The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminurahim, 2019-01-15 08:58:17

Peraturan Pertandingan Sukan Golf

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN GOLF
1. AM


1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan
dijalankan mengikut “Rules of Amateur Status approved by the Royal And

Ancient Golf of St. Andrews” dan Local Rules kelab di mana pertandingan itu
berlangsung.


1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.


1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan 1 berkenaan

akan diputuskan seperti berikut:-

1.3.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Teknikal dan Pertandingan PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN &
TERENGGANU 2019 berasaskan kepada Undang-undang Golf

Antarabangsa.

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR,
KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019 adalah MUKTAMAD.


2. TARIKH PERTANDINGAN


2.1 08 Februari 2019

3. TEMPAT PERTANDINGAN


3.1 Horizon Hill Golf & Country Club


4. PENYERTAAN


4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Tadbir Negeri Johor,
Kedah, Kelantan dan Terengganu sepertimana yang dinyatakan dalam para

1
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


6.1 & 6.2 ketetapan dan Peraturan AM PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU

2019

4.2 Setiap Negeri hanya dibenarkan mendaftar satu (1) pasukan sahaja untuk

bermain (15 terbuka dan 5 VIP). Setiap pasukan dibenarkan mendaftar
seorang (1) pengurus dan (1) orang jurulatih. Pengurus dan jurulatih boleh

terdiri daripada pemain serta handicap tidak diperlukan.

4.3 Negeri yang tidak dapat menghantar pasukan penuh dibenarkan menghantar

peserta sebanyak 10 orang terbuka.


4.4 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah DISAHKAN oleh YB Setiausaha
Kerajaan Negeri / Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.


5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

5.1 24 Januari 2019


6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN


6.1 Mensyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum tarikh
pertandingan (tertakluk kepada perubahan).


6.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta
beserta dengan Kad pengenalan atau Pas Khas Peserta. Pertukaran

pendaftaran nama pemain adalah dibenarkan dengan bayaran wang
pemprosesan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja) bagi
setiap pertukaran peserta.


6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mensyuarat Pengurus Pasukan
adalah MUKTAMAD.


6.4 Kehadiran mesyuarat pengurus pasukan ini adalah WAJIB. Kegagalan

berbuat demikian boleh dikenakan denda oleh penganjur sebanyak RM 300.00
(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja)

2
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


7. KATEGORI PERMAINAN
7.1 Acara Berpasukan Lelaki


7.1.1 Setiap negeri dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja. Pasukan
yang membuat jumlah point bagi sepuluh (10) orang pemain yang

terbaik sekali akan diisytihar sebagai pemenang.


7.2 Acara Individu Lelaki

7.1.2 Setiap negeri dibenar menghantar 15 orang pemain terbuka sahaja.

Pemain yang membuat jumlah point tertinggi akan dikira sebagai
pemenang sehingga ke tempat ke-10.


7.3 Acara Individu VIP Lelaki


7.1.3 Setiap negeri dibenar menghantar 5 orang pemain VIP sahaja.
Pemain yang membuat jumlah point tertinggi akan dikira sebagai
pemenang sehingga ke tempat ke-10.


8. SISTEM PERMAINAN


8.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara “STABLEFORD SYSTEM 36 POINT
HANDICAP OF THE DAY” sebanyak dua (2) pusingan 18 lubang di dua (2)

venue berbeza.

8.1.1 Pakaian


a) Semua pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.


b) Kontinjen digalakkan mencetak logo masing-masing pada jersi
atau t-shirt yang dipakai setiap perlawanan


8.1.2 Format Pertandingan


a) Bagi pertandingan berpasukan, jika masih seri maka pemenang
akan ditentukan melalui jumlah handicap terendah keseluruhan

3
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


10 orang pemain terbaik. Jika masih lagi seri, ia akan ditentukan
secara “on count back” (OCB) iaitu pemain ke 11, 12, 13, 14

dan 15.

b) Bagi pertandingan individu, jika seri maka pemenang akan

ditentukan secara on count back (OCB) iaitu handicap of the
day, last hole dan hole by hole.


c) Hanya Kategori Berpasukan Lelaki yang dikiran sebagai
‘Medal Tally’ dalam Program Peningkatan Kerjaya Pegawai

TAdbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019.


8.1.3 Petandingan Tergendala

a) Sekiranya disebabkan cuaca atau lain-lain sebab pada

pendapat Jawatankuasa Pengelola tidak dapat dielakkan dan
permainan 18 lubang tidak dapat dielakkan maka
Jawatankuasa Pengelola berhak menentukan cara lain yang di

fikirkan sesuai dan munasabah untuk menentukan pemenang
dan keputusannya muktamad


9. BANTAHAN


9.1 Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan
hendaklah di buat secara lisan kepada Pengadil yang bertugas ketika itu.
Kemudian tersebut hendaklah di kemukakan secara bertulis kepada Pengerusi

Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Golf tidak lewat 30 minit selepas tamat
pertandingan tersebut. Surat Bantahan hendaklah ditandatangani oleh
Pengurus Pasukan dengan disertakan bersama wang pemprosesan berjumlah

RM 1,000.00 (Rnggit Malaysia: Seribu Sahaja). Wang tersebut tidak akan
dikembalikan samada bantahan tersebut berjaya atau ditolak oleh
Jawatankuasa.


9.2 Sebarang bantahan berkaitan kelayakan pemain hanya boleh di buat semasa

mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang dibuat selepas itu akan ditolak.
Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah MUKTAMAD.

4
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019







10. JAWATANKUASA BANTAHAN


10.1 Ahli Jawatankuasa Bantahan


Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Setiausaha : Pengurus Sukan Pertandingan Golf

Ahli : Wakil Jawatankuasa Pengelola
Pegawai Teknikal Golf


Sebarang keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD.


11. HADIAH

11.1 Hadiah-hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah seperti berikut:-





KEDUDUKAN HADIAH


JOHAN Tiga Belas (14) Pingat Emas
NAIB JOHAN Tiga Belas (14) Pingat Perak

KETIGA BERSAMA Dua Puluh Enam (28) Pingat Gangsa























5
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019


Click to View FlipBook Version