The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminurahim, 2019-01-27 08:26:17

Peraturan Pertandingan Sukan eSport

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


PERATURAN PERTANDINGAN E-SPORT
1. AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, Pertandingan ini akan
dijalankan mengikut peraturan – peraturan ‘Local Rules’ yang ditetapkan oleh
Pihak Perganjur dan ‘Console War’

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan 1 berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:-

1.2.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN &

TERENGGANU 2019.
1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR,
KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019 adalah MUKTAMAD.


2. TARIKH PERTANDINGAN
2.1 07 – 10 Februari 2019


3. TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Ballroom Permata Hotel Puteri Pacitic Johor Bahru


4. PENYERTAAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Tadbir Negeri Johor,

Kedah, Kelantan dan Terengganu sepertimana yang dinyatakan dalam para
6.1 & 6.2 ketetapan dan Peraturan AM PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU

2019

4.2 Setiap Pasukan Pegawai Tadbir Negeri hendaklah mendaftar (8) Pemain

4.2.1 Seorang Pengurus Pasukan
4.2.2 Seorang Penolong Pengurus Pasukan
4.2.3 Seorang Jurulatih Pasukan

4.2.4 Seorang Penolong Jurulatih Pasukan
4.2.5 Pemain :


* 1 Pemain VIP

1
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


* 1 Pemain Veteran
* 7 Pemain Terbuka


4.3 Pada pertandingan kali ini 2 permainan akan dipertandingkan iaitu E-Sport
FIFA 2019 ( bagi kategori Terbuka dan Veteran) dan TEKKEN 7 (bagi

kategori VIP sahaja) dengan menggunakan konsol Permainan “Playstataion
4” lengkap menggunakan HD LED TV 32’ serta pengawal “SONY DualShock

4” (DS4).
4.3 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah DISAHKAN oleh YB Setiausaha
Kerajaan Negeri / Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.


5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

5.1 17 Januari 2019

6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum tarikh
pertandingan (tertakluk kepada perubahan).
6.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta

beserta dengan Kad pengenalan atau Pas Khas Peserta. Pertukaran
pendaftaran nama pemain adalah dibenarkan dengan bayaran wang
pemprosesan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja) bagi

setiap pertukaran peserta
6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mensyuarat Pengurus Pasukan

adalah MUKTAMAD.
6.4 Kehadiran mesyuarat pengurus pasukan ini adalah WAJIB. Kegagalan
berbuat demikian boleh dikenakan denda oleh penganjur sebanyak RM 300.00

(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja)

7. KATEGORI PERMAINAN

7.1 FIFA 2019
7.1.1 Setiap negeri dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sahaja.
A. (1) Pemain Veteran

B. (7) Pemain Terbuka





2
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


7.2 TEKKEN 7
7.1.1 Setiap negeri dibenarkan menghantar satu (1) Pemain sahaja

A. (1) Pemain VIP

8. SISTEM PERMAINAN

8.1 FIFA 2019
8.1.1 Pakaian

A. Semua pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
B. Kontinjen digalakkan mencetak logo masing-masing pada jersi
atau t-shirt yang dipakai setiap perlawanan


8.1.2 Format Pertandingan

A. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 pemain dan hanya pemain
yang mendapat Johan dan Naib Johan kumpulan sahaja akan
layak ke pusingan kalah mati.

B. Masa pertandingan ada 5 minit bagi setiap separuh masa (10
minit masa permainan penuh)
C. Johan dan Naib Johan kumpulan akan ditentukan kriteria

berikut:
a. Mata tertinggi diperolehi di peringkat kumpulan
b. Perbezaan jaringan gol di peringkat kumpulan

c. Jumlah gol yang diperolehi di peringkat kumpulan
d. ‘Head to Head Scores’

e. ‘Golden Goal’ dalam masa 4 minit masa permainan.
D. Setiap perlawanan di peringkat kumpulan akan diberikan mata
mengikut :

a. Menang – 3 mata
b. Seri – 1 Mata
c. Kalah – 0 Mata

E. Di dalam format Permainan (10 Minit Masa Bermain)
a. Peringkat Kumpulan – ‘Single game’
b. Peringkat Kalah Mati – ‘Home and Away (Cross table)’

i. Johan Kumpulan 1 vs Naib Johan Kumpulan 8
ii. Johan Kumpulan 8 vs Naib Johan Kumpulan 1




3
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


8.2 TEKKEN 7
8.2.1 Pakaian

A. Semua pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
B. Kontinjen digalakkan mencetak logo masing-masing pada jersi
atau t-shirt yang dipakai setiap perlawanan


8.2.2 Format Pertandingan

A. Permainan Tekken 7 hanya dimainkan bagi kategori VIP
sahaja.
B. Keempat-empat pemain akan diletakkan didalam satu

kumpulan dan akan dimainkan secara liga.
C. Setiap Pemain akan bermain ‘double-elimination’

D. Setiap game akan bermain mod 3 terbaik beserta 3 set terbaik
untuk setiap perlawanan.
E. Semua stick dan pengawal standard adalah dibenarkan. Fungi

Macro (Turbo) dan pengawal tanpa wayar selain dari
DualShock 4 tidak diberkan.


8.3 Aturcara Pertandingan

ATURCARA PERTANDINGAN

0800-0830 Pendaftaran

0900-1100 Peringkat Kumpulan (FIFA 19 & TEKKEN 7)
1100-1115 Rehat
1130-1200 Kalah Mati 1 – Pusingan 16

1210-1240 Kalah Mati 2 – Suku Akhir
1250-1320 Kalah Mati 3 – Separuh Akhir

1330-1400 Kalah Mati 4 – Penentuan Ketiga dan Keempat
1330-1440 Kalah Mati 5 - Final











4
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


8.4 Masa Pertandingan
a) Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual

yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
b) Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah
berada awal di venue pertandingan diadakan

c) Pengurus/Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama
pemain – pemain kepada pengadil/Teknikal rasmi sebelum

pertandingan dimulakan.
d) Undian bagi memulakan perlawanan akan ditentukan oleh
pengadil/teknikal pertandingan.


8.5 Disiplin dan Tatatertib

a) Seorang pemain tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh
dianggap sebagai tindakan yang disengajakan untuk
mengganggu permainan.

b) Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggan permainan
kecuali dengan kebenaran pengadil.
c) Merokok semasa pertandingan adalah tidak dibenarkan.

d) Nada dering telefon bimbit hendaklah ditukar kepada mod
senyap/getar semasa pertandingan.


9. BANTAHAN
9.1 Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan

hendaklah di buat secara lisan kepada pegawai teknikal/pengadil yang
bertugas ketika itu. Kemudian tersebut hendaklah di kemukakan secara
bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pertandingan E-Sport tidak

lewat 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut. Surat Bantahan
hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dengan disertakan
bersama wang pemprosesan berjumlah RM 1,000.00 (Rnggit Malaysia:

Seribu Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan samada bantahan
tersebut berjaya atau ditolak oleh Jawatankuasa.


9.2 Sebarang bantahan berkaitan kelayakan pemain hanya boleh di buat semasa
mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang dibuat selepas itu akan ditolak.

Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah MUKTAMAD.


5
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


10. JAWATANKUASA BANTAHAN
10.1 Ahli Jawatankuasa Bantahan

Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Setiausaha : Pengurus Sukan Pertandingan E-Sport
Ahli : Wakil Jawatankuasa Pengelola

Pegawai Teknikal E-Sport
Sebarang keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD.


11. HADIAH
11.1 Hadiah-hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah seperti berikut:-


KEDUDUKAN HADIAH

Piala Pusingan
JOHAN Piala Iringan
13 Pingat Emas

Piala Iringan
NAIB JOHAN
13 Pingat Perak

KETIGA BERSAMA 26 Pingat Gangsa









































6
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019


Click to View FlipBook Version