The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminurahim, 2019-11-04 05:29:24

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
SUKAN BOLA JARING (TERBUKA WANITA)



1. PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung pertandingan ini akan
dijalankan mengikut peraturan – peraturan Persatuan Bola Jaring Malaysia dan
Undang-undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini
kecuali sebarang perubahan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur dan
dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan ini.

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-
undang dalam bahasa inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Sebarang Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Sukan Muafakat Johor 2019 adalah Muktamad.

2. TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Peringkat Daerah

2.1.1 Tarikh dan tempat bagi penganjuran Pertandingan Sukan Muafakat Johor
2019 di peringkat DUN-DUN di setiap daerah akan ditentukan oleh
Jawatankuasa DUN-DUN itu sendiri dan akan dipantau oleh
Penyelaras/Urusetia Daerah MSNJ

2.1.2 Tempoh rasmi pengelolaan ialah 2 hari serta perlu mengikut segala
Peraturan Am dan Syarat-syarat Khas yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri.

2.2 Peringkat Negeri

2.2.1 Tuan Rumah Karnival Sukan Muafakat Johor 2019 Peringkat Negeri akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Induk yang dilantik.

2.2.2 Tarikh bagi pertandingan Peringkat Negeri akan diadakan pada:

Tarikh dan masa lapordiri : 22 November 2019 , 7.30 pagi
Tarikh pertandingan : 22 & 23 November 2019
Tempat : Padang Bola Sepak IOI Property
Majlis Penyampaian Hadiah : 23 Mei 2019, 2.00 petang

3. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

3.1 Tarikh tutup penyertaan selewat-lewatnya adalah pada 10 November 2019
sebelum jam 2.00 Petang.

3.2 Borang penyertaan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras/Urusetia Daerah
MSNJ:


Bil Nama Penyelaras No. Tel Daerah

1. Nurul Najiha Binti Fadzil 019-7661927 (SUKD JOHOR BAHRU)
2. Mohd Ferdaus Bin Md. Yusof 017-7837571 (SUKD LEDANG)
3. Mohd Atiqurahim Bin Mohd Nor 019-7779946 (SUKD BATU PAHAT)
4. Hafiz Bin Abu Hassan 012-7022344 (SUKD SEGAMAT)
5. Nurul Adira Binti Azhar 016-7226139 (SUKD PONTIAN)
6. Heidzir Bin A. Shukor 012-6020402 (SUKD MUAR)
7. Nor Afifah Binti Mohamad 017-7585998 (SUKD KLUANG)
8. Che Siti Hajar Binti Che Ab. Rahim 012-7324330 (SUKD KULAI)
9. Nurhafizah Binti Mohamedon 019-7502090 (SUKD KOTA TINGGI)
10. Mohd Yuusrani Bin Mohd Nor 017-7222498 (SUKD MERSING)


4. PENYERTAAN/PENDAFTARAN

4.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar satu pasukan sepertimana berikut :-

Terbuka Wanita

PERANAN PASUKAN


Pengurus Pasukan 1 orang

Jurulatih Pasukan 1 orang

Pemain 7 orang

Pemain Simpanan 3 orang



4.2 Penyertaan Pasukan/Kotinjen perlu membuat pendaftaran kepada Penyelaras/
Urusetia Daerah dengan menghantar Borang A (Maklumat Pasukan) dan Borang
B (Maklumat Peribadi) bagi kemasukkan dalam sistem online.

4.3 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan
borang-borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain-
pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

4.4 Segala borang-borang dan syarat-syarat/peraturan pertandingan boleh didapati di
laman web : www.muafakatjohor.wix.com/2019

4.5 Setiap pendaftaran mestilah (WAJIB) disertakan seperti berikut :-

4.5.1 Sekeping (1) gambar berukuran passport dan bukan gambar yang diambil
melalui telefon bimbit

4.5.2 Salinan satu (1) Kad Pengenalan.

4.5.3 Surat Pengesahan Penghulu/Ketua Kampung/Majikan sekiranya bukan
daripada DUN berkenaan dan telah bermastautin lebih 3 bulan.

5. KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada pemain dalam DUN masing-masing
sahaja.

5.1 Pemain-pemain yang pernah mewakili peringkat kebangsaan/antarabangsa tidak
dibenarkan bermain di dalam pertandingan ini. Bagaimanapun sekiranya pernah
mewakili peringkat kebangsaan/antarabangsa tetapi telah mencapai usia melebihi
35 tahun (1984) dibenarkan mengambil bahagian.

5.2 Had umur adalah 18 tahun ke atas (2001).

5.3 Peserta tidak boleh bermain atau mewakili lebih dari satu DUN dan hanya
dibenarkan bermain di DUN sendiri mengikut status bermastautin.

5.4 Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan
kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan pemain tersebut akan
dibatalkan dan kedua-dua pasukan berkenaan akan dikenakan bayaran denda
sebanyak RM500.00

6. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sebelum kejohanan bermula (tarikh,
masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian)

6.2 Pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan Borang Pendaftaran Pasukan
bersama salinan kad pengenalan atau dokumen berkaitan untuk pengesahan. Hanya
pertukaran nama peserta sahaja dibenarkan dan penambahan kepada bilangan atlet
yang telah didaftarkan adalah tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang telah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan
adalah Muktamad.

7. PENDAFTARAN PEMAIN

7.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tujuh (7) orang pemain, tiga (3) pemain
simpanan dan dua (2) pegawai pasukan termasuk pengurus dan jurulatih.


7.2 Seorang pemain hanya dibenarkan berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.

8. FORMAT PERTANDINGAN

8.1 Format pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tenikal / Pertandingan
Sukan Muafakat Johor 2019 yang secara amnya mengandungi:-

8.1.1 Peringkat Kumpulan / Pusingan Awal

8.1.2 Peringkat Kedua

8.1.3 Peringkat Suku Akhir

8.1.4 Peringkat Separuh Akhir

8.1.5 Peringkat Akhir

8.2 Peringkat Kumpulan :-

8.2.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam beberapa
kumpulan yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Setelah
selesai pertandingan liga satu pusingan, dua pasukan teratas dari setiap
kumpulan akan bermain dalam pusingan kedua.

8.3 Peringkat Kedua :-

8.3.1 Pertandingan dalam peringkat kedua akan dimainkan secara kalah mati.
Jadual pertandingan untuk peringkat ini akan ditentukan oleh pihak
Jawatankuasa Pertandingan.

8.4 Peringkat Suku Akhir :-

8.4.1 Lapan pasukan yang menang pada pusingan kedua akan terus layak ke
perlawanan suku akhir secara kalah mati.

8.5 Peringkat Separuh Akhir :-


8.5.1 Empat pasukan yang menang dalam perlawanan suku akhir akan layak
ke perlawanan separuh akhir secara kalah mati.

8.6 Peringkat Akhir :-


8.6.1 Pemenang-pemenang perlawanan separuh akhir akan terus memasuki
perlawanan akhir manakala yang tewas akan bermain untuk penentuan
tempat ketiga dan keempat.

9. MASA DAN CARA BERMAIN

9.1 Masa permainan adalah 11 minit (5 minit setiap separuh masa dan 1 minit rehat).

9.2 Bilangan pemain yang bermain adalah 7 orang bagi setiap pasukan. Setiap pasukan
mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain sebelum satu-satu
pertandingan dimulakan. Jika kurang daripada ini pasukan tersebut dikira
menerima kekalahan.

9.3 Permainan dimulakan dengan hantaran tengah yang akan diambil secara bergilir-
gilir oleh kedua-dua pasukan.

9.4 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-undang
permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola dari
aspek teknikal.

9.5 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda atau menambah mana-mana peraturan
jika difikirkan perlu.


10. PERTUKARAN PEMAIN

10.1 Sebarang pertukaran / penggantian pemain semasa bermain hendaklah terlebih
dahulu dimaklumkan kepada pengadil. Tiada had pertukaran / penggantian pemain
tetapi mestilah dalam masa kecederaan atau dalam masa rehat.


11. PERATURAN PERMAINAN

11.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara Liga adalah seperti berikut :-

MENANG SERI KALAH


2 mata 1 mata 0 mata


11.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan
ditentukan seperti berikut :-

11.2.1 Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang
dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.

11.2.2 Jika PURATA GOL masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara
PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang
kena.

11.2.3 Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol
terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

11.3 Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan
pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan
seperti berikut :-

11.3.1 Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberikan masa rehat
selama satu (1) minit.

11.3.2 Masa tambahan selama lima (5) minit akan ditentukan.

11.3.3 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan
ditentukan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

12. KELEWATAN

12.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

12.2 Lima (5) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas itu sesuatu
pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain,
maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan

13. JADUAL DAN TEMPAT PERTANDINGAN

13.1 Jadual dan tempat pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola dan
akan diedarkan kepada semua pasukan pada masa Taklimat Pengurus Pasukan yang
akan diadakan sebelum pertandingan pertama bermula.

13.2 Jadual Pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah
muktamad.

13.3 Walaubagaimanapun Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk
menangguhkan mana-mana perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu
kepada pasukan yang terlibat.

14. PENANGGUHAN

14.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti
hujan lebat,petir dan kilat, keadaan padang yang becak, cuaca gelap dan sebagainya,
maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal
berhak menangguh perlawanan.


14.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut:

14.2.1 Jawankuasa Pengelola mempuyai kuasa untuk menangguhkan atau
menggubal sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu
memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

14.2.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal setiap sukan akan menetapkan
semula perlawanan yang tertangguh.

15. BANTAHAN DAN TATATERTIB

15.1 Hanya pengurus pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan
hendaklah di buat secara bertulis dan disertakan wang pertaruhan sebanyak
RM1,000.00 dan disertakan bersama butiran/bukti.

15.2 Wang pertaruhan tersebut akan luput sekiranya bantahan yang dikemukakan
didapati tidak wajar.

15.3 Wang taruhan akan dikembalikan sebanyak 50% jika bantahan yang dibuat
diterima oleh Jawatankuasa Bantahan.

15.4 Semua bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Delegat/ Pegawai Pertandingan
dalam masa lima belas minit selepas pertandingan tamat.

15.5 Segala keputusan akan dimaklumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bantahan
yang dilantik dan segala keputusan adalah Muktamad.


16. MENARIK DIRI

16.1 Pasukan yang terlewat (5) minit daripada masa yang dijadualkan akan dianggap
memberi kemenangan tanpa bertanding, kecuali dengan alasan yang munasabah.

16.2 Menarik diri (walk-over) samasekali tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan
yang menarik diri itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

16.3 Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu yang melibatkan pasukan yang
menarik diri (sistem liga) tidak diambil kira.

17. PAKAIAN PESERTA

17.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu corak, bentuk dan warna
yang sama. Pakaian seragam hendaklah dipakai sepanjang kejohanan.

17.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang
ketinggian hurufnya adalah 6 inci.

17.3 Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama namanya dalam jadual
dikehendaki menukar bib.

18. HADIAH-HADIAH

18.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :-


KEDUDUKAN HADIAH

Johan Wang Tunai RM2,000.00 , Medal & Piala Iringan
Naib Johan Wang Tunai RM1,200.00 & Medal
Ketiga Wang Tunai RM750.00 & Medal
Keempat Wang Tunai RM500.00 & Medal

19. PENGADIL DAN PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL

19.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat
Teknikal, pegawai-pegawai Teknikal dan pengadil setelah berunding dengan
Persatuan Bola Jaring Negeri Johor.

19.2 Pegawai perlawanan termasuklah satu(2) orang pengadil dan dua(3) orang pegawai
meja (pencatat skor dan penjaga masa).

20. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

20.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan
setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi etika dari tingkahlaku
yang dihormati berdasarkan kepada semangat kesukanan.

20.2 Tertakluk kepada pengesahan Penganjur, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil
sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan
penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan
keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan
mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang
jangkamasa yang sesuai.

20.3 Pemain yang diperintah keluar kerana MEMUKUL pemain lawan atau
BERKELAKUAN BIADAP terhadap pegawai adalah tidak dibenarkan bermain terus
di dalam pertandingan ini.

20.4 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau
tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan.

21. JAWATANKUASA BANTAHAN DAN RAYUAN

21.1 Setiap Persatuan Sukan Negeri yang terlibat hendaklah menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Bantahan/Rayuan bagi mengendalikan kes-kes disiplin dikalangan
pegawai dan peserta.

21.2 Disamping itu, Jawatankuasa Tertinggi akan melantik sebuah Lembaga
Bantahan/Rayuan bagi mengendalikan segala kes disiplin dan salahlaku yang
membabitkan pegawai dan atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat
persatuan masing-masing. Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin
semua pegawai kontinjen yang berdaftar dengan urusetia SUKAN MUAFAKAT
JOHOR 2019. Keahlian Lembaga Bantahan/Rayuan adalah seperti berikut:

Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor

Ahli-ahli : Pengarah
Majlis Sukan Negeri Johor

Ketua Teknikal
Sukan Muafakat Johor 2019

Tiga (3) orang Ketua Kontinjen atau Wakilnya

Seorang wakil daripada persatuan yang terlibat

22. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

22.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
yang berkenaan dan keputusannya adalah Muktamad.


Click to View FlipBook Version