SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR,
09010 KULIM, KEDAH
MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL 1/2020
Tarikh : 30 Disember 2019 (Isnin)
Masa : 9.00 pg – 11.45 pg
Tempat
:Hotel Swiss In, Sungai Petani
KEHADIRAN :
1. Pn. Fauziah binti Yusof (Guru Besar)
2. En. Yamin bin Nawi (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Zanari bin Zainon (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Pn. Salina binti Mat Jaya (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. En. Marzuki bin Abu Bakar
6. En. Mohd Suyuty bin Ismail
7. Pn. Fadzilah binti Jahaya
8. Pn. Sukinah binti Hashim
9. Pn. Mazura binti Abdul Aziz
10. Cik Faizamastura binti Hamzah
11. En. Mohd Asri bin Isma’ail
12. Pn. Zarina binti Mohamad
13. Pn. Normasita binti Elias
14. Pn. Hamidah binti Zainol
15. En. Azizul Rahim bin Ismail
16. Pn. Zuraini binti Hassan
17. Pn. Khairuzah binti Darus
18. Pn. Rahayu binti Shaharuddin
19. En. Mohd Izwan bin Abd Rahim
20. En. Abdul Ghani bin Abdul Karim
21. Pn. Norul Fazlin binti Zainal Karib
22. Pn. Basirah binti Bacharudin
23. En. Muhammad Solehuddin bin Abdul Roni
24. En. Faizal bin Hashim
25. En. Aziz bin Hasan
26. En. Mohd Noor Safwan bin Md Noor
27. En. Shamsul Azrul bin Saari
28. Pn. Masita binti Ismail
29. En. Zulkifli bin Hasan
30. En. Muhamad Arif bin Abdullah
1
31. En. Muhammad Niza bin Abdullah
32. Pn. Suria binti Ismail
33. Pn. Fuziah binti Mohamed
34. Pn. Chithrra a/p Damodharan
35. Pn. Faridah binti Muda
36. En. Mohamad Zaidi bin Abu Hasan
37. En. Roslan bin Mohd Yusoff
38. En. Abu Bakar bin Sahari
39. Pn. Noor Azlin binti Teh
40. En. Mohamad Affandi bin Abdul Aziz Kalimuthu
41. En. Mazani bin Ishak
42. Pn. Husnita binti Hassan @ Yahya
43. Pn. Siti Zaleha binti Ahmad
URUSETIA: Unit Kurikulum
1. Pn. Husnita binti Hassan @ Yahya
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan majlis dengan membaca ummul
kitab al-Fatihah. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
guru atas kehadiran dalam Mesyuarat Kurikulum kali 1/2020.
2. Syukur ke hadrat Ilahi kerana semua guru dapat berkumpul di dalam Dewan Hotel
Swiss In. Terima kasih kepada Pengerusi Kelab Guru kerana mencetuskan idea
untuk melaksanakan mesyuarat di sini.
3. Secara tidak langsung ia mencetuskan motivasi untuk terus bekerja dan berjihad
untuk melahirkan murid yang lebih cemerlang.
4. Puan Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua barisan pentadbir
kerana berkerjasama demi membangunkan sekolah sepanjang tahun 2019.
Tindakan: Makluman
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
5. Puan Husnita binti Hassan @ Yahya selaku setiausaha mesyuarat yang lalu
membentangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 4/2019 dari muka surat 1 hingga
5. En. Zulkifli bin Hasan mencadangkan untuk disahkan dan disokong oleh En.
Shamsul Azrul bin Saari.
Tindakan: Makluman
2
III. PERKARA BERBANGKIT
6. Tiada
IV. PENGURUSAN KURIKULUM
VISI DAN MISI SEKOLAH
7. Pentadbir dan guru bergerak bersama ke arah hala tuju yang sama bagi
memastikan kemenjadian murid dan mewujudkan sekolah yang berkualiti.
Terdapat 9 bidang yang perlu kita fokus bersama-sama. Antaranya ialah
Organisasi yang berkualiti
Pengurusan Kurikulum yang berkualiti
Pengurusan HEM yang berkualiti
Pengurusan KOKO yang berkualiti
Pengurusan kewangan yang berkualiti
Pengurusan pentadbiran pejabat
Pengurusan persekitaran dan kemudahan sosial
Pengurusan dan pembangunan sumber manusia
Penguruasan perhubungan luar
Tindakan: makluman
PERANCANGAN STRATEGIK KURIKULUM
8. Pn. Guru Besar memaklumkan perancangan strategik sekolah bermula 2018 –
2020.
9. Isu utama yang dibincangkan dalam perancangan strategik ialah isu murid dan
peratus lulus MTM (melepasi tahap minimum).
10. Pentadbir dan guru akan bersama-sama gembeleng tenaga untuk membantu
meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris Penulisan.
11. Sehubungan dengan itu, setiap pentadbir akan memantau perkembangan panitia di
bawah seliaannya. Para pentadbir akan membuat pemantauan dan mencari
intervensi bersama-sama dengan guru.
Guru Besar : Bahasa Inggeris
PK 1 : Sains
PK HEM : Bahasa Melayu
PKKO : Matematik
12. Selain itu ialah isu kehadiran murid ke sekolah dan isu guru iaitu PdPc di dalam
kelas kurang berkualiti.
Tindakan: Makluman
13. Seterusnya, Puan Guru Besar membentangkan pelan taktikal kepada semua guru.
Semua guru diminta patuh dan ambil perhatian terhadap tugas yang diberikan
berdasarkan Buku Pengurusan Sekolah 2020.
Tindakan: Semua guru
3
PdPc ABAD 21
14. Puan Guru Besar memaklumkan PdPc Abad 21 merupakan aktiviti pembelajaran
berpusatkan murid.
15. Guru bertindak sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan
penilai. Manakala murid pula bertindak sebagai pelajar yang aktif.
Tindakan: Makluman
HEADCOUNT / DASHBOARD
16. Puan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Penyelaras Headcount Sekolah
iaitu Sir Mohamad Affandi kerana telah menyiapkan Headcount Tahun 6.
17. Puan Guru Besar turut memaklumkan senarai nama penyelaras headcount bagi
setiap aliran.
a) En. Mohamad Affandi Tahun 6
b) Pn. Suria Ismail Tahun 5
c) En. Roslan b. Mohd Yusoff Tahun 4
Tindakan: Penyelaras Headcount
POST MORTEM UPSR
18. Puan Guru Besar memaparkan hasil analisa keputusan UPSR 2019.
19. Puan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua pentadbir dan guru kerana
peningkatan peratus lulus UPSR.
Tindakan: Makluman
SKPMg2
20. Puan Guru Besar memaklumkan, pihak sekolah akan menjemput En. Suyamin
dari PPD untuk memberi penjelasan mengenai SKPMg2.
21. Pohon Setiausaha LDP menetapkan tarikh dan membuat surat jemputan kepada
En. Suyamin.
Tindakan: S/U LDP
KSSR SEMAKAN
22. Puan Guru Besar meminta semua ketua panitia dan guru yang pernah mengikuti
Kursus KSSR Semakan memberi penerangan mengenainya kepada semua ahli
panitia.
Tindakan: Makluman
UJIAN/PENILAIAN/PEPERIKSAAN
23. Puan Guru Besar memaklumkan semua murid tahap 2 terlibat dengan ujian,
peperiksaan dan PBD. Manakala murid tahap 1 hanya terlibat dengan PBD sahaja.
24. Semua guru perlu patuhi tarikh akhir mengisi markah dalam SAPS.
25. Selepas selesai ujian, setiap panitia perlu mengadakan dialog prestasi untuk
mengenalpasti punca masalah dan membuat intervensi.
26. Puan Guru Besar memaklumkan Penyelaras PBD ialah Puan Fuziah dan dibantu
oleh Puan Rahayu.
Tindakan: Makluman
4
KONTRAK LATIHAN
27. Semua guru diminta menyediakan kontrak latihan murid. Guru perlu meletakkan
kontrak latihan di dalam Buku RPH untuk semakan Guru Besar.
Tindakan: Semua guru
NOTA / LATIHAN
28. Semua guru perlu memberi latihan kepada murid berdasarkan kontrak latihan
yang telah disediakan. Setiap latihan murid mesti disemak dengan teliti dan
ditandatangani oleh guru.
Tindakan: Makluman
PEKA / PAFA
29. Puan Guru Besar memaklumkan PEKA dan PAFA berjalan seperti biasa. PEKA
di bawah Panitia Sains iaitu Puan Masita bt. Ismail manakala PAFA pula di
bawah kelolaan Ustaz Abdul Ghani.
Tindakan: KP Sains & KP PI
MBMMBI
30. Matlamat utama MBMMBI ialah untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan
mempertingkatkan Bahasa Inggeris.
31. Pada tahun 2020 telah disasarkan semua murid Kelas 6 Arif dan 6 Bestari lulus
semua mata pelajaran. Manakala Kelas 6 Cerdik akan terus diberi bimbingan oleh
guru supaya mereka lulus.
Tindakan: Makluman
PEMULIHAN
32. Puan Guru Besar memohon En. Mazani dan Pn. Sukinah menyediakan data murid
yang masih belum dikuasai iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semua data
ini perlu diserahkan kepada Pn. Guru Besar. Satu mesyuarat pemulihan akan
diadakan bagi membincangkan masalah dan mencari intervensi.
Tindakan: Guru Pemulihan
PRASEKOLAH
33. Pn. Mazura memaklumkan jumlah terkini murid pra yang berdaftar ialah 46
orang. Jumlah ini akan bertambah kerana masih terdapat waris yang belum
menghantar borang.
34. Pn. Guru Besar berharap murid prasekolah pada tahun ini dapat mencapai 50
orang.
Tindakan: Makluman
PSS / NILAM
35. Pn. Guru Besar berharap pada tahun 2020 Guru PSS dapat menggalakkan lebih
ramai murid mengunjungi Pusat Sumber Sekolah. Keluarkan buku yang ada untuk
kegunaan murid.
36. Mohon Pn. Rahayu memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut jadual.
37. Guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Inggeris boleh membawa murid ke
perpustakaan waktu PdPc.
38. Pn. Guru Besar akan menggunakan peruntukan PSS membeli kamus untuk di
letakkan di dalam kelas. Guru Bahasa Inggeris perlu mengajar dan membimbing
murid cara penggunaan kamus yang betul.
Tindakan: Makluman
5
PUSAT AKSES INTERNET
39. Pn. Guru Besar meminta En. Roslan menyediakan jadual penggunaan Pusat Akses
Internet. Sediakan perkara yang bermanfaat kepada anak murid ketika mereka
berada di Pusat Akses Internet. Berikan bimbingan kepada mereka supaya tidak
melayarai laman web yang tidak berfaedah.
40. En. Roslan boleh meminta bantuan dari Pembantu Makmal iaitu En. Syamsuri
untuk membantu penyelenggaraan Pusat Akses Internet.
Tindakan: En. Roslan
MAKMAL ICT / ICTL DALAM PDPC
41. Pn. Guru Besar berharap En. Asri meneruskan usaha-usaha yang telah
dilaksanakannya sebelum ini. Galakkan guru menggunakan ict dalam
menyampaikan pdpc. Sediakan jadual penggunaan Makmal ICT supaya tidak
berlaku pertembungan antara guru.
Tindakan: En. Asri
BILIK KHAS
42. Guru digalakkan menggunakan bilik khas, makmal atau bengkel ketika PdPc.
Pastikan Penyelaras Bilik Khas membuat carta organisasi dan jadual waktu
penggunaan. Serahkan satu salinan jadual penggunaan bilik khas kepada
pentadbir.
43. Ralat dalam Buku Pengurusan Sekolah bahagian bilik-bilik khas, pengurusan
surau di bawah kelolaan Ustaz Mohd Suyuty menggantikan Ustazah Zarina.
Tindakan: Makluman
LDP
44. En. Muhammad Niza selaku Setiausaha LDP memaklumkan takwim tahun 2020
dirancang berdasarkan TNA yang telah diisi oleh guru. Antara perancangannya
ialah mengadakan lawatan keluar negara dan lawatan dalam negara. Pastikan
semua guru cukup mata kredit sebelum akhir tahun persekolahan.
Tindakan: Makluman
PCG
45. Pn. Guru Besar memaklumkan semua guru boleh merancang penggunaan Wang
PCG bersama ketua panitia.
Tindakan: Makluman
BAHAN BANTU MENGAJAR
46. Guru diminta menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap
pelajar. Setiap bahan bantu mengajar yang dibeli oleh guru mestilah digunakan
semasa PdPc. Pn. Guru Besar memaklumkan akan menyediakan tempat yang
khusus untuk meletakkan bahan yang dibeli oleh guru.
Tindakan: Makluman
PKB
47. Penolong Kanan Pentadbiran telah mengedarkan bahan PKB untuk rujukan semua
guru. Mulai tahun 2020, pentadbir tidak akan memaklumkan bila tarikh dan masa
guru akan dicerap.
Tindakan: Makluman
6
V. HAL-HAL LAIN
48. PK HEM memaklumkan terdapat ralat mukasurat 8 Buku Pengurusan Sekolah
iaitu jawatankuasa kebajikan dan bantuan masih mengekalkan Ustaz Mohd
Suyuty manakala Guru Kaunseling pula ialah Ustazah Siti Zaleha.
Tindakan: makluman
VI. PENUTUP
49. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat. Pn. Guru
Besar berharap semua guru terus bersemangat bekerja sepanjang tahun 2020
untuk memastikan kualiti sekolah dan kemenjadian murid.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.
Disediakan oleh,
Urusetia Mesyuarat
Unit Kurikulum SK Labu Besar
Tarikh: 25 Februari 2020
Disemak oleh,
7