Sejarah KHAT Tugasan 4 - (BMMB1114) 20 April 2023 Nama : Angka Giliran: No. K/p : Unit : Kod & Nama Kursus : BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN AFZA AFRINA BINTI AIZUL AZLY 2022182310002 041231080388 PPISMP AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU 1 RUMI DAN JAWI Nama Pensyarah : Encik Mohd Zuhairi Bin Raffien
Penghargaan Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga atas segala peluang yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi yang diberikan, tepat pada masanya. Walaupun, terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu saya hadapi. Seterusnya, ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya yang tidak putusputus memberikan semangat dan galakkan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah BMMB1114, Encik Mohd Zuhairi Bin Raffien kerana tidak jemu membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu saya dengan berkongsi bahan rujukan dan sentiasa memberi semangat kepada saya. Tanpa bantuan dan nasihat, tugasan ini tidak dapat disempurnakan.
Isi Kandungan Sejarah Khat Jenis-jenis Khat Penghasilan Khat Rujukan
Pengenalan Secara umumnya khat ialah sejenis kaligrafi yang bermaksud 'garisan'. Manakala dari segi istilah khat merupakan garisan yang dilakar sehingga terbentuk 'huruf-huruf arab' KHAT Kaligrafi berasal daripada perkataan Yunani/ Greek iaitu 'Kalios Grafia' : Kalios bermaksud indah manakala grafia pula ialah garisan atau coretan Apabila digabungkan Kalios grafia bermakna tulisan indah
Menyatakan tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku. Kaligrafi memperoleh kedudukan paling tinggi kerana menonjolkan kedalaman makna seni yang berasal dari nilai dan konsep keimanan. Selain itu, kaligrafi merupakan satu-satunya seni Islam yang dihasilkan murni oleh orang Islam sendiri, tidak seperti jenis seni islam yang lain kerana terdapat pengaruh dari seni non-muslim. Contohnya, seni lukis dan ragam hias. Dr. Venetia Porter, Pengurus Muzium British juga pengkaji kesenian Islam Seni Islam yang bernilai Sejarah ringkas KHAT Syaikh Syamsuddīn al- Afkanī (ahli kaligrafi) "Khat adalah ilmu yang memperkenalkan bentuk huruf tunggal, penempatannya, dan cara merangkainya menjadi tulisan atau apa yang ditulis dalam baris-baris (tulisan)". Pernyataan ini menjelaskan ilmu khat mencukup tatacara menulis huruf, menyusun dan merangkainya dalam komposisi tertentu untuk mencapai keserasian dan keseimbangan yang dituntut setiap karya seni, berdasarkan (kitabnya Irsyad al-Qasid pada bab Hasyr al-'Ulūm)
Asal usul KHAT Tradisi menghafal merupakan perkara lazim yang dilakukan sebelum kedatangan islam. Oleh itu, segalanya hanya disampaikan dari mulut ke mulut tanpa dicatat. Seperti, perjanjian atau transaksi. Namun, semasa ketibaan Islam yang terawal, iaitu zaman Rasulullah Saw. dan Khulafa al-Rasyidin, corak kaligrafi masih kuno dan berkembang apabila digunakan untuk menulis mushaf al-Qur'an sehingga berakhirnya kekuasaan Khulafa al-Rasyidin. Pada ketika itu, Islam menghendaki orang Islam belajar menulis dan muncullah para sahabat yang ahli dalam menulis atau melakukan pencacatan ayat-ayat al-Qur'an seperti Ali Bin Abi Thalib (bukan sahaja seorang pemimpin yang berjaya, malah seorang penulis Khat yang unggul), Zaid bin Tsabit dan lain-lain. Seni kaligrafi atau lebih sinonim dengan nama seni khat telah bermula sejak Islam datang di muka bumi ini. Hal ini diketahui, berdasarkan penulisan khat pertama yang dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke-7. Seni khat ini merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, memaparkan kaligrafi Islam yang teradaptasi dengan perubahan zaman, namun tidak menghilangkan ciri dan nilai keislamannya. Sebelum tulisan diperkenalkan Kedatangan KHAT
Pada kurun ke-16 dan 17 : Seni khat dijadikan medium komunikasi terpenting, iaitu sebagai perantaraan dalam hubungan diplomatik untuk menyampaikan mesej yang diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Soleyman I di wilayah Turki. Pada awal perkembangan khat, peralatan yang digunakan untuk menulis ialah sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, digunakan untuk menulis pada permukaan yang keras. Contohnya buluh, batu, kepingan kulit-kulit tamar dan daun-daun papirus yang menjadi pengganti kertas. Sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. Selepas 100 tahun kewafatan baginda, seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya (Noraini Muhammad 2009), sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan zaman-zaman pemerintahan Islam yang lain seperti zaman kerajaan Umawiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain. Pada kurun ke-10, seni kaligrafi Islam mula tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Perkembangan seni khat diseluruh dunia semakin pesat, seiring dengan perkembangan dakwah Islamiah dan ilmu Islam (Zulina Hassan 2009). Kronologi perkembangan KHAT Tujuan KHAT
Batang resam Namun berbeza apabila khat bertapak di alam Melayu, batang resam digunakan sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelup ke dalam dakwat sebelum tulisan khat dilakar pada kertas. Seni khat yang teradaptasi dengan dunia moden terus berkembang tetapi masih lagi bertapak pada tujuan seni yang asal iaitu dalam konteks keislaman (mentauhidkan Allah). Kini seni khat tidak terbatas untuk dilihat yang terlakar hanya pada kepingan kertas malah menjadi hiasan bercorak islamik yang ditulis pada kepingan cermin, diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turut dijadikan cenderamata sebagai kenangan. Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernah mengatakan, "Selepas aku melihat seni yang terdapat pada khat Arab, aku mengakui bahawa dunia seni lukis masih mundur jika dibandingkan dengan kesenian Islam itu".
Perkembangan khat di Malaysia Khat di Tanah Melayu dapat dikenal pasti apabila Batu Bersurat di Terengganu ditemui. Pada batu bersurat itu telah membuktikan khat Arab telah digunakan sejak ratusan tahun lagi, iaitu, sekitar kurun ke-7 Hijrah (702 H/1303 M) yang telah terpahat di lubuk hati masyarakat Malaysia. Selain itu, bukti khat berkembang di Tanah Melayu ialah apabila terdapat batu pedang yang ditulis padanya kalimah Allah yang mirip menggunakan khat Kufi. Mulai daripada pertemuan bukti khat, telah menjadikan tulisan khat digunakan secara meluas dan dijadikan tulisan rasmi dalam urusan kerajaan (Noraini Muhammad, 2009).
Langkah memartabatkan khat Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Contohnya, tulisan yang diukir pada kayu diwarisi dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam, iaitu pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam, khat diabadikan di atas duit syiling semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-1459). Seterusnya, wang emas diukir dengan khat, pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632-1677). Begitu juga pada alat kebesaran raja seperti cokmar, cop mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan diukir dengan ayat al-Qur'an. Khat juga diabadikan di atas tenunan songket menambahkan lagi keunikan khat di Malaysia. Pameran khat juga sering diadakan di bawah anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain. Hal ini bermotifkan sebagai kebangaan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam.
Jenis-jenis KHAT 1. Khat Kufi Diantara bentuk dan jenis tulisan khat Arab ialah : 2. Khat Nasakh 3. Khat Thuluth 4. Khat Riqa'ah 5. Khat Diwani 6. Khat Ta'Liq Farisi
Pengenalan KHAT Khat kufi merupakan khat yang terawal wujud pada kurun ke-7 sebelum jenis khat yang lain. Setelah seni khat dipelajari secara meluas, lahir bervariasi gaya penulisan khat yang kreatif dan secara tidak langsung meningkatkan martabat seni Islam sebagai unsur seni yang cukup tinggi.
Khat Kufi merupakan khat tertua. Khat ini memperoleh nama bersempena nama sebuah kota al-Kufah yang terletak di Irak, akibat daripada gaya tulisan yang mahsyur. Sesetengah penulis khat menyatakan khat Kufi berasal daripada tulisan Nabati, Hirah, dan Anbari. Khat Kufi digunakan sejak zaman awal kebangkitan Islam untuk menyalin mushaf, menulis surat untuk diberi kepada kerajaan-kerajaan besar seperti Kisra di Parsi, Hercules di Rom dan raja Mesir. Namun, khat Kufi masih lagi relevan dan popular di kalangan penulis kaligrafi zaman moden yang masih mendalami dan mempelajari gaya ini. Hal ini disebabkan oleh, bentuk tulisan yang fleksibel dan boleh berkembang untuk menghasilkan variasi bentuk tulisan Kufi dan memberikan peluang kepada para kaligrafi berinovasi. Khat Kufi
Ciri-ciri Khat Kufi Khat kufi merupakan tulisan yang tidak mempunyai titik ataupun baris. Malah, khat Kufi dibahagikan kepada dua cabang pecahannya iaitu ditulis secara bebas yang disebut sebagai gaya Tahrir ataupun secara perkiraan geometri iaitu menggunakan ukuran berserta darjah kesesuaian. Khat kufi pada zaman sekarang banyak digunakan pada perhiasan pada untuk rumah-rumah kediaman, bentuknya yang bersegi, bergaris lurus dan tegak sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunanbangunan. Seperti yang terdapat di dalam masjid Putra, Putrajaya.
Ciri jenis Khat Kufi Murabba Digelar juga khat empat segi kerana bentuk hurufnya serta susunannya, kerana setiap huruf yang ditulis di dalam khat ini hendaklah disusun memenuhi ruang yang ada. Susunan ini mengakibatkan terhasilnya bentuk lurus yang tidak bulat atau melengkung. Alatan yang diperlukan untuk menghasilkan khat ini ialah pensel dan pembaris. Khat ini merupakan khat geometri yang digunakan untuk penghasilan logo.
Kufi Fatimi Kufi kuno Jenis-jenis Khat Kufi Kufi empat segi (Murabba) Kufi Moden
Khat Nasakh Seni khat yang sangat halus bahkan tulisan yang paling mudah untuk dibaca dan difahami kerana merupakan tulisan utama yang digunakan untuk mushaf alQur'an memandangkan gaya khat lain agak sukar untuk difahami. Khat ini dinamakan khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Khat ini diperkenalkan buat pertama kali oleh Abu Ali Muhammad Bin Ali Bin Muqlah atau dikenali sebagai Ibn Muqlah (228 H) yang telah membawa perubahan dari khat Kufi kepada khat Nasakh. Perkembangan khat Nasakh telah diteruskan oleh penulis zaman selepas Ibn Muqlah iaitu Ali Bin Hilal atau dikenali Ibn al-Bawwab (413 H).
Ciri-ciri Khat Nasakh Terdapat beberapa ciri-ciri khat Nasakh, antaranya ialah mudah dibentuk, lembut, praktikal dan mudah dibaca kerana mempunyai baris. Tulisan khat Nasakh ini digunakan pada zaman sekarang untuk menulis al-Quran, akhbar dan majalahmajalah ilmiah. Khat Nasakh merupakan khat yang diajarkan di sekolah. Khat Nasakh telah dimurnikan oleh penulis Arab iaitu al-Wazir Abu Aly Muhammad Ibn Muglah dan adiknya Abu Abdullah alHassan dengan mewujudkan peraturan dalam penulisan khat Nasakh iaitu, menentukan jarak antara huruf. Hal ini telah memudahkan seseorang untuk membaca.
Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Khat Thuluth dinamakan sedemikian kerana huruf menegaknya yang ditulis dengan mata pen yang mempunyai ukuran lebar menyamai satu per tiga (1/3). Khat ini juga dikenali sebagai 'Raja Khat'. Penulis khat yang handal dapat dikenal pasti apabila menguasai khat Thuluth. Hal ini berlaku kerana, khat Thuluth mempunyai gaya yang cukup indah namun sukar dikuasai. Kecantikan gaya khat ini bukan sahaja ditulis bertujuan untuk didokumentasikan, bahkan menjadi hiasan kepada dinding masjid dan kelambu kaabah serta bangunan. Khat ini merupakan pecahan daripada cabang khat Kufi. Khat Kufi yang hampir sama dengan khat Thuluth ialah khat Tumar. Apabila memasuki empayar kerajaan Turki Othmaniah, gaya khat Thuluth dipecahkan kepada dua jenis, iaitu gaya A'adi iaitu gaya Thuluth biasa dan gaya Jali (Mutarakibah dan Muta'akisah). Gaya Jali ialah tulisan Thuluth yang diperbesarkan penulisan asalnya oleh Mustafa Raqim dan dikelaskan dengan kaedah Masyaq oleh Muhammad Syauqi Afendi (1304 H). Khat Thuluth
Ciri-ciri Khat Thuluth Seni Khat Thuluth ditulis dengan perlahan berbanding dengan seni khat yang lain, mengakibatkan khat Thuluth lebih sesuai dan diutamakan penggunaannya dalam penghasilan karya seni. Selain itu, hurufnya lebih besar daripada huruf khat Nasakh, mudah dibentuk dan mudah dibaca kerana mempunyai baris, ia juga bersifat dekoratif dan mempunyai seni-seni tersendiri. Khat Thuluth Khat Thuluth Jali Khat Thuluth A'adi
Khat Riqa'ah Riq'ah berdasarkan kamus bahasa ialah cebisan kertas dan ditulis secara pantas di atas garisan lurus, namun terdapat beberapa aksara yang ditulis daripada atas garisan ke bawah daripada garisan iaitu huruf (غ، ع، ج، ح، خ .(Khat ini diperkenalkan pada zaman Turki, Othmaniah sewaktu pemerintahan Sultan Abd al-Majid Khan (1280 H). Penulis yang memperkenalkan khat Riqa'ah ialah Mumtaz Bik, individu yang berbangsa Turki. Khat Riqa'ah terhasil daripada percampuran khat Diwani dan Siaqat. Khat ditulis dengan pantas dan matanya agak tebal namun masih jelas dan mudah dibaca. Khat ini dicipta untuk menyeragamkan kesemua bentuk tulisan bagi memudahkan urusanurusan rasmi.
Ciri-ciri Khat Riqa'ah Bentuk huruf yang kecil, tegak, ringkas dan tidak menggunakan baris serta tiada tanda bacaan. Tulisan khat ini menjadi tulisan harian buat masyarakat Arab dan ini lebih tertumpu untuk menulis nota kuliah dan surat-menyurat. Khat Riqa'ah terkenal di Mesir dan negara utara Afrika.
Khat Diwani diperkenalkan oleh Ibrahim Munif iaitu seorang penulis khat selepas pembukaan Kota Istanbul (Constantinople) yang ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Kemudian, Mumtaz Bik (1280 H) telah mengembangkan khat ini, supaya menjadi tulisan yang mudah dibaca. Khat Diwani terbahagi kepada dua iaitu Diwani biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum). Namun, khat biasa lebih banyak digunakan oleh penulis khat. Asas kedua-dua jenis khat Diwani ini ialah berbentuk bulat dan melengkung. Khat ini ditulis secara lembut dan dibentuk mengikut kehendak penulis. Keindahan khat Diwani dipaparkan pada kesenian hurufnya yang melengkung dan memerlukan kemahiran penulis khat untuk menulis mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Hashim Muhammad al-Baghdadi dan Syed Ibrahim antara penulis khat Diwani yang terkenal. Khat Diwani
Ciri-ciri Khat Diwani Pada zaman semasa khat Diwani sedang berkembang, tulisan ini bertujuan menjaga rahsia kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada gabenor-gabenor untuk menggelakkan rahsia kerajaan bocor ke tangan musuh yang berkemungkinan berniat jahat kepada kerajaan Islam. Oleh hal yang demikian, tulisan berbentuk condong ke kiri, lembut, bindar dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris dihasilkan. Namun, kini Khat Diwani digunakan untuk menulis sijil, watikah dan hiasan.
Gaya khat yang agak berbeza kerana lengkung hurufnya yang menarik. Kecondongan huruf khat ini lebih ke kiri daripada ke atas menjadikan seni khat ini lebih unik. Gaya khat ini pertama kali ditulis oleh Hasan al-Farisi sekitar abad ke-4 Hijrah dan menjadi tulisan utama kepada penduduk Parsi dan juga mempengaruhi bangsa Hindi. Jika dilihat kepada pertandingan khat Antarabangsa yang dianjurkan IRCICA, kebiasaannya pemenang kategori khat Farisi akan didominasikan oleh peserta dariapada Iran dan Turki kerana merupakan tulisan utama bangsa Iran dan rakyat Turki. Tulisan ini masyhur di Pakistan, India, Iran digunakan untuk menulis buku-buku, tanda nama jalan dan sebagainya. Khat ini diindahkan oleh Sultan Ali al-Mashudi dan diperbaharui oleh Mir Imad al-Husni di Iran dan Muhammad al-Yasari di Turki. Khat Ta'liq Farisi
Ciri-ciri Khat Farisi Tulisan khat Farisi condong ke kanan. Titiknya hanya separuh segi dan tidak mempunyai baris dan hiasan.
PENGHASILAN KHAT . Khat yang digunakan untuk menghasilkan khat ini ialah gabungan antara khat diwani thuluth, diwani nasakh dan kufi.
Kesimpulan Kita perlu mencintai dan mempelajari khat kerana khat merupakan antara sumber rezeki kepada individu yang mempunyai bakat dan kesungguhan. Selain itu, khat merupakan seni Islam yang perlu diwarisi kerana banyak mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan muslim. Khat juga digunakan untuk menulis pada lukisan-lukisan kesenian yang bersifat dakwah.
Rujukan
SEKIAN, TERIMA KASIH