The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3-PERANCANGAN PROGRAM (BERKUMPULAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdikdzuanizzat581, 2021-12-03 21:49:57

TUGASAN 3-PERANCANGAN PROGRAM (BERKUMPULAN)

TUGASAN 3-PERANCANGAN PROGRAM (BERKUMPULAN)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 8)

___________________________________________________________________________

GAYA HIDUP SIHAT
(GHSS3013)

___________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MUHAMMAD IKDZUAN IZZAT BIN MD ISA

NUR AINI BINTI ABDUL GHANI
WAN NURHIDAYATUL ‘ASHIQIN BIN WAN GHAZULEE

ANGKA GILIRAN 2018192340132
2018192340134
2018192340148

NOMBOR KAD PENGENALAN 991124025403
990624055794
990922035898

KUMPULAN PISMP D7

TUGASAN PERANCANGAN PROGRAM (BERKUMPULAN)

NAMA PENSYARAH ENCIK MASYWAWI BIN MOHD NOR

TARIKH HANTAR 4 DISEMBER 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA
PENSYARAH

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

KERTAS KERJA PROGRAM “JOM SIHAT BERSAMA” 1
1.0 PENDAHULUAN / TUJUAN 2
2.0 RASIONAL 3
3.0 MATLAMAT 3
4.0 OBJEKTIF PROGRAM 3
5.0 JAWATANKUASA PROGRAM 4
6.0 BUTIRAN PROGRAM 4
7.0 SASARAN 4
8.0 CADANGAN PROGRAM 5
9.0 TENTATIF PROGRAM 5
10.0 ANGGARAN BELANJAWAAN 5
11.0 IMPLIKASI 6
12.0 SYOR 6
13.0 PENUTUP 6
RUJUKAN 8
LAMPIRAN 9 – 11

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KETIL
KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJA

PROGRAM “JOM SIHAT BERSAMA”
(SECARA MAYA)

TARIKH
6 DISEMBER 2021

TEMPAT
KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

1

1.0 PENDAHULUAN / TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan daripada pihak Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil (SKKK) bagi menjalankan Program “Jom Sihat Bersama”
secara maya atau dalam talian. Program “Jom Sihat Bersama” merupakan sebuah program yang
dianjurkan oleh guru-guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
(IPGKBM) yang terlibat dalam kursus elektif terbuka Gaya Hidup Sihat (GHSS3013).

Program “Jom Sihat Bersama” yang akan dianjurkan bertujuan untuk melahirkan murid-
murid yang mempunyai tahap kesihatan yang baik serta mengamalkan amalan gaya hidup sihat
dalam kehidupan seharian. Gaya hidup sihat merupakan aktiviti yang dilakukan bertujuan bagi
mengekalkan, merawat dan memastikan tubuh badan sentiasa sihat (Syahrul Nazri Rosli dan
Wan Hanim Nadrah Wan Muda, 2018). Sebarang aktiviti yang boleh memastikan tahap
kesihatan yang baik dalam jangka masa pendek atau panjang merupakan gaya hidup yang sihat.
Selain itu, Siti Aisyah et. al. (2020) turut menyatakan bahawa amalan gaya hidup sihat ialah
sikap, tabiat atau amalan seharian yang mendorong ke arah kesihatan dan kualiti hidup yang
baik. Beliau menegaskan bahawa kesihatan dan kualiti hidup yang baik boleh diukur dari segi
tubuh badan yang tidak mempunyai penyakit dan emosi individu yang stabil. Definisi ini jelas
dapat dikaitkan juga dengan fokus program untuk menangani isu obesiti dalam kalangan murid.
Bagi memastikan murid dapat mengelakkan diri daripada mendapat penyakit obesiti,
pendedahan berkenaan amalan gaya hidup sihat perlulah diberikan kepada murid. Berdasarkan
kenyataan-kenyataan tersebut, jelaslah bahawa program ini sangat penting kepada murid.

Seterusnya, program ini juga memberi fokus untuk menangani isu obesiti dalam
kalangan murid. Hal ini demikian kerana isu obesiti kebanyakannya berpunca daripada amalan
gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang melaksanakan aktiviti fizikal dalam kehidupan
seharian. Kementerian Kesihatan Malaysia (2015) melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan (NHMS) 2015 telah mendapati bahawa sebanyak 33.5% rakyat Malaysia tidak aktif
secara fizikal. Dengan adanya program “Jom Sihat Bersama” ini, galakan dapat diberikan
kepada murid SKKK supaya mengamalkan tatacara kehidupan yang sihat serta cergas dan
secara tidak langsung dapat mengatasi isu obesiti diperingkat kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, semua murid SKKK diwajibkan menyertai aktiviti yang
dianjurkan dalam program “Jom Sihat Bersama” kerana aktiviti yang telah dirancang dapat
memberikan manfaat kepada murid. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa program “Jom Sihat
Bersama” ini diadakan bagi menggalakkan murid sentiasa mengamalkan amalan gaya hidup
sihat dalam kehidupan seharian.

2

2.0 RASIONAL
Program “Jom Sihat Bersama” merupakan satu program aktiviti fizikal bertujuan untuk
memberikan pendedahan secara efektif kepada semua murid SKKK agar mengamalkan gaya
hidup sihat dalam kehidupan. Melalui kuiz kesihatan yang akan dijalankan, murid dapat
membuat pengukuhan terhadap pengetahuan masing-masing berkenaan amalan gaya hidup
sihat. Aktiviti senamrobik pula dapat memupuk amalan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian
murid dengan memperkenalkan gerakan mudah yang dapat diikut dan diubahsuai oleh murid.
Kedua-dua aktiviti ini secara langsung dan tidak langsung dapat mengelakkan murid daripada
risiko mendapat obesiti.

3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah bagi memastikan murid sentiasa berada pada tahap kesihatan yang
memuaskan dari segi fizikal, mental dan rohani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah
mahupun di luar waktu persekolahan. Perkara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
(FPK), iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani dan sosial. Selain itu, program ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada
murid tentang bahayanya obesiti dengan lebih jelas. Hal ini dikatakan demikian kerana program
kesihatan berasaskan komuniti yang komprehensif merupakan salah satu elemen yang penting
dalam pencegahan masalah obesiti (Swinburn et al. 1999). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
program “Jom Sihat Bersama” yang dirancang ini mempunyai matlamat tersendiri bagi
melahirkan murid yang sihat dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan
seharian.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM
Objektif utama program ini adalah bagi;

i) Memastikan semua murid SK Kuala Ketil mengambil berat terhadap budaya
gaya hidup yang sihat.

ii) Mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid SK Kuala Ketil melalui
aktiviti senamrobik.

iii) Mengalakkan murid SK Kuala Ketil mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
yang telah dirancang.

3

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM
PROGRAM “JOM SIHAT BERSAMA”

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KETIL 2021

Pengerusi AHLI JAWATANKUASA INDUK
Timbalan Pengerusi : Encik Yushaimi bin Mohamad Yusuf
Setiausaha : Puan Siti Saleha binti Kasim
Naib Setiausaha : Encik Muhammad Ikdzuan Izzat bin Md Isa
Bendahari : Cik Isma binti Khamis
Naib Bendahari : Puan Syuhada binti Che Hasan
: Cik Linda binti Hashim

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program : Cik Nur Aini binti Abdul Ghani
Naib Pengarah Program : Cik Wan Nurhidayatul ‘Ashiqin bin Wan Ghazulee

AJK Buku Program : Puan Asiah binti Ahmad

AJK Teknikal : Encik Hafiz bin Seman

AJK Penyelaras Aktiviti : Puan Norhafizah binti Mohd Jaafar

AJK Disiplin dan Kecemasan : Puan Norwahida binti Yeop Sohor

AJK Sijil dan Cenderamata : Puan Noraini binti Mahmood

6.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 6 Disember 2021

Hari : Ahad

Masa : 4.30 - 5.30 petang

Tempat : Kediaman masing-masing

Platform : YouTube dan Liveworksheet

7.0 SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil, iaitu seramai 235 orang.

4

8.0 CADANGAN PROGRAM Platform
Bil. Aktiviti Yang Dirancang Liveworksheet
1. Kuiz Kesihatan
2. Senamrobik “Jom Sihat Bersama” YouTube

9.0 TENTATIF PROGRAM Aktiviti
Masa

4.30 - 4.44  Murid diberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan program “Jom
petang Sihat Bersama” oleh guru kelas masing-masing melalui aplikasi
WhatsApp.

4.45 - 4.59  Murid diberikan pautan dan menjawab “Kuiz Kesihatan” oleh guru
petang kelas masing-masing melalui aplikasi WhatsApp.

5.00 - 5.19  Murid diberikan pautan video senamrobik “Jom Sihat Bersama” oleh
petang guru kelas masing-masing melalui aplikasi WhatsApp.

 Murid mengikuti pergerakan senamrobik.

5.20 - 5.30  Murid menghantar gambar kepada guru kelas masing-masing
petang sebagai bukti penglibatan dalam program “Jom Sihat Bersama”.

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Berikut merupakan anggaran jumlah belanjawan program “Jom Sihat Bersama”:

Bil. Perkara Jumlah (RM)

1 Sijil Digital RM 0.00
● 10 peserta terbaik dalam pertandingan
“Kuiz Kesihatan”

Jumlah Keseluruhan RM 0.00

5

11.0 IMPLIKASI
Implikasi yang terdapat dalam pelaksanaan program ini ialah;
i) Guru tidak dapat membuat pengawasan terhadap kehadiran dan aktiviti murid
semasa program berlangsung.
ii) Guru tidak dapat memastikan semua murid hadir dan mengikuti program dalam
masa yang sama.
iii) Bantuan ibu bapa diperlukan untuk mengawasi murid.

12.0 SYOR
Pihak jawatankuasa memohon kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan agar
mempertimbangkan kelulusan permohonan program “Jom Sihat Bersama” secara maya ini.
Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih. Oleh itu, semoga perkara yang dirancang ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

13.0 PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya program ini, ia akan memberi impak positif dalam memberi
kesedaran kepada murid-murid mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat
dalam kehidupan seharian serta dapat membantu murid-murid daripada menghidap obesiti.
Oleh itu, menerusi ilmu yang diterapkan dalam program ini diharapkan dapat melahirkan murid
yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sepertimana yang
dihasratkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

6

Disediakan oleh, Disokong oleh,

_________________________ _________________________
(MUHAMMAD IKDZUAN IZZAT BIN MD ISA) (PUAN AMINAH BINTI ABU)
Setiausaha Program “Jom Sihat Bersama” Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

_________________________ _________________________
(ENCIK KAZIM BIN BORHAN) (ENCIK YUSHAIMI BIN MOHAMAD
YUSUF)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil

7

RUJUKAN
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2015). Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan

(NHMS) 2015. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Kesihatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). Gaya Hidup Sihat - Stress. Portal Rasmi Pendidikan

Pesakit. Diakses pada 1 Disember 2021 daripada
http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/1839/
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Siti Aishah Hanawi, Nur Zakiah Mohd Saat, Hazlenah Hanafiah, Taibukahn, Yoganathan, Abdul
Rahim, Mohd Bashid dan Abdul Aziz, Low. (2020). Impact of a Healthy Lifestyle on The
Psychological Well-being of University Students. International Journal of Pharmaceutical
Research & Allied Sciences, 9(2) 1-7.
Swinburn, B., Egger, G. dan Raza, F. (1999). Dissecting Obesogenic Environments: The
Development and Application of a Framework for Identifying and Prioritizing Environmental
Interventions for Obesity. Preventive Medicine, 29(6): 563- 570.
Syahrul Nazri Rosli dan Wan Hanim Nadrah Wan Muda. (2018). Amalan Gaya Hidup Sihat
Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Online Journal for TVET
Practitioners, 232-240.
Tam Yeow Kwai. (2010). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

8

LAMPIRAN
SENARAI AHLI JAWATANKUASA SERTA BIDANG TUGAS PELAKSANAAN
PROGRAM “JOM SIHAT BERSAMA”

Bil. Jawatankuasa AHLI JAWATANKUASA INDUK Bidang Tugas
Nama

1 Pengerusi Encik Yushaimi bin ● Memantau perlaksanaan
Mohamad Yusuf program “Jom Sihat
Bersama” berjalan dengan
lancar.

2 Naib Pengerusi Puan Siti Saleha binti ● Membantu Pengerusi dalam
Kasim mengendalikan segala
urusan program “Jom Sihat
Bersama”.

3 Setiausaha Encik Muhammad Ikdzuan ● Memaklumkan mesyuarat
Izzat bin Md Isa kepada ahli-ahli organisasi.

● Mencatat minit mesyuarat.
● Mengedarkan minit

mesyuarat.
● Menyediakan laporan dan

menyerahkan kepada
Pengerusi program “Jom
Sihat Bersama”.

4 Naib Setiausaha Cik Isma binti Khamis ● Memaklumkan mesyuarat
kepada ahli-ahli organisasi.

● Mencatat minit mesyuarat.
● Mengedarkan minit

mesyuarat.
● Menyediakan laporan dan

menyerahkan kepada
Pengerusi program “Jom

9

5 Bendahari Puan Syuhada binti Che Sihat Bersama”.
Hasan
● Menguruskan pendapatan
6 Naib Bendahari Cik Linda binti Hashim dan perbelanjaan program
“Jom Sihat Bersama”.

● Menguruskan pendapatan
dan perbelanjaan program
“Jom Sihat Bersama”.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil. Jawatankuasa Nama Bidang Tugas

1 Pengarah Cik Nur Aini binti Abdul ● Memastikan keadaan
Program Ghani sebelum, semasa dan
selepas program “Jom Sihat
Bersama” berjalan dengan
lancar.

● Memberi laporan kepada
Pengerusi.

● Memastikan AJK
melaksanakan tugas
masing-masing.

2 Naib Pengarah Cik Wan Nur Hidayatul ● Membantu Pengarah
Program memastikan
Program ‘Ashiqin bin keadaan sebelum, semasa
dan selepas program “Jom
Sihat Bersama” berjalan
dengan lancar.

● Memastikan AJK
melaksanakan tugas
masing-masing.

10

3 AJK Buku Puan Asiah binti Ahmad ● Menyediakan buku program
Program Encik Hafiz bin Seman “Jom Sihat Bersama”.

4 AJK Teknikal ● Memastikan video
senamrobik dan pautan kuiz
5 AJK Penyelaras Puan Norhafizah binti Mohd dalam keadaan baik.

Aktiviti Jaafar ● Menyelaraskan aktiviti
program “Jom Sihat
6 AJK Disiplin dan Puan Norwahida binti Yeop Bersama”.

Kecemasan Sohor ● Memastikan semua murid
terlibat dengan aktiviti
7 AJK Hadiah dan Puan Noraini binti program “Jom Sihat
Bersama”.
Cenderamata Mahmood
● Sentiasa membuat
makluman kepada guru-guru
kelas menerusi aplikasi
WhatsApp berkaitan aktiviti
program “Jom Sihat
Bersama”.

● Menyediakan sijil digital
kepada 10 peserta terbaik
dalam pertandingan ‘Kuiz
Kesihatan”.

11


Click to View FlipBook Version