PERSATUAN KEBAJIKAN RAUDHAH AL-JANNAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (PPM-006-14-09032015) N0 8, JALAN ENGGANG TIMOR, TAMAN KERAMAT 54200 KUALA LUMPUR Telefon No: 03-42511057 Email: [email protected] MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN KEBAJIKAN RAUDHAH AL-JANNAH KALI KE 01/2022 SECARA DALAM TALIAN TARIKH: 9 JANUARI 2022 MASA: 9.00 PM TEMPAT: DI RUMAH MASING-MASING APLIKASI: GOOGLE MEET Kehadiran: Puan Hjh Rapiaah Binti Ali (Pengerusi) Datin Hjh Sarah Binti Hj Hussein (Pen Pengerusi) Puan Hjh Rosminah Binti Kamsi (Setiausaha) Puan Fatimah Binti Ali (Pen Setiausaha) Puan Hjh Asmalaili Binti Mohd Isa (Pen. Pengerusi II) Puan Siti Azureen Binti Muhammad Ridhuwan Puan Hjh Jamilah Binti Endot (AJK 1 merangkap Bendahari RNRJ) Puan Hjh Noriahanim Binti Udin (AJK III – Pelapis Kesetiausahaan) Tidak Hadir: Puan Hjh Rohani Binti Ghazali (AJK III – Pengurusan RN PKNS) 1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MESYUARAT Mesyuarat di mulai dengan bacaan doa, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Beliau memaklumkan tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk mendapatkan mandat menerima perletakan jawatan Bendahari oleh Puan Hjh Asrobi Binti Muhd Noor. Seterusnya untuk melantik salah seorang dari Ahli Jawatankuasa yang sedia ada bagi mengisi jawatan Bendahari bagi menlancarkan urusan kewangan persatuan RJ. 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AJK KE 01, 02, 03 & 04/2021 Dicadangkan untuk di terima oleh : Disokong oleh : Naib Setiausaha mohon kerjasama semua AJK supaya dapat meneliti minit-minit Mesyuarat AJK yang lepas yang telah pun di papar dalam Grp Whatsapp untuk di terima. Untuk Tindakan: Semua AJK
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARI MESYUARAT AJK 04(2021) - Tiada - 4. LAPORAN KEWANGAN BENDAHARI 4.1 Tiada Laporan Bendahari untuk mesyuarat kali ini. 4.2 Puan Hjh Jamilah Endot AJK merangkap Bendahari RNRJ telah melaporkan kedudukan penerimaan dan perbelanjaan Rumah Ngaji untuk makluman semua seperti di Agenda NO 5. LAPORAN AKTIVITI KEBAJIKAN SEMASA 5. LAPORAN AKTIVITI KEBAJIKAN SEMASA Berikut adalah laporan Puan Hjh Jamilah, AJK I merankap Bendahari RNRJ. 5.1 Pengajian Al-Quran berjalan seperti biasa di kedua-dua Rumah Ngaji RJ dan Rumah Ngaji PKNS. Puan Rohani Binti Ghazali yang merupakan AJK III RJ juga sebagai tenaga pengajar di RN PKNS. Kelas yang diadakan secara percuma pada setiap hari isnin hingga jumaat mempunyai hampir 20 orang pelajar dewasa. Bagaimana pun tabung ada disediakan untuk sedekah ikhlas daripada pelajar. Mesyuarat AJK telah bersetuju untuk meneruskan pemberian saguhati sebanyak RM300 sebulan kepada Puan Rohani di atas initiatif dan usaha murni beliau itu. 5.2 Manakala Rumah Ngaji RJ yang telah beroperasi di rumah Puan Pengerusi sendiri mempunyai 7 pelajar dewasa, yuran yang dikenakan RM50 sebulan. Kelas 3 kali seminggu ini dibimbing oleh seorang Ustaz yang bertauliah. Bayaran saguhati kepada Ustaz dibuat setiap 2 minggu sekali berjumlah RM650 sebulan. 5.3 Pada pertengahan tahun 2021 RNRJ telah mendapat bantuan kewangan daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di bawah naungan Karangkraf. WUIF merupakan sebuah badan di bawah Akta Pemegang Amanah telah membawa roh Nurul Quran agar Al-Quran dibaca, difahami dan diamalkan. Objektif utama WUIF adalah untuk menjadikan kelas Al-Quran percuma tersedia dengan mudah kepada orang ramai melalui kempen #AktifkanRumahNgaji di seluruh negara. 5.4 Secara tidak langsung Rumah Ngaji RJ dan PKNS juga telah mendapat manafaat daripada WUIF di mana sejak Julai hingga Oktober 2021 RNRJ telah menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan. Bermula November 2021 bantuan telah dinaikkan kepada RM600 menjadikan bantuan diperolehi daripada WUIF berjumlah RM900 sebulan. Sehingga kini dana RNRJ yang terkumpul selepas ditolak perbelanjaan adalah sebanyak RM1,950. 5.5 Semua penerimaan dan perbelanjaan RNRJ di urus dan di rekod oleh Puan Hjh Jamilah sebagai Bendahari Rumah Ngaji. Puan Naib Setiausaha mencadangkan supaya sumbangan dari WUIF itu di kreditkan terus ke akaun resmi Persatuan RJ supaya ianya dapat dipantau dan dilaporkan dengan sempurna. Cadangan di sokong oleh Puan Hjh Asmalaili. Untuk tindakan: Bendahari
Jadual di bawah adalah perincian perbelanjaan bulanan RNRJ. 1. Bayaran Ustaz RNRJ RM650 2. Saguhati kepada Puan Rohani (PKNS) RM300 3. Sarapan & Utiliti (RNRJ) RM100 Jumlah RM1,050 6. PERKARA-PERKARA BARU UNTUK KELULUSAN DAN MAKLUMAN 6.1 Mesyuarat telah dimaklumkan mengenai surat perletakan jawatan Puan Hjh Asrobi Binti Muhd Nor bertarikh 29 Disember 2021. Semua AJK telah bersetuju untuk menerima perletakan jawatan beliau sebagai Bendahari berkuatkuasa 1 Januari, 2022. Surat penerimaan rasmi perletakan jawatan Puan Asrobi akan di hantar kepada beliau dengan kadar segera. 6.2 Sehubungan dengan itu Mesyuarat AJK tiada halangan untuk menerima perletakan jawatan Puan Asrobi sebagai Bendahari Persatuan RJ. Bagaimana pun Setiausaha perlu memastikan agar Puan Asrobi dapat menyelesaikan Laporan Penyata Akaun Persatuan RJ yang Berakhir 31 Disember 2022 untuk diaudit oleh Juruaudit Dalaman. Pengauditan perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kelewatan. Beliau juga di minta supaya menyerahkan semua file serta dokumen berkaitan kewangan Persatuan RJ kepada Puan Pengerusi selewat-lewatnya sehingga 31 Mac 2022. Senarai File dan Dokumen yang perlu diserahkan 1. Payment Voucher file sejak penubuhan hingga kini 2. Bank Statement file sejak penubuhan hingga kini 3. Penyata Akaun file sejak penubuhan (sudah di odit) 4. Petty Cash book & Petty Cash file 5. Penyata Akaun Tahun 2021 (kedudukan terkini) 6. Buku Cek Persatuan RJ (BIMB dan Maybank) Terima – 29/12/2021 7. Buku Resit Persatuan RJ Terima – 29/12/2021 8. Baki Petty Cash 9. Dokumen / File dalam bentuk softcopy (jika ada) 6.3 Puan Setiausaha telah mencadangkan Puan Fatimah Binti Ali, Naib Setiausaha mengambilalih sementara jawatan Bendahari dan mencadangkan Puan Siti Azureen Binti Muhammad Ridhuwan dilantik sebagai Naib Setiausaha. Cadangan itu telah dipersetujui sebulat suara berkuatkuasa dengan serta-merta.
6.4 Berikutan dari rombakan kecil Ahli Jawatankuasa tahun 2022 itu, Naib Setiausaha telah memaklumkan perkara-perkara berikut perlu diambil tindakan segera. i. Kemaskini Ahli Jawatankuasa Baru di dalam eROS. Senarai AJK baru perlu dicetak dan di ‘Endorse’ oleh Pendaftar Pertubuhan. ii. Kemaskini Penandatangan Cek di kedua-dua bank akaun rasmi Persatuan RJ sepertimana berikut: Akaun No: 562188315426 MAYBANK Cawangan Setiawangsa, Kuala Lumpur Akaun No: 14032010098011 Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tabung Haji, di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Berikut adalah ‘Penandatangan Cek’ seperti yang dinyatakan di dalam PERLEMBAGAAN PERSATUAN KEBAJIKAN RAUDHAH AL-JANNAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR FASAL 10. KEWANGAN No. 3: “Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut” Penandatangan Pertama: Puan Fatimah Binti Ali Penandatangan Kedua: Puan Rosminah Binti Kamsi atau Puan Siti Azureen Binti Muhammad Ridhuwan Penandatangan Ketiga: Puan Rapiaah Binti Ali atau Datin Sarah Binti Hussein Untuk tindakan: Setiausaha akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertukaran penandatangan serta dokumen yang diperlukan oleh Maybank dan BIMB. 7. LAIN-LAIN HAL 7.1 Puan Setiausaha telah memaklumkan Kelas Tadabbur Surah-surah Pilihan yang dibimbing oleh Ustaz Muhd Hakim Bin Kamal terpaksa ditangguhkan atas sebab ustaz mempunyai komitmen jadual kelas PHD beliau yang sangat padat. Bagaimana pun jemaah yang berminat dengan kelas tadabbur masih boleh berbuat demikian melalui link yang akan beliau kongsi dari masa ke semasa.
7.2 Puan Pengerusi memberitahu mengenai ‘Updating of Customers Profile’ yang di minta oleh Bank Islam melalui surat bertarikh 29 Disember 2021. Tempoh yang diberikan 14 hari dari tarikh surat untuk dikemaskini di BIMB. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut i. Sijil Pendaftaran ROS; dan ii. Senarai Ahli Jawatankuasa terkini yang di ‘Endorse’ oleh Pendaftar Pertubuhan 7.3 Laporan kedudukan Tabung RM1. Mesyuarat difahamkan kedudukan tabung dan cadangan untuk di ‘relaunch’ Tabung RM1 telah diambil maklum bagaimanapun tarikh cadangan belum dapat ditetapkan lagi. 7.4 Puan Naib Setiausaha telah mengambil maklum mengenai bilangan senarai penginfaq tidak sama dengan nama bilangan peserta di dalam Grp Whatsapp Tabung RM1. Beliau akan membantu Puan Asmalaili untuk menyelesaikan perbezaan itu dengan kadar segera. 7.5 Puan Setiausaha mengingatkan Mesyuarat AJK kali ini, ada lagi dua bulan ke bulan Ramadhan, persediaan untuk aktiviti Ramadhan perlu diambil perhatian oleh semua AJK. Satu mesyuarat AJK Kecil untuk menggerakkan aktiviti ini perlu diadakan. Untuk tindakan: Setiausaha 8. UCAPAN PENANGGUHAN Mesyuarat ditangguhkan jam 10.30 pm Disediakan oleh: Disahkan oleh: Disahkan oleh: ................................ ...................................... .................................... Fatimah Binti Ali Hjh Rosminah Binti Kamsi Hjh Rapiaah Binti Ali Naib Setiausha Setiausaha Pengerusi Tarikh: Tarikh: Tarikh: