SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR,
09010 KULIM, KEDAH
MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL 2/2020
Tarikh : 05 Mei 2020 (Selasa)
Masa : 9.00 pg – 12.00 tengahari
Tempat
:Google Meet
KEHADIRAN :
1. Pn. Fauziah binti Yusof (Guru Besar)
2. En. Yamin bin Nawi (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Zanari bin Zainon (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. En. Marzuki bin Abu Bakar
5. En. Mohd Suyuty bin Ismail
6. Pn. Fadzilah binti Jahaya
7. Pn. Sukinah binti Hashim
8. Pn. Mazura binti Abdul Aziz
9. Cik Faizamastura binti Hamzah
10. En. Mohd Asri bin Isma’ail
11. Pn. Zarina binti Mohamad
12. Pn. Normasita binti Elias
13. Pn. Hamidah binti Zainol
14. En. Azizul Rahim bin Ismail
15. Pn. Zuraini binti Hassan
16. En. Mohd Izwan bin Abd Rahim
17. En. Abdul Ghani bin Abdul Karim
18. Pn. Norul Fazlin binti Zainal Karib
19. Pn. Basirah binti Bacharudin
20. En. Mohd Khairul Nizam bin Hazari
21. En. Faizal bin Hashim
22. En. Aziz bin Hasan
23. En. Mohd Noor Safwan bin Md Noor
24. En. Shamsul Azrul bin Saari
25. Pn. Masita binti Ismail
26. En. Zulkifli bin Hasan
27. En. Muhamad Arif bin Abdullah
28. En. Muhammad Niza bin Abdullah
29. Pn. Suria binti Ismail
1
30. Pn. Fuziah binti Mohamed
31. Pn. Chithrra a/p Damodharan
32. Pn. Faridah binti Muda
33. En. Mohamad Zaidi bin Abu Hasan
34. En. Roslan bin Mohd Yusoff
35. En. Abu Bakar bin Sahari
36. Pn. Noor Azlin binti Teh
37. En. Mohamad Affandi bin Abdul Aziz Kalimuthu
38. En. Mazani bin Ishak
39. Pn. Husnita binti Hassan @ Yahya
40. Pn. Siti Zaleha binti Ahmad
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. Pn. Salina binti Mat Jaya (Penolong Kanan Kokurikulum)
URUSETIA: Unit Kurikulum
1. Pn. Husnita binti Hassan @ Yahya
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan majlis dengan membaca ummul
kitab al-Fatihah. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
guru kerana dapat mengadakan Mesyuarat Kurikulum kali 2/2020.
2. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dalam suasana PKP ini semua guru dapat menyertai
mesyuarat di kediaman masing-masing secara maya iaitu melalui aplikasi Google
Meet. Terima kasih kepada Cikgu Roslan kerana memudahkan perjalanan
mesyuarat pada hari ini.
3. Puan Guru Besar berharap semua guru sihat dan bersemangat untuk meneruskan
tugas sebagai pendidik. Sentiasa bersemangat bagi memastikan segala gerak kerja
yang diberikan dalam tempoh PKP dapat dilaksankan.
4. Puan Guru Besar mengingatkan kepada semua guru jangan matikan telefon
kerana masih dianggap bertugas walaupun dalam tempoh PKP.
Tindakan: Makluman
II. PESANAN KPM, JPN, PPD
5. Memastikan PdPc berjalan dengan lancar walaupun dalam tempoh PKP. KPM
telah mengumumkan UPSR 2020 dibatalkan. Tunggu arahan daripada KPM untuk
melaksanakan pentaksiran dan penilaian terhadap murid tahun 6.
6. Hasil tinjauan yang dibuat hanya 20% – 30% murid terlibat dengan pdpc maya di
seluruh Daerah Kulim. Namun begitu, guru perlu teruskan dengan komitmen
memberi latihan secara maya kepada murid.
2
7. Sepanjang tempoh PKP hanya berlaku pdpc secara maya dan semua guru akan
dinilai melalui pdpc yang telah dilaksanakan.
8. Pn. Zarina Toh menyatakan kemerosotan penglibatan murid dalam pdpc maya
ialah kerana waris dan murid mengetahui UPSR dibatalkan.
9. En. Jeferi bin Kamis berpesan apabila sekolah dibuka sop perlu dilaksanakan
seperti penjarakkan sosial. KPM telah membekalkan penutup hidung, pencuci
tangan dan alat pengukur suhu. Pn. Guru Besar meminta Unit HEM menguruskan
kelengkapan tersebut.
10. En. Jeferi juga meminta semua guru berhati-hati dengan berita di dalam media
sosial. Jangan campur urusan politik dan isu-isu semasa yang tidak berkaitan
dengan pendidikan.
11. Cikgu Syafie menyatakan bank item masih lagi baharu dalam kalangan guru dan
belum menjadi budaya. Pihak sekolah akan menjemput orang yang
berpengalaman dan pakar dalam bank item untuk memberi pendedahan kepada
semua guru.
12. Pn. Norhamizah menyatakan semua guru perlu mahir membina bank item.
13. Pn. Guru Besar mengucapkan tahniah kepada barisan pentadbir dan guru yang
memberi komitmen dalam pengisian SKPMg2. Cara penulisan dan eviden
semakin baik berbanding tahun lepas.
14. Pn. Guru Besar memaklumkan semua guru perlu akur dengan arahan dari KPM,
JPN dan PPD.
III. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
15. Puan Husnita binti Hassan @ Yahya selaku setiausaha mesyuarat yang lalu
membentangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2020 dari muka surat 1 hingga
7. En. Azizul Rahim bin Ismail mencadangkan untuk disahkan dan disokong oleh
Pn. Suria binti Ismail.
Tindakan: Makluman
IV. PERKARA BERBANGKIT
16. Tiada
V. PENGURUSAN KURIKULUM
PdPc MAYA
17. Pn. Guru Besar memaklumkan sekolah merujuk surat dari KPM Bilangan 3
Tahun 2020 dalam melaksanakan PdPc secara maya dalam tempoh PKP ini.
18. Hasil tinjauan yang telah dibuat, penglibatan murid sekolah kita mengikuti kelas
maya dibawah 40%. Masalah utama mereka ialah capaian internet yang lemah
dan perkongsian telefon dengan ibu bapa.
19. Pn. Guru Besar memaklumkan selepas 12.05.2020 guru perlu membuat modul
dan latihan untuk diserahkan kepada murid. Guru boleh menggunakan Buku Teks
3
untuk rujukan atau menggunakan Buku Aktiviti yang dibekalkan oleh KPM.
Sekolah boleh meminta bantuan PIBG untuk mengedarkan modul kepada pelajar.
20. Ahli Jawatankuasa yang terlibat semasa PdPc maya ialah Penolong Kanan
Pentadbiran(PK1) dan Ketua Panitia.
21. PdPc maya boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Pemantauan PdPc maya
akan dipantau oleh pentadbir mengikut kelas .
22. Terdapat segelintir murid tidak boleh mengikuti PdPc maya kerana masalah
capaian internet. Oleh itu, guru perlu memberi galakan kepada murid supaya
menggunakan Buku Teks.
23. PKHEM memaklumkan peratus terkini keseluruhannya ialah 60% pelajar
mengikuti kelas PdPc maya. Berikut ialah pecahan peratus mengikut tahun:
Tahun 1 51%
Tahun 2 53%
Tahun 3 56%
Tahun 4 65%
Tahun 5 63%
Tahun 6 70%
Tindakan: semua guru
BANK ITEM
24. PK1 memaklumkan Bank Item merupakan sesuatu yang baru bagi guru. Semua
ketua panitia perlu ambil peranan dan memahami kepentingan Bank Item.
25. Perancangan seterusnya pihak sekolah akan menjemput orang yang pakar untuk
memberi penerangan kepada semua guru.
Tindakan: Makluman
ANALISIS AR1/2020
26. Pn. Guru Besar memaklumkan, walaupun tahun 2020 tiada UPSR, analisis perlu
dilaksanakan untuk menilai pencapaian pelajar sekolah kita. Terima kasih
diucapkan kepada Cikgu Affandi dan guru-guru mata pelajaran teras yang terlibat
dengan analisa AR1.
27. Berikut ialah hasil keputusan AR1:
Semua A tiada
Semua E 6 orang
Nearmist 17 orang
MTM 34.57%
Bahasa Melayu Pemahaman 86.08%
Bahasa Melayu Penulisan 82.28%
Bahasa Inggeris Pemahaman 55.13%
Bahasa Inggeris Penulisan 55.13%
Matematik 49.37%
Sanis 64.56%
Tindakan: Makluman
4
SKPMg2
28. PK1 memaklumkan sekolah kita telah selesai mengisi SKPMg2 untuk 3 bulan
yang pertama. Terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama yang
baik dalam pengisian SKPMg2.
29. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Guru Besar kerana telah membuat
penambahbaikan eviden dalam SKPMg2 sekolah kita.
30. Masih terdapat guru yang kurang lengkap pelu diberi penambahan eviden. PK1
berharap semua guru dapat memberi kerjasama yang sebaiknya dalam penulisan
eviden SKPMg2 selepas ini.
31. Pn. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam mengisi SKPMg2. Eviden di dalam SKPMg2
melambangkan kedudukan sekolah dimata PPD dan JPN.
Tindakan: Makluman
PBPPP
32. PK1 meminta semua guru menghantar borang keberhasilan kepada penilai
pertama. 99% guru telah menghantar kepada penilai. Terdapat 2 atau 1 guru yang
masih belum menghantar borang keberhasilan. Mungkin guru tersebut terlepas
pandang dan tidak mendapat maklumat.
33. Tarikh akhir bagi pentadbir untuk mengisi markah guru secara dalam talian ialah
30.06.2020.
34. PK1 akan maklumkan kepada guru tentang borang penilaian kendiri untuk diisi
oleh semua guru kecuali Guru Bimbingan Kaunseling.
35. Pn. Rahayu dan Pn. Khairuzah perlu menghantar borang PBPPP ke sekolah baru.
Mereka akan dinilai di sekolah yang baru.
Tindakan: semua guru
PLAN A DAN PLAN B PKP
36. Puan Guru Besar memaklumkan pihak sekolah dalam proses membuat Plan A
dan Plan B sekiranya PKP masih berterusan. Apabila selesai akan dimaklumkan
kepada semua guru untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan: Makluman
PBD
37. Pn. Fuziah selaku Setiausaha PBS memaklumkan tiada pentaksiran dilaksanakan
dalam tempoh PKP. Jika dilaksanakan akan berlaku ketidak adilan kerana
terdapat murid yang tidak terlibat dalam PdPc maya. Tapak PBD akan
dikemaskini selepas tempoh PKP tamat.
38. Pn. Guru Besar meminta semua guru bersedia terutamanya guru tahun 6. Mohon
PK1, Penyelaras PBD dan guru bersedia untuk menyediakan PBD yang mantap
kepada murid tahun 6 untuk kegunaan mereka ke sekolah menengah.
Tindakan: semua guru
5
UJIAN SEGAK
39. Setiausaha Kokurikulum memaklumkan Ujian Segak bulan Mac tidak dapat
dilaksanakan kerana PKP.
40. Namun begitu, Guru PJ tahap 2 perlu mengisi secara online sebelum 30 Jun
dengan meletakkan (TL) iaitu Tidak Laksana.
41. Sebarang perubahan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan: semua guru
TS 25
42. Pn. Guru Besar memaklumkan pentadbir sedang menyiapkan modul 2. SLT akan
memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada MLT.
43. Pn. Fadzilah memaklumkan En. Junid meminta pencapaian murid tahap 2 dalam
AR1. Markah AR1 perlu disiapkan dan hantar kepada PK1 dan Pn. Fadzilah
44. Pn. Guru Besar meminta semua guru fokus kepada murid tahun 5 kerana tidak
mahu mereka ketinggalan.
Tindakan: Makluman
KEWANGAN
45. Cikgu Azizul Rahim bertanya jika PKP masih berlanjutan bagaimana dengan duit
panitia. Adakah ia boleh dibawa kehadapan duit tersebut.
46. Pn. Guru Besar memaklumkan guru boleh membuat kertas kerja untuk
mengeluarkan duit panitia.
Tindakan: Makluma
VI. HAL-HAL LAIN
47. Cikgu Muhammad Niza memaklumkan sehingga tarikh 30.4.2020 terdapat
seramai 34 orang telah mancapai 5 hari tempoh berkursus. 14 orang telah
melebihi 42 mata kredit. Masih terdapat 11 orang yang tidak cukup 5 hari
berkursus. Antaranya ialah:
4 orang 4 hari
5 orang 3 hari
Seorang 2 hari
Seorang sehari
JPN telah memberi panduan supaya guru dapat mencukupi tempoh 5 hari
berkursus.
48. PK1 memaklumkan borang penilaian kendiri perlu diisi dan diemail kepada
penilai pertama.
49. Cikgu Affandi mengucapkan terima kasih kepada semua guru mata pelajaran teras
tahun 6. Beliau meminta Penyelaras Tahun 4 dan Tahun 5 mengisi markah AR1.
Jika ada masalah boleh menghubunginya. Tapak untuk mengisi markah telah
disimpan di dalam email ict.
50. Ustaz Khairul Nizam bertanyakan kebenaran memberi kerja sekolah pada hari
cuti.
6
51. Pn. Guru Besar memberi maklum balas membenarkan memberi latihan pada hari
cuti.
52. Pn. Guru Besar meminta guru menulis catatan PdPc maya. Tiada format yang
khusus untuk penulisan ini. Guru perlu menyimpan catatan ini dan boleh diberi
apabila diminta oleh pentadbir.
Tindakan: makluman
VII. PENUTUP
53. Pn. Guru Besar berharap semua guru dapat meneruskan kerja yang telah
diberikan. Sentiasa bersedia jika dipanggil untuk bertugas. Segala kerja buat dan
tindak balas pantas adalah untuk kemenjadian murid. Semua guru diminta
sentiasa patuh pada arahan kerajaan dan duduk di rumah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.
Disediakan oleh,
Urusetia Mesyuarat
Unit Kurikulum SK Labu Besar
Tarikh: 15 Jun 2020
Disemak oleh,
7