TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA
SUNGAI LEMBING MINES / PEKAN
Disediakan oleh : Nadeeya Sofea Binti Mohd Nur Fadly
Tingkatan : 1Duke
No Matrik : CP211097
1
1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK
Bil. Perkara Halaman Tarikh Tandatangan
1.1 Tajuk kajian 1 16/7/2021
1.2 Jadual kerja 2 16/7/2021
1.3 Objektif kajian 3 16/7/2021
1.4 Kaedah kajian 3 16/7/2021
2.1 Mengumpul maklumat 4 17/7/2021
2.2 Kerangka kasar penulisan 5 17/7/2021
3.1 Pengenalan 18/7/2021
3.2 Latar belakang bangunan 6-7 18/7/2021
3.3 Struktur bangunan 8 - 10 20/7/2021
3.4 Tujuan / sebab binaan 11 - 13 20/7/2021
3.5 Fungsi bangunan masa kini 13 - 14 01/08/2021
3.6 Langkah-langkah pemeliharaan 15 - 17 12/08/2021
3.7 Rumusan 18 - 20 12/08/2021
3.8 Rujukan 12/08/2021
4.0 Penilaian umum 21 15/08/2021
21
22
2
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini untuk Kerja Kursus Sejarah. Saya mengkaji tentang
Sungai Lembing Mines kerana ia adalah tempat bersejarah di negeri saya. Saya dapat
memenuhi objektif seperti yang berikut :
a) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang negeri sendiri.
b) Dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri dan masyarakat lain melalui
kajian ini.
c) Supaya masyarakat lain menyedari bahawa tempat kejadian ini sangat penting
dan berharga lalu menjaga tempat tersebut dengan bagus.
1.4 KAEDAH KAJIAN
Sebanyak 2 kaedah kajian yang telah saya jalankan untuk mendapatkan maklumat.
i. Kaedah temubual
Saya menemubual dengan orang yang sememangnya tinggal di negeri ini
dan memang tahu berkenaan negeri ini.
ii. Kaedah melayari internet
Saya menggunakan kemudahan yang ada di rumah saya untuk mencari
maklumat tentang Sungai Lembing Mines ini. Saya juga memuat turun
beberapa maklumat yang sahih berkenaan tempat ini.
3
2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT
a) INTERNET
- Portal Rasmi Kerajaan negeri Pahang :- https://www.pahang.gov.my
- Wikipedia :- https://en.wikipedia.org
- Blog peribadi :- www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-pahang/
b) ORANG SUMBER
1) Nama : Nora Azmita Bt Ahmad Tajuddin
Umur : 38 Tahun
Alamat : G5, Kuarters Klinik Kesihatan Maran Pahang, 26500
2) Nama : Ahmad Tajuddin bin Ibrahim
Umur : 63 tahun
Alamat : No 40, Jalan TJ 6/10, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh
LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER
Saya telah menemubual ibu kandung saya iaitu Puan Nora Azmita Binti Ahmad
Tajuddin dan datuk saya Ahmad Tajuddin bin Ibrahim akan perihal dan maklumat
mengenai Sungai Lembing Mines. Mereka sangat mengetahui tentang sejarah Sungai
Lembing Mines ini kerana ibu dan datuk saya kedua-duanya anak jati Pahang dang
semenangnya berpengetahuan tentang sejarah tempat di Pahang. Datuk saya juga
seorang pesara kakitangan kerajaan yang bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah
dimana beliau sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tempat
bersejarah di Pahang termasuklah Sungai Lembing Mines.
Menurut mereka, Sungai Lembing Mines adalah sebuah lombong bijih timah
peninggalan lama yang terletak di tengah-tengah pekan Sungai Lembing, Kuantan,
Pahang. Lombong bijih timah ini wujud dari tahun 1888 lagi dan telah dimulakan oleh
penjajah British. Lombong ini juga adalah lombong bijih timah yang kedua terdalam
dan terbesar di dunia. Itu sahaja maklumat yang saya perolehi dari sesi temubual itu.
4
2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN
Bil. Tugasan Butir
1. Pengenalan - Memperkenalkan tempat tersebut.
- Menceritakan keunikan tempat tersebut.
- Lokasi tempat.
2. Latar belakang tempat - Menceritakan asal-usul tempat tersebut.
- Pengasas tempat/ Tarikh pembinaan/ kos
3. Struktur bangunan
binaan
4. Tujuan bangunan dibina - Tarikh perasmian tempat
5. Fungsi dan keadaan - Reka bentuk pelan bangunan
- Bahan binaan
bangunan pada masa - Hiasan dalaman
kini - Cara pembinaan
6. Cadangan langkah- - Menyatakan tujuan asal bangunan dibina
langkah memelihara - Keadaan bangunan sekarang
bangunan - Menyatakan kegunaan bangunan sekarang
- Keadaan bangunan sekarang
- Menyatakan peranan kerajaan
- Merupakan tanggungjawab rakyat
- Agensi-agensi kerajaan
7. Rumusan - Memberi pengetahuan
- Memupuk unsur-unsur patiotisme
8. Rujukan - Menyatakan harapan yang elevan
9. Penilaian umum - Berdasarkan temubual
- Internet
- Memupuk semangat patriotik dan cintakan
warisan bangsa
- Melahirkan rakyat berdispilin
- Menghargai dan berbangga dengan sejarah
negara.
5
3.1 PENGENALAN
Nama tempat ini ialah Lombong Bijih Timah Sungai Lembing atau lebih dikenali
sebagai Sungai Lembing Mines yang terletak di tengah-tengah pekan Sungai
Lembing, Kuantan, Pahang. Kawasan ini dikelilingi Kawasan berbukit-bukit dengan
Gunung Tapis di sebelah utara dan Gunung Serudom di sebelah selatan.
(pelan lokasi Sungai Lembing Mines)
Keunikan Sungai Lembing Mines ini ialah ianya adalah lombong bijih timah
kedua terbesar dan terdalam di dunia selepas Lombong Cornwall di United Kingsom.
Panjang sebenar lombong bijih timah ini adalah 332km. Lombong ini telah ditutup
sepenuhnya operasi perlombongan dan sekarang bekas peninggalan lombong ini
menjadi tempat pelancongan. Walaupun telah dibuka sebagai tempat pelancongan,
hanya sebahagian daripada lombong ini boleh dilawati oleh orang awam.
6
Menelusuri Sungai Lembing Mines ini, pelawat akan dibawa menaiki sebuah
keretapi kecil yang digunakan pelombong untuk masuk sehingga ke dalam lebih
kurang 100 meter dan kemudian pelawat perlu berjalan kaki sepanjang 1 kilometer di
dalam laluan seperti terowong dan mempunyai lampu untuk mempamerkan infografik
berkaitan perlombongan.
Selain itu, pelawat juga dapat melihat peralatan-peralatan yang pernah
digunakan dalam perlombongan pada suatu Ketika dulu. Pelawat juga dapat
memahami situasi sebenar Ketika kerja-kerja perlombongan dilakukan dengan
melihat patung pelombong dengan aksi tersendiri yang diletakkan di dalam terowong
lombong bijih timah ini.
7
3.2 LATAR BELAKANG TEMPAT
Menurut cerita dahulu dari orang-orang tua, Sungai Lembing mendapat nama
dari kisah sebatang lembing yang digunakan oleh penduduk kampung di situ untuk
menongkah arus deras di Sungai Kenau. Sejak dari itu, tempat berkenaan dinamakan
dengan Sungai Lembing bersempena peristiwa tersebut.
Ada juga versi lain mengenai asal-usul nama Sungai Lembing ini dimana
Sungai Lembing mendapat nama dari peristiwa seekor kijang. Sekumpulan orang asli
telah melontar sebatang lembing kepada kijang tersebut. Untuk menyelamatkan
dirinya, kijang tersebut telah terjun ke dalam Sungai Kenau. Dari situlah Sungai
Lembing mendapat namanya.
Di dalam portal Kerajaan Negeri Pahang ada menyatakan bahawa Sungai
Lembing ini dijumpai oleh 2 orang iaitu Tok Keboh dan Tok Kenau. Tok Keboh berasal
dari Ladang Mentiga manakala Tok Kenau berasal dari Kuala Kenau. Mereka
berdualah yang mula-mula menetap di Sungai Lembing dan dipercayai mereka
jugalah antara yang terawal menjumpai bijih timah di Sungai Lembing sebelum ianya
diambil alih oleh pelombong Cina.
8
Kewujudan Sungai Lembing bermula dengan penjajahan British di Tanah
Melayu. Kawasan Sungai Lembing diterokai oleh penjajah British pada Februari tahun
1888 selepas Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 iaitu Sultan Pahang Ketika
itu bersetuju untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut.
Dari situ bermulalah aktiviti perlombongan bijih timah di Pahang sehinggakan Sungai
Lembing menjadi bandar terkaya dalam pengeluaran bijih timah. Aktiviti
perlombongan bijih timah ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk
di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.
Sungai Lembing merupakan Bandar yang pertama di Semenanjung Tanah
Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat Bijih British iaitu
Pahang Corporation Limited di Pahang. Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar
kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun
1984 ditukarkan kepada panggilan Pahang Investment Public Limited Company
(PIPLC). Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang
13 juta tan metrik bijih timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik
konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir RM2,000 juta. Aktiviti perlombongan
ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai
Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.
9
Bila harga bijih jatuh, PCCL tanggung banyak kerugian dan terpaksa
menghentikan operasinya. Orang British balik ke England manakala aktiviti ekonomi
di Sungai Lembing yang dahulunya berkembang maju, mula merosot. Ramai pekerja
lombong terpaksa menganggur dan berpindah ke kawasan lain demi kelangsungan
hidup. Ketika lombong masih beroperasi, ada lebih kurang 10,000 penduduk di Sungai
Lembing dan sebahagian besarnya bekerja di lombong.
(Antara pekerja yang pernah bekerja di lombong bijih Sungai Lembing)
Apabila lombong ditutup, ramai yang hilang pekerjaan dan terpaksa mengikat
perut sebelum mendapat kerja baru.
10
3.3 STRUKTUR BANGUNAN
Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai “pangkang” dikorek secara
manual atau menggunakan bahan letupan. Keadaan di dalam lombong tidak ubah
seperti satu menara yang sangat tinggi, yang dimasuki melalui bahagian atasnya. Ia
juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke
2,000 kaki sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong
Bijih Timah lain di Asia Tenggara.
(model lombong bijih timah bawah tanah)
Lombong bijih timah Sungai Lembing mempunyai kedalaman sedalam 610
sehingga 700 meter. Ketinggian terowong adalah dari 12 kaki sehingga 200
kaki. Panjangnya pula adalah 322 kilometer panjang dan ia telah menjadikan
Lombong Bijih Timah Sungai Lembing sebagai yang terdalam di dunia. Tiada
peralatan moden digunakan. Terdapat lebih 20 tingkat lombong di dalam tanah dan
jarak setiap tingkat ialah 30 meter. Di setiap tingkat pula, terdapat banyak cabangnya.
11
Terowong terdalam adalah lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke
bawah dasar bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar
bumi. Keistimewaan Lorong Myah ialah struktur lif menuju kedalaman 1,400 kaki iaitu
paras paling dalam.
(pintu masuk lombong yang dikorek secara manual)
Terowong-terowong ini sangat sejuk dan peredaran udaranya sempurna
kerana ada liang-liang udara dibina di dinding.
(lorong terowong yang panjang dan sejuk)
12
Bijih timah bukan sahaja dikorek menggunakan kapal korek tetapi juga
diperolehi melalui pengorekan tanah di bawah tanah. Bijih timah itu diperolehi dengan
memecahkan batu-batu yang terdapat di lombong ini. Binaan di dalam terowong ini
dilengkapi tangga, kabel, syaf dan lif bagi kegunaan pelombong-pelombong bijih.
(binaan yang terdapat di dalam lombong)
3.4 TUJUAN / SEBAB BINAAN
Sungai Lembing pada masa dahulu adalah bandar terkaya dengan dalam
pengeluaran bijih timah di Negeri Pahang Darul Makmur. Sungai Lembing merupakan
pusat komersial yang begitu maju sehingga panggung wayang pertama di Asia dan
hospital pertama di negeri Pahang juga dibina di sana. Di zaman kegemilangannya
pada pertengahan era 1900, pelombong di Sungai Lembing boleh membawa pulang
hasil sehingga RM3,000 sebulan. Susulan itu, ramai dalam kalangan rakyat tempatan
berhijrah ke Sungai Lembing untuk mencari rezeki demi kehidupan lebih selesa di
sana.
13
Kekayaan daripada hasil perut bumi Sungai Lembing melimpah ruah sehingga
bandar ini digelar “El Dorado of Asia.” Namun, zaman kegemilangan bandar yang satu
ketika dahulu menjadi buah mulut orang ramai pula berubah menjadi sebaliknya. Bila
harga bijih jatuh, PCCL tanggung banyak kerugian dan terpaksa menghentikan
operasinya. Orang British balik ke England manakala aktiviti ekonomi di Sungai
Lembing yang dahulunya berkembang maju, mula merosot. Ramai pekerja lombong
terpaksa menganggur dan berpindah ke kawasan lain demi kelangsungan hidup.
Ketika lombong masih beroperasi, ada lebih kurang 10,000 penduduk di Sungai
Lembing dan sebahagian besarnya bekerja di lombong. Apabila lombong ditutup,
ramai yang hilang pekerjaan dan terpaksa mengikat perut sebelum mendapat kerja
baru.
Sekarang ini, lombong dan bangunan yang tinggal pula hampir musnah
dimamah usia. Pelbagai barangan berharga termasuklah besi landasan dan gerabak
keretapi menjadi mangsa penjarah. Panggung wayang dan pusat komersial terbiar
tidak dihuni diambil alih orang tempatan dengan membuka gerai makanan. Keadaan
pekan lubuk rezeki yang semakin suram itu memaksa penghijrahan anak muda ke
bandar-bandar lain.
(bangunan-bangunan lama di pekan Sungai Lembing)
14
3.5 FUNGSI BANGUNAN MASA KINI
Sekarang ini, Sungai Lembing telah menjadi satu pusat pelancongan di
Pahang. Sungi Lembing Mines khususnya telah dibaikpulih dan diselenggara dengan
baik sekali menjadi pusat pelancongan dan boleh dilawati oleh orang ramai sekaligus
memberi pengalaman yang berbeza terhadap pengunjung dalam merasai keperitan
pelombong-pelombong pada zaman dahulu mencari rezeki.
Terdapat satu ruang di mana pengunjung akan dapat mencuba sendiri satu
simulasi yang 'membawa' mereka merentas aras yang terdapat di lombong ni
sehingga kedalaman 1,400 kaki di bawah tanah, paras paling dalam di lombong ini
dahuludengan menggunakan lif yang dinamakan 'The Kiew'.
15
(ruang simulasi yang dinamakan The Kiew)
Jika berada di Sungai Lembing, ia seperti berada di zaman silam dengan
adanya bangunan kayu usang dan bangunan lama. Ada juga penduduk yang masih
mengekalkan senibina tradisional lama. Kewujudan bangunan lama seperti ini akan
menjadi bukti kepada era atau peristiwa bersejarah pada zaman penjajahan British di
negeri Pahang. Segala peninggalan penjajah baik seperti jambatan, bangunan, dapat
mengimbas kembali sejarah perlombongan bijih timah di sini suatu masa dahulu.
Justeru itu, bangunan lama tersebut telah diubah suai dan dijadikan muzium
iaitu Muzium Sungai Lembing menjadi pusat pelancongan di negeri Pahang. Secara
amnya, Muzium Sungai Lembing didirikan bagi mengimbau kegemilangan Sungai
Lembing pada suatu masa dahulu. Bandar ini dikenali sebagai EL-Dorado Timur di
16
Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris
yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Muzium ini ditempatkan di sebuah bangunan
bekas kediaman Pegawai lombong itu sendiri yang masih mengekalkan ciri-ciri
senibina zaman Inggeris.
(muzium Sungai Lembing)
Muzium Bijih Timah Sungai Lembing mempamerkan koleksi peralatan
perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih di bawah tanah. Item
menarik termasuklah mesin penggerudian, landasan keretapi, topi keledar
keselamatan dan perabot milik pejabat pengurus lombong bijih timah ini. Untuk masuk
ke muzium ini terdapat yuran dikenakan iaitu sebanyak RM2 untuk dewasa, RM1
untuk orang tua dan OKU dan kanak-kanak adalah percuma.
17
3.6 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN
Kemunculan Sungai Lembing sebagai tempat tinggalan warisan perlombongan
bijih merupakan suatu sumbangan yang tidak ternilai kepada sektor perlancongan di
negeri Pahang. Ini adalah kerana Sungai Lembing suatu ketika dahulu adalah menjadi
tempat perlombongan bijih terdalam di dunia yang menggunakan kaedah manual
semata-mata. Ia perlu dijadikan sumber pengetahuan dan pengalaman kepada
generasi baru hari ini kerana negara ini pernah diangkat oleh dunia luar dari sektor
perlombongan bijih dan tinggalan ini perlu dikekalkan bagi memberi peringatan
kepada mereka bahawa inilah teknologi yang dicipta oleh masyarakat tempatan pada
masa dahulu yang tidak lagi dapat dilakukan oleh generasi pada hari ini.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menyediakan
kemudahan serta perkhidmatan di Sungai Lembing. Kemudahan dan perkhidmatan
yang ditawarkan memudahkan pelancong untuk melawati kawasan tersebut. Sebagai
contohnya, kerajaan telah menyediakan segala infrastruktur yang lengkap dan
perkhidmatan yang baik seperti penyediaan tandas, surau, pusat perniagaan,
kawasan rekreasi, laluan pejalan kaki dan papan tanda. Selain itu, usaha yang
dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kuantan di kawasan pelancongan Sungai
Lembing ialah dengan memperkenalkan pakej penginapan murah dan menarik untuk
dikunjungi oleh pelancong.
18
19
(Antara penginapan yang terdapat di Sungai lembing)
Kerajaan telah mengeluarkan belanja yang besar dalam usaha menaiktaraf
tempat pelancongan ini dan semestinya rakyat juga mempunyai peranan dan
tanggungjawab dalam bersama-sama untuk mengekalkan infrastruktur ini dengan
menggunakan dan memanfaatkannya sebaik mungkin dengan berhemah. Sekiranya
rakyat tidak menggunakan infrasturktur dengan baik dan berhemah dan segala
kemudahan ini akan rosak dan tidak dapat digunakan serta dinikmati oleh ramai
pengunjung.
20
3.7 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, kajian ini menepati objektif kajian ini dimana kajian ini
dapat menambah pengetahuan saya tentang negeri sendiri. Selain itu, saya juga
dapat berkongsi pengetahuan dan keunikan tempat bersejarah di negeri kepada
orang lain yang membaca kajian saya ini.
Ia juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri dan masyarakat lain
melalui kajian ini. Semangat cintakan Negara dan tinggalan sejarah negara amatlah
penting terutama bagi generasi sekarang yang hidup dalam arus pemodenan dan
serba mudah dengan bantuan mesin dan teknologi.
Kajian ini juga menepati objektif supaya masyarakat lain menyedari bahawa
tempat kejadian ini sangat penting dan berharga lalu menjaga tempat tersebut dengan
bagus dan baik.
3.8 RUJUKAN
a) INTERNET
- Portal Rasmi Kerajaan negeri Pahang :- https://www.pahang.gov.my
- Wikipedia :- https://en.wikipedia.org
- Blog peribadi :- www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-pahang/
- Blog peribadi :- https://www.libur.com.my/sungai-lembing
b) TEMUBUAL
1) Nama : Nora Azmita binti Ahmad Tajuddin
Hubungan : Ibu Kandung
2) Nama : Ahmad Tajuddin bin Ibrahim
Hubungan : Datuk
21
4.0 PENILAIAN UMUM
Kajian ini juga diharap dapat memupuk semangat patriotik dan cintakan
warisan bangsa. Generasi sekarang perlu didedahkan dengan warisan bangsa supa
mereka tahu dan cakna tentang arus perubahan dan kesusahan nenek moyang dalam
membangunkan negara.
Pendedahan kajian ini diharapkan dapat melahirkan rakyat berdisiplin dan
bertamadun. Sesebuah negara hanya boleh maju jika rakyatnya berdisiplin. Disiplin
dalam menjaga keharmonian dan kebersihan warisan dapat membantu negara
menaikkan taraf ekonomi melalui pelancongan.
Akhir sekali sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya menghargai dan
berbangga dengan sejarah negara. Untuk mengangkat Malaysia di mata dunia melalui
sejarah dan warisan komitmen dari semua rakyat dan kerajaan amatlah perlu.
22