Karnival Sukan Suk Negeri Pantai Timur
Kuantan Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019
PERATURAN PERTANDINGAN
SUKAN FUTSAL
1. AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung di dalam
Peraturan Am, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-
undang Permainan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa
(FIFA) dan Peraturan-peraturan Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM)
1.2 Sekiranya Timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya,
maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada
Ketetapan & Peraturan Am Karnival Sukan SUK Negeri Pantai
Timur 2019.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bolasepak Karnival
Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 berasaskan Kepada
Undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa
(FIFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan Bolasepak Karnival Sukan SUK Pantai Timur
2019 adalah Muktamad.
2 TARIKH PERTANDINGAN
29 Nov – 01 Dis 2019
3 TEMPAT PERTANDINGAN
Komplek Sukan IIUM
1
Dikemaskini : 29 Oktober 2019
Karnival Sukan Suk Negeri Pantai Timur
Kuantan Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019
4 PENYERTAAN
4.3 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai dan
Kakitangan Pejabat SUK Negeri sepertimana yang dinyatakan
dalam para 4 & 5 Ketetapan dan Peraturan Am, Kejohanan
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019.
4.4 Setiap kontinjen hanya di benarkan untuk mendaftarkan satu (1)
pasukan sahaja yang terdiri daripada:-
- 1 Pengurus
- 1 Jurulatih
- 1 Fisioterapi
- 16 orang pemain termasuk
- 3 orang pemain Veteran - UMUR 45 TAHUN KE
ATAS
- 2 orang pegawai Gred 41.
Seorang pegawai dan seorang pemain veteran wajib
berada di dalam padang semasa perlawanan
berlangsung.
4.5 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah disahkan oleh YB
Setiausaha Kerajaan Negeri / Timbalan Setiausaha Kerajaan
Negeri masing-masing.
5 TARIKH PENDAFTARAN
5.3 Tarikh Pendaftaran adalah berdasarkan para 7.2 Peraturan Am
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019.
6 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum
tarikh pertandingan (tertakluk kepada perubahan).
6.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama
peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau Pas Khas Peserta.
Pertukaran pendaftaran pemain adalah dibenarkan dengan
bayaran sebanyak RM 100.00 ( Ringgit Malaysia : Seratus Sahaja)
6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus
Pasukan adalah muktamad.
2
Dikemaskini : 29 Oktober 2019
Karnival Sukan Suk Negeri Pantai Timur
Kuantan Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019
7 PAKAIAN
7.1 Semua pasukan wajib mendaftarkan sekurang-kurangnya dua
(2) set jersi atau baju T yang berlainan warna dan wajib
mengiystiharkan warna yang akan digunakan sewaktu menjadi
pasukan tuanrumah. Pasukan tuan rumah adalah pasukan yang
di sebut dahulu dalam jadual pertandingan. Pasukan pelawat
hendaklah memakai warna jersi yang berlainan.
7.2 Pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor jersi yang
di daftarkan sahaja. Nombor jersi yang di daftarkan hendaklah
bermula dari nombor 1 hingga 19 sahaja. Jersi penjaga gol
hendaklah berlainan warna dari pemain-pemain lain. Nombor jersi
di hadapan hendaklah berukuran 10cm, tinggi. Pemain-pemain
yang didapati memakai nombor jersi lain dari didaftarkan akan
dikenakan tindakan tatatertib. Sekiranya siasatan mendapati
pengurusan pasukan terlibat tidak mengambil tindakan bagi
menetapkan nombor jersi boleh dikenakan tindakan sewajarnya
oleh Jawatankuasa Teknikal & pertandingan Bola Sepak Karnival
Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019.
7.3 Setiap pasukan mesti menyediakan dua (2) set jersi (baju dan
stokin) berlainan warna. Dan pemain hendaklah memakai
nombor jersi yang sama yang telah di daftarkan didalam borang
senarai 19 pemain bagi mengelakan dari kekeliruan kad kuning
yang dikeluarkan oleh pengadil yang bertugas.
7.4 Pasukan yang nama nya disebut dahulu pasukan tersebut dikira
tuan rumah hanya untuk menentukan warna jersi dan pasukan
disebut kemudian sebagai pasukan pelawat, sekiranya warna
jersi sama pasukan pelawat wajib dikehendaki menukarkan jersi
warna lain.
7.5 Pemain adalah wajib memakai seluar tight bewarna gelap
sekiranya memakai seluar pendek dan shin guard sepanjang
perlawanan berlangsung.
3
Dikemaskini : 29 Oktober 2019
Karnival Sukan Suk Negeri Pantai Timur
Kuantan Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019
8. FORMAT PERTANDINGAN
8.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Sepak Karnival
Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 mempunyai hak
menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan
berasaskan kepada pengesahan jumlah pasukan.
8.2 Pertandingan akan dijalankan secara “Round Robin” dalam
satu kumpulan.
8.3 Mata perlawanan
Menang 3 Mata
Seri 1 mata
Kalah 0 mata
8.4 Dua (2) pasukan yang mana memungut mata tertinggi daripada
(3) pasukan yang bertanding layak ke perlawanan akhir, Jika
selepas tamat pertandingan liga dalam kumpulan dan terdapat dua
atau lebih pasukan yang mempunyai mata sama, kedudukan
pasukan pasukan tersebut akan ditentukan seperti berikut :-
Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan jaringan gol
terbanyak jika sama
Jaringan gol jika sama
Bolos paling kurang jika sama
Kutipan kad kuning dan merah yang terendah jika sama
Pihak penganjur akan menentukan kaedah yang mana
sesuai untuk menentukan pasukan mana yang layak ke
perlawanan akhir.
9. BILANGAN PEMAIN YANG TIDAK MENCUKUPI
Sekiranya mana-mana pasukan kekurangan pemain apabila Pengadil
memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang
dijadualkan maka pasukan berkenaan tidak layak bertanding dan
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bolasepak Karnival Sukan
SUK Negeri Pantai Timur 2019 akan membuat keputusan yang
mana ia adalah muktamad
4
Dikemaskini : 29 Oktober 2019
Karnival Sukan Suk Negeri Pantai Timur
Kuantan Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019
10. TEMPOH MASA PERMAINAN
i. Masa perlawanan ialah 20 minit bagi setiap separuh masa
permainan peringkat liga dan tiada masa TIME OUT dengan
rehat tidak melebihi 10 minit kecuali dengan izin pengadil
bertugas. Bagi pertandingan akhir 20 minit bagi setiap separuh
masa dengan masa rehat pada separuh masa hendaklah tidak
melebihi 10 minit kecuali dengan izin pengadil.
ii. Semasa perlawanan akhir, sekiranya keputusan seri maka
tambahan masa akan diberikan selama 5 minit setiap separuh
masa dan jika seri sepakan penalti dari tanda penalti akan di
lakukan sebanyak 3 (tiga) kali dan jika masih seri sepakan ke
empat (4) adalah suddent death dan jika masih seri sepakan ke
lima (5) suddent death tost coint.
iii. Pemain tidak boleh meninggalkan padang pada waktu rehat antara
cukup masa dengan masa tambahan kecuali dengan kebenaran
pengadil
11. PENGGANTIAN PEMAIN
i. Pasukan boleh membuat gantian pemain sepanjang masa
ii. Bagi pemain veteran dan pegawai sekurang-kurang seorang (1)
pemain mesti berada di padang sepanjang permainan.
12. TINDAKAN TATATERTIB
12.1 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam berlainan
perlawanan akan digantung satu (1) perlawanan berikutnya.
12.2 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dan satu (1) kad
merah dalam satu perlawanan akan didenda RM100 (satu ratus
sahaja) dan digantung satu (1) perlawanan berikutnya
12.3 Pemain yang menerima satu (1) kad merah dalam satu
perlawanan kerana tiada semangat kesukanan akan didenda
RM300 (tiga ratus sahaja) dan digantung dua (2) perlawanan
berikutnya.
5
Dikemaskini : 29 Oktober 2019
Karnival Sukan Suk Negeri Pantai Timur
Kuantan Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019
12.4 Pemain yang menerima satu (1) kad merah kerana berkelakuan
ganas (bergaduh dan tiada semangat kesukanan) akan didenda
RM500 (lima ratus sahaja) dan disingkir dari karnival ini.
12.5 Pegawai atau pemain yang berada di bangku simpanan atau
kawasan teknikal membuat provokasi (mengeluarkan kata kata
kesat atau menunjuk isyarat lucah) terhadap pegawai atau
pemain pasukan lawan sehingga menyebabkan berlaku
pergaduhan dan pegawai atau permain tersebut dikenakan kad
merah akan didenda RM500 (lima ratus sahaja) dan akan
disingkir dari karnival ini.
12.6 Pemain atau pegawai atau pemain simpanan yang membuat
provokasi melampau (mengacam atau memukul atau menunjuk
isyarat lucah atau mengeluarkan kata kata kesat) terhadap
pengadil pengadil yang bertugas semasa perlawanan atau
perlawanan telah tamat dan dikenakan kad merah akan didenda
RM1000 (satu ribu sahaja) dan akan disingkir dari karnival ini.
12.7 Sekiranya ramai pemain atau pegawai kedua dua pasukan terlibat
dalam pergaduhan dan tiada semangat kesukanan semasa
perlawanan sedang berjalan dan pengadil terpaksa menamatkan
perlawanan walaupun masa perlawanan sebenar belum tamat,
kedua dua pasukan tersebut akan disingkir dari karnival ini.
12.8 Mana mana pasukan yang gagal mengawal penyokong masing
masing membuat provokasi kepada pemain atau pegawai
pasukan lawan sehingga mencetuskan pergaduhan pasukan
tersebut akan didenda sebanyak RM200 ( Dua ratus sahaja ).
12 BANTAHAN
i. Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan
sahaja dan hendaklah di buat secara lisan kepada Pengadil yang
bertugas ketika itu. Kemudian tersebut hendaklah di kemukakan
secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Pertandingan Bolasepak tidak lewat 30 minit selepas tamat
pertandingan tersebut Surat Bantahan hendaklah ditandatangani
oleh Pengurus Pasukan dengan disertakan bersama wang tunai
pemprosesan sebanyak RM 300.00 (Tiga Ratus Sahaja). Wang
tersebut tidak akan dikembalikan samaada bantahan tersebut
Berjaya atau ditolak oleh Jawatankuasa.
6
Dikemaskini : 29 Oktober 2019
Karnival Sukan Suk Negeri Pantai Timur
Kuantan Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019
ii. Sebarang bantahan berkaitan kelayakan pemain hanya boleh di
buat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang
dibuat selepas itu akan ditolak. Keputusan Jawatankuasa
Bantahan dan Rayuan adan muktamad
13 JAWATANKUASA BANTAHAN
Ahli-ahli Jawatankuasa Bantahan adalah sebagaimana berikut :-
Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak / Futsal
Setiausaha : Koordinator Jawatankuasa Pertandingan
Bolasepak / Futsal
Ahli : Wakil Jawatankuasa Pengelola
Pegawai Teknikal Bolasepak / Futsal
Refri/Pengadil Kehormat
14 HADIAH
Hadiah – hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah
sebagaimana berikut:-
KEDUDUKAN HADIAH
PIALA
JOHAN Medal
Sembilan Belas (19) Pingat Emas
Medal
NAIB JOHAN
Sembilan Belas (19) Pingat Perak
Medal
KETIGA
Sembilan Belas (19) Pingat Gangsa
Seketeriat
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
7
Dikemaskini : 29 Oktober 2019