The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21074239, 2024-03-24 12:34:39

BUKU LOG KRS PISMP JUN 2022

BUKU LOG KRS (NUR AIN AZIZIE)

SEJARAH PERTUBUHAN KRS


SEJARAH PENGASAS Kadet Remaja Sekolah (KRS) ditubuhkan oleh Muhammad Thani bin Shaaban. Beliau lahir di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas serta merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum.


Minat beliau dalam bidang pendidikan semakin terserlah apabila beliau berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu pada 28 Februari 1985. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan kerana berjaya mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. KRS ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah pada 27 Jun 1987. Pada mulanya, pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam dan matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat untuk memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020.


SEJARAH PENUBUHAN Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 oleh En. Muhammad Thani bin Shaaban. Pada mulanya, pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Matlamat utama penubuhan KRS ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.


Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayan Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah sudah mula menubuhkan KPIM. Antaranya ialah Sekolah Menegah Taman Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani, Sekolah Menengah Serti Titiwangsa di bawah pimpinan En Anuar bin Abd Aziz dan Sekolah Menengah Agama Ma’ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En Abu Hassan bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buang sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dimulakan pada 10 Ogos 1993.


TUJUAN PENUBUHAN KRS DAN TKRS Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing, kreatif serta inovatif daam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, merokok, budaya lepak dan juvana.


Mempelbagaikan kegiatan pasukan badan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar petriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta bekeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


OBJEKTIF PENUBUHAN KRS DAN TKRS Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan dalam kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. Melahirkan generasi yang mengetahui, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.


STRUKTUR ORGANISASI


JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT I. PERINGKAT KEBANGSAAN Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah Timb. Pengerusi : Timb. Pengarah Bahagian Sekolah Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah Pen. Setiausaha : Dilantik (2 orang) Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : Pengarah - Pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki Tiga ahli dilantik Dua wakil Sekretariat Kebangsaan Dua wakil Jurulatih KRS Dua wakil Jurulatih TKRS Juruaudit : Dilantik


II. PERINGKAT NEGERI Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengerusi : Pengarah Bahagian Negeri Timb. Pengerusi : Timb. Pengarah Sektor Pembangunan Murid Setiausaha : Ketua Unit Ko-kurikulum Pen. Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Pen. Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : Dilantik termasuk Pegawai Pendidikan Daerah 2 wakil Jurulatih KRS 2 wakil Jurulatih TKRS 2 wakil Sekretariat Negeri Wakil PKPSM dan MGB Juruaudit : Dilantik


III. PERINGKAT DAERAH Penaung : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Penasihat : Pengarah Pendidikan Negeri Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah Timb. Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Setiausaha : Penyelia Pen. Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : Dilantik termasuk 2 wakil Jurulatih KRS 2 wakil Jurulatih TKRS 2 wakil Sekretariat Daerah Wakil PKPSM dan MGB Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit : Dilantik (2 orang)


IV. PERINGKAT SEKOLAH Penaung : Pengarah Pendidikan Negeri Penasihat : PPD Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Timb. Pengerusi : Pen. Kanan Ko-kurikulum Setiausaha : Dilantik Pen. Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : 7 orang dilantik + Ketua Platun TKRS Juruaudit : Dilantik di kalangan guru (2 orang)


JAWATANKUASA KRS IPGM KPM IPG KAMPUS GAYA Penaung : Pengarah, Dr. Gerturude Jock A.D.K Penasihat : Pensyarah Dr. Jaslinah Makantal En. Teo Tsai Vun Cik Christye Majuddin En. Alvin Sapun Puan Badhrianawati Hj. Bidin Pengerusi : Wendy Michelle William Timb. Pengerusi : Chin Yan Mei Setiausaha : Clare Yvonne Cassandra Ronald Pen. Setiausaha : Nur Aina Nafisa binti Mohd Zubir Bendahari : Muhammad Firdaus bin Wahyu Pen. Bendahari : Howard Alfred


Ahli - ahli Jawatankuasa : i. AJK Perhubungan : Sazriane Marnon Muhazir bin Abd Razak Nathalia Natasha binti Mohd Sufri Aaron Keith Miden ii. AJK Aktiviti : May Jorye Joan Godon Yvonne Jusius Nur Amirah Diyanah binti Mariadi Nur Farah Ain binti Abd Razak iii. AJK Protokol & Disiplin : Shirly Sindon anak Ragai Shazatul Azha binti Asanan Nur Fitri Adawiyah binti Materang Zadatul Nur Atiqa binti Abd Rashid


iv. AJK Kebajikan & Keselamatan Najihah binti Abdul Hanif Rinnie Razali Nor Safwah binti Jahili Bonia Dona Morera Melecio v. AJK Peralatan dan Teknikal Ridzshahzehan bin Riduan Hector Justine Reydharowee Johnny Muhammad Mifdhzal Adli bin Mahmud vi. AJK Jemputan & Protokol Evelean Ason Nadhiatul Nurhanna binti Mohd Talip Bibi Nur Herleyna binti Mohd Nazi Khairulnizam Nur Ain Azizie binti Bakrin Noredma Shayfiqah binti Kamran vii. AJK Tugas-Tugas Khas Noreisyah binti Mohd Zain Norazmatun Syakirah Anne Elsye Ahmad Selisticahe Paul


MAJLIS TADBIR KRS IPGM KPM


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


KOMPENI Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun.


PLATUN Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet.


SEKSYEN Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet.


SISTEM PANGKAT TKRS


SISTEM PANGKAT PEGAWAI KEHORMAT KRS


SISTEM PANGKAT PEGAWAI KRS


KRS SEKOLAH RENDAH


PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM Dalam merancang program unit beruniform KRS di sekolah, terdapat skema yang perlu diikuti iaitu : Pertamanya, perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan KRS. 1. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan kepada guruguru dan pelajar. 2. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan kegiatan KRS yang terdiri daripada guru-guru penasihat. 3. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. 4. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan. 5.


6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran. 7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas. 8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan. 9. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang ko-kurikulum. 10. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan ko-kurikulum sekolah. 11. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru. 12. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS. 13. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program. 14. Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar. 15. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan. 16. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.


Prinsip merancang program seperti berikut : Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum. Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan ko-kurikulum yang berbentuk aktiviti. Semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah. Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian dan kepimpinan. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat.


Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan ko-kurikulum yang dirancang. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti / kegiatan ko-kurikulum yang dianjur.


ORGANISASI UNIT BERUNIFORM KRS SEKOLAH RENDAH PENAUNG PENGERUSI SETIAUSAHA KOKURIKULUM PENYELARAS UNIT GURU PEMIMPIN / PENASIHAT PENGERUSI (MURID) SETIAUSAHA (MURID) NAIB PENGERUSI (MURID) NAIB SETIAUSAHA (MURID) AJK (SETIAP TAHUN) BENDAHARI


RANCANGAN TAHUNAN DAN MINGGUAN KRS


LAPORAN Komponen-komponen yang terdapat di dalam laporan : Tajuk, Negeri, Daerah Nama Persatuan / Kelab, Tempat Tarikh Ketua Penasihat Bilangan ahli persatuan Bilangan penceramah jemputan Bilangan penasihat Kekuatan aktiviti Kelemahan aktiviti Cadangan penambahbaikan Senarai nama jurulatih, penceramah, peserta aktiviti terkini Gambar / Lampiran semasa aktiviti Tandatangan Tarikh


CONTOH LAPORAN


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version