The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haflizahalili66, 2023-11-21 01:01:57

1.6 Pengucapan Awam

PENGUCAPAN AWAM (Penyampaian Berkesan) Kolej Matrikulasi Kedah Oleh Puan Hafliza binti Halili Pensyarah Kanan Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Kedah


OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini anda akan dapat: Menyatakan definisi pengucapan awam. Menyenaraikan jenis-jenis pengucapan awam 01 02 03 Mengenal pasti kaedah dan cara pengucapan awam


Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad Dalam bukunya Panduan Pengucapan Awam, edisi kedua (2015) menjelaskan bahawa perucapan umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal. Yang dimaksudkan dengan anggota komunikasi verbal ialah mulut iaitu dalam proses pembentukan suara dan perkataan. Anggota komunikasi bukan verbal pula ialah seluruh tubuh perucap seperti mata, kepala, tangan, badan, nada suara dan memek muka. Definisi Pengucapan Awam Abdul Muati@Zamri Ahmad. (2015). Panduan Pengucapan Awam. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Maimunah Osman “Pengucapan Awam adalah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar“. (Pengucapan Awam Yang Berkesan, 2000) Definisi Pengucapan Awam Maimunah Osman. (2000). Pengucapan awam yang berkesan. Kuala Lumpur: INTAN


Khairuddin Mohamad Ucapan didefinisikan sebagai satu bentuk saluran komunikasi pertuturan dan merupakan jenis karangan berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya. Ucapan juga merupakan medium untuk menyampaikan mesej kepada umum melalui pemberi ucapan tersebut sahaja. Ucapan dapat difahami sebagai komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau agenda majlis dan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk mencapai matlamat serta tindakan sesuatu. (Bahasa Melayu Komunikatif, 2012) Khairuddin Mohamad. (2012). Bahasa Melayu Komulatif. Selangor : Penerbitan Multimedia Definisi Pengucapan Awam


6 Jenis-Jenis Ucapan Pengucapan Awam dapat diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu ucapan berdasarkan tujuan dan ucapan berdasarkan cara.


Ucapan jenis ini disampaikan secara spontan, iaitu tanpa sebarang persediaan khusus. Kebiasaannya perucap hanya membicarakan perkara-perkara yang lalu, isu-isu semasa dan harapan atau ramalan untuk masa hadapan. Isi ucapan kebanyakannya berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran sedia ada perucap. Ucapan ini biasanya dilakukan dalam kedaaan terdesak sahaja. Contohnya ada dijemput untuk berucap dalam suatu majlis tanpa dimaklumkan terlebih dahulu. Jenis-Jenis Ucapan Berdasarkan Cara IMPROMPTU


Memorized atau ucapan yang dihafal. Ucapan jenis ini disediakan teks dengan lengkap. Kemudian perucap akan menghafal keseluruhan teks ucapan tadi, perkataan demi perkataan. Ucapan jenis ini sukar dibuat terutama oleh orang yang kurang daya ingatannya. Ianya juga juga sukar untuk diubahsuai sekiranya terdapat perubahan situasi atau reaksi audiens. Contoh: Pertandingan pidato. Jenis-Jenis Ucapan Berdasarkan Cara MEMORIZED


Ucapan jenis ini lebih merupakan pembacaan sebuah manuskrip atau teks. Biasanya digunakan apabila terdapat fakta-fakta yang penting di mana setiap perkataan yang tercatat perlu dibaca kerana mempunyai erti yang tersendiri. Ucapan jenis ini juga agak kaku kerana pandangan mata perucap lebih banyak terpaku kepada teks dari memandang audiens dan sukar diubahsuai dengan situasi kerana perucap akan hanya membaca perkara-perkara yang tercatat dalam teks sahaja. Contoh: Pembentangan bajet negara oleh Perdana Menteri. Jenis-Jenis Ucapan Berdasarkan Cara MANUSKRIP


Ucapan extemporaneous memerlukan masa dan persediaan yang baik. Ucapan begini disampaikan seolah-olah ia dibuat secara impromptu, tetapi dari segi kandungan dan susunannya jauh lebih baik. Perucap yang menggunakan cara ini tidak membaca atau menghafal, tetapi menggunakan perkataan sendiri berpandukan kepada nota sahaja (bukan skrip lengkap). Nota ini mengandungi idea-idea utama dan idea penyokong yang dicatat secara ringkas sahaja.      Nota yang biasanya ditulis pada kad kecil ini digunakan sebagai panduan sahaja bagi mengingatkan perucap bahan yang perlu didahulukan dan dikemudiankan.       Ucapan extemporaneus mempunyai banyak kelebihan. Pertamanya, ia membolehkan perucap berhubung secara terus dengan hadirin kerana pengucap dapat mengubahsuaikan ucapan jika perlu. Keduanya, perucap berjaya menonjolkan keikhlasannya kepada audien dan ketiganya, perucap dapat menyusun ideanya dengan baik.     Ucapan begini memerlukan masa untuk persediaan dan latihan yang cukup. Ucapan berbentuk extemporeneous adalah dianggap paling berkesan dalam banyak majlis melainkan yang memerlukan situasi formal. Contoh: sesi Pidato. Jenis-Jenis Ucapan Berdasarkan Cara EXTEMPORANEOUS


Jenis-Jenis Ucapan Berdasarkan Tujuan Ucapan boleh dikelaskan berdasarkan tujuan ianya dibuat dan kebiasaanya ia bertujuan untuk:- Dalam ucapan jenis ini,matlamat perucap adalah untuk memaklumkan atau menerangkan kepada audiens tentang sesuatu fenomena, perkara, proses, idea dan sebagainya. Contohnya, ceramah motivasi, kempen bahaya demam denggi, informasi kemasukan pelajar ke IPT. Memberi Maklumat (informatif)


Jenis-Jenis Ucapan Berdasarkan Tujuan Ucapan boleh dikelaskan berdasarkan tujuan ianya dibuat dan kebiasaanya ia bertujuan untuk:- Menerusi ucapan jenis ini, perucap cuba mempengaruhi fikiran audiens untuk menghasilkan perubahan dari segi citarasa, sikap, kepercayaan, fahaman mahupun tindakan. Ucapan jenis membujuk dapat dikesan dalam ucapan seorang jurujual, peguam yang sedang mempengaruhi juri/ hakim, ahli politik, pendakwah dan pakar motivasi.     Ucapan jenis ini dibahagikan lagi kepada tiga jenis iaitu memujuk untuk mengubah, memujuk untuk mendorong dan memujuk untuk mengukuhkan. Di antara ketigatiga jenis memujuk, pemujukan bagi mengubah sesuatu adalah yang paling sukar untuk dilaksanakan kerana ianya memerlukan masa yang lama. Contohnya, kepercayaan dan tingkah laku. Membujuk


Jenis-Jenis Ucapan Berdasarkan Tujuan Ucapan boleh dikelaskan berdasarkan tujuan ianya dibuat dan kebiasaanya ia bertujuan untuk:- Ucapan jenis ini biasanya dilakukan dengan tujuan membangkitkan suasana ceria dan menyeronokkan. Selalunya ia dibuat di majlismajlis keraian. Tetamu khas yang diminta berucap dalam majlis makan malam misalnya akan menyentuh hal-hal yang melucukan dan menarik minat audiens. Menghibur


Jenis-Jenis Ucapan Berdasarkan Tujuan Ucapan boleh dikelaskan berdasarkan tujuan ianya dibuat dan kebiasaanya ia bertujuan untuk:- Ucapan majlis khas dibuat apabila berlangsung sesuatu majlis yang bersifat rasmi yang dihadiri tetamu khas untuk berucap. Teks ucapan akan disediakan terlebih dahulu oleh sebuah jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan majlis. Majlis Khas


Teknik Penyampaian Berkesan Penyampaian Berkesan 2023


2023 Perancangan Persembahan Berkesan Kualiti dan Karisma Penyampai Karisma Penyampai Yang Baik Air Muka Pakaian Postur Latihan Posisi Bahasa Suara Sebutan Penghafalan Sifat


2023 Pakaian Posisi Air Muka Latihan Postur Karisma Penyampai Yang Baik Kualiti dan Karisma Penyampai Perancangan Persembahan Berkesan Air Muka • Menyenangkan (Pleasant) • Pertembungan Mata (eye contact) • Memberi senyuman dan ekspresi serius selari dengan persembahan Pakaian • Kemas dan ringkas • Sepadan dengan situasi Temu Duga • Formal dan tidak seksi Postur • Berdiri/duduk dengan tegak tetapi relaks • Menggerakkan tangan dengan bersahaja tetapi normal Latihan • Lakukan latihan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum persembahan sebenar. • Latihan kali pertama dan kedua • Untuk memperkemaskan teks dan gaya • Untuk tambah bahan baharu • Untuk biasakan dengan visual aids • Latihan kali ketiga • Lakukan raptai penuh dengan ‘dress rehersal’ terutama untuk majlis rasmi, penting dan yang melibatkan ramai audien • Bertindak dengan yakin dan tenang • Atur kertas nota dengan baik di atas rostrum Posisi • Untuk kelihatan menarik, pastikan anda berdiri atau duduk mengadap kamera • Boleh juga untuk lebih santai bercakap dari sisi


Sebutan Sifat Penghafalan Bahasa Suara Karisma Penyampai Yang Baik Penghafalan Elakkan membaca teks kecuali pengacara majlis Sebutan Sebutan yang jelas dan betul dengan pergerakan bibir dan rahang Bahasa • Penguasaan sesuatu bahasa dengan baik • Susunan bahasa yang mudah dan jelas • Penggunaan tatabahasa dengan baik Suara • Kelantangan (volume) • Intonasi/irama (intonation/rythm) • Nada (pitch) • Kelajuan (speed) • Jeda (pause) • Sebutan (pronunciation) • Ulangan (repetition) Sifat • Berpengetahuan • menguasai bidang • berpengetahuan luas • peka pada tajuk • Berkemahiran berucap • berkeupayaan mengawal dan menarik perhatian/minat audien • transisi antara setiap isi penting adalah jelas dan lancar • Berkeyakinan • yakin terhadap diri, persediaan dan penguasaan topik • mahir dan berpengalaman terhadap tajuk yang disampaikan • Peribadi/perwatakan baik • Penilaian audien terhadap kredibiliti penyampai melalui cara berpkaian, gerak-geri fizikal dan kepelbagaian intonasi dan vokal Kualiti dan Karisma Penyampai 2023 Perancangan Persembahan Berkesan


2023 Perancangan Persembahan Berkesan Kualiti dan Karisma Penyampai 10 Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan Sampaikan dari dalam diri anda sendiri Fokus kepada penyampaian bukan ketakutan Kenali tempat anda akan membuat rakaman Bertenang 01 04 05 Ramai yang ingin anda berjaya Kenali siapa penonton/panel anda 02 06 Jangan kerap minta maaf Ketahui dan pastikan bahan dan prop anda 03 07 08 Tukar aura gementar kepada keyakinan 09 Bina pengalaman dan bahasa badan 10


Kualiti dan Karisma Penyampai Kenali tempat pengucapan awam • Pilih tempat yang anda rasa selesa untuk buat rakaman • Ambil masa untuk membiasakan diri untuk suasana persekitaran Kenali audien/penonton/panel anda • Kenali penonton/panel anda bagi membolehkan anda membina sebuah penyampaian yang betul-betul menepati kehendak mereka Ketahui dan pastikan bahan dan prop anda Perlu ketahui bahan yang ingin digunakan adalah sesuai dengan suasana audien dan penggunaannya dapat membantu penyampaian anda Bertenang Tidak rasa terlalu gementar dan takut untuk berhadapan dengan audien Perancangan Persembahan Berkesan 10 Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan 2023 Sampaikan dari dalam diri sendiri Yakinkan diri dengan membayangkan (visualise) anda memberi persembahan yang terbaik dan berkesan


Kualiti dan Karisma Penyampai Perancangan Persembahan Berkesan 10 Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan 2023 Ramai yang ingin anda berjaya Sematkan dalam diri bahawa panel ingin anda berjaya dan yakinkan diri dengan bayangan ini Jangan kerap minta maaf Jika anda kerap tersilap atau tersasul, teruskan ucapan dan perbetulkannya dengan pantas supaya tidak menarik perhatian penuh panel akan kesilapan yang dilakukan Fokus kepada penyampaian bukan ketakutan • Tetapkan minda untuk terus menyampaikan ucapan dengan sepenuh hati • jangan fokus kepada perasaan gementar dan gugup Tukarkan aura gementar kepada keyakinan • Permulaan yang perlahan atau gementar adalah perkara biasa tapi anda harus segera menukarkan perasaan itu dengan kelihatan yakin • Sebarkan aura positif pengucapan secara keseluruhan dan yakinkan diri dengan pergerakan bahasa badan Bina pengalaman dan bahasa badan • Bina pengalaman secepat mungkin pada lima (5) minit dengan suasana • zahirkan gaya bahasa mengikut intonasi yang sesuai tidak keterlaluan dan tidak terlalu kaku


2023 Perancangan Persembahan Berkesan Kualiti dan Karisma Penyampai Sifat Penyampai yang Kurang Baik Sering mohon maaf Syok sendiri Banyak maklumat Maklumat tiada sokongan Suara perlahan Melalut Tujuan tidak jelas Intonasi mendatar Sifat Penyampai Yang Kurang Baik


2023 Perancangan Persembahan Berkesan Pengaruh Bahasa Setiap penyampai yang dilakukan, pengaruh bahasa merupakan faktor terpenting bagi memberi impak positif kepada audien. oleh itu, perlu diberi perhatian pada setiap kata-kata yang diucapkan.


2023 Perancangan Persembahan Berkesan Pengaruh Bahasa PAHABAQ? DEMO MAKE DOK LAGI? APO NAK DIKATO? SENYUM SOKMO! BOLEH BAH KALAU KAU! Elakkan slanga/dialek daerah yang sukar difahami segelintir panel anda Gunakan bahasa mengikut tahap akademik dan jawatan panel


PENYAMPAIAN ucapan yang jelas dan menarik 01 02 03 04 05 06 07 Tidak kira sama ada kita berucap kepada siapa semuanya mahukan sesuatu kelainan memastikan apa yang disampaikan mencapai matlamat dan tujuannya. mempersembahkan ucapan dengan stail dan gaya yang menarik minat pendengar untuk menarik terus mendengar daripada awal sehingga akhir memberi kesan mendalam kepada pendengar mengenai sesuatu topik yang disampaikan menimbulkan rasa bersemangat dan keinginan kepada pendengar Penyampaian Yang Menarik 2023


12 Tips untuk Penyampaian Berkesan Setiap ucapan mesti dimulakan dengan pengenalan diikuti huraian jelas dan penutup yang menarik. Gunakan pengenalan yang kreatif dan menarik perhatian pendengar, huraian dan isi yang mantap serta kata penutup yang boleh meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar Persediaan fizikal merangkumi bahan ucapan dan keterampilan diri sebelum berucap manakala persediaan mental pula seperti bersedia halangan atau cabaran yang bakal berlaku semasa pengucapan berlangsung. Pergerakan badan, muka dan tangan boleh menarik perhatian pendengar dengan memberi kefahaman yang lebih cepat apa yang disampaikan pengucap. Pergerakan ini juga memberi impak dramatik kepada pendengar dan boleh mententeramkan perasaan pengucap yang sedang gementar. Berpakaian kemas semasa berucap akan memberi kesan positif kepada pendengar. Malah, pengucap akan rasa lebih dihormati dan yakin untuk menyampaikan ucapan dan berkongsi aura positif dengan pendengar. Lebih mudah rangka ucapan anda dalam bentuk butiran ringkas (point forms) untuk membantu pengucap mengingati apa yang hendak disampaikan. Teknik ini bagi memastikan pengucap dapat berucap dengan selesa dan yakin. Keyakinan diri digabung bersama ekspresi muka dan pergerakan badan yang baik akan memaparkan kewibawaan dan kredibiliti seorang pengucap. Ini akan membolehkan mesej dapat disampaikan dengan berkesan. 01 TAMPIL KE HADAPAN DENGAN YAKIN 02 PENAMPILAN DIRI YANG KEMAS 03 PERSEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL 04 SEDIAKAN KERANGKA UCAPAN 05 BAHASA BADAN MENYOKONG LISAN 06 PERMULAAN DAN PENGAKHIRAN YANG LENGKAP 2023


Berucap sambil mewujudkan perhubungan mesra dengan pendengar. Elakkan membaca teks semata-mata kerana pendengar akan merasa bosan dan tidak fokus pada isi pengucapan. Gemuruh adalah normal. Gunakan kaedah mengawal gemuruh dengan baik secara psikologi, fizikal dan kaedah rohaniah dan spiritual. Gemuruh akan mula hilang sedikit demi sedikit selepas beberapa ketika pengucap berucap dan kemudian akan terus hilang. Pengucap yang berkesan akan bercakap dengan menggunakan kadar kelajuan yang sesuai agar mudah difahami pendengar. Bercakap laju memberi tanggapan negatif iaitu pengucap seolah-olah ingin menghabiskan ucapan dengan cepat daripada memberi kefahaman kepada pendengar. Hal ini boleh menyebabkan pendengar akan memberikan tumpuan kepada perbuatan pengucap bukan fokus kepada mesej yang disampaikan. 07 CIPTA HUBUNGAN MESRA DENGAN PENDENGAR 08 KAWAL SUARA DENGAN BAIK 09 ATASI GUGUP DAN GEMURUH PENTAS 10 JANGAN MEMEGANG BARANG DI TANGAN SEMASA BERUCAP 11 JANGAN BERCAKAP TERLALU LAJU 12 BUAT PERSEMBAHAN SEOLAH-OLAH SEDANG BERBUAL 12 Tips untuk Penyampaian Berkesan Gunakan `eye contact’ atau pertentangan mata yang mesra dengan pendengar. Elakkan daripada pandang ke arah satu objek atau pandang ke atas sahaja. Penggunaan suara ketika berucap mengikut situasi mesej yang disampaikan. Suara ditekankan apabila sesuatu yang diperkatakan itu perlu dinyatakan dengan bersemangat. Bersuara lantang pula bertujuan mengukuhkan hujah dan memberi keyakinan kepada pendengar apa yang hendak disampaikan 2023


Rujukan : Abdul Muati@Zamri Ahmad. (2015). Panduan Pengucapan Awam. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maimunah Osman. (2000). Pengucapan awam yang berkesan. Kuala Lumpur: INTAN Mohamad Azrin Hassan. (2016). 10 Tips mudah berucap di khalayak ramai. Kedah: Asa Mesra Printer. Kedah. Roslan Ab Hamid. (2021). Nota Penting Public Speaking Mastery. Kelantan: Penerbit Digital Brain Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad. (2012). Bahasa Melayu Komulatif. Selangor : Penerbitan Multimedia


https://kdinamika.wordpress.com Boleh merujuk laman web berikut untuk tambahan :


Click to View FlipBook Version