SEKOLAH KEBANGSAAN LABU
BESAR
09010 KULIM KEDAH
MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER
BIL 4 (2021/2022)
Tarikh : 15.02.2022 (Selasa)
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Transformasi SK Labu Besar
KEHADIRAN : (Guru Besar)
1. Pn. Fauziah binti Yusof (Penolong Kanan Pentadbiran)
2. Pn. Fatimah binti Abd Hamid (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
3. Puan Norhayati binti Bahari (Penolong Kanan Kokurikulum)
4. Cik Wan Nurhaslinda binti Wan Mazuki
5. Puan Sukinah binti Hashim
6. Puan Normasita binti Elias
7. Puan Siti Zaleha binti Ahmad
8. Puan Basirah binti Bacharudin
9. Encik Roslan bin Yusof
10. Encik Marzuki bin Abu Bakar
11. Encik Muhamad Niza Bin Abdullah
12. Puan Chithrra a/p Damodharan
13. Puan Noor Hasliza binti Ghazali
14. Faizamastura binti Hamzah
15. Encik Azizul Rahim bin Ismail
16. Puan Mariana binti Yusof
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. Pn. Fadzilah binti Jahaya
2. Puan Hamidah binti Zainal
3. Puan Masita binti Ismail
4. Encik Abdul Ghani bin Abd Karim
5. Encik Mohd Asri bin Ismail
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Puan Guru Besar memanjatkan rasa syukur dan merakamkan jutaan terima
kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang dapat meluangkan masa
untuk hadir pada petang ini dalam Mesyuarat PSS kali 4-2021/2022.
2. Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih atas semua kerja yang telah
dijalankan oleh team PSS SK Labu Besar.
3. Puan Guru Besar memaklumkan bahawa SK Labu Besar telah dipilih sebagai
sekolah showcase digital bagi daerah Kulim Bandar Bahru.
4. Puan Guru Besar meminta GPM dan AJK PSS merancang OPPM bagi aktiviti
untuk tahun 2022/2023 . Rancang program yang boleh memberi impak kepada
guru dan murid. Rancang 4 aktiviti untuk guru dan 4 aktiviti untuk murid.
5. Puan Guru Besar meminta semua guru bekerjasama membantu murid-murid
yang tidak menguasai kemahiran membaca. Beri bimbingan dan galakkan
supaya murid minat membaca. Ini dapat membantu PAJSK murid-murid.
6. Perancangan yang baik mestilah mempunyai (PDCA) iaitu Plan, Do, Check,
Action.
7. Puan Guru Besar berharap semua guru dapat bergerak bersama dalam satu
pasukan menuju hala tuju yang sama. Bersama-sama kita bergerak di atas satu
landasan yang sama untuk kemenjadian murid-murid.
Tindakan: GPM, AJK PSS
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
8. Puan Siti Zaleha binti Ahmad mencadangkan untuk disahkan dan disokong oleh
Encik Azizul Rahim bin Ismail
Tindakan: Makluman
III. PERKARA BERBANGKIT
9. Puan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada unit PSS terutama Penyelaras
Nilam Puan Normasita binti Elias dan semua guru yang telah menggerakkan
murid untuk membaca dan merekod bacaan dalam Program NILAM SK Labu
Besar.
10. Puan Guru Besar meminta Unit PSS membuat bengkel pengurusan NILAM
terutama cara merekod bacaan yang betul dalam buku Nilam murid. Guru-guru
perlu mendapat pendedahan yang jelas bagi membantu dan membimbing
murid-murid dalam membaca dan merekod bahan bacaan mereka dengan betul.
Tindakan: Penyelaras NILAM
Dan AJK PSS
IV. LAPORAN PSS
11. Pn. Sukinah selaku Guru PSS memaklumkan antara aktiviti PSS bagi bulam
Januari hingga Februari 2022 ialah
• Membersihkan PSS
• Memilih dan mengasingkan buku-buku yang rosak
• Menyusun buku-buku di rak mengikut Sistem Dewey.
12. Selain itu PSS meneruskan Program Bakul Bacaan dalam kelas dengan
menambah 30 buah buku bacaan untuk setiap kelas Tahap 2 dan 15 buah buku
bacaan bagi Tahap 1.
13. Murid juga boleh meminjam buku dari “Bakul Bacaan” untuk dibawa pulang.
Rekod pinjaman dan pulangan akan dibuat oleh Pengawas PSS yang berada
dalam bilik darjah masing-masing.
14. Pelancaran Program Nilam 2022/2023 peringkat sekolah telah dijalankan pada
hari Sabtu (22.01.2022). Pelancaran Program Nilam ini telah dirasmikan oleh
Puan Fauziah binti Yusof , Guru Besar SK Labu Besar.
Tindakan: Makluman
V. LAPORAN NILAM
15. Puan Normasita binti Elias membuat rumusan laporan Nilam sehingga bulan
Januari 2021
JUMLAH BINTANG IKUT KELAS 4 5
TAHUN 1 2 3 3 3
6 512 0 0
5 343 0 0
4 532 0 0
3 001 0 0
2 000 0 0
1 000
JUMLAH BUKU YANG DIBACA IKUT KELAS
BIL BUKU/ 1-30 31-60 61-100 101-700
TAHUN 5 28 30 14
TAHUN 6 19 30 10 10
TAHUN 5 17 50 10 10
TAHUN 4 29 25 20 1
TAHUN 3 66 10 4 0
TAHUN 2 74 0 1 0
TAHUN 1
16. Program Nilam melalui Group kelas dan Channel telegram diteruskan setiap
hari Sabtu.
Ganjaran hadiah dan sijil akan diberikan kepada murid mencapai bintang
Nilam dan bacaan terbanyak dalam kelas.
17. Cadangan Inovasi Nilam 2022
• Maraton Nilam
- 4 buah buku seminggu
• Mohon guru membimbing murid merekod bahan bacaan ke dalam
- Buku Transit (Buku Putih)
- Buku Nilam
• Murid Tahun 1 dan kelas yang tidak kuasai bacaan.
- Bacaan secara kelas atau bersama rakan dengan bimbingan guru
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris semasa masa Nilam.
- Mohon guru membantu murid membuat catatan bahan bacaan ke
dalam buku Nilam secara seragam untuk di salin.
• Sudut Nilam akan disediakan di dewan sekolah. Catatan berkenaan
satu bahan bacaan akan dibuat pada white board yang akan diletakkan
di dewan untuk panduan dan rujukan murid oleh AJK PSS atau guru-
guru BM dan BI setiap minggu.
Tindakan: Makluman
18. SWOT PSS 2021
• Strength
Ada bahan bacaan dalam kelas (Bakul Bacaan).
• Weaknesses
Murid tidak buat catatan bacaan. Murid tiada buku Nilam (hilang)
• Opportunities
Murid membuat bacaan secara online. Catatan rekod jumlah bacaan
secara online (Borang Google Form)
• Threats
Murid tiada peranti. Kekurangan data. Capaian internet slow.
VI. KEWANGAN RM4795.55
JUMLAH WANG 2022 RM510.00
KEPERLUAN PSS RM1972.30
BAHAN BACAAN RM2300.25
PROGRAM PSS RM13.00
BAKI
VII. HAL-HAL LAIN
19. Cik Wan Nurhaslinda binti Wan Mazuki (PKKO) menyatakan beliau amat
menyokong aktiviti Maraton NILAM yang mensasarkan 4 bahan bacaan
seminggu untuk untuk murid setiap minggu. Ini dapat membantu
meningkatkan rekod NILAM murid-murid SKLB. Rekod bacaan NILAM
akan memberi sumbangan markah dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK) iaitu pada bahagian Ekstra Kurikulum. Besarlah
harapan Unit Kokurikulum agar murid-murid SKLB dapat mencapai bintang
NILAM yang tinggi bagi menyumbang markah dalam PAJSK mereka.
20. Semoga semua guru bekerjasama membantu murid-murid dengan memberi
bimbingan dan galakan supaya membaca menjadi amalan mereka.
Tindakan: Makluman
VIII. PENUTUP
21. Pn. Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kerja buat semua cikgu
sepanjang tahun 2021. Teruskan kecemerlangan dan jalankan tugas yang
diamanahkan kepada kita demi kecemerlangan murid dan sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
GPM SK Labu Besar -----------------------------
(SUKINAH BINTI HASHIM)
Disemak oleh,
……………………