The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminurahim, 2019-11-04 05:26:55

PERATURAN AM SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019

PERATURAN AM
SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019



SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM


SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019
PERINGKAT DUN-DUN DI NEGERI JOHOR


1. NAMA PROGRAM

1.1 Program ini dinamakan “KARNIVAL SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019”.

2. ANJURAN

2.1 Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri
Johor dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah-Daerah dan Persatuan-Persatuan
Sukan yang terlibat.

3. TARIKH DAN TEMPAT

3.1 Peringkat Daerah:

3.1.1 Tarikh dan tempat bagi penganjuran Pertandingan Sukan Muafakat Johor
2019 di peringkat DUN-DUN di setiap daerah akan ditentukan oleh
Jawatankuasa DUN-DUN itu sendiri dan akan dipantau oleh
Penyelaras/Urusetia Daerah MSNJ.

3.1.2 Tempoh rasmi pengelolaan ialah 2 hari serta perlu mengikut segala
Peraturan Am dan Syarat-syarat Khas yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri.

3.2 Peringkat Negeri:

3.2.1 Tuan Rumah Karnival Sukan Muafakat Johor 2019 Peringkat Negeri akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Induk yang dilantik.

3.2.2 Tarikh bagi pertandingan Peringkat Negeri akan diadakan pada:

Tarikh dan masa lapordiri : 22 November 2019 , 7.30 pagi
Tarikh pertandingan : 22 & 23 November 2019
Tempat : Indahpura Sport City, Kulai
Padang Bola Sepak IOI Property, Kulai
Majlis Penyampaian Hadiah : 23 November 2019, 2.00 petang

PERATURAN AM
SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019

4. PENDAFTARAN SETIAP DAERAH

4.1 Setiap pasukan/kontinjen hanya dibenarkan mendaftar pegawai dan peserta
seperti mana berikut :

Bil Bil Bil
Bil Jenis Sukan Jumlah
Pemain Pengurus Jurulatih

1. Futsal 8 1 1 10


2. Bola Jaring 10 1 1 12


Jumlah Keseluruhan 22


4.2 Penyertaan Pasukan/Kontinjen perlu membuat pendaftaran kepada
Penyelaras/Urusetia Daerah dengan menghantar Borang A (Maklumat
Pasukan) dan Borang B (Maklumat Peribadi) bagi kemasukan dalam sistem
online.

4.3 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan
borang-borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain-
pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

4.4 Segala borang-borang dan syarat-syarat/peraturan pertandingan boleh didapati
di laman web : www.muafakatjohor.wix.com/2019

4.5 Setiap pendaftaran mestilah (WAJIB) disertakan seperti berikut :

4.5.1 Sekeping (1) gambar berukuran pasport dan bukan gambar yang diambil
melalui telefon bimbit.

4.5.2 Salinan satu (1) Kad Pengenalan.

4.5.3 Surat Pengesahan Penghulu/Ketua Kampung/Majikan sekiranya bukan
daripada Dun berkenaan dan telah bermastautin lebih 3 bulan.
Walaubagaimanapun seorang pemain hanya layak didaftarkan bermain
untuk satu sukan sahaja.

PERATURAN AM
SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019

5. HADIAH


5.1 Hadiah –hadiah yang disediakan untuk semua kategori pertandingan adalah :-

5.1.1 Sukan Futsal dan Bola Jaring

5.1.1.1 Johan - Wang Tunai RM2,000.00
Medal dan Piala Iringan

5.1.1.2 Naib Johan - Wang Tunai RM1200.00
Medal dan Piala Iringan

5.1.1.3 Ketiga - Wang Tunai RM750.00
Medal dan Piala Iringan

5.1.1.4 Keempat - Wang Tunai RM500.00
Medal dan Piala Iringan

5.2 Hadiah-hadiah bagi PEMAIN TERBAIK ANAK JOHOR adalah :-

5.2.1 Wang Tunai RM 500.00
(RM 250.00 x 2 Sukan) dan Piala Iringan


6. KELAYAKAN PEMAIN

6.1 Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada pemain dalam DUN masing-masing

sahaja.
6.2 Bagi sukan Futsal pemain-pemain yang pernah mewakili peringkat
kebangsaan/antarabangsa tidak dibenarkan bermain di dalam pertandingan ini.
Bagaimanapun sekiranya pernah mewakili peringkat kebangsaan/antarabangsa
tetapi telah mencapai usia melebihi 40 tahun (1979) dibenarkan mengambil
bahagian.

PERATURAN AM
SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019


6.3 Bagi sukan Bola Jaring, pemain-pemain yang pernah mewakili peringkat
kebangsaan/antarabangsa tidak dibenarkan bermain di dalam pertandingan ini.
Bagaimanapun sekiranya pernah mewakili peringkat kebangsaan/ antarabangsa
tetapi telah mencapai usia melebihi 35 tahun (1984) dibenarkan mengambil
bahagian.

6.4 Had umur pemain bagi sukan Futsal dan Bola Jaring adalah berumur 18 tahun
(2001)ke atas.

6.5 Peserta tidak boleh bermain atau mewakili lebih dari satu DUN dan hanya

dibenarkan bermain di DUN sendiri mengikut status bermastautin.

6.6 Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan
kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan pemain tersebut
akan dibatalkan dan kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dikenakan
bayaran denda sebanyak RM500.00

7. YURAN PENYERTAAN

7.1 Tiada yuran pendaftaran dikenakan bagi semua acara yang dipertandingkan.

8. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

8.1 Tarikh tutup penyertaan (peringkat negeri) selewat-lewatnya adalah pada 10

November 2019 sebelum jam 12.00 tengahari.

8.2 Borang penyertaan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras/Urusetia
Daerah MSNJ :-


Bil Nama Penyelaras No. Tel Daerah

1. Nurul Najiha Binti Fadzil 019-7661927 (SUKD JOHOR BAHRU)
2. Mohd Ferdaus Bin Md. Yusof 017-7837571 (SUKD LEDANG)
3. Mohd Atiqurahim Bin Mohd Nor 019-7779946 (SUKD BATU PAHAT)
4. Hafiz Bin Abu Hassan 012-7022344 (SUKD SEGAMAT)
5. Nurul Adira Binti Azhar 016-7226139 (SUKD PONTIAN)
6. Heidzir Bin A. Shukor 012-6020402 (SUKD MUAR)
7. Nor Afifah Binti Mohamad 017-7585998 (SUKD KLUANG)
8. Che Siti Hajar Binti Che Ab. Rahim 012-7324330 (SUKD KULAI)
9. Nurhafizah Binti Mohamedon 019-7502090 (SUKD KOTA TINGGI)
10. Mohd Yuusrani Bin Mohd Nor 017-7222498 (SUKD MERSING)

PERATURAN AM
SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019

9. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

9.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan sebelum tarikh kejohanan bermula
(tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian)

9.2 Senarai peserta yang telah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus
Pasukan adalah Muktamad.

10. SISTEM PERTANDINGAN


10.1 Pertandingan acara sukan Futsal dan Bola Jaring akan dijalankan secara karnival.
Perlawanan akan diadakan secara liga satu pusingan bagi pusingan awal.
Peringkat seterusnya akan dijalankan secara kalah mati.

10.2 Sistem pertandingan akan tertakluk kepada peraturan-peraturan am mengikut
jenis sukan dan syarat-syarat khas pertandingan akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan oleh badan induk Persatuan Sukan Negeri Johor.

10.3 Pihak penganjur berhak untuk meminda, menambah atau memotong mana-mana
peraturan yang difikirkan wajar bagi melancarkan perjalanan pertandingan ini.

10.4 Segala urusan teknikal akan dikendalikan oleh :-

10.4.1 Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Futsal)

10.4.2 Persatuan Bola Jaring Negeri Johor (Bola Jaring)

10.5 Segala keputusan jawatankuasa pertandingan adalah Muktamad.

11. TANGGUNGAN

11.1 Pihak Penganjur (Majlis Sukan Negeri Johor) tidak akan bertanggungjawab di
atas segala kerosakan dan kemalangan yang menimpa kepada sesiapapun yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung.

11.2 Segala pengangkutan dan makan minum adalah dibawah tanggungan/
peruntukan pasukan masing-masing.

11.3 Setiap pasukan/kontinjen dinasihatkan agar dapat mengambil perlindungan
insuran masing-masing.

PERATURAN AM
SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019


11.4 Pihak penganjur hanya akan menyediakan penginapan kepada semua
pasukan yang layak ke peringkat suku akhir bagi setiap sukan.

11.5 Pihak penganjur hanya akan menyediakan makan dan minum semasa di
Majlis Perasmian & Pelancaran Sukan Muafakat Johor 2019 pada 22
November 2019. (Pengurus pasukan boleh mengambil bungkusan makanan
pada jam 7.30 pagi di khemah jamuan)

12. PENGADIL DAN PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL

12.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat
Teknikal, pegawai-pegawai Teknikal dan Pengadil setelah berunding dengan
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dan Persatuan Bola Jaring Negeri Johor.

13. BANTAHAN

13.1 Bantahan hendaklah dibuat melalui Pengurus Pasukan kepada Pengerusi
Pertandingan secara bertulis 10 minit selepas perlawanan tamat dengan
disertakan wang tunai sebanyak RM1,000.00 sebagai taruhan dan disertakan
bersama butiran/bukti.

13.2 Wang pertaruhan tersebut akan luput sekiranya bantahan yang dikemukakan
didapati tidak wajar.

13.3 Wang taruhan akan dikembalikan sebanyak 50% jika bantahan yang dibuat
diterima oleh Jawatankuasa Bantahan.

13.4 Semua bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Delegat/ Pegawai
Pertandingan dalam masa lima belas minit selepas pertandingan tamat.

13.5 Segala keputusan akan dimaklumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bantahan
yang dilantik dan segala keputusan adalah Muktamad.

14. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

14.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan
setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi etika dari
tingkahlaku yang dihormati berdasarkan kepada semangat kesukanan.

PERATURAN AM
SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019


14.2 Tertakluk kepada pengesahan Penganjur, Jawatankuasa Pengelola boleh
mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai,
pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif
pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi
sebarang jangkamasa yang sesuai.

14.3 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau
tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan.

15. JAWATANKUASA BANTAHAN

15.1 Setiap Persatuan Sukan Negeri yang terlibat hendaklah menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Bantahan/Rayuan bagi mengendalikan kes-kes disiplin dikalangan
pegawai dan peserta.

15.2 Disamping itu, Jawatankuasa Tertinggi akan melantik sebuah Lembaga
Bantahan/Rayuan bagi mengendalikan segala kes disiplin dan salahlaku yang
membabitkan pegawai dan atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat
sukan/persatuan masing-masing.

15.3 Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin semua pegawai kontinjen
yang berdaftar dengan urusetia Sukan Muafakat Johor 2019. Keahlian Lembaga
Bantahan/Rayuan adalah seperti berikut :-

Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor

Ahli-ahli : Pengarah
Majlis Sukan Negeri Johor

Ketua Teknikal
Sukan Muafakat Johor 2019

Tiga (3) orang Ketua Kontinjen atau Wakilnya

Seorang wakil daripada persatuan yang terlibat

PERATURAN AM
SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019

16. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

16.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
yang berkenaan dan keputusannya adalah Muktamad.

17. SEKRETARIAT

17.1 Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh berhubung dengan Penyelaras Majlis
Sukan Negeri Johor seperti berikut :-

Ketua Penyelaras - En. Mohd Amir Abdullah Bin Mohd Amir Najib
Penolong Pengarah,
Majlis Sukan Negeri Johor
(013-7729507)

Pen. Ketua Penyelaras - Puan Shazreen Bt. Mustafa
Penolong Pegawai,
Majlis Sukan Negeri Johor
(0177196132)

Ketua Teknikal - En. Akbar Shah Bin Jalal
(018-7666629)

Penyelaras Futsal - En. Rais Bin Ishak
(010-7010736)


Penyelaras Bola Jaring - Pn. Zuliah Binti Said
(019-7625220)




Email : [email protected]


Click to View FlipBook Version