The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sndrawhyu, 2021-08-14 10:29:08

PENULISAN ILMIAH SEJARAH TEMPAT

Penulisan Ilmiah Sejarah Tempat

SEJARAH PERKEMBANGAN BANDAR KUANTAN DI PAHANG DARUL MAKMUR
DARI TAHUN 1850 HINGGA 2015.

PENGENALAN
Bandar boleh didefinisikan tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat

banyak urusan dan perniagaan dijalankan1. Bandar dapat dibezakan daripada pekan dari segi
bilangan penduduk. Bandar juga merupakan tempat tinggal yang diwujudkan oleh bangsa-
bangsa apabila mencapai puncak kemewahan yang diinginkan berserta segala-galanya yang
mempunyai hubungan dengannya, kemudian mereka pun mengkehendaki suasana hidup yang
damai dan tenang, serta beralih menjadikan rumah sebagai tempat tinggal2. Negeri Pahang
terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran,
Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands.

Di Pahang, terdapat pelbagai Bandar termasuklah Bandar kuantan. Kuantan ialah
sebuah bandar besar di Pantai timur semenanjung Malaysia dan merupakan ibu negeri bagi
Pahang. Kedudukan kuantan terletak berhampiran dengan Sungai Kuantan dan menghadap ke
laut china selatan. Kuantan merupakan pusat pentadbiran bagi Negeri Pahang menggantikan
Kuala Lipis sejak tahun 1976. Jumlah penduduk di Kuantan adalah sekitar 1,443,365 orang
pada tahun 20103 iaitu terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang
India dan 1% kaum-kaum lain4.

1

ASAL USUL DAN SEJARAH AWAL BANDAR KUANTAN DI PAHANG DARUL
MAKMUR BERMULA DARI TAHUN 1850 HINGGA 2015.

Kuantan dipercayai telah wujud sejak awal tahun 1850- an lagi5. Kuantan terletak di
persisir Laut China Selatan dan di tebing Sungai Kuantan. Kuantan terkenal dengan pantai-
pantainya seperti Pantai Teluk Chempedak dan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai ikon di
tengah-tengah Bandar. Masjid Sultan Ahmad Shah merupakan pintu masuk ke Pantai Timur
bagi mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan Semenanjung. Kewujudan
Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai sebuah petempatan. Hal ini dikatakan
demikian kerana kewujudan Kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir
Munshi pada tahun 1851.

Pada abad ke-19, pendatang dari Sumatera iaitu Indonesia dipercayai telah membuka
penempatan di tebing Sungai Kuantan6. Terutamanya di sekitar Teruntum yang terletak
berdekatan Hospital Tengku Ampuan Afzan pada hari ini. Beberapa teori mengenai nama
asal ‘Kuantan’, antaranya ialah nama tersebut mempunyai kaitan dengan tempat asal
pendatang dari Sumatera itu, iaitu Kampung Kuantan. Terdapat juga satu tempat bernama
Kuala Kuantan di negeri Selangor. Ada pula yang mengatakan nama kuantan mempunyai
hubungan dengan bangsa China. Hal ini kerana bunyinya yang hampir sama.

Pada tahun 1858, tercetusnya Perang Saudara Pahang7. Terdapat dua beradik iaitu
Wan Ahmad dan Wan Mutahir yang menentang satu sama lain untuk menguasai negeri
Pahang setelah bapa mereka, Bendahara Ali, iaitu pemerintah Pahang, meninggal dunia.
Pertelingkahan bermula apabila Wan Mutahir yang menggantikan Ali sebagai Bendahara.
Wan Mutahir telah menafikan wasiat Ali yang menyatakan Wan Ahmad akan memerintah
dua daerah iaitu Kuantan dan Endau. Endau pada masa itu sebuah daerah dalam negeri
Pahang, namun Bandar Endau terletak di muara Sungai Endau yang juga merupakan

2

sempadan negeri Johor-Pahang. Walau bagaimana pun dari segi pentadbiran, Endau
sebenarnya merupakan sebuah bandar dan mukim di negeri Johor.

Pada tahun 1863, perang saudara itu tamat8. Wan Ahmad mencapai kejayaan dan
menjadi Bendahara Pahang yang baru. Beliau kemudiannya menaikkan taraf diri beliau
sebagai Sultan Pahang, Wan ahmad juga mengasaskan susur-galur Sultan-sultan dan kerabat
diraja yang sedang memayungi negeri. Pada waktu itu, cukai yang dikutip dari lembah
Sungai Kuantan menjadi pendapatan utama pemerintah Pahang, ianya amat penting dari segi
ekonomi negeri.

Kerajaan British mula mencerobohi pentadbiran negeri-negeri Melayu di sekitar
permulaan Perang Saudara Pahang9. Pada tahun 1888, British mengambil alih pentadbiran
negeri Pahang. Kuantan mula diberikan perhatian sebagai pusat perdagangan, khususnya
berkaitan aktiviti perlombongan bijih timah di pekan Sungai Lembing dan Gambang. Pada
masa itu, para peniaga berbangsa Cina mendominasi suasana perniagaan dan perdagangan di
Kuantan.

Pada 30 Disember 1942, Kuantan telah jatuh ke tangan askar Jepun yang menyerang
Asia Tenggara semasa Perang Dunia Kedua. Pusat bandar lama iaitu di sepanjang Jalan
Mahkota dan Jalan Besar masih menempatkan binaan-binaan era sebelum Perang Dunia
Kedua. Masih terdapat kubu kecil yang dibina dalam menghadapi ancaman Jepun boleh
dilihat di beberapa lokasi di sekitar Kuantan.

Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang yang asalnya di Kuala Lipis sepanjang era
residensi British telah dipindahkan ke Kuantan dan kepentingan bandar ini dari segi
pentadbiran semakin meningkat. Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
iaitu Malaysia terbentuk sebagai satu persekutuan dalam tahun 1963, Kuantan terus
berkembang sebagai pusat komersial dan perusahaan yang penting. Kerajaan negeri dan

3

Persekutuan membangunkan Kuantan dengan memberikan tumpuan kepada sektor
pentadbiran, industri, pertanian dan pelancongan.

Kesimpulannya, asal usul dan sejarah awal tentang bandar kuantan memainkan
peranan penting dalam memahami bandar ini dengan lebih mendalam. Kuantan merupakan
sebuah bandar yang tidak memiliki banyak budaya tradisi tempatan yang unik, melainkan
yang dibawa oleh mereka yang berasal dari luar dan menetap di Kuantan, khususnya dari
negeri Terengganu dan Kelantan. Oleh sebab itu, amat mudah untuk mendengar orang ramai
di Kuantan bercakap dalam loghat Terengganu dan Kelantan, sementara makanan tradisional
dan kegemaran dari kedua-dua negeri itu juga popular di sini.

4

PERANAN BANDAR KUANTAN YANG MENYEBABKAN BANDAR
KUANTAN SEMAKIN MAJU DAN MEMBANGUN BERMULA DARI TAHUN 1854-
AN SEHINGGA 2015.

Kuantan dikatakan sebuah bandar pada tahun 1854. Hal ini dikatakan demikian
kerana kuantan telah mencapai status bandar kerana penduduknya yang melebihi 100 000
orang. Pada akhir abad ke-19 iaitu selepas kuantan mencapai status bandar, Inggeris telah
memasuki negeri Pahang. Kemasukan inggeris di Pahang telah menimbulkan beberapa
perubahan sosial yang penting bagi masyarakat bandar dan luar bandar. Pembaharuan-
pembaharuan yang dibawa oleh pentadbiran inggeris telah memberi kesan kepada daerah
yang berada di Pahang seperti kuantan. Melalui pembaharuan ini juga, kuantan telah muncul
sebagai bandar yang membangun dengan pesat dan memainkan peranan penting sebagai
sebuah bandar.

Peranan utama bandar kuantan ialah sebagai pusat pentadbiran. Hal ini dikatakan
demikian agar pentadbiran bandar kuantan lebih lancar dan teratur. Pada tahun 1891, pusat
pentadbiran kerajaan negeri Pahang telah dipindahkan dari daerah Pekan ke daerah Lipis.
Walaupun rancangan pemindahan ini hanya untuk sementara sahaja, ia telah memakan masa
lebih dari 64 tahun kerana pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur hanya
dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.

Bagi memilih tempat yang bersesuaian bagi pusat pentadbiran negeri Pahang, pihak
kerajaan negeri telah menumpukan kepada dua kawasan iaitu Temerloh dan Kuantan, tetapi
disebabkan bentuk muka bumi Temerloh yang tidak rata dan memerlukan perbelanjaan yang
besar untuk pembangunannya maka Kuantan telah diputuskan untuk dijadikan ibu negeri
Pahang. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah dipindahkan ke Kuantan secara rasminya pada

5

hari Sabtu, 27 Ogos 1955 dengan disempurnakan oleh KDYMM Sultan Abu Bakar
Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Al Sultan Abdullah Al Mu'tasim Billah.

Bermula daripada tarikh tersebut, usaha telah digerakkan untuk membina sebuah
bangunan kompleks pentadbiran kerajaan negeri. Sebuah kompleks pentadbiran yang diberi
nama Wisma Sri Pahang telah siap dibina pada tahun 1970 dan pada tarikh 28 Februari 1970,
pusat pentadbiran kerajaan negeri Pahang telah bepindah secara rasminya ke kompleks baru
tersebut. Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang diketuai oleh YB
Setiausaha Kerajaan Negeri. Pelantikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri adalah berdasarkan
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang. YB Setiausaha Kerajaan Pahang yang
pertama ialah Dato' Setia Raja Abu Samah Bin Haji Ali. Beliau dilantik pada 1 Februari 1948
dan berkhidmat sehingga 2 Ogos 1952. Tuntasnya, bandar kuantan telah memainkan peranan
penting iaitu sebagai sebuah pusat pentadbiran yang diterajui dengan baik.

Peranan bandar kuantan yang kedua ialah sebagai pusat pemasaran. Hal ini dikatakan
demikian kerana hasil-hasil pengeluaran luar bandar akan dipasarkan di bandar kuantan
seperti hasil pengeluaran pertanian dan hasil pengeluaran kraftangan. Contohnya, Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA)
telah ditubuhkan di bawah Akta 141.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan merupakan sebuah agensi pemasaran di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran,
buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri makanan dan asas tani.
Melalui penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan telah menyebabkan
kemunculan pasar tani di bandar kuantan.

6

Pasar tani telah diperkenalkan pada tahun 198510 sebagai sebuah institusi pemasaran
bagi tujuan membangunkan saluran pemasaran serta menggalakkan penyertaan usahawan tani
memasarkan hasil-hasil pertanian mereka sendiri terus kepada pengguna. Pasar tani
mempunyai ciri-ciri seperti mudah alih, bersuasana karnival dengan identiti yang tersendiri
dan seragam. Pasar tani sebagai ‘Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna’ berupaya
membantu petani menerima harga yang munasabah dan menguntungkan manakala pengguna
mendapat bekalan bermutu dengan harga yang berpatutan. Pasar Tani di bandar kuantan
dibuka pada 4 April 2013 yang bertempat di parkir perkarangan Pusat Pentadbiran UTC
Kuantan. Pasar tani ini hanya beroperasi pada setiap hari Ahad dan merupakan Pasar Tani
terbesar di Negeri Pahang dengan jumlah usahawan seramai 280 orang.

Pelbagai komoditi dan juga makanan dijual di sini diantaranya masakan Pahang,
Terengganu dan Kelantan yang meliputi Wilayah Pantai Timur. Antara makanan yang
popular di sini adalah seperti Puding Raja dan Lemang Periuk Kera. Disamping makanan
popular yang terdapat di Pasar Tani UTC Kuantan, di sini juga menjadi tumpuan kerana
menyediakan sayuran segar, pelbagai jenis ikan air tawar sangkar Sungai Pahang, daging
segar dan juga Hasil Laut yang diambil terus dari jeti. Tuntasnya, peranan bandar kuantan
sebagai pusat pemasaran merupakan peranan penting bagi memasarkan hasil daerah seperti
hasil pertanian.

Peranan bandar kuantan yang ketiga ialah sebagai pusat pembuatan. Sejak
pertengahan tahun 1980-an, sektor pembuatan, khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
telah berkembang di Semambu, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan yang menghasilkan
barangan seperti perabot, jentera kecil, komponen kenderaan, bahan kayu, makanan dan
minuman. Bagaimanapun, sejak tahun 1990-an aktiviti pembuatan yang menghasilkan
barangan elektrik, petrokimia dan komponen kenderaan telah menjadi teras pembangunan
industri yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat kepada bandar

7

kuantan . Kedudukan Kuantan yang menguntungkan telah memberikan manfaat kepada
bahan mentah di kawasan pedalamannya, tenaga buruh murah, kemudahan infrastruktur dan
perkhidmatan yang baik, pelbagai insentif dan ekonomi pembandaran yang menarik, adalah
antara faktor berpengaruh yang menyumbang kepada kemajuan sektor pembuatan di bandar
tersebut. Kuantan adalah bandar pertengahan yang banyak menarik pelaburan dalam sektor
pembuatan yang mampu memberikan kesan balas tarikan kepada pusat pertumbuhan utama
seperti Lembah Klang.

Pusat pertumbuhan ini juga membantu memajukan Wilayah Pantai Timur seimbang
dengan pembangunan wilayah-wilayah lain di negara ini. Hal ini turut membuktikan bahawa
bandar pertengahan di kawasan pinggiran boleh turut serta melibatkan diri dengan jayanya
dalam pembangunan ekonomi perindustrian yang berkait secara langsung dengan sistem
ekonomi global. Kejayaan ini dicapai melalui pelaksanaan dasar yang proaktif dun strategi
serta keupayaan agensi di peringkat tempatan dan negeri dalam menyusun dun memajukan
ruang ekonomi bandar kuantan . Oleh itu, jelaslah bahawa bandar kuantan merupakan pusat
pembuatan yang wujud di negeri Pahang.

Peranan bandar kuantan yang terakhir ialah sebagai pusat perkhidmatan asas. Hal ini
dikatakan demikian kerana bandar kuantan telah menyediakan pelbagai kemudahan asas
kepada penduduknya. Sebagai contoh, kemudahan kesihatan dan kemudahan pendidikan.
Kemudahan pendidikan di Kuantan pada peringkat awal iaitu zaman sebelum perang tidaklah
semaju di daerah Bentong dan Kuala Lipis. Hal ini dikatakan demikian kerana kesulitan
sistem perhubungan telah mempengaruhi kemudahan pendidikan, di samping pembangunan
ekonomi yang kurang, taburan penduduk tidak sekata dan komposisi etnik. Pada tahun
1957 ,Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (SABS) telah dibuka dan menjadi salah sebuah
sekolah terkemuka di Pahang dan kemudiannya dapat mengatasi Sekolah Menengah Clifford
di Kuala Lipis. Dalam tahun 1963, Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) pula

8

telah dibuka di samping Sekolah Menengah Alor Akar, Sekolah Menengah Sungai Lembing
dan Sekolah Menengah Ubai yang masing-masing dibina pada tahun 1965. Pendidikan di
Kuantan terus berkembang dan menjadi bertambah penting selaras dengan Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang menekankan sekolah aliran sains, teknik dan vokasional. Dengan
kemudahan pendidikan yang disediakan di bandar kuantan, muncul sekolah-sekolah
vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Maktab Perguruan. Kesan daripada bandar
kuantan sebagai pusat perkhidmatan asas telah menyebabkan golongan cerdik pandai dan
tenaga mahir meningkat. Tuntasnya, jelaslah bahawa bandar kuantan memainkan peranan
penting sebagai pusat perkhidmatan asas.

Kesimpulannya, Kuantan mempunyai pelbagai peranan yang menyebabkan bandar ini
semakian pesat dan membangun. Kuantan dikatakan berasal daripada sebuah perkampungan
nelayan kini berkembang menjadi salah sebuah bandar pertengahan di wilayah pantai timur
Semenanjung Malaysia. Kuantan terletak di muara Sungai Kuantan yang berlumpur, bandar
tersebut pada awalnya tidak mempunyai sebarang tarikan. Oleh itu, pada zaman penjajahan
Inggeris, Kuantan hanya sebuah petempatan yang tidak begitu penting kerana pusat
pentadbiran kerajaan terletak di Kuala Lipis. Keadaan hanya berubah selepas negara
mencapai kemerdekaan.

9

KESAN DARIPADA PEMBANGUNAN BANDAR KUANTAN KEPADA PENDUDUK
SEKITAR.

Pembangunan bandar dapat didefinisikan sebagai kemajuan yang dicapai dari aspek
infrastruktur, ekonomi, sosial,rohani, dan sifat fizikal sesebuah bandar11. Pembangunan
bandar dapat ditafsirkan juga sebagai proses tranformasi sesebuah kawasan yang mundur
menjadi kawasan yang maju dan membangun kesan daripada pertumbuhan bandar iaitu
peningkatan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, peningkatan intensiti kegunaan,
peningkatan taraf dan kualiti kehidupan penduduk. Perkara ini menunjukkan betapa
pentingnya pembangunan bandar dalam menjamin pembangunan yang mapan di sesebuah
bandar.

Pembangunan bandar kuantan sememangnya semakin menjadi-jadi selaras dengan
arus pemodenan yang semakin maju. Hal ini dikatakan demikian kerana Bandar kuantan
berlumba-lumba dalam melaksanakan pembangunan yang mampu memenuhi permintaan
penduduk, malahan menjadi tarikan kepada daerah lain untuk datang mengunjungi Bandar
kuantan. Apabila sesebuah bandar itu mencapai kemajuan dalam pembangunan bandar,
perkara ini akan menjadi mercu dan idola kepada Bandar lain untuk membangun. Tuntasnya,
pelbagai prasarana telah diwujudkan di Bandar kuantan sehingga wujudnya impak yang
positif.

Pembangunan bandar kuantan telah meningkatkan peluang ekonomi kuantan. Dalam
Rancangan Malaysia Ketiga 1976-8012, Kuantan telah dikenalpasti dan dirancang untuk
dijadikan sebagai kutub pertumbuhan Wilayah Timur, salah satu strategi penting untuk
membantu mengimbangkan aras pembangunan wilayah pantai timur ini dengan wilayah-
wilayah lain yang lebih maju di pantai barat Semenanjung Malaysia. Sejak dirancang sebagai
kutub pertumbuhan, Kuantan telah berkembang daripada sebuah pusat pengumpulan hasil

10

pertanian kepada sebuah bandar perindustrian yang penting. Pelbagai projek perindustrian
telah dimajukan di sekitar Kuantan salah satunya ialah kawasan perindustrian Gebeng.
Perkara ini telah menarik perhatian pelabur-pelabur luar untuk datang melabur di dalam
Bandar kuantan. Tuntasnya,berlakulah pertambahan dan pembukaan kawasan baru untuk
mendirikan kilang atau kedai dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk disajikan
kepada masyarakat Bandar kuantan.

Kemasukan pelabur asing ini juga telah membawa kepada pemodenan alat-alat
teknologi yang canggih ke dalam Bandar kuantan seperti mesin-mesin, jentera, alat-alat
komputer dan sebagainya. Perkara ini menyebabkan pengeluar dapat mengeluarkan barang
dan perkhidmatan secara maksimum untuk memenuhi permintaan masyarakat di seluruh
kuantan. Perubahan ekonomi ini juga telah meningkatkan kemudahan-kemudahan di kawasan
Bandar kuantan seperti kemudahan jaringan jalan raya, perhubungan dan telekomunikasi
untuk memudahkan proses penghantaran dan pengedaran barang untuk dipasarkan di seluruh
pelusuk bandar. Hasil daripada peningkatan ekonimi Bandar kuantan mengalami perubahan
fizikal sepeti pertambahan kilang, perumahan, kedai-kedai, jalan raya umpamanya seperti
pembukaan bandar baru hasil daripada kegiatan ekonomi yang giat dijalankan.

Selain itu, pembangunan Bandar kuantan telah menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk sekitar . Pertambahan fizikal bandar kuantan seperti kilang dan kedai telah
memberi pekerjaan kepada penduduk sebagai sumber pendapatan mereka. Jika sesebuah
bandar itu mempunyai banyak peluang pekerjaan, ini akan menarik perhatian penduduk luar
bandar berkunjung dalam mencari pekerjaan serta berlakunya pertambahan penduduk di
sesebuah bandar. Pada tahun 2015, jumlah pemilih bagi negeri Pahang telah mengalami
peningkatan sebanyak 33.5% iaitu seramai 185,702 orang sejak urusan kajian semula
persempadanan yang terakhir dijalankan pada tahun 2003 iaitu daripada 554,321 orang
kepada 740,023 orang.

11

Penambahan penduduk di kawasan Bandar kuantan telah meningkatkan lagi
permintaan terhadap barang dan perkhidmatan. Contohnya, pertambahan penduduk akan
meningkatkan lagi permintaan terhadap tempat tinggal oleh itu, program Perumahan Rakyat
adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan
tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. pemaju akan membina kawasan
perumahan untuk memenuhi permintaan mereka. Hal ini menunjukkan faktor pertambahan
penduduk juga dapat meningkatkan lagi pembangunan fizikal di kawasan bandar. Peluang
pekerjaan yang banyak juga dapat mengubah gaya hidup masyarakat yang rajin bekerja yang
boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat serta menjamin kehidupan yang aman dan
makmur.

Selain itu juga, melalui pembangunan Bandar kuantan juga dapat memperbaiki
kelemahan-kelemahan bandar kuantan sebelum ini dan menambahkan kemudahan-
kemudahan untuk mengelakkan kesilapan yang berlaku sebelum itu daripada terus menular di
kawasan bandar. Pembanguan bandar dalam meningkatkan taraf sistem jalan raya seperti
membina jalan alternatif dan memperlebarkan jalan raya bagi memudahkan penduduk ke
sesuatu tempat serta dapat mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas yang sering
terjadi sebelumnya.Contohnya seperti menambahbaikkan sistem jalan raya. Pada tahun 2013,
penukaran jalan yang telah dilaksanakan 22 julai yang dibuat oleh Majlis Perbandaran
Kuantan13untuk mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu puncak di kawasan bandar
Kuantan . Begitu juga dengan masalah kekurangan dan kerosakan kemudahan-kemudahan
yang mana mencacatkan pemandangan di sesebuah bandar. Melalui pembangunan, ianya
dapat memperbaiki kelemahan dan kerosakan serta dapat membina kemudahan baru hasil
daripada permintaan masyarakat untuk menggunakannya. Oleh itu, pembangunan amat
penting dalam mengenalpasti kelemahan bandar dan memperbaiki masalah tersebut.

12

Kesimpulannya, Pembangunan bandar yang mampan juga perlulah mengambil kira
keadilan sosial kawasan bandar, keperluan sumber manusia asas, kesihatan awam, kesedaran
persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan
mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi,
peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian serta perdagangan menjadi sangat
penting. Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan mapan seperti
kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dan lain-lain ini mempunyai
pandangan yang berbeza. Penyataan ini amat jelas yang pemahaman dan wawasan bagi
kemapanan adalah berbeza bagi setiap orang dan perlu bekerjasama untuk berunding tentang
proses mencapai kemapanan itu tentang pembangunan mapan dan bagaimana untuk
menyumbang. Sesetengahnya berminat dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar,
sesetengahnya berminat dengan pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan
pembangunan sosial. Oleh itu, pihak yang berwajib perlu mengambil langkah-langkah yang
drastik untuk merancang pembangunan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang
menginginkan sesuatu bandar itu selamat,selesa dan aman seperti pembangunan yang mapan
untuk mengelakkan kedidakselesaan masyarakat terhadap bandar kita.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengkaji dapat merumuskan bahawa Bandar Kuantan, Pahang
sememangnya mempunyai sejarah yang menarik untuk dikaji. Pelbagai aspek yang menarik
seperti latar belakang, sejarah pembukaan bandar, perkembangan kampung dan kejayaan
yang pernah diraih. Bagi asal usul dan sejarah awal bandar tersebut, dapat dilihat bahawa
Bandar Kuantan mempunyai latar belakang yang amat mudah untuk difahami. Selain itu,
perkembangan kampung juga telah mengalami kepesatan dengan baik sekali. Dari segi
peranan pula, hal tersebut tercapai apabila adanya kerjasama dan sokongan yang padu
daripada penduduk di seluruh kawasan kuantan.

13

NOTA AKHIR
1 Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2 Nor Syafinaz, Ismar M.S. Usman, Shamsul Azhar Yahya, Nangkula Utaberta, 2016.
“kriteria-kriteria perancangan bandar oleh ibn khaldun “ , vol. 9 ,
http://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/article/download/225/136
3 Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia , 2010.
4 Majlis Perbandaran Kuantan, Jubli Perak 1979-2004 , 2000
5 Mohammed Rozelan Abdul Malek, Kesan Sejarah Dan Tempat-tempat Menarik di Negeri
Pahang, Petaling Jaya: Oscar Book International, 1998
6 Ab. Rahim Haji Selamat, PAHANG , 1987
7 Abdullah Sidek, Perang Tamadun Melayu , Patriots Publishing Sdn Bhd , februari 2020
8 Abdullah Sidek, Perang Tamadun Melayu , Patriots Publishing Sdn Bhd , februari 2020
9 Abdullah Sidek, Perang Tamadun Melayu , Patriots Publishing Sdn Bhd , februari 2020
10 Portal Rasmi Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA)
11 Noraniza Binti Yusoff, Azlizan Talib,Yusuf Pon “Impak Pembangunan Infrastruktur ke
atas Pembangunan Komuniti Penduduk di Daerah Pendang dan Kubang Pasu, Kedah Darul
Aman,Malaysia” Vol.7, 2011
12 Rossa Mariam Binti Annuar, Mohd Hairee Bin Muhammad Din, Faizul Bin A Rahim,
Modul Intensif Pengajian Am Semester 2 , Koperasi SMK Sultan Ismail Berhad , 2021
13 Majalah Majlis Perbandaran Kuantan, Kuantan Bandar Palma, 1978

14

BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER
Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia , 2010.
Peta Lokasi Bandar Kuantan, Pahang

SUMBER SEKUNDER

BUKU :
Ab. Rahim Haji Selamat, PAHANG , Johore Central Stores, Johor Bahru, Johor, 1982
Abdullah Sidek, PERANG TAMADUN MELAYU, Patriots Publishing Sdn Bhd , februari
2020
Mohammed Rozelan Abdul Malek, KESAN SEJARAH DAN TEMPAT-TEMPAT
MENARIK DI NEGERI PAHANG, Oscar Book International : Petaling Jaya , 1998
Rossa Mariam Binti Annuar, Mohd Hairee Bin Muhammad Din, Faizul Bin A Rahim,
MODUL INTENSIF PENGAJIAN AM SEMESTER 2 , Koperasi SMK Sultan Ismail
Berhad , 2021

MAJALAH :
Majalah Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib ( SMART ), INSPIRASI, 2015
Majalah Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (SABS), CITARASA , 2015
Majlis Perbandaran Kuantan, JUBLI PERAK 1979-2004 , 2000
Majlis Perbandaran Kuantan, KUANTAN BANDAR PALMA, 1978
Majlis Perbandaran Kuantan, NEGERI PAHANG SEPINTAS LALU , 1979.

JURNAL ATAS TALIAN :
Akademika 56, BANDAR PERTENGAHAN SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN
INDUSTRI PEMBUATAN DI MALAYSIA: KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR,
januari 2000 : https://ejournal.ukm.my/akademika/article/download/2995/1909

Nor Syafinaz, Ismar M.S. Usman, Shamsul Azhar Yahya, Nangkula Utaberta, 2016,
KRITERIA-KRITERIA PERANCANGAN BANDAR OLEH IBN KHALDUN , vol. 9 :
http://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/article/download/225/136

Noraniza Binti Yusoff, Azlizan Talib,Yusuf Pon, IMPAK PEMBANGUNAN
INFRASTRUKTUR KE ATAS PEMBANGUNAN KOMUNITI PENDUDUK DI DAERAH
PENDANG DAN KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN,MALAYSIA, Vol.7, 2011:
http://repo.uum.edu.my/11916/1/10.pdf

HoHui Ling, ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU, 1941-1945:
PENENTANGAN ORANG CINA MELALUI MALAYAN PEOPLE'S ANTI JAPANESE
ARMY (MPAJA) : http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22919/109_125.PDF

15

SUMBER LISAN :
Haji Othman Bin Chik ( bekas Penolong Pegawai Kesihatan Majlis Perbandaran Kuantan )
Lijah Binti Othman ( penduduk kuantan )
Ruhi Wahyudi Bin Hashim ( penduduk kuantan )
Suhaimi Bin Ahmad (Kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan bahagian Flat Pak
Mahat )

16


Click to View FlipBook Version