PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
PERATURAN PERTANDINGAN E-SPORT
1. AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, Pertandingan ini akan
dijalankan mengikut peraturan – peraturan ‘Local Rules’ yang ditetapkan oleh
Pihak Perganjur dan ‘Console War’
1.2 Kejadian di luar dugaa n dan tidak dinyatakan di dalam peraturan 1 berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:-
1.2.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN &
TERENGGANU 2019.
1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR,
KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019 adalah MUKTAMAD.
2. TARIKH PERTANDINGAN
2.1 07 – 10 Februari 2019
3. TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Ballroom Permata Hotel Puteri Pacitic Johor Bahru
4. PENYERTAAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Tadbir Negeri Johor,
Kedah, Kelantan dan Terengganu sepertimana yang dinyatakan dalam para
6.1 & 6.2 ketetapan dan Peraturan AM PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU
2019
4.2 Setiap Pasukan Pegawai Tadbir Negeri hendaklah mendaftar (8) Pemain
4.2.1 Seorang Pengurus Pasukan
4.2.2 Seorang Penolong Pengurus Pasukan
4.2.3 Seorang Jurulatih Pasukan
4.2.4 Seorang Penolong Jurulatih Pasukan
4.2.5 Pemain :
* 1 Pemain VIP
* 1 Pemain Veteran
1
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
* 6 Pemain Terbuka
4.3 Pada pertandingan kali ini 1 permainan akan dipertandingkan iaitu E-Sport
FIFA 2019 dengan menggunakan konsol Permainan “Playstataion 4”
lengkap menggunakan HD LED TV 32’ serta pengawal “SONY DualShock 4”
(DS4).
4.3 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah DISAHKAN oleh YB Setiausaha
Kerajaan Negeri / Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.
5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
5.1 17 Januari 2019
6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum tarikh
pertandingan (tertakluk kepada perubahan).
6.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta
beserta dengan Kad pengenalan atau Pas Khas Peserta. Pertukaran
pendaftaran nama pemain adalah dibenarkan dengan bayaran wang
pemprosesan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja) bagi
setiap pertukaran peserta
6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mensyuarat Pengurus Pasukan
adalah MUKTAMAD.
6.4 Kehadiran mesyuarat pengurus pasukan ini adalah WAJIB. Kegagalan
berbuat demikian boleh dikenakan denda oleh penganjur sebanyak RM 300.00
(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja)
7. KATEGORI PERMAINAN
7.1 FIFA 2019
7.1.1 Setiap negeri dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sahaja.
1. (1) Pemain VIP
2. (1) Pemain Veteran
3. (6) Pemain Terbuka
2
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
8. SISTEM PERMAINAN
8.1 FIFA 2019
8.1.1 Pakaian
a) Semua pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
b) Kontinjen digalakkan mencetak logo masing-masing pada jersi
atau t-shirt yang dipakai setiap perlawanan
8.1.2 Format Pertandingan
A. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 pemain dan hanya pemain
yang mendapat Johan dan Naib Johan kumpulan sahaja akan
layak ke pusingan kalah mati.
B. Masa pertandingan ada 5 minit bagi setiap separuh masa (10
minit masa permainan penuh)
C. Johan dan Naib Johan kumpulan akan ditentukan kriteria
berikut:
a. Mata tertinggi diperolehi di peringkat kumpulan
b. Perbezaan jaringan gol di peringkat kumpulan
c. Jumlah gol yang diperolehi di peringkat kumpulan
d. ‘Head to Head Scores’
e. ‘Golden Goal’ dalam masa 4 minit masa permainan.
D. Setiap perlawanan di peringkat kumpulan akan diberikan mata
mengikut :
a. Menang – 3 mata
b. Seri – 1 Mata
c. Kalah – 0 Mata
E. Di dalam format Permainan (10 Minit Masa Bermain)
a. Peringkat Kumpulan – ‘Single game’
b. Peringkat Kalah Mati – ‘Home and Away (Cross table)’
i. Johan Kumpulan 1 vs Naib Johan Kumpulan 8
ii. Johan Kumpulan 8 vs Naib Johan Kumpulan 1
3
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
8.1.3 Aturcara Pertandingan
FIFA 2019
0800-0830 Pendaftaran
0900-1100 Peringkat Kumpulan
1100-1115 Rehat
1130-1200 Kalah Mati 1 – Pusingan 16
1210-1240 Kalah Mati 2 – Suku Akhir
1250-1320 Kalah Mati 3 – Separuh Akhir
1330-1400 Kalah Mati 4 – Penentuan Ketiga dan Keempat
1330-1440 Kalah Mati 5 - Final
8.1.4 Masa Pertandingan
a) Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual
yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
b) Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah
berada awal di venue pertandingan diadakan
c) Pengurus/Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama
pemain – pemain kepada pengadil/Teknikal rasmi sebelum
pertandingan dimulakan.
d) Undian bagi memulakan perlawanan akan ditentukan oleh
pengadil/teknikal pertandingan.
8.1.6 Disiplin dan Tatatertib
a) Seorang pemain tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh
dianggap sebagai tindakan yang disengajakan untuk
mengganggu permainan.
b) Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggan permainan
kecuali dengan kebenaran pengadil.
c) Merokok semasa pertandingan adalah tidak dibenarkan.
d) Nada dering telefon bimbit hendaklah ditukar kepada mod
senyap/getar semasa pertandingan.
4
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
9. BANTAHAN
9.1 Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan
hendaklah di buat secara lisan kepada pegawai teknikal/pengadil yang
bertugas ketika itu. Kemudian tersebut hendaklah di kemukakan secara
bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pertandingan E-Sport tidak
lewat 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut. Surat Bantahan
hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dengan disertakan
bersama wang pemprosesan berjumlah RM 1,000.00 (Rnggit Malaysia:
Seribu Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan samada bantahan
tersebut berjaya atau ditolak oleh Jawatankuasa.
9.2 Sebarang bantahan berkaitan kelayakan pemain hanya boleh di buat semasa
mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang dibuat selepas itu akan ditolak.
Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah MUKTAMAD.
10. JAWATANKUASA BANTAHAN
10.1 Ahli Jawatankuasa Bantahan
Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Setiausaha : Pengurus Sukan Pertandingan E-Sport
Ahli : Wakil Jawatankuasa Pengelola
Pegawai Teknikal E-Sport
Sebarang keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD.
11. HADIAH
11.1 Hadiah-hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah seperti berikut:-
KEDUDUKAN HADIAH
JOHAN Dua Belas (12) Pingat Emas
NAIB JOHAN Dua Belas (12) Pingat Perak
KETIGA BERSAMA Dua Puluh Empat (24) Pingat Gangsa
5
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019