The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imhilmi.ibrahim, 2022-09-25 07:56:03

MANUAL_MUDAHNYA_TANAM_SERAI

MANUAL_MUDAHNYA_TANAM_SERAI

MANUAL MUDAH TANAM SERAI

DR. MOHAMAD HILMI BIN IBRAHIM

1

PRAKATA
Alhamdulillah syukur saya panjatkan kepada Allah
S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Makalah kecil ini adalah sedikit
cebisan pengalaman yang saya perolehi pada suatu
ketika pernah menjadi petani. Semoga sedikit usaha kecil
ini dapat membantu para petani untuk memajukan
tanaman serai InsyAllah.

2

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
CIRI- CIRI FIZIKAL SERAI
INDUSTRI SERAI DI MALAYSIA
PENANAMAN SERAI DI MALAYSIA

1. Benih serai
2. Penyediaan Tanah
3. Proses Menanam
4. Proses Penjagaan
5. Proses Penuaian
6. Proses Lepas Tuai
7. Penilaian Pulangan Pelaburan

Tanaman Serai Seekar
PENUTUP

3

PENDAHULUAN
Serai makan ataupun lemongrass dalam bahasa Inggeris
merupakan salah satu bahan asas bagi kebanyakan
masakan. Selain masakan ekstrak minyak serai juga turut
digunakan sebagai bahan dalam pembuatan pewangi,
sabun, gula-gula, minuman dan sebagainya. Merurut
jabatan perhutanan Malaysia serai adalah subspecies
didalam keluarga rumput dan berasal dari Negara India.

Rajah 1: Serumpun serai yang sihat

1

Rajah 2: Kebun serai yang subur dan teratur

CIRI- CIRI FIZIKAL SERAI

Kebiasaanya serai yang ditanam dapat hidup selama-

mana rhizomnya mengeluarkan anak.

Walaubagaimanapun tempoh yang terbaik untuk

penghasilan serai dengan nisbah berat adalah diantara 8

bulan hingga ke satu tahun. Ciri-ciri fizikal serai yang

dapat dikenalpasti adalah setiap rhizom membiak

dengan rapat antara satu sama lain dan daunya akan

keluar bersama-sama batang.

Ketinggian serai boleh mencapai 1 meter. Daun serai
adalah berbentuk tirus dan tidak mempunyai tangkai

2

(sesil), berwarna hijau, lurus dan tersusun. Batang serai
adalah berwarna putih kehijauan dan kebiasaan
mempunyai berat sekitar 100 hingga 150 gram. Serai
makan di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga jenis
yang utama iaitu serai peha ayam, serai kampung dan
serai gajah.

3

Rajah 3: Sebatang serai yang matang dan sesuai untuk dituai
INDUSTRI SERAI DI MALAYSIA

Industri serai di Malaysia sentiasa mendapat permintaan
yang tinggi terutamanya permintaan semasa musim
perayaan. Harga serai dapat dibahagikan kepada harga
ladang dan harga runcit. Harga ladang adalah harga
jualan serai secara borong di ladang. Harga jualan borong
adalah sekitar RM 2 hingga RM 2.50 sekilogram.
Manakala harga runcit adalah harga jualan serai secara
timbang runcit dan jualan per ikat. Harga jualan runcit
biasanya RM 4 sekilogram atau seikat (6 hingga 8 batang)
RM 2.

4

Serai makan biasanya dijual di pasar hari, pasar pagi dan
di kedai runcit. Pasar borong juga turut dipasarkan serai
dalam kuantiti yang banyak mencecah 200 kg per hari
berbanding pasar hari dan pagi yang memasarkan serai
sekitar 50 kg sehari.

PENANAMAN SERAI DI MALAYSIA

Untuk mendapatkan pulangan yang lumayan dari hasil
serai, para petani perlu memberi perhatian kepada
beberara perkara:

1. Benih serai
Benih serai yang akan ditanam sebaiknya diambil
daripada induk serai yang sihat dan bebas
penyakit. Benih perlu dipotong 2 inci dari
batangnya. Daun-daun serai tua juga perlu
dibuang untuk mendapatkan benih serai yang
berkualiti. Akar induk juga sebaiknya dibuang
dari benih untuk mendapatkan akar baru yang
bermutu dan bebas daripada penyakit dan
5

nematode (serangga-serangga kecil). Sebaiknya
benih serai direndam beberapa hari didalam air
bersih untuk mendapatkan pertumbuhan akar
yang baharu.

Rajah 4: Benih serai sesuai untuk ditanam
2. Penyediaan Tanah

Serai adalah tanaman yang mudah tumbuh di
kebanyakan jenis tanah samada tanah pamah,
bukit dan pasir. Tanah yang terbaik untuk
penamanam serai secara komersil adalah tanah
pamah kerana mengadungi kandungan nutrient

6

yang tinggi. Tanah tersebut perlulah terbuka dan
tidak dinaungi oleh pokok tinggi untuk
memberikan serai mendapat cahaya matahari
yang cukup untuk pertumbuhan.

Rajah 5: Tanah pamah perlu dibersihkan terlebih
dahulu

Tanah yang akan digunakan untuk penanaman
serai sebaiknya perlu dibajak terlebih dahulu bagi
memastikan pengaliran pengudaraan yang
mencukupi untuk pertumbuhan serai.

7

Rajah 6: Tanah perlu digembur terlebih dahulu untuk
pengudaraan tanah

Serai juga boleh ditanam diatas batas untuk
memudahkan pengurusan tetapi melibatkan kos
membuat batas. Pembajaan ketika proses
penyediaan tanah boleh dijalankan dengan
menggunakan baja tinja ayam.

Rajah 7: Serai ditanam diatas batas

8

Rajah 8: Baja tinja ayam digunakan sebelum kerja
penanaman dijalankan

3. Proses Menanam

Serai sebaiknya ditaman bermula pada waktu
awal pagi. Pancaran haba matahari yang kurang
pada waktu ini dapat mengelakkan benih serai
daripada terhidrasi dan membantutkan
pertumbuhan serai.

Sebelum kerja menanam dijalankan lubang
terlebih dahulu perlu dikorek sekitar 10-15 cm
dalam dan sekitar luas 100 cm2. Jarak diantara
setiap lubang antara 2 setengah hingga 3 kaki

9

untuk pertumbuhan dan pembukaan daun serai
yang baik. Selain itu jarak ini juga penting supaya
kerja-kerja pengjagaan seperti meracun, menebas
dan membaja menjadi lebih mudah.

10

Rajah 9: Kerja-kerja penanaman serai dijalankan

Sebaiknya bagi setiap lubang 2 hingga 3 batang
serai dimasukkan untuk pertumbuhan yang
cepat. Kaedah untuk menanam serai adalah
secara V atau I (lihat rajah). Kaedah V adalah lebih
digalakkan untuk mendapatkan pertumbuhan
rhizom yang lebih banyak dan cepat. Kebiasaanya
untuk 1 ekar kawasan para petani memerlukan
sekitar 100 hingga 150 kilo benih serai untuk
kerja-kerja penanaman.

11

4. Proses Penjagaan
Proses penjagaan serai adalah amat mudah. Serai
tidak memerlukan sistem pengairan untuk
penjagaannya, cukup dengan air hujan bagi
kawasan yang purata hujan semingggu sekali.
Setelah umur serai sebulan para petani adalah
digalakkan untuk menjalankan kerja menbaja
dengan menggunakan baja sebatian NPK
12:12:12. Kuantiti baja untuk satu rumpun serai
yang dicadangkan ialah 1 sudu (lihat gambar)

12

Rajah 10: Baja sebatian dan sukatan yang diperlukan
Untuk kerja-kerja merumpai para petani boleh
memilih samaada memotong rumpai
menggunakan mesin rumput atau meracun
rumpai. Untuk meracun, racun rumput yang
dicadangkan ialah racun yang mengandungi
bahan aktif Ametryn 45% atau lebih dikenali
sebagai ‘racun susu’ oleh kebanyakan petani. Ini
adalah kerana racun jenis ini adalah tidak
berkesan keatas tumbuhan yang mempunyai
daun tirus seperti serai.

13

Rajah 11: Racun rumpai yang berkesan untuk
tanaman serai

Serai juga selalu di serang oleh beberapa serangga
dan moluska. Antara jenis serangga yang selalu
menyerang serai ialah ulat pengorek batang dan
siput babi. Untuk mengelakkan serangan
serangga dan kulat para petani digalakkan untuk
menggunakan racun furadan (lihat gambar)
selepas 2 minggu penanaman. Selepas 4 bulan
penanaman petani harus sekali lagi meletakkan
racun tersebut. Kaedah menggunakan racun

14

tersebut dengan menggali sedikit lubang di tepi
rumpun dan memasukkan satu sudu teh racun
kedalam lubang tersebut. Pastikan para petani
memakai sarung tangan dan penutup hidung dan
mulut (mask) untuk mengelakkan keracunan.

Rajah 12: Serangan ulat pengorek batang

15

Rajah 13: Racun yang sesuai untuk membasmi ulat
pengorek batang dan siput babi

5. Proses Penuaian

Setelah serai berusia 8 hingga 9 bulan (diameter
batang ½ inci), serai sudah boleh dituai. Untuk
proses menuai untuk jualan komersil, petani
biasanya akan menuai serumpun ke serumpun
mengikut permintaan. Untuk serai yang matang
dan sihat, serumpun serai dapat mengeluarkan
purata bersih serai 4 hingga 5 kilo.

16

Rajah 13: Ukuran yang sesuai untuk kerja penuaian
serai

17

Rajah 14: Kerja-kerja mengorek rumpun serai
18

Rajah 15: Kerja-kerja memisahkan rumpun serai
19

Rajah 16: Kerja-kerja memotong batang serai
mengikut ukuran standard

Serai yang telah dituai tersebut perlu terlebih
dahulu dibuang sedikit di bahagian akar bagi
memudahkan kerja-kerja mengasing dan
membersihkan setiap batang serai. Serai yang
telah diasingkan akan dipotang 2 inci dari
banagian hujung batang, dibuang daun serai yang
tua dan dibuang akar yang masih ada (lihat
gambar).

20

6. Proses Lepas Tuai
Setelah serai disiang, serai adalah digalakkan
direndam dengan air untuk memastikan
kesegaran serai. Selepas diangkat dari rendaman
serai bolehlah di masukkan kedalam raga plastik
muatan 50 kilo ataupun guni dedak besar. Untuk
jualan runcit serai akan diikiat 6-8 batang seikat.

21

Rajah 17: Kerja-kerja rendaman dan pengumpulan
serai didalam bakul

7. Penilaian Pulangan Pelaburan Tanaman Serai
Seekar

Secara kasarnya untuk keluasan 1 ekar kos untuk
penanaman serai adalah seperti berikut.

a. Kos menggembur seekar RM 600
b. Kos belian benih serai RM 300
c. Kos baja RM 600
d. Kos racun RM 400

22

e. Kos lain RM 200
Jumlah RM 2100

Untuk pengiraan pulangan untuk seekar
pula adalah seperti berikut;

a. Berat bersih serai serumpun 4 kg

b. Berat bersih serai seekar 4000 kg

c. Harga borong serai RM 2/kg

d. Pulangan untuk seekar RM 8000

PENUTUP

Industri penamaman serai sememangnya boleh
mendatangkan pulangan yang besar sekiranya
diusahakan dengan meggunakan teknik yang betul.
Selain itu juga serai adalah tanaman selingan
menguntungkan bagi petani-petani yang
mengusahakan tanah tanam semula dan terbiar.

23

24

BIODATA PENGARANG

Mohamad Hilmi bin Ibrahim

berasal dari Baling, Kedah.

Berkelulusan Ph.D. dalam

Biodiversiti daripada Universiti

Brunei Darussalam. Bertugas

sebagai pensyarah di Fakulti Sains

Teknologi dan Sumber UNIMAS.

Boleh dihubungi melalui email

[email protected]

25

BIBLIOGRAFI
26


Click to View FlipBook Version