The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8221055, 2023-07-02 08:30:03

Penyalahgunaan Dadah

Buku skrap

Keywords: Penyalahgunaan dadah

Dadah PPeennyyaallaahhgguunnaaaann AHLI : NURIN NABIHAH BT ZAINUDIN (5 Aspirasi) NURERVIEKA BT RUSIDILBUKHARI (5 Aspirasi)


ISI KANDUNGAN 02 Bil. Perkara Muka surat Penyalahgunaan Dadah Isi Kandungan Penghargaan Pengenalan Dadah Jenis-jenis Dadah Kesan Penyalahgunaan Dadah PPDa Penutup 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 01 02 03 04 05 06 - 07 08 - 09 10


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan buku skrap digital ini dengan penuh sukses. Di kesempatan ini kami ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi tunjuk ajar untuk kami menyiapkan tugasan ini. Ucapan ini juga kami ingin memberikan kepada rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkaan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan baik sekali. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang telah memberi pelbagai sokongan dalam menjayakan tugasan ini dengan penuh harapan. Sekian,terima kasih. PENGHARGAAN 03


Apa itu dadah? Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). 04


Jenis-jenis dadah OPIAT Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. STIMULAN Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-typestimulants (ATS)" dan kokain. DEPRESEN Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubatubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsifungsi tubuh. 05


Kesan Penyalahgunaan Dadah Kebersihan Diri Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan : Prestasi Pelajaran Kesihatan Mental Hubungan Sosial Status Kewangan 06


Freelance Portfolio 2023 08 Hubungan Sosial Ketagihan tidak mempunyai ruang untuk kehidupan sosial Ketagihan juga mengubah personaliti, menyebabkan diri menjadi lebih mudah marah dan cemas daripada biasa. Semasa menggunakannya, pengguna mungkin berasa suka bergaul, tetapi otak akan berada di latar belakang, menuntut untuk mengetahui bila pengambil boleh melarikan diri untuk mendapatkan lebih banyak lagi. Dadah STATUS KEWANGAN Beban Kewangan Akibat Penyalahgunaan Bahan Penyalahgunaan Dadah adalah Mahal Masalah Kesihatan dan Bil Perubatan 07


Pada 28 Februari 1983,Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan 'Dadah Musuh Utama Negara' . Dalam hal ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama : Pengurusan dan kepimpinan Kurikulum Kokurikulum Pembentukan Sahsiah Apa itu PPDa? Matlamat Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah’ . 08


Freelance Portfolio 2023 08 Rasional Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan. PPDa OBJEKTIF 1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. 2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. 3. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni. 4. Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah. 09


Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara: Lebih Baik Cegah Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara: Lebih Baik Cegah 10


Click to View FlipBook Version