The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminurahim, 2019-11-04 01:32:33

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SUK NEGERI PANTAI TIMUR 2019

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



PERATURAN AM
KARNIVAL SUKAN SUK NEGERI PANTAI TIMUR 2019
KUANTAN PAHANG




1. PENGELOLA



1.1 Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019, Kuantan Pahang ini akan
di kelolakan sepenuhnya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pahang dan Persatuan-
persatuan sukan Negeri Pahang.

1.2 Bagi maksud pengelolaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang akan
menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa sebagaimana berikut.

1.3 Sebuah Jawatankuasa Pengelola yang akan membuat perancangan dan
mengelola bagi semua program-program dan aktiviti Karnival Sukan
SUK Negeri Pantai Timur 2019 dan menubuhkan jawatankuasa-
jawatankuasa kecil yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa
Pengelola.


1.4 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang selaku tuan rumah
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 adalah
bertanggungjawab sepenuhnya dalam mempastikan segala dasar yang
telah di putuskan oleh Jawatankuasa Induk di laksanakan dengan baik
dan sempurna atas kerjasama Jawatankuasa Pengelola serta
jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang ditubuhkan.



2. TARIKH KEJOHANAN

2.1 Temasya Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 Kuantan,
Pahang ini akan di langsungkan pada :

29 November - 1 Disember 2019








Dikemaskini : 29 Oktober 2019 1

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



3. JENIS SUKAN

3.1 Sukan-sukan yang akan di pertandingkan adalah sebagaimana berikut:-

3.1.1 Futsal (Lelaki)
3.1.2 Bola Jaring ( Wanita)
3.1.3 Badminton (Campuran Lelaki/Wanita)
3.1.4 Ping Pong ( Campuran Lelaki/Wanita)
3.1.5 Golf (Lelaki)




4. PENYERTAAN

4.1 Penyertaan didalam Karnival Sukan SUK Negeri pantai Timur 2019 ini
terbuka kepada semua Pejabat Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang, Terengganu dan Kelantan.

4.2 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang akan mengeluarkan surat
undangan penyertaan kepada semua Pejabat-pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu.


JUMLAH ANGGOTA PASUKAN
BIL SUKAN
PEGAWAI LELAKI WANITA

1 Futsal 3 16

2 Bola Jaring 3 12
3 Badminton 2 9 4

4 Ping Pong 2 9 4

5 Golf 2 8
JUMLAH 12 42 20


4.3 Semua Pegawai, pemain dan penyokong wajib memakai pakaian
menutup aurat sepanjang karnival berlansung ( wajib seluar tight
bewarna gelap sekiranya memakai seluar pendek ).





Dikemaskini : 29 Oktober 2019 2

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



5. STATUS PEMAIN / ANGGOTA PERKHIDMATAN

5.1 Hanya anggota Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan anggota
Unit/Bahagian di bawah kawalan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
sahaja LAYAK menyertai Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur
2019.

5.2 Anggota dari Jabatan & agensi di bawah Kerajaan Negeri yang lain
adalah TIDAK LAYAK menyertai Karnival Sukan SUK Negeri Pantai
Timur 2019.

5.3 Anggota-anggota yang berkhidmat secara tetap, kontrak atau pinjaman
adalah layak untuk menyertai Karnival Sukan SUK Negeri Pantai
Timur 2019 ini. Bagaimanapun tarikh lantikan kontrak dan pinjaman
hendaklah melebihi 6 bulan dari tarikh kejohanan.

5.4 Had umur bagi kategori veteran ialah 45 tahun bagi lelaki dan 40 tahun
bagi wanita ke atas pada tarikh kejohanan.

5.5 Had gred bagi peserta pegawai adalah juga tertakluk kepada jenis sukan
yang di pertandingkan tetapi tidak kurang dari gred 41 dan ke atas.

5.6 Mana-mana pemain yang sedang atau telah mewakili Negara pada tahun
2016 dan selepasnya tidak layak bermain didalam sukan yang
diwakilinya. Bagaimanapun mereka di benarkan untuk bermain di dalam
lain-lain jenis sukan.



6. YURAN PENYERTAAN

6.1 Setiap kontingen SUK Negeri yang mendaftar bagi menyertai Karnival
Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 adalah di kenakan bayaran
Yuran Penyertaan berjumlah RM 1,500.00 (Ringgit Malaysia : Satu
Ribu Lima Ratus Sahaja). Yuran penyertaan ini hendaklah di bayar atas
nama “Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang (KESUKEP), No Akaun :- 8005351967 / CIMB
sebelum atau pada 15 November 2019.


6.2 Yuran penyertaan ini akan di kenakan kepada semua kontinjen samada
mereka mengambil bahagian dalam semua jenis sukan atau sebahagian
sahaja.




Dikemaskini : 29 Oktober 2019 3

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



7. PENDAFTARAN


7.1 Setiap kontinjen hendaklah mendaftarkan nama pegawai dan pemain
secara online di web http://suktimur.pahang.gov.my

7.2 Tarikh pendaftaran secara online akan di buka sebagaimana berikut :-

7.2.1 Tarikh Pengesahan Jenis Sukan
07 November 2019

7.2.2 Tarikh Pendaftaran Pemain
11 – 15 November 2019

7.3 Dokumen-dokumen berikut adalah diperlukan bagi pengesahan
pendaftaran secara online:-

 Salinan Kad pengenalan
 Slip gaji (3 bulan)
 Salinan Penyata KWSP (BAGI SELAIN PESERTA YANG
BERJAWATAN BERPENCEN)
 Gambar berukuran passport.

7.4 Sebarang pertukaran pemain selepas tarikh tutup secara on line adalah
dibenarkan dengan bayaran sebanyak RM 100.00 bagi setiap pemain
yang di tukarkan. Pertukaran tersebut hanyak boleh di buat di
sekretariat, Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019.

7.5 Semua borang penyertaan yang lengkap dengan senarai nama pemain
mestilah disahkan di dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan
yang akan di adakan sehari sebelum pertandingan di jalankan.

7.6 Setiap pemain hanya di benarkan untuk didaftaran bagi 2 (dua) jenis
sukan sahaja dan hanya 1 (satu) kategori dalam setiap acara yang di
pertandingkan.













Dikemaskini : 29 Oktober 2019 4

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



8. PERATURAN TEKNIKAL / FORMAT PERTANDINGAN

8.1 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis
Sukan Negeri Pahang dan Persatuan Sukan Negeri akan menetapkan
format-format pertandingan bagi setiap jenis sukan yang di
pertandingkan di Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019.

8.2 Semua jenis sukan hendaklah selesai di pertandingkan mengikut tempoh
sebagaimana di tetapkan oleh Jawatankuasa Induk, Karnival Sukan
SUK Negeri Pantai Timur 2019.

8.3 Semua jenis sukan kecuali sukan Golf akan dijalankan secara liga satu
pusingan di peringkat awal. Pasukan yang berjaya menduduki
kedudukan satu dan dua layak ke pusingan Akhir bagi menentukan
juara.

8.4 Jawatankuasa Induk berhak untuk mengubahsuai format pertandingan
dalam tujuan melicinkan lagi perjalanan pertandingan serta mencakupi
tempoh yang telah ditetapkan.

8.5 Pemberian mata akan di berikan bagi perlawanan peringkat kumpulan
ialah :-

 Futsal & Bola Jaring : Menang 3 mata, Seri 1 Mata dan Kalah
0 mata
 Badminton & Ping Pong : Menang 3 mata, Seri 1 mata dan Kalah
0 mata

8.6 Sekiranya 2 atau lebih pasukan terikat dengan mata yang sama maka
kiraan penentuan mata di buat sebagaimana ketetapan di dalam
Peraturan pertandingan bagi setiap jenis sukan.



9. JADUAL PERLAWANAN

9.1 Jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan
tempat pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola,
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019.

9.2 Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada setiap kontingen
setelah di sahkan oleh Jawatankuasa Pengelola.




Dikemaskini : 29 Oktober 2019 5

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



10. PENANGGUHAN

10.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/ dijadualkan
sama sekali tidak boleh di tangguh atau di ubah oleh mana-mana
pasukan yang mengambil bahagian.

10.2 Jawatankuasa Pengelola diberikan kuasa mutlak untuk menangguh atau
mengubah sesuatu perlawanan atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakan.


10.3 Mana-mana perlawanan yang tangguhkan maka Jawatankuasa Tenikal
Pertandingan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang
tertangguh itu serta merta.


10.4 Setiap peserta di kehendaki berada di padang atau gelanggang
perlawanan selewat-lewatnya 10 minit sebelum perlawanan bermula.
Kegagalan pasukan hadir dalam tempoh 15 minit dari masa yang
dijadualkan untuk memulakan perlawanan, maka pasukan tersebut
dianggap menarik diri dan kemenangan percuma akan diberikan kepada
pihak lawan dengan pemberian 3 mata.



11. PERLAWANAN YANG DI TUNDA


11.1 Perlawanan akan ditunda atau diberhentikan sekiranya:-

 Sekiranya pengadil berpendapat perlawanan tidak boleh diteruskan
dan perlu ditangguhkan atas sebab-sebab di luar jangka atau
bencana atau atas faktor keselamatan atau sebab-sebab teknikal
makan Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan SUK
Negeri Pantai Timur 2019 Kuantan, Pahang akan membuat
keputusan dan keputusan tersebut adalah muktamad.

 Sekiranya Pengadil memberhentikan perlawanan atas sikap pegawai
atau pemain sesebuah pasukan yang gagal mengawal emosi, maka
kemenangan akan di berikan kepada pasukan lawan dan ia tidak
dikategorikan sebagai perlawanan tertangguh. Jawatankuasa
Pengelola akan mengemukan lapuran kepada Pihak Pengurusan
Sumber Manusia pejabat SUK berkenaan untuk tindakan tatatertib.
Kesalahan-kesalahan ini termasuk kesalahan di bawan perkara 15.5.



Dikemaskini : 29 Oktober 2019 6

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019




12. MENARIK DIRI

12.1 Menarik diri dalam mana-mana perlawanan adalah tidak dibenarkan sama
sekali. Pasukan-pasukan akan di anggap menarik diri dari kejohanan
didalam keadaan-keadaan berikut:-

 Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau
gagal menurunkan bilangan minimum pemain pada permulaan
permainan yang telah dijadualkan kecuali atas sebab-sebab yang
boleh diterima oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 Kuantan, Pahang.

 Jika pasukan enggan meneruskan permainan atau meninggalkan
padang/gelanggang sebelum tamat masa perlawanan.


 Jika sesebuah pasukan memberikan kemenangan percuma; atau

 Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanan dalam
pertandingan tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan SUK Negeri Pantai
Timur 2019.



13. KEMUDAHAN

13.1 Jawatankuasa pengelola hanya bertanggungjawab menyediakan
kemudahan asas yang berkaitan dengan penganjuran Karnival Sukan
SUK Negeri Pantai Timur 2019.

13.2 Keperluan Kontinjen termasuk makan-minum, penginapan dan
pengangkutan adalah di bawah tanggungjawab kontinjen masing-masing.

13.3 Kontinjen atau pasukan adalah bertanggungjawab menyediakan pakaian
serta kelengkapan peserta seperti jersi, kasut, raket dan sebagainya.

13.4 Setiap pasukan kecuali golf hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya
2 set jersi yang berlainan warna bagi mengelakkan warna jersi yang
serupa semasa perlawanan.






Dikemaskini : 29 Oktober 2019 7

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



14. PEGAWAI TEKNIKAL, PEGAWAI PERTANDINGAN DAN PENGADIL

14.1 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang akan bekerjasama dengan
Majlis Sukan Negeri Pahang bertanggungjawab melantik pegawai-
pegawai teknikal, pegawai pertandingan serta pengadil atau hakim
berdasarkan cadangan dari pihak Persatuan Sukan Negeri.

14.2 Pihak pengelola akan mempastikan pengadil-pengadil atau hakim yang
bertugas adalah terdiri dari mereka-mereka yang bertauliah,
professional atau berpengalaman dalam sesuatu acara sukan.

14.3 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menyediakan pembantu
pengadil dan penjaga garisan untuk semua acara pertandingan.

14.4 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang melalui Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan akan melantik dengan rasminya seorang
Pengerusi Pertandingan dan Pengurus Pertandingan daripada kalangan
ahli persatuan sukan yang terlibat. Pengurus pertandingan adalah
bertanggungjawab untuk mempastikan segala persiapan Teknikal dan
Pertandingan serta di laksanakan mengikut Peraturan Am dan Peraturan
Pertandingan Sukan berkaitan serta panduan-panduan yang di tetapkan
oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dengan kerjasama
Jawatankuasa Pengelola.

14.5 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang melalui Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan adalah bertanggungjawab melantik seorang
atau lebih Pegawai Teknikal bagi sukan-sukan yang di pertandingkan.
Tanggungjawab pegawai teknikal tersebut adalah sebagaimana berikut:

 Melantik pegawai-pegawai teknikal dan hakim/pengadil
kejohanan Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019.

 Melawat dan mengesahkan venue-venue pertandingan sesuai
untuk digunakan bagi tujuan pertandingan Karnival Sukan SUK
Negeri Pantai Timur 2019.

 Menyedia, menyemak dan mengesahkan jadual-jadual
perlawanan bagi Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur
2019.

 Menentukan semua perlawanan dijalankan mengikut
peraturan/jadual pertandingan yang telah di tetapkan.





Dikemaskini : 29 Oktober 2019 8

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



14.6 Menentukan jadual tugas, pegawai-pegawai pertandingan seperti
hakim, pengadil, penjaga garisan yang di lantik untuk mengadili
perlawanan yang telah di aturkan sebagaimana jadual pertandingan.



15. PEGAWAI, PEGAWAI SIMPANAN DAN PENYOKONG

15.1 Hanya pegawai dan pemain simpanan sesebuah pasukan yang
bertanding pada sesuatu masa sahaja di benarkan untuk berada di
kawasan bangku simpanan.

15.2 Warna pakaian pegawai dan pemain yang berada di bangku simpanan
mestilah berbeza dengan pegawai perlawanan dan pemain yang
sedang beraksi di padang/gelanggang.

15.3 Pegawai pasukan yang berada di bangku simpanan hendaklah
sentiasa mengawal tingkah laku mereka, bersopan dan
bertanggungjawab.

15.4 Penyokong setiap pasukan hendaklah berada di tempat atau kawasan
yang di tentukan oleh Jawatankuasa Pengelola melalui Jawatankuasa
Teknikal & Pertandingan.

15.5 Pegawai pasukan dan pemain yang duduk di bangku simpanan serta
penyokong sama sekali di larang melakukan perkara-perkara
berikut:-

i. Memasuki padang permainan tanpa kebenaran pengadil
ii. Melakukan provokasi samada dengan perkataan mahupun
perbuatan, mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan
atau isyarat lucah kepada pegawai pasukan, pemain atau pegawai
perlawanan.
iii. Membantah keputusan pengadil samada dengan perkataan,
perbuatan atau niat yang boleh menimbulkan keresahan penonton
iv. Merokok di kawasan bangku simpanan atau kawasan teknikal
v. Merosakkan peralatan bangku simpanan atau melakukan perkara-
perkara yang boleh merosakkan bangku simpanan dan kawasan
teknikal serta sebarang peralatan pengelolaan.
vi. Membaling atau melontar sebarang objek kedalam padang
permainan.






Dikemaskini : 29 Oktober 2019 9

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



16. RAYUAN / BANTAHAN

16.1 Sebarang rayuan atau bantahan berkaitan dengan sesuatu perkara
boleh di buat oleh Ketua Kontinjen/Pengurus Pasukan secara bertulis
kepada Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan dalam tempoh tidak lebih
30 minit atau berdasarkan peruntukan masa mengikut jenis
pertandingan, sebagaimana yang di tetapkan oleh peraturan sukan
masing-masing. Selepas tamat sesuatu perlawanan selepas tamat
sesuatu perlawasanan dengan di sertakan wang tunai sebanyak
RM 300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja) sebagai wang
pemprosesan.

16.2 Wang pemprosesan tersebut tidak akan di kembalikan dan akan menjadi
hasil kepada Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan SUK Negeri
Pantai Timur 2019 tidak kira samada rayuan atau bantahan adalah
munasabah atau tidak atau samada ianya diterima atau di tolak oleh Juri
Rayuan dan Bantahan.

16.3 Bantahan berkaitan status pemain hanya boleh di buat pada pusingan
awal sahaja dengan memberikan pembuktian yang kukuh. Sebarang
bantahan berkaitan status pemain yang dibuat selepas pusingan
pertama tidak akan dilayan.

16.4 Bantahan terhadap keputusan mengenai perkara-perkara berkaitan
teknikal yang diputuskan oleh pengadil atau hakim adalah tidak
dibenarkan. Segala keputusan Jawatankuasa Rayuan dan bantahan
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 adalah muktamad.
barang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada setiap kontinjen
setelah di sahkan oleh Jawatankuasa Pengelola.



17 JURI RAYUAN / BANTAHAN

17.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan SUK Negeri
Pantai Timur 2019 bagi pihak Jawatankuasa Induk berhak
menentukan Juri Rayuan melalui penubuhan Jawatankuasa Juri Rayuan
dan Bantahan yang akan membuat keputusan muktamad berkaitan
masalah-masalah berhubung dengan Karnival Sukan SUK Negeri
Pantai Timur 2019 terutama bantahan-bantahan yang di ajukan oleh
kontinjen-kontinjen Negeri.






Dikemaskini : 29 Oktober 2019 10

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019



17.2 Ketua Kontinjen atau wakilnya boleh mengemukakan soalan atau
bantahan secara bertulis dengan di sertakan bukti kepada Juri Rayuan
ini. Selain dari itu Juri Rayuan boleh mencampuri mana-mana perkara
yang bukan teknikal yang diluar bidang kuasa Juri Rayuan yang di
tubuhkan oleh tiap-tiap sukan.

17.3 Juri Rayuan berhak mendapatkan maklumat-maklumat dan mana-mana
pihak yang berkaitan dengan perkara yang akan di bin cangkan untuk
membuat keputusan.

17.4 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan SUK Negeri
Pantai Timur 2019 boleh melantik ahlinya seramai lima (5) orang
daripada Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan, Majlis Sukan Negeri
Pahang, Persatuan Sukan berkenaan dan dua (2) wakil dari Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkecuali sebagai Juri Rayuan.
Pengerusi Juri Rayuan hendaklah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan atau wakilnya.

17.5 Keputusan Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan ini adalah muktamad.



18 HADIAH DAN PENENTUAN ACARA

18.1 Hadiah-hadiah yang akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 adalah sebagaimana
berikut:-

18.2 Piala dan Pingat kumpulan bagi setiap jenis sukan.

18.3 Satu Piala pusingan Khusus untuk juara keseluruhan akan di sediakan.
Penentuan juara keseluruhan akan dibuat berdasarkan pungutan pingat
terbanyak. Sekiranya punggutan pingat emas sama oleh 2 atau lebih
kontinjen penentuan akan berdasarkan punggutan pingat perak dan
seterusnya.












Dikemaskini : 29 Oktober 2019 11

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019








PINGAT

BIL SUKAN PIALA PIALA
KUMPULAN KESELURUHAN
1 FUTSAL 1 ( 19 )

2 BOLA JARING 1 ( 15 )
3 BADMINTON 1 ( 15 ) 1

4 PING PONG 1 ( 15 )

5 GOLF 1 ( 10 )

JUMLAH 5 ( 74 ) 1





19 GANTIRUGI

19.1 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Jawatankuasa Induk,
Jawatankuasa Pengelola, Pegawai dan petugas tidak akan
bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan
samada ianya melibatkan jiwa mahupun fizikal yang mungkin berlaku
kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam Karnival Sukan
SUK Negeri Pantai Timur 2019 sepanjang temasya ini berlangsung.

19.2 Semua kontinjen yang mengambil bahagian adalah di nasihatkan untuk
mengambil perlindungan insuran masing-masing.




20 LAIN – LAIN

20.1 Pejabat SUK Negeri hendaklah menentukan warna tema masing-masing
dan berlainan di antara kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

20.2 Jawatankuasa Pengelola berhak mengambil atau membuat keputusan
kepada sebarang perkara yang tidak berbangkit dan yang tidak tercatat
dalam peraturan am.



Dikemaskini : 29 Oktober 2019 12

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019






20.3 Sebarang keputusan yang di buat oleh Jawatankuasa Induk atau
Jawatankuasa pengelola Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur
2019 adalah muktamad.

20.4 Sebarang keputusan yang di buat semasa Mesyuarat Pengurus-
pengurus Pasukan bagi setiap jenis sukan adalah muktamad dan tidak
boleh di bantah selagi ianya tidak bercanggah dengan Peraturan Am
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 serta keputusan
Jawatankuasa Pengelola.

20.5 Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur
2019 juga mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa kelayakan
peserta-peserta yang di daftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya
terdapat peserta yang tidak layak menyertai sukan ini sebagaimana
tercatat di dalam Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan maka
penyertaan peserta terbabit akan dibatalkan. Jika peserta itu mewakili
pasukan maka kemenangan pasukan itu akan di batalkan. Sekiranya ia
bermain dalam acara individu maka kemenangan dalam acara tersebut
akan dibatalkan. Sebarang kemenangan pingat juga akan dibatalkan.

20.6 Semua peraturan yang terkandung di dalam peraturan ini adalah
terpakai untuk semua acara sukan yang di pertandingkan kecuali
terdapat sebarang penyataan yang jelas serta terperinci di dalam
peraturan pertandingan bagi setiap jenis sukan yang di pertandingkan.

20.7 Mana-mana perkara yang tidak di peruntukkan didalam peraturan ini
akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan tersebut
adalah muktamad.










Seketeriat
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
29 Nov – 01 Dis 2019



Dikemaskini : 29 Oktober 2019 13


Click to View FlipBook Version