The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminurahim, 2019-11-04 05:31:32

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN FUTSAL

SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
SUKAN FUTSAL (TERBUKA LELAKI)



1. PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung pertandingan ini akan
dijalankan mengikut peraturan-peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
dan Undang-Undang Permainan Futsal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA) yang terkini kecuali sebarang perubahan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Penganjur dan dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan ini.

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-
undang dalam bahasa inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Sebarang Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Sukan Muafakat Johor 2019 adalah Muktamad.

2. TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Peringkat Daerah

2.1.1 Tarikh dan tempat bagi penganjuran Pertandingan Sukan Muafakat Johor
2019 di peringkat DUN-DUN di setiap daerah akan ditentukan oleh
Jawatankuasa DUN-DUN itu sendiri dan akan dipantau oleh
Penyelaras/Urusetia Daerah MSNJ

2.1.2 Tempoh rasmi pengelolaan ialah 2 hari serta perlu mengikut segala
Peraturan Am dan Syarat-syarat Khas yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri.

2.2 Peringkat Negeri

2.2.1 Tuan Rumah Karnival Sukan Muafakat Johor 2019 Peringkat Negeri akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Induk yang dilantik.

2.2.2 Tarikh bagi pertandingan Peringkat Negeri akan diadakan pada:

Tarikh dan masa lapordiri : 22 Nobember 2019 , 7.30 pagi
Tarikh pertandingan : 22 & 23 November 2019
Tempat : Indahpura Sport City, Kulai
Majlis Penyampaian Hadiah : 23 November, 2.00 petang

3. TARIKH TUTUP PENYERTAAN


3.1 Tarikh tutup penyertaan selewat-lewatnya adalah pada 10 November 2019
sebelum jam 2 .00 Petang.

3.2 Borang penyertaan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras/Urusetia Daerah
MSNJ:


Bil Nama Penyelaras No. Tel Daerah

1. Nurul Najiha Binti Fadzil 019-7661927 (SUKD JOHOR BAHRU)
2. Mohd Ferdaus Bin Md. Yusof 017-7837571 (SUKD LEDANG)
3. Mohd Atiqurahim Bin Mohd Nor 019-7779946 (SUKD BATU PAHAT)
4. Hafiz Bin Abu Hassan 012-7022344 (SUKD SEGAMAT)
5. Nurul Adira Binti Azhar 016-7226139 (SUKD PONTIAN)
6. Heidzir Bin A. Shukor 012-6020402 (SUKD BATU MUAR)
7. Nor Afifah Binti Mohamad 017-7585998 (SUKD KLUANG)
8. Che Siti Hajar Binti Che Ab. Rahim 012-7324330 (SUKD KULAI)
9. Nurhafizah Binti Mohamedon 019-7502090 (SUKD KOTA TINGGI)
10. Mohd Yusrani Bin Mohd Nor 017-7222498 (SUKD MERSING)


4. PENYERTAAN/PENDAFTARAN


4.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar satu pasukan sepertimana berikut :-

Terbuka Lelaki

PERANAN PASUKAN

Pengurus Pasukan 1 orang

Jurulatih Pasukan 1 orang

Pemain 5 orang

Pemain Simpanan 3 orang




4.2 Penyertaan Pasukan/Kotinjen perlu membuat pendaftaran kepada Penyelaras/
Urusetia Daerah dengan menghantar Borang A (Maklumat Pasukan) dan Borang
B (Maklumat Peribadi) bagi kemasukkan dalam sistem online.


4.3 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan
borang-borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain-
pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

4.4 Segala borang-borang dan syarat-syarat/peraturan pertandingan boleh didapati di
laman web : www.muafakatjohor.wix.com/2019

4.5 Setiap pendaftaran mestilah (WAJIB) disertakan seperti berikut :-


4.5.1 Sekeping (1) gambar berukuran passport dan bukan gambar yang diambil
melalui telefon bimbit

4.5.2 Salinan satu (1) Kad Pengenalan.


4.5.3 Surat Pengesahan Penghulu/Ketua Kampung/Majikan sekiranya bukan
daripada DUN berkenaan dan telah bermastautin lebih 3 bulan.
Walaubagaimanapun seorang pemain hanya layak didaftarkan bermain
untuk satu sukan sahaja.

5. KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada pemain dalam DUN masing-masing
sahaja.

5.2 Pemain-pemain yang pernah mewakili peringkat kebangsaan/antarabangsa tidak
dibenarkan bermain di dalam pertandingan ini. Bagaimanapun sekiranya pernah
mewakili peringkat kebangsaan/antarabangsa tetapi telah mencapai usia melebihi
40 tahun (1979) dibenarkan mengambil bahagian.

5.3 Had umur adalah 18 tahun keatas (2001).

5.4 Peserta tidak boleh bermain atau mewakili lebih dari satu DUN dan hanya
dibenarkan bermain di DUN sendiri mengikut status bermastautin.

5.5 Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan
kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan pemain tersebut akan
dibatalkan dan kedua-dua pasukan berkenaan akan dikenakan bayaran denda
sebanyak RM500.00

6. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sebelum kejohanan bermula
(tarikh,masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian)

6.2 Pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan Borang Pendaftaran Pasukan
bersama salinan kad pengenalan atau dokumen berkaitan untuk pengesahan. Hanya
pertukaran nama peserta sahaja dibenarkan dan penambahan kepada bilangan atlet
yang telah didaftarkan adalah tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang telah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan
adalah Muktamad.

7. PENDAFTARAN PEMAIN

7.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar lima (5) orang pemain, tiga (3) pemain
simpanan dan dua (2) pegawai pasukan termasuk pengurus dan jurulatih.

7.2 Seorang pemain hanya dibenarkan berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.

8. FORMAT PERTANDINGAN

8.1 Format pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tenikal / Pertandingan
Sukan Muafakat Johor 2019 yang secara amnya mengandungi:-

8.1.1 Peringkat Kumpulan / Pusingan Awal

8.1.2 Peringkat Kedua

8.1.3 Peringkat Suku Akhir

8.1.4 Peringkat Separuh Akhir

8.1.5 Peringkat Akhir

8.2 Peringkat Kumpulan :-

8.2.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam beberapa
kumpulan yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Setelah
selesai pertandingan liga satu pusingan, dua pasukan teratas dari setiap
kumpulan akan bermain dalam pusingan kedua.

8.3 Peringkat Kedua :-

8.3.1 Pertandingan dalam peringkat kedua akan dimainkan secara kalah mati.
Jadual pertandingan untuk peringkat ini akan ditentukan oleh pihak
Jawatankuasa Pertandingan.

8.4 Peringkat Suku Akhir :-

8.4.1 Lapan pasukan yang menang pada pusingan kedua akan terus layak ke
perlawanan suku akhir secara kalah mati.

8.5 Peringkat Separuh Akhir :-

8.5.1 Empat pasukan yang menang dalam perlawanan suku akhir akan layak
ke perlawanan separuh akhir secara kalah mati.

8.6 Peringkat Akhir :-

8.6.1 Pemenang-pemenang perlawanan separuh akhir akan terus memasuki
perlawanan akhir manakala yang tewas akan bermain untuk penentuan
tempat ketiga dan keempat.

9. PERATURAN PERMAINAN

9.1 Pertukaran Pemain :-

9.1.1 Tiada had bilangan bagi pertukaran pemain.

9.2 Peralatan Pemain :-

9.2.1 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang berbahaya kepada diri
sendiri atau pemain-pemain lain termasuk sebarang barang kemas atau
barang perhiasan diri.

9.2.2 Peralatan biasa seorang pemain adalah baju, seluar, stoking, shinguard dan
kasut yang sesuai.

9.2.3 Jersi pemain hendaklah bernombor dan setiap pemain dari pasukan sama
mempuyai nombor berbeza. Penjaga gol hendaklah memakai warna dimana
dengan mudahnya dapat membezakannya dengan pemain-pemain.

9.3 Pemberian Mata :-

9.3.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan mata berdasarkan kepada
format berikut :

Menang Seri Kalah

3 mata 1 mata 0 mata


9.4 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan atau lebih didapati
memperoleh jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan akan diambil kira
untuk menentukan pemenang :-

9.4.1 Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan
jaringan gol masuk dengan jaringan gol bolos akan menduduki tempat yang
lebih tinggi.

9.4.2 Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol paling
banyak akan dikira sebagai pemenang.

9.4.3 Jika masih sama, pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan
awal akan dikira sebagai pemenang.

9.4.4 Jika keputusan mata perlawanan awal di antara mereka adalah seri maka
Jawatankuasa Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan
penalti atau cara lain yang difikirkan sesuai bagi menentukan pemenang.

9.5 Perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan seri maka
kemenangan akan ditentukan melalui tiga tendangan penalti dan jika masih seri
penentu secara “sudden death” akan berkuatkuasa mengikut peraturan FIFA.

9.6 Lapan orang pemain akan mewakili satu pasukan dan lima orang pemain hendaklah
berada di dalam gelanggang semasa perlawanan dimulakan seperti di dalam jadual

10. KELEWATAN

10.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

10.2 Lima (5) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas itu sesuatu
pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (3) orang pemain,
maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan

11. JADUAL DAN TEMPAT PERTANDINGAN

11.1 Jadual dan tempat pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola dan
akan diedarkan kepada semua pasukan pada masa Taklimat Pengurus Pasukan yang
akan diadakan sebelum pertandingan pertama bermula.

11.2 Jadual Pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah
muktamad.

11.3 Walaubagaimanapun Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk
menangguhkan mana-mana perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu
kepada pasukan yang terlibat.


11.4 Masa permainan adalah 11 minit (5 minit setiap separuh masa dan 1 minit rehat).

12. PENANGGUHAN

13.1 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut:

12.1.1 Jawankuasa Pengelola mempuyai kuasa untuk menangguhkan atau
menggubal sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu
memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

12.1.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal setiap sukan akan menetapkan
semula perlawanan yang tertangguh

13. BANTAHAN DAN TATATERTIB

13.1 Hanya pengurus pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan
hendaklah di buat secara bertulis dan disertakan wang pertaruhan sebanyak
RM1,000.00 dan disertakan bersama butiran/bukti.

13.2 Wang pertaruhan tersebut akan luput sekiranya bantahan yang dikemukakan
didapati tidak wajar.

13.3 Wang taruhan akan dikembalikan sebanyak 50% jika bantahan yang dibuat
diterima oleh Jawatankuasa Bantahan.

13.4 Semua bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Delegat/ Pegawai Pertandingan
dalam masa lima belas minit selepas pertandingan tamat.

13.5 Segala keputusan akan dimaklumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bantahan
yang dilantik dan segala keputusan adalah Muktamad.


14. MENARIK DIRI

14.1 Pasukan yang terlewat (5) minit daripada masa yang dijadualkan akan dianggap
memberi kemenangan tanpa bertanding, kecuali dengan alasan yang munasabah.

14.2 Menarik diri (walk-over) sama sekali tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan
yang menarik diri itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

14.3 Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu yang melibatkan pasukan yang
menarik diri (sistem liga) tidak diambil kira.

15. PAKAIAN PESERTA

15.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu corak, bentuk dan warna
yang sama. Pakaian seragam hendaklah dipakai sepanjang kejohanan.

15.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang
ketinggian hurufnya adalah 6 inci.

15.3 Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan kedua namanya dalam jadual
dikehendaki menukar bib.

17. HADIAH-HADIAH

17.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :-

KEDUDUKAN HADIAH

Johan Wang Tunai RM2,000.00 , Medal & Piala Iringan
Naib Johan Wang Tunai RM1,200.00 & Medal
Ketiga Wang Tunai RM750.00 & Medal
Keempat Wang Tunai RM500.00 & Medal



17. PENGADIL DAN PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL

17.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat
Teknikal, pegawai-pegawai Teknikal dan pengadil setelah berunding dengan
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.

17.2 Pegawai perlawanan termasuklah dua(2) orang pengadil dan satu(1) orang pegawai
meja (pencatat skor dan penjaga masa).

18. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

18.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan
setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi etika dari tingkahlaku
yang dihormati berdasarkan kepada semangat kesukanan.

18.2 Tertakluk kepada pengesahan Penganjur, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil
sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan
penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan
keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan
mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang
jangkamasa yang sesuai.

18.3 Pemain yang diperintah keluar kerana MEMUKUL pemain lawan atau
BERKELAKUAN BIADAP terhadap pegawai adalah tidak dibenarkan bermain terus
di dalam pertandingan ini.

18.4 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau
tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan.

19. JAWATANKUASA BANTAHAN DAN RAYUAN

19.1 Setiap Persatuan Sukan Negeri yang terlibat hendaklah menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Bantahan/Rayuan bagi mengendalikan kes-kes disiplin dikalangan
pegawai dan peserta.

19.2 Disamping itu, Jawatankuasa Tertinggi akan melantik sebuah Lembaga
Bantahan/Rayuan bagi mengendalikan segala kes disiplin dan salahlaku yang
membabitkan pegawai dan atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat
persatuan masing-masing. Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin
semua pegawai kontinjen yang berdaftar dengan urusetia SUKAN MUAFAKAT
JOHOR 2019. Keahlian Lembaga Bantahan/Rayuan adalah seperti berikut:

Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor

Ahli-ahli : Pengarah
Majlis Sukan Negeri Johor

Ketua Teknikal
Sukan Muafakat Johor 2019

Tiga (3) orang Ketua Kontinjen atau Wakilnya

Seorang wakil daripada persatuan yang terlibat

21. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

21.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
yang berkenaan dan keputusannya adalah Muktamad.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Padraig Toner Portfolio 2019
Next Book
300 Hour Yoga Teacher Training in Rishikesh