsekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil. Ketiga-tiga bahasa ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1958) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960) sebagai bahasa pengantar. • Dalam Akta Pelajaran pada tahun 1961, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa pengantar utama dalam institusi pendidikan. • Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan bahawa bahasa Melayusebagai bahasa ilmu yang menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan dan agama.


SEJARAH DASAR PENDIDIKAN 01 02 03 04 05 06 07 08 • Pada awalnya Dasar Pendidikan Penjajah - Laporan Fenn-Wu dan Laporan Barnes • Ordinan Pelajaran 1952 Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 Dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 1960 Semakan semula dasar pendidikan - Laporan Rahman Talib 1961 1974 1974 1979 • Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan - mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya. Tujuan kajian supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan


KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan • Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. • Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara”


BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT Perpaduan Bahasa Melayu telah menjadi alat penyatuan masyarakat di Malaysia dengan menggunakan bahasa penghantar utama yang sama. Semua kaum di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah malah institusi-instusi pengajian tinggi juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama mereka.pengajian tinggi. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara.


Dasar bahasa Kebangsaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama bagi semua sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi telah meningkatkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961. BAHASA MELAYU SEBAGAI Bahasa Ilmu


BAHASA MELAYU SEBAGAI Bahasa Komunikasi Bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat amat penting bagi mengutarakan sesuatu idea. Setiap idea perlu disampaikan dalam bentuk yang gramatis serta berkualiti untuk diterima dan diguna pakai di dalam masyarakat. Jelaslah, bahasa komunikasi yang satu amat penting dan akan dapat mempertingkatkan hubungan dan menambah kualiti komunikasi antara satu sama lain.


PENGUKUHAN Latihan Link Quizizz https://quizizz.com/admin/quiz/5f68070a5460c4001b51d1c0


Topik Rumusan • Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai ‘lingua-franca’ dan juga ‘bahasa kedua’akhirnya menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan wahana bagi penerapan nilai-nilai aspirasi yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju melalui sistem pendidikan serta membantu mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maaju dan mampu bersaing dalam persekitaran global. Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaannya sebagai bahasa pengantar dan bahasa wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.


Click to View FlipBook Version