PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN FUTSAL
1. AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Am,
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang
berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah diterima
oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan 1 berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:-
1.3.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN &
TERENGGANU 2019 berasaskan kepada Undang-undang FIFA serta
telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR,
KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019 adalah MUKTAMAD.
2. TARIKH PERTANDINGAN
2.1 10 Februari 2019
3. TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Indoor Arena, Educity Sports Complex
4. PENYERTAAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai dan kakitangan Pejabat
SUK Negeri sepertimana yang dinyatakan dalam para 6.1 & 6.2 ketetapan dan
1
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
Peraturan AM PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR
NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
4.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar 2 pasukan sahaja
4.2.1 Seorang Pengurus Pasukan
4.2.2 Seorang Penolong Pengurus Pasukan
4.2.3 Seorang Jurulatih
4.2.4 Seorang Penolong Jurulatih
4.2.5 10 orang pemain termasuk pemain simpanan
* 2 Pemain VETERAN perlu didaftarkan (40 tahun keatas) dan
seorang pemain Veteran WAJIB berada di dalam gelanggang
sepanjang permaian berlangsung.
4.3 Jumlah pemain di atas gelanggang pada setiap masa adalah terdiri daripada
4 pemain terbuka dan 1 pemain Veteran dan yang selebihnya adalah sebagai
pemain simpanan. Pemain Veteran akan dikenalpasti dengan pemakaian
WRIST BAND yang akan disediakan penganjur.
4.3 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah DISAHKAN oleh YB Setiausaha
Kerajaan Negeri / Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.
5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
5.1 24 Januari 2019
6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
6.1 Mensyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum tarikh
pertandingan (tertakluk kepada perubahan).
6.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta
beserta dengan Kad pengenalan atau Pas Khas Peserta. Pertukaran
pendaftaran nama pemain adalah dibenarkan dengan bayaran wang
pemprosesan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja) bagi
setiap pertukaran peserta.
2
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah
MUKTAMAD.
6.4 Kehadiran mesyuarat pengurus pasukan ini adalah WAJIB. Kegagalan
berbuat demikian boleh dikenakan denda oleh penganjur sebanyak RM 300.00
(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja)
7. SISTEM PERMAINAN
7.1 Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang terkini yang
berkuatkuasa, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Undang-undang FIFA
serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
7.1.1 Pakaian
a) Semua pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor jersi
yang dipakai sepanjang kejohanan dan senarai pemain
hendaklah diserahkan kepada urusetia kejohanan lima belas
(15) minit sebelum perlawanan pertama bermula.
b) Setiap pasukan dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 1
set jersi berlainan warna dan bernombor. Jika pengadil
perlawanan berpendapat bahawa jersi kedua-dua pasukan
adalah sama atau hampir sama, maka pasukan yang
dicatatkan kemudian di dalam jadual perlawanan dikehendaki
menukar warna jersi atau memakai ‘beep’ bagi perlawanan
tersebut.
c) Penjaga gol hendaklah memakai jersi warna yang berbeza
daripada pemain- pemain yang lain dan juga pengadil.
d) Semua ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang
nyata di lengan kiri jersi. Sekiranya ketua pasukan digantikan,
maka lilitan lengan yang tersebut hendaklah diserahkan pula
kepada pemain yang mengambil alih sebagai ketua pasukan.
3
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
e) Kontinjen digalakkan mencetak logo masing-masing pada jersi
atau t-shirt yang dipakai setiap perlawanan
7.1.2 Format Pertandingan
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan PROGRAM
PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR,
KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019 mempunyai hak
menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan berasaskan
kepada pengesahan jumlah pasukan.
a) Seorang pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan
sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya
kalah/menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain
maka penyertaan kedua-dua pasukan yang berkenaan adalah
dibatalkan.
b) Jumlah minima pemain dalam satu pasukan bagi setiap
perlawanan ialah 3 orang tidak termasuk cedera. Pasukan yang
bermain kurang daripada 3 orang dalam sesuatu perlawanan
akan dibatalkan perlawanan tersebut dan akan diisytihar kalah.
Pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di atas padang
akan diberi kemenangan percuma dengan jumlah jaringan 3-0.
c) Pertukaran pemain melalui pertukaran terbang – semua pemain
kecuali penjaga gol masuk dan keluar secara bebas, pertukaran
penjaga gol mesti di buat apabila bola keluar dari permainan
dan dengan perhatian pengadil. Pemain yang keluar mesti
keluar gelanggang terlebih dahulu sebelum pemainan
simpanan masuk.
d) Mana-mana pemain yang telah digantikan dibenarkan bermain
semula dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil
tendangan penalti.
4
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
e) Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan
kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan akan mengandungi 4
pasukan. Kedudukan pasukan yang berdaftar akan diundi
untuk menentukan kumpulan masing-masing.
f) Semua perlawanan di peringkat awal dijalankan secara round
robin. Perlawanan suku akhir dan seterusnya akan dijalankan
secara kalah mati.
g) Johan & Naib Johan di peringkat kumpulan akan layak ke
pusingan seterusnya. Kriteria pasukan yang dinilai adalah
berdasarkan kepada bilangan gol/jumlah bolos /bilangan kad
amaran kesalahan pemain (Fair Play)
7.1.3 Peraturan Tendangan Penalti
a) Pengadil yang akan memilih gol tempat tendangan penalti
diambil.
b) Tendangan pertama akan diambil oleh pasukan yang menang
undi dengan cara ’toss of coin’. Tiga (3) tendangan hendaklah
diambil secara berselang-seli oleh pemain-pemain dari kedua-
dua pasukan.
c) Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol daripada
lawannya akan dikira sebagai pemenang.
d) Sekiranya setelah mengambil ketiga-tiga tendangan penalti,
kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama atau
tidak menjaringkan sebarang gol, maka undian secara ”toss of
coin” akan dilakukan untuk menentukan pemenang.
5
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
7.1.4 Pemain Yang Diberikan Amaran / Buang Padang
a) Mana-mana pemain yang menerima dua amaran (kad kuning)
dalam satu perlawanan, adalah dengan sendirinya digantung
satu perlawanan berikutnya.
b) Mana-mana pemain pemain yang mendapat kad merah atas
sebab pergaduhan atau kekecohan akan digantung bermain
dua perlawanan sepanjang kejohanan.
c) Semua pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab ke
atas pemain dan penyokong serta memastikan tiada kejadian
tidak diingini berlaku.
d) Mana-mana pengurus atau jurulatih / pegawai pasukan /
pemain yang melakukan kesalahan menimbulkan kekecohan
atau pergaduhan di dalam atau di luar padang semasa
pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai
melakukan kesalahan berat dan Urusetia Kejohanan berhak
membatalkan penglibatan pasukan tersebut dalam kejohanan
ini.
e) Hukuman kad kuning bermula daripada pusingan awal hingga
akhir (carry forward)
7.1.4 Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan
a) Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang
tercatat di dalam jadual Pertandingan rasmi dan hanya boleh
dipinda dengan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan Bola Tampar PROGRAM PENINGKATAN
KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH,
KELANTAN & TERENGGANU 2019
b) Masa perlawanan ialah 7 minit separuh masa pertama dan
separuh masa kedua serta 1 minit waktu rehat.
6
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
c) Semua pasukan wajib mematuhi jadual perlawanan dan tiada
masa menunggu.
7.1.5 Pemberian Mata atau Penentuan Pasukan Pemenang
a) Dua (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang Satu
(1) mata bagi pasukan yabg seri dan tiada (0) mata bagi yang
kalah.
b) Dalam perlawanan liga satu pusingan, penentuan pasukan-
pasukan teratas atau pemenang adalah mengikut susunan
hirarki seperti berikut:-
i. 2 Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi, dikira
sebagai layak ke peringkat Kalah Mati.
ii. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mendapat
mata yang sama, maka penentuan pasukan teratas
atau pemenang adalah berasaskan kaedah-kaedah
seperti berikut:
✓ Kaedah perbezaan gol iaitu pasukan yang
mempunyai perbezaan antara jaringan gol
”masuk” dengan jaringan gol ”kena” akan
menduduki tempat yang lebih tinggi.
✓ Jika masih sama, maka pasukan yang telah
menjaringkan bilangan gol yang paling banyak
akan dikira sebagai pemenang.
✓ Jika masih sama, maka pasukan yang
mengalahkan lawannya dalam pusingan awal
akan dikira sebagai pemenang.
7
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
✓ Jika keputusan perlawanan awal di antara
mereka seri maka Jawatankuasa pertandingan
akan menentukan keputusan dengan tendangan
penalti ’sudden death” atau ”toss of coin”
(mengikut kesesuaian semasa)
✓ Bagi perlawanan Peringkat Kalah Mati,
sekiranya berkesudahan dengan seri, maka
pemenang akan ditentukan dengan tendangan
penalti mengikut peraturan – peraturan yang
ditetapkan di para 7.1.3.
✓ Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Futsal PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH,
KELANTAN & TERENGGANU 2019 akan
menentukan keputusan dan keputusan adalah
MUKTAMAD.
7.1.6 Bilangan Pemain Yang Tidak Mencukupi
a) Sekiranya mana-mana pasukan kekurangan pemain apabila
Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada
waktu yang dijadualkan maka pasukan berkenaan tidak layak
bertanding dan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Futsal PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI
TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN &
TERENGGANU 2019 akan membuat keputusan yang mana ia
adalah MUKTAMAD.
7.1.7 Penangguhan Perlawanan
a) Jawatankuasa pertandingan akan memutuskan kedudukan
perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak
dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
8
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut adalah
diambil kira.
b) Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama
dan Jawatankuasa pertandingan berpendapat perlawanan
tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka keputusan
perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem tendangan
penalti, tanpa mengambilkira sebarang jaringan diperolehi oleh
kedua-dua pasukan dalam separuh masa pertama.
c) Jika perlawanan diberhentikan selepas separuh masa kedua
dan Jawatankuasa pertandingan berpendapat perlawanan
tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah
diperolehi sehingga perlawanan diberhentikan akan diambilkira.
Pasukan yang mempunyai lebihan jaringan gol akan diberi
kemenangan. Walau bagaimanapun, jika masa perlawanan
diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan
seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan
sistem tendangan penalti.
d) Jika perlawanan diberhentikan atas sebab-sebab disiplin (kad
merah) dan hanya tinggal 2 orang pemain sahaja di atas
padang, kemenangan 3-0 akan diberi kepada pihak lawan
8. BANTAHAN
8.1 Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan
hendaklah di buat secara lisan kepada Pengadil yang bertugas ketika itu.
Kemudian tersebut hendaklah di kemukakan secara bertulis kepada Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Futsal tidak lewat 30 minit selepas
tamat pertandingan tersebut. Surat Bantahan hendaklah ditandatangani oleh
Pengurus Pasukan dengan disertakan bersama wang pemprosesan berjumlah
RM 1,000.00 (Rnggit Malaysia: Seribu Sahaja). Wang tersebut tidak akan
dikembalikan samada bantahan tersebut berjaya atau ditolak oleh
Jawatankuasa.
9
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
8.2 Sebarang bantahan berkaitan kelayakan pemain hanya boleh di buat semasa
mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang dibuat selepas itu akan ditolak.
Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah MUKTAMAD.
9. JAWATANKUASA BANTAHAN
9.1 Ahli Jawatankuasa Bantahan
Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Setiausaha : Pengurus Sukan Pertandingan Futsal
Ahli : Wakil Jawatankuasa Pengelola
Pegawai Teknikal Futsal
Sebarang keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD.
10. HADIAH
10.1 Hadiah-hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah seperti berikut:-
KEDUDUKAN HADIAH
JOHAN Empat Belas (14) Pingat Emas
NAIB JOHAN Empat Belas (14) Pingat Perak
KETIGA BERSAMA Dua Puluh Lapan (28) Pingat Gangsa
10
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019