SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR,
09010 KULIM, KEDAH
MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL 3/2020
Tarikh : 04 Oktober 2020 (Ahad)
Masa : 1.30 tengahari – 3.30 petang
Tempat
: Dewan SKLB
KEHADIRAN : (Guru Besar)
1. Pn. Fauziah binti Yusof (Penolong Kanan Pentadbiran)
2. En. Yamin bin Nawi (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
3. En. Zanari bin Zainon (Penolong Kanan Kokurikulum)
4. Cik Wan Nurhaslinda binti Wan Mazuki
5. En. Marzuki bin Abu Bakar
6. En. Mohd Suyuty bin Ismail
7. Pn. Fadzilah binti Jahaya
8. Pn. Sukinah binti Hashim
9. Pn. Mazura binti Abdul Aziz
10. Cik Faizamastura binti Hamzah
11. En. Mohd Asri bin Isma’ail
12. Pn. Zarina binti Mohamad
13. Pn. Normasita binti Elias
14. Pn. Hamidah binti Zainol
15. En. Azizul Rahim bin Ismail
16. Pn. Zuraini binti Hassan
17. En. Mohd Izwan bin Abd Rahim
18. En. Abdul Ghani bin Abdul Karim
19. Pn. Basirah binti Bacharudin
20. En. Mohd Khairul Nizam bin Hazari
21. En. Faizal bin Hashim
22. En. Aziz bin Hasan
23. En. Mohd Noor Safwan bin Md Noor
24. En. Shamsul Azrul bin Saari
25. Pn. Masita binti Ismail
26. En. Zulkifli bin Hasan
27. En. Muhamad Arif bin Abdullah
28. En. Muhammad Niza bin Abdullah
29. Pn. Suria binti Ismail
1
30. Pn. Fuziah binti Mohamed
31. Pn. Chithrra a/p Damodharan
32. Pn. Faridah binti Muda
33. En. Mohamad Zaidi bin Abu Hasan
34. En. Roslan bin Mohd Yusoff
35. Pn. Noor Azlin binti Teh
36. En. Mazani bin Ishak
37. Pn. Husnita binti Hassan @ Yahya
38. Pn. Siti Zaleha binti Ahmad
TIDAK HADIR BERSEBAB
39. Pn. Norul Fazlin binti Zainal Karib
40. En. Abu Bakar bin Sahari
41. En. Mohamad Affandi bin Abdul Aziz Kalimuthu
URUSETIA: Unit Kurikulum
1. Pn. Husnita binti Hassan @ Yahya
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan salam dan merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua guru kerana hadir dalam Mesyuarat Kurikulum kali 3/2020. Tahniah
kepada semua guru kerana dari awal tahun sehingga Bulan Oktober dapat
melaksanakan tugas yang diamanahkan.
2. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dalam suasana kes Covid yang semakin meningkat
guru masih bertugas seperti biasa. Pohon semua guru patuhi SOP yang ditetapkan
oleh KPM samada di sekolah atau di luar kawasan sekolah. Pohon guru yang
terlibat dengan kes Covid malumkan kepada Guru Besar untuk diambil tindakan
dan laporan. Puan Guru Besar berharap semua guru dapat membimbing dan
memberi teguran kepada murid supaya patuhi SOP yang ditetapkan.
3. Puan Guru Besar mengingatkan kepada semua guru jangan sebarkan sebarang
maklumat dari whatsapp rasmi sekolah kepada waris dan masyarakat di
sekeliling kerana bimbang akan dimanipulasi oleh mereka.
4. Matlamat Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia ialah untuk meningkatkan
kualiti sekolah berada pada tahap yang terbaik. Oleh, itu, Pn. Guru Besar berpesan
kepada semua guru niatkan kerja setiap hari kerana Allah. Laksanakan semua
bidang tugas yang diamanahkan dan jangan ambil kesempatan serta menindas
orang lain.
Tindakan: Makluman
2
5. Sebagai pengajar kita bukan sahaja memberi bimbingan dari segi akademik sahaja
tetapi juga bimbingan dari segi adab, akhlak dan kerohanian.
6. Terdapat 5 aspirasi dalam sistem PPPM iaitu:
Akses : 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.
Kualiti : Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
Ekuiti : 50% pengurangan dalam jurang pencapaian menjelang tahun 2020.
Perpaduan : Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman
dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
Kecekapan : Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.
7. Selain itu hasrat PPPM juga ingin melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri
utama diperlukan untuk berupaya saing pada peringkat global.
Pengetahuan
Kemahiran berfikir
Kemahiran memimpin
Kemahiran dwibahasa
Etika dan kerohanian
Identiti nasional
8. Pn. Guru Besar memaklumkan, sistem pendidikan kini berada diambang
penghujung gelombang kedua PPPM. Mulai tahun hadapan kita akan menuai
hasil murid yang mempunyai 6 ciri kemahiran utama yang diperkatakan tadi.
Tindakan: Makluman
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
9. Puan Husnita binti Hassan @ Yahya selaku setiausaha mesyuarat yang lalu
membentangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2/2020 dari muka surat 1 hingga
7. En. Khairul Nizam bin Hazari mencadangkan untuk disahkan dan disokong
oleh En. Shamsul Azrul bin Saari.
Tindakan: Makluman
III. PERKARA BERBANGKIT
10. Tiada
IV. PENGURUSAN KURIKULUM
ANALISA UJIAN PERTENGAHAN TAHUN
11. En. Mazani bin Ishak selaku Setiausaha Peperiksaan memaklumkan Ujian
Pertengahan Tahun telah berlangsung pada 7.9.2020 – 13.9.2020. Semua guru
telah selesai mengisi markah di dalam SAPS.
Tindakan: Makluman
3
12. Analisa Ujian Pertengahan Tahun peratus lulus bagi tahun 4 ialah 12.68%.
BM Pemahaman : 32.39%
BM Penulisan : 28.17%
BI Pemahaman : 59.15%
BI Penulisan : 59.15%
Matematik : 28.17%
Sains : 70%
Pendidikan Islam : 60.56%
Tindakan: Makluman
13. Analisa Ujian Pertengahan Tahun peratus lulus bagi tahun 5 ialah 48.72 %.
BM Pemahaman : 74.36%
BM Penulisan : 71.39%
BI Pemahaman : 62.82%
BI Penulisan : 62.82%
Matematik : 72.73%
Sains : 66.67%
Pendidikan Islam : 93.59%
Tindakan: Makluman
14. Analisa Ujian Pertengahan Tahun peratus lulus bagi tahun 6 ialah 42.50% .
BM Pemahaman : 88.31%
BM Penulisan : 79.22%
BI Pemahaman : 63.64%
BI Penulisan : 64.67%
Matematik : 57.14%
Sains : 78.95%
Pendidikan Islam : 92.21%
Tindakan: Makluman
15. Pn. Guru Besar berharap ada peningkatan untuk Ujian Akhir Tahun nanti. Isu
utama ialah peratus lulus yang rendah bagi tahun 4 kerana mereka baru memasuki
fasa peperiksaan. Dialog Prestasi akan diadakan untuk membincangkan masalah
dan intervensi yang perlu dilaksanakan.
Tindakan: Makluman
LAPORAN PUSAT SUMBER
16. Pn. Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Sukinah
kerana telah membuat pelancaran NILAM untuk semua kelas. Hasil dapatan data
Ujian Psikometrik menunjukkan peratus penggunaan bahasa amat rendah. Hal ini
menunjukkan program NILAM tidak dilaksanakan dengan betul.
Tindakan: Makluman
17. Pn. Guru Besar meminta guru bahasa membimbing murid cara menulis Buku
Nilam yang betul. Apabila murid banyak membaca secara tidak langsung mereka
akan dapat menulis karangan dengan baik.
Tindakan: Guru Bahasa
4
18. Pn. Sukinah memaklumkan pada peringkat pertama ini Pusat Sumber Sekolah
akan menjalankan program NILAM dengan bantuan Cikgu Normasita Elias.
Selain itu, PSS juga akan mengadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber. Jadual
dan pembahagian kumpulan telah dirangka oleh Setiausaha Kurikulum. Bengkel
ini akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Tindakan: Makluman
LAPORAN PBD
19. Pn. Fuziah selaku Penyelaras PBD mengucapkan terima kasih kepada semua guru
kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam mengisi pentaksiran
pertengahan tahun 2020. Semua guru boleh merujuk laporan yang telah
diedarkan.
Tindakan: Makluman
20. Pn. Guru Besar berharap semua guru dapat berbincang dengan lebih lanjut di
dalam mesyuarat panitia dan Dialog Prestasi. Tahniah kepada Panitia Pendidikan
Islam kerana keputusan analisa Ujian Pertengahan Tahun dan laporan pentaksiran
PBD adalah sama dan tidak jauh perbezaan antara keduanya.
Tindakan: Makluman
PAK 21
21. PK1 memaklumkan ahli jawatankuasa penyediaan KIT Pembelajaran PAK21
telah selesai dan diedarkan kepada semua pelajar. Pihak sekolah berharap semua
guru dapat menggunakan kemudahan kit pembelajaran yang disediakan semasa
PdPc di dalam kelas.
Tindakan: Makluman
22. Pn. Guru Besar berharap guru dapat menggunakan KIT PAK 21 di dalam kelas
kerana ia memudahkan PdPc guru. Secara tidak langsung ia melatih murid
menjadi pemimpin semasa PdPc manakala guru bertindak sebagai pemudah cara.
Kos penyediaan KIT Pembelajaran ini dianggarkan RM6000 dengan
menggunakan sumber duit zakat.
Tindakan: Makluman
23. Pn. Chithrra memberi penerangan mengenai cara penggunaan KIT PAK21. Pohon
semua guru kelas membuat semakan set yang diperolehi murid kerana terdapat
murid yang tidak cukup peralatan di dalam KIT tersebut.
Tindakan: Guru Kelas
PLC
24. PK1 memaklumkan telah merancang 3 PLC iaitu 1 PLC untuk pentadbir dan 2
untuk panitia. PK1 akan berbincang dengan Setiausaha PLC mengenai tarikh
perlaksanaannya.
Tindakan: S/U PLC
5
25. Pn. Guru Besar memaklumkan PLC Pentadbir ialah melihat aspek pengurusan
kelas dan keberadaan guru di dalam kelas.
Tindakan: Makluman
V. HAL-HAL LAIN
26. Pn. Guru Besar meminta semua guru mengisi rekod perkembangan murid di
dalam Buku RPH. Guru Besar akan mengadakan bengkel untuk SLT dan MLT
mengenai PBD serta bengkel khusus dalam penjaminan kualiti kepada ketua
panitia.
Tindakan: Makluman
27. Pn. Guru Besar memaklumkan senarai nama guru yang terlibat dengan
Perancangan Strategik Sekolah dan Buku Pengurusan Sekolah.
Perancangan Strategik Sekolah Pn. Fuziah binti Mohamed
En. Faizal bin Hashim
Pn. Chithrra a/p Damodharan
En. Mohd Syamsuri bin Yusop
Buku Pengurusan Sekolah Pn. Masita binti Ismail
Pn. Husnita binti Hassan @ Yahya
En. Roslan bin Mohd Yusoff
En. Mohd Syamsuri bin Yusop
Tindakan: Makluman
28. PK1 memaklumkan Ujian Segak akan bermula 5 Oktober sehingga 5 November
melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Setiausaha Sukan perlu membuat surat kepada
waris memohon kebenaran melaksanakan Ujian Segak. Jika terdapat waris yang
tidak benarkan, guru perlu isi TL di dalam rekod dan sistem.
Tindakan: S/U Sukan
29. En. Azizul meminta guru kelas menyimpan surat maklum balas untuk dijadikan
eviden. Perlaksanaan Ujian Segak akan mengikut SOP dan sanitasi semua
peralatan yang digunakan. Taklimat akan diberikan kepada Guru PJ yang akan
melaksanakan Ujian Segak.
Tindakan: Guru Kelas dan Guru PJ
30. Pn. Guru Besar bertanya mengenai perlaksanaan Pendidikan Jasmani di dalam
kelas atau di padang.
31. En. Azizul Rahim memaklumkan jika terdapat guru yang ingin melaksanakan PJ
di padang perlu sediakan SOP terlebih dahulu. Beliau memaklumkan dalam
keadaan terkini kes Covid yang masih tinggi mohon KIV dahulu laksanakan PJ
di padang.
Tindakan: Makluman
6
32. Pn. Guru Besar berharap sekiranya ada guru yang ingin laksanakan PJ di padang
mohon patuhi SOP yang ditetapkan.
Tindakan: Makluman
33. Pn. Guru Besar bertanyakan kepada Ketua Panitia Sains jika ada guru yang ingin
menggunakan Makmal Sains.
34. Pn. Masita memaklumkan Guru Sains Tahun 5 akan menggunakan Makmal Sains.
Namun begitu akan diteliti terlebih dahulu keadaan makmal dan SOP yang akan
dilaksanakan.
Tindakan: Makluman
35. Pn. Guru Besar berharap Guru Sains memantau penjarakan sosial murid di dalam
makmal. Elakkan murid memegang peralatan di dalam makmal. Pohon patuhi
SOP dan sanitasi peralatan yang digunakan.
Tindakan: Guru Sains
36. Pn. Guru Besar meminta semua ketua panitia menyerahkan fail panitia kepada
PK1 untuk semakan dan seterusnya kepada Guru Besar untuk ditandatangani.
Pastikan fail panitia dalam keadaan elok dan disusun kemas di rak.
Tindakan: Ketua Panitia & S/U Kurikulum
VI. PENUTUP
37. Pn. Guru Besar berharap semua guru dapat bergerak bersama-sama mengikut hala
tuju sekolah serta melaksanakan amanah terhadap anak murid di SK Labu Besar.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.
Disediakan oleh,
Urusetia Mesyuarat
Unit Kurikulum SK Labu Besar
Tarikh: 18 Oktober 2020
Disemak oleh,
7