The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama Ahli Kumpulan
-Ahmed Amar Danish Bin Mohammad Roslan (35DNA22F1008)
-Muhammad Najmi Bin Mazlan (35DNA22F1007)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amar roslan, 2023-05-18 11:22:34

Perusahaan Binatang Ternakan dan Lain-lain

Nama Ahli Kumpulan
-Ahmed Amar Danish Bin Mohammad Roslan (35DNA22F1008)
-Muhammad Najmi Bin Mazlan (35DNA22F1007)

Nama Pensyarah : Ustaz Ammar Badruddin Bin Romli TAJUK: Perusahaan binatang ternakan dan lain-lain MPU23052-SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM Nama Ahli Kumpulan : -Ahmed Amar Danish Bin Mohammad Roslan (35DNA22F1008) -Muhammad Najmi bin Mazlan (35DNA22F1007) E-FOLIO


Ahli Kumpulan Ahmed Amar Danish Bin Mohammad Roslan (35DNA22F1008) Muhammad Najmi bin Mazlan (35DNA22F1007)


Isi Kandungan Ahli Kumpulan 2 Penghargaan 4 Objektif 5 Pengenalan 6 Perbahasan / Dalil 7 Prinsip Syariah 8 Maqasid Syariah 9 Etika Islam 10 Kaedah Fiqh 11 Cadangan 12 Rumusan 13 Rujukan 14


Penghargaan Assalammualaiakum w.b.t dan salam sejahtera Alhamdulillah, bersyukur ke atas illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Ammar Badruddin Bin Romli kerana dengan penerangan dan tunjuk ajar daripadanya dapat kami selesaikan tugasan ini dengan sukses. Begitu juga dengan rakan sekumpulan yang banyak berkongsi maklumat dan terus memberikan kerjasama yang baik ketika menyelesaikan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan buat kedua ibu bapa kami yang terus memberi dorongan dan semangat untuk kami menyiapkan tugasan ini. Di samaping itu, terima kasih kepada rakanrakan kami yang sentiasa mengingatkan kami mengenai tugasan ini dan membantu kami dalam hal-hal yang kami kurang tahu. Akhir kata , kami mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan tugasan kami yang bertajuk Perusahaan binatang ternakan dan lain-lain. Semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat dan pengajaran kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Terima kasih.


Objektif Kita dapat mengetahui cara bagaimana untuk melakukan perusahaan binatang ternakan dan lain-lain dengan mengikut syariat islam. Dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mengenai perusahaan binatang ternakan dan lain-lain. Dapat memudahkan urusan untuk melakukan perusahaan binatang ternakan dan lain-lain. Proses yang dilakukan dapat kita ketahui dan tidak mendatangkan perasaan curiga. Objektif E-folio ini adalah untuk menyelidik tentang perusahaan binatang ternakan dan lain-lain mengikut spesifikasi sains,teknologi dan kejuteraan dalam islam. Hal ini untuk kita lebih mengetahui mengenai dengan lebih lanjut lagi perusahaan binatang ternakan dan lain-lain mengikut konsep islam . Secara Khususnya , penyelidikan ini adalah seperti berikut:


Penternakan ialah satu kegiatan pertanian yang membiak haiwanhaiwan ternakan. Sebagai seorang umat islam, kita sudah semestinya tahu bahawasenya kaedah penternakan ini telah dilakukan semenjak zaman nabi Adam a.s. Kaedah penternakan ini juga telah diikuti secara turun temurun oleh nabi-nabi seterusnya. Pada zaman moden ini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selokbelok penternakan di dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi seperti industri farmaseutikal, veterinar, industri makanan, selain pertanian dan penternakan. Pengenalan


Perbahasan / Dalil SEJARAH PENTERNAKAN Pekerjaan menggembala atau penternakan merupakan perkerjaan yang umum dilakukan para nabi dan rasul, seperti Nabi Musa, Nabi Daud, dan Nabi Muhammad s.a.w.Menurut catatan sejarah, di masa kecil Nabi Muhammad s.a.w pernah menggembala kambing biri-biri di Mekah. Beliau mengatakan, “ semua sahabat bertanya, “ Bagaimana dengan Anda ya Rasullulah?” Beliau menjawab, “ Tidaklah Allah mengutus seorang nabi kecuali telah menggembala kambing.”. Lalu para sahabat bertanya lagi: Demikian juga engkau?” Beliau menjawab: “Ya, aku dahulu menggembala kambing milik seorang penduduk Mekah dengan imbalan beberapa qiraath.” (HR. Bukhori dan Muslim) (satu qiraath sama dengan satuperduapuluh dinar.) PANDANGAN ULAMA TAFSIR: Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: “...Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.” (Surah Yasin: 72) Dan kami menjadikannya (binatang-binatang) bagi mereka sebagai kenderaan yang tiada halangan bagi mereka mencapai tujuan mereka sehinggalah ianya boleh disembelih. Dengannya, mereka tunggangi ketika bermusafir dan membawa muatan. Daripadanya juga kita boleh memakan dagingnya dan bagi mereka pada binatang itu ada manfaat yang lain selain menunggang dan memakan dagingnya seperti mengambik faedahnya dari bulu-bulunya sebagai pekakas dan sebagai benda yang boleh digunakan sesuatu ketika. Dan binatang itu bagi mereka adalah punca minuman seperti susunya. Apakah mereka masih tidak mensyukuri kepada tuhan yang menciptakanya dan yang mengadakan nikmat-nikmat itu kepada mereka dengan cara beribadat kepadaNya dan taat akan perintahNya.


i)Rabbaniyyah Prinsip syariah iaitu rabbaniyyah boleh dikaitkan dengan taatnya nabi ibrahim kepada perintah Allah SWT . Hal ini Seperti kisah berikut: Pada suatu malam, Nabi Ibrahim A.S bermimpi diperintahkan agar Nabi Ismail disembelih. Hal ini terjadi ketika Nabi Ismail A.S telah mencapai usia remaja. Mimpi itu berterusan, lantas Nabi Ibrahim A.S mengajak Nabi Ismail A.S untuk melaksanakan penyembelihan itu. Tanpa soal Nabi Ismail A.S menuruti ajakan ayahnya. Seperti di dalam Surah As-Saffat ayat 102: َرى ا َت انُظْر َما َذ َب ُحَك َف ْذ ي َأ ِّن ْلَمَناِم َأ َرى ِفي ا ي َأ ِّن اَل َيا ُبَنَّي ِإ َلَغ َمَعُه الَّسْعَي َق َف َلَّما َب ِبِريَن َعْل َما ُتْؤَمُر َسَتِجُدِني ِإن َشاءُهَّللا ِمَن الَّصا ْف َبِت ا َأ اَل َيا َق Maksudnya: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.(AsSaffat: 102)Ketika Nabi Ibrahim A.S hendak menyembelih anaknya, turun wahyu Allah supaya penyembelihan tidak diteruskan namun Nabi Ismail digantikan dengan seekor kambing besar sebagai korban. Peristiwa ini membawa kepada ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam semasa hari raya Aidil Adha. Hal ini mengalakkan untuk umat islam melakukan penternak untuk persiapan melakukan ibadah korban. Prinsip Syariah


Maqasid Syariah i) Memelihara akal Maqasid syariah iaitu memelihara akal boleh dikaitkan dengan perusahaan binatang ternakan dan lain-lain. Sebagai contohnya,haiwan yang manusia pelihara untuk mendapatkan faedah daripadanya. Biasanya penternakan merujuk kepada pemeliharaan lembu, kambing dan kerbau untuk mendapatkan hasil susu, daging, kulit dan membantu manusia membuat kerja di ladang dan di sawah. Menternak ayam, angsa dan itik untuk mendapatkan hasil telur dan daging haiwan tersebut. Manakala, menternak haiwan kuda dan keldai biasanya dijadikan sebagai tunggangan dan untuk membawa barangan atau dijadikan pengangkutan. Hal ini boleh dikaitkan dengan ayat Al Quran dalam Surah Al An’am ayat 142 yang bermaksud: “...binatang ternak ini ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih.” (surah Al An’am: 142) Kesimpulannya, dengan memelihara haiwan ternakan dengan baik, kita dapat menghasilkan bahan mentah yang berkualiti sekaligus dapat menjaga pemakanan dengan baik.


Maqasid Syariah ii) Memelihara harta Maqasid syariah yang lain seperti memelihara harta boleh dikaitkan dengan perusahaan binatang ternakan dan lain-lain. Sebagai contohnya, haiwan ternakan yang lain yang memberi faedah kepada manusia boleh dianggap sebagai haiwan ternakan seperti gajah untuk mengangkat kayu balak, beruk/kera untuk memungut kelapa, lebah untuk hasil madu dan ikan di dalam akuakultur air masin dan air tawar.Haiwan liar yang telah dijinakkan, dipelihara dan dilatih oleh manusia untuk memburu boleh juga dianggap sebagai haiwan ternakan, seperti anjing atau jenis jenis burung helang. Firman Allah s.w.t yang berfirman dalam surah Al-Maeda ayat 4“...binatang buas yang kamu telah ajar dengan melatihnya untuk memburu.” (surah Al Maeda: 4) Kesimpulannya, dengan maqasid syariah ini, kita dapat memelihara harta dengan adanya binatang ternakan yang dilatih mengikut kemahuan kita. Contohnya, anjing-anjing di kilang untuk menjaga atau mengawal kawasan kilang agar barang-barang tidak dicuri.


Etika Islam i)Ketelitian (Itqan) DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN Firman Allah subhanahu wata‘ala: Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayatayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim) 1. Melukakan anggota tertentu: Ulama membahagikan rukun ini kepada 2 mengikut jenis haiwan yang ingin disembelih. Sekiranya haiwan tersebut mampu ditundukkan oleh tenaga manusia seperti lembu, kerbau, ayam dan unta, maka wajib bagi si penyembelih menyembelih di bahagian leher haiwan dengan memutuskan kedua-dua urat halqum (salur nafas) dan urat mari' (salur pemakanan) cara ini dinamakan Ikhtiyari. Bagi haiwan yang tidak mampu ditundukkan oleh manusia seperti haiwan liar seperti burung, rusa dan kijang maka harus disembelih dengan cara melukakan mana-mana anggota haiwan tersebut yang boleh mematikannya. Cara ini turut digunakan untuk haiwan yang terjatuh di dalam lubang dan tidak dapt disembelih di lehernya maka memadai dengan dilukakan haiwan itu dengan luka yang membawa maut. Cara ini dinamakan Idtirari. 2. Haiwan yang halal dimakan: Saya percaya yang para pembaca sekalian sedia maklum jenis-jenis haiwan yang halal dimakan. Haiwan yang haram dimakan seperti babi dan haiwan beracun tidak akan berubah menjadi halal walaupun disembelih. Setiap haiwan perlu disembelih kecuali ikan dan belalang. Maka termasuklah dalam kategori ikan di sini, haiwan-haiwan akuatik yang lain seperti sotong, ketam, udang, kerang dan lain-lain haiwan akuatik dikecualikan daripada kewajipan sembelihan.


Kaedah Fiqh a) Haiwan tersebut perlu diasingkan daripada ruang ternakan asal ke ruang baharu yang bebas daripada elemen najis; b) Ketika tempoh kuarantin dilakukan, haiwan tersebut boleh dibiarkan tanpa makan apa-apa makanan, atau diberi makan dengan makanan yang bersih bebas daripada elemen najis; dan c) Tempoh umum kuarantin adalah sekurang-kurangnya 3 hari dan hendaklah dipastikan hilang bau busuk. Jika selepas tempoh kuarantin tersebut, masih ada kesan bau busuk najis pada haiwan tersebut, maka tempoh kuarantin perlu ditambah sehingga bau busuk itu hilang. i) Keyakinan tidak akan dihilangkan dengan keraguan Kaedah fiqh ini untuk memastikan bahawa tidak berlakunya perasaan waswas daripada pembeli untuk membeli haiwan ternakan tersebut. Kita sebagai penternak mestilah memastikan haiwan ternakan kita diberi penjagaan yang terbaik dan pemakanan yang berkhasiat. Berikut merupakan jenis haiwan ternakan yang tidak berkualiti yang baik; i. Haiwan jallalah bermaksud binatang yang dagingnya berbau busuk disebabkan memakan najis dan/atau hidup di persekitaran najis; ii. Haiwan yang diternak dan dengan sengaja diberikan makan makanan daripada najis 'eini atau makanan yang dihasilkan daripada campuran bahan najis sama ada najis itu dalam kategori najis mughallazah atau mutawassitah adalah haiwan yang diharamkan daripada dimakan jika tidak dilakukan proses kuarantin; Berikut merupakan kaedah kuarantin haiwan Jallalah Akuakultur: Kesimpulannya, kita mestilah menjaga haiwan ternakan dengan baik. Hal ini kerana haiwan ternakan itu akan dijadikan bahan mentah untuk menghasilkan makanan. Jadi, makanan yang hendak dihidangkan mestilah daripada bahan mentah yang selamat dan terbaik.


Cadangan Perkara yang dapat kita tambah baik dalam bidang binatang ternakan adalah memberi makanan yang berkualiti kepada binatang ternakan. Oleh itu, hasil yang akan diperolehi akan lebih berkualiti dan menjadi tumpuan negara luar secata tak lansung dapat meningkatkan ekonomi negara. Seperti contoh daging wagyu. Lembu itu diberi makan sayur organik, jagung dan minuman daripada air sungai yang mengandungi mineral tinggi. Kawasan ternakan perlu dititikberatkan. Hal ini kerana kawasan ternakan yang bersih dan selamat untuk binatang ternakan sangatlah penting. Perkara ini untuk memastikan keselesaan untuk haiwan ternakan sekaligus menjaga emosi dan tidak membuat haiwan ternakan tidak mengalami stres. Penjagaan dan pengawalan yang juga merupakan peranan penting. Hal ini demikian agar jadual pemakanan dan tahap keselamatan haiwan ternakan sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal. Perkara ini juga dapat meningkatkan menjaga mutu haiwan ternakan. Modal yang besar juga mestilah dikeluarkan. Hal ini kerana pada zaman moden sekarang, kebanyakkan barang-barang yang berkualiti adalah daripada barang-barangan yang dikenakan harga yang tinggi. Oleh itu, untuk mendapatkan kualiti yang terbaik mestilah mengeluarkan tenaga dan duit yang banyak.


Rumusan Kesimpulannya, Allah mencipta haiwan dengan pelbagai kegunaan kepada manusia di muka bumi ini sama ada dijadikan sumber makanan, sumber minuman, sumber pengangkutan, sumber ekonomi, sumber pakaian dan banyak lagi. Manusia haruslah mengunakan nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa ta’ala dengan baik dan tidak menggunakannya kepada perkara mungkar. Manusia juga hendaklah bersyukur dengan nikmat yang diberikan agar tidak dimurkai oleh Allah dan tidak memupuk sikap amalan syaitan dalam diri.


Rujukan http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/sejarahsains-dan-teknologi-penternakan.html https://ms.wikipedia.org/wiki/Penternakan https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2210-al-kafi687-haiwan-haiwan-yang-haram-untuk-dimakan-di-dalam-islam https://akumuslim.asia/kisah-nabi-ibrahim-hajar-penyembelihannabi-ismail/ http://dinarafarm.blogspot.com/2014/11/halal-cara-sembelihanyang-sah-mengikut.html Sejarah Sains Dan Teknologi Penternakan Berdasarkan Al Quran Wikipedia bahasa melayu - Penternakan Haiwan-Haiwan Yang Haram Untuk Dimakan Di Dalam Islam Kisah Nabi Ibrahim, Hajar dan Penyembelihan Nabi Ismail Cara Sembelihan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak


Click to View FlipBook Version