The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminurahim, 2019-01-15 09:04:11

Peraturan Pertandingan Sukan Bola Jaring

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING
1. AM


1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung didalam Peraturan

Am, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undangundang Persekutuan
Bola Jaring Antarabangsa (INF) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).


1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.


1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan 1 berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:-


1.3.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan Bola Jaring, PROGRAM PENINGKATAN

KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH,
KELANTAN & TERENGGANU 2019 berasaskan kepada Undang-

undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa dan Persatuan Bola
Jaring Malaysia (PBJM).


1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR,
KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019 adalah MUKTAMAD.


2. TARIKH PERTANDINGAN


2.1 08 Februari 2019


3. TEMPAT PERTANDINGAN

3.1 Indoor Stadium,

Educity Sport Complex, Iskandar Puteri






1
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


4. PENYERTAAN


4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Tadbir Negeri Johor,
Kedah, Kelantan dan Terengganu sepertimana yang dinyatakan dalam para
6.1 & 6.2 ketetapan dan Peraturan AM PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA

PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU
2019


4.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar 1 pasukan sahaja


4.2.1 Seorang Pengurus Pasukan
4.2.2 Seorang Penolong Pengurus Pasukan

4.2.3 Seorang Jurulatih
4.2.4 Seorang Penolong Jurulatih
4.2.5 12 orang pemain termasuk pemain simpanan


4.3 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah DISAHKAN oleh YB Setiausaha
Kerajaan Negeri / Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.


5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN


5.1 24 Januari 2019


6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Mensyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum tarikh

pertandingan (tertakluk kepada perubahan).

6.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta

beserta dengan Kad pengenalan atau Pas Khas Peserta. Pertukaran
pendaftaran nama pemain adalah dibenarkan dengan bayaran wang
pemprosesan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja) bagi

setiap pertukaran peserta.


6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah
MUKTAMAD.

2
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019



6.4 Kehadiran mesyuarat pengurus pasukan ini adalah WAJIB. Kegagalan

berbuat demikian boleh dikenakan denda oleh penganjur sebanyak RM 300.00
(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja)


7. SISTEM PERMAINAN


7.1 Undang-Undang permainan hendaklah mengikut undang-undang terkini yang
berkuatkuasa, Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Persekutuan Bola
Jaring Antarabangsa (INF), iaitu seperti berikut:


7.1.1 Pakaian


a) Semua pasukan wajib mendaftarkan sekurang-kurangnya dua
(2) set jersi atau baju T yang berlainan warna dan wajib

mengiystiharkan warna yang akan digunakan sewaktu
menjadi pasukan tuan rumah. Pasukan tuan rumah adalah
pasukan yang di sebut dahulu dalam jadual pertandingan.

Pasukan pelawat hendaklah memakai warna jersi yang
berlainan.
b) Pemain hendaklah memakai jersi atau baju T dengan seluar

track/tight panjang. Seluar pendek atau skirt adalah dilarang
sama sekali.

c) Pasukan adalah dikehendaki membawa dua (2) set bib
berlainan warna yang tercatat posisi pemain dengan
ketinggian huruf adalah enam (6) inci.

d) Kontinjen digalakkan mencetak logo masing-masing pada jersi
atau t-shirt yang dipakai setiap perlawanan


7.1.2 Format Pertandingan

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan PROGRAM

PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR,
KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019 mempunyai hak

menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan berasaskan
kepada pengesahan jumlah pasukan.

3
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019



a) Pertandingan akan dijalankan mengikut format secara Liga

Satu Pusingan.

b) Johan, Naib Johan, tempat Ketiga dan Keempat akan

ditentukan berdasarkan pungutan mata keseluruhan yang
dikutip pada setiap perlawanan.


c) Jika pemain yang didaftarkan tidak memasuki gelanggang
setelah 2 kali panggilan atau 10 minit dari panggilan pertama,

maka perlawanan berkenaan sahaja dimenangi oleh pihak
lawan.


d) Pengadil dan penjaga garisan akan dilantik oleh pihak
penganjur.


7.1.3 Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan


a) Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang
tercatat di dalam jadual Pertandingan rasmi dan hanya boleh
dipinda dengan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan Bola Tampar PROGRAM PENINGKATAN
KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH,

KELANTAN & TERENGGANU 2019

b) Masa bermain adalah selama 30 minit. Masa bagi separuh

masa pertama ialah 15 minit dengan masa rehat tidak lebih
daripada 3 minit selepasnya, masa bagi separuh masa kedua
ialah 15 minit.


c) Semua pasukan wajib mematuhi jadual perlawanan dan tiada
masa menunggu.







4
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019



7.1.4 Pemberian Mata atau Penentuan Pasukan Pemenang


a) Dua (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu
(1) mata bagi pasukan yang seri dan tiada (0) mata bagi yang

kalah.


b) Dalam perlawanan liga satu pusingan, penentuan pasukan-
pasukan teratas atau pemenang adalah mengikut susunan
hirarki seperti berikut:-


i. Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi, dikira

sebagai pemenang.

ii. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mendapat

mata yang sama, maka penentuan pasukan teratas
atau pemenang adalah berasaskan kaedah-kaedah
seperti berikut:


✓ Secara PURATA GOL, iaitu dengan
membahagikan jumlah gol yang dijaringkan

dengan jumlah gol yang kena.


✓ Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan
akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL
iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah

gol yang kena.

✓ Jika kedudukan masih seri, maka pasukan

yang menjaringkan gol terbanyak akan
diisytiharkan sebagai pemenang.


✓ Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola
Jaring PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA

PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH,
KELANTAN & TERENGGANU 2019 akan

5
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


menentukan keputusan dan keputusan adalah
MUKTAMAD.


7.1.5 Bilangan Pemain Yang Tidak Mencukupi


a) Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika
selepas itu sesebuah pasukan yang tidak dapat hadir

dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain, pasukan
itu dikira menyerah kalah dengan sengaja.


b) Sekiranya mana-mana pasukan kekurangan pemain apabila
Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada

waktu yang dijadualkan maka pasukan berkenaan tidak layak
bertanding dan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola
Jaring PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI

TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN &
TERENGGANU 2019 akan membuat keputusan yang mana ia
adalah MUKTAMAD.


8. BANTAHAN


8.1 Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan
hendaklah di buat secara lisan kepada Pengadil yang bertugas ketika itu.

Kemudian tersebut hendaklah di kemukakan secara bertulis kepada Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bola Jaring tidak lewat 30 minit
selepas tamat pertandingan tersebut. Surat Bantahan hendaklah

ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dengan disertakan bersama wang
pemprosesan berjumlah RM 1,000.00 (Rnggit Malaysia: Seribu Sahaja).
Wang tersebut tidak akan dikembalikan samada bantahan tersebut berjaya

atau ditolak oleh Jawatankuasa.

8.2 Sebarang bantahan berkaitan kelayakan pemain hanya boleh di buat semasa

mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang dibuat selepas itu akan ditolak.
Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah MUKTAMAD.




6
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019






9. JAWATANKUASA BANTAHAN


9.1 Ahli Jawatankuasa Bantahan
Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Teknikal

Setiausaha : Pengurus Sukan Pertandingan Bola Jaring
Ahli : Wakil Jawatankuasa Pengelola
Pegawai Teknikal Bola Jaring


Sebarang keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.


10. HADIAH


10.1 Hadiah-hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah seperti berikut:-



KEDUDUKAN HADIAH


JOHAN Lima Belas (16) Pingat Emas
NAIB JOHAN Lima Belas (16) Pingat Perak

KETIGA BERSAMA Tiga Puluh (32) Pingat Gangsa






























7
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019


Click to View FlipBook Version