The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT PIBG 2023/2025
TARIKH : 22/07/2023
TEMPAT : SURAU HASSAN AL-BANNA,SRAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu, 2023-07-20 04:16:01

MESYUARAT PIBG 2023/2025

MESYUARAT PIBG 2023/2025
TARIKH : 22/07/2023
TEMPAT : SURAU HASSAN AL-BANNA,SRAH

SABTU 22 JULAI 2023 MASA 8.30 A.M - 1.00 P.M SURAU HASSAN AL-BANNA, SRAH LOKASI SESI 2023 / 2025 MESYUARAT A G U N G P I B G KEHADIRAN IMBAS SAYA CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA Jemput hadir beramai-ramai!


MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2023/2025 22 JULAI 2023 (SABTU) 8.30 PAGI SURAU HASSAN AL-BANNA SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH, IPOH PERAK DARUL RIDZUAN


TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2023/2025 8.30 am : Pendaftaran Ibu Bapa 9.00 am : Ucapan Pengerusi Majlis 9.10 am : Ucapan Guru Besar (Penasihat PIBG) 9.20 am : Taklimat Zakat (Cikgu Hashim) 9.30 am : Mesyuarat Agung PIBG bermula 10.00 am : Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2023 10.15 am : Penyampaian Cendermata AJK PIBG 10.30 am : Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2025 11.00 am : Pembentangan usul-usul 12.30 am : Cabutan bertuah 1.00 pm : Makan Tengahari dan Bersurai


MINIT MESYUARAT AGUNG SESI 2019/2021 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN HARI : Sabtu TARIKH : 27 April 2019 MASA : 9.00 Pagi TEMPAT : Dewan Seminar IKRAM KEHADIRAN : Seramai 245 orang ibu bapa dan guru telah hadir. AGENDA : 1. Pembukaan Majlis 2. Ucapan Guru Besar SRAH 3. Ucapan Pengerusi PIBG 4. Pengesahan Minit Mesyuarat 5. Laporan Kewangan 6. Perbincangan usul dan cadangan 7. Pembubaran AJK PIBG 8. Pelantikan AJK PIBG 9. Ucapan Penangguhan BIL AGENDA PERKARA TINDAKAN 1. Pembukaan Majlis Pengerusi Majlis, Muallim Razman membuka majlis dengan kata aluan. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ketiga. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Muallim Rashidi. 2. Ucapan alu-aluan dan perasmian Guru Besar Guru Besar mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG. Beliau meluahkan rasa gembira


dengan adanya mesyuarat ini guru dan ibu bapa berkesempatan untuk berjumpa. Hasil dari mesyuarat ini menunjukkan wujudnya ta’awun iaitu kerjasama antara barisan PIBG dan pihak sekolah. Beliau berkongsi pelbagai kejayaan yang dapat dilahirkan daripada alumni-alumni SRAH dalam pelbagai profesion seperti doktor, jururawat, ustaz-ustaz, peguam, pendakwah dan sebagainya hasil daripada pendidikan di SRAH. Beliau juga mengingatkan kepada para ibu bapa supaya sentiasa membuat pemantauan kepada anak-anak di rumah berkenaan penggunaan gadjet. Pendedahan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan gadjet perlu dijelaskan pada anak-anak. Pihak sekolah sentiasa memberikan peringatan namun jika tiada pemantauan daripada ibu bapa anak-anak akan terus leka. Guru Besar juga memaklumkan pihak sekolah selalu menghantar guru-guru menghadiri kursus-kursus kemahiran yang dianjurkan oleh PPD, JAIPk dan MUSLEH bagi mamantapkan lagi kemahiran guru-guru dalam PdP. Pihak sekolah juga melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti Ko-Kurikulum yang dianjurkan oleh PPD, JAIPk dan MUSLEH. Sekaligus melatih murid dalam mengurus masa dengan baik apabila terlibat dengan banyak aktiviti dan belajar bersosial dengan


sekolah-sekolah lain. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih pada ibu bapa atas sokongan kepada pihak sekolah dan murid-murid dalam melibatkan diri dalam apa jua pertandingan. Dari sudut perkembangan fizikal, sekolah telah berjaya membuat pagar di bahagian belakang bangunan oren dan hijau. Pihak SSM juga ada datang melawat sekolah untuk memberikan bantuan zakat korporat atas kerjasama ibu bapa yang bekerja di sana. Selain itu, kelas khusus abad 21 juga telah berjaya dibina bagi memudahkan lagi PdP murid-murid. Pihak sekolah juga telah menghantar kepada bahagian baik pulih JAKIM untuk membaiki lantai tandas dan kelas-kelas yang berlubang. 3. Ucapan Pengerusi PIBG Pengerusi PIBG Cikgu Halim mengucapkan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG. Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat dijalankan adalah untuk membuat pelantikan baharu untuk sesi yang akan datang. Pengerusi juga memaklumkan segala kutipan duit dari PIBG adalah untuk keselesaan murid-murid seperti tempat menunggu murid. Kutipan PIBG juga akan disalurkan kepada beberapa bahagian seperti akademik, teknik menjawab soalan UPSR dan majlis ihtifal. Selain itu disalurkan untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.


Pengerusi mencadangkan pihak sekolah menjemput murid-murid alumni untuk member sumbangan kepada pihak sekolah. Pengerusi juga mengalu-alukan kepada semua ibu bapa supaya membuat pembayaran zakat di sekolah. 4. Pengesahan Minit Mesyuarat Minit mesyuarat agung PIBG yang lepas disahkan dengan pembetulan pada bilangan 5. Pencadang: Nor Aishah Disokong: Norsulastri Saidin 5. Laporan Kewangan Bendahari membentangkan laporan kewangan yang bertarikh 31.8.2018 hingga 31.3.2019. 6. Pembentangan Usul-usul Antara usul yang dibincangkan di dalam mesyuarat agung PIBG ialah: PEMBELAJARAN 1. Guru perlu peka pada masalah-masalah murid Dalam hal ini, guru sememangnya sentiasa peka dengan masalah murid dalam pembelajaran. 2. Memberi latihan kepada murid selepas selesai satu subjek Ibu bapa mencadangkan supaya kerja rumah yang diberikan diberi masa sehari untuk murid-murid


menyiapkan. Sebagai contoh kerja rumah hari Rabu tidak perlu dihantar pada hari Khamis tetapi dihantar pada hari Jumaat. 3. Latihan di dalam buku aktiviti perlu dihabiskan pada masa yang ditetapkan Ibu bapa mencadangkan buku aktiviti yang kurang penggunaannya boleh buat di rumah. Sekiranya buku itu tidak berkepentingan, sekolah tidak perlu beli. 4. Buku teks syariah pinjaman perlu diwujudkan Pihak sekolah memaklumkan buku syariah memang tiada pinjaman, tetapi bagi ibu bapa yang tidak lagi mempunyai anak di SRAH dialu-alukan untuk menyumbang buku-buku syariah pada pihak sekolah. 5. Menetapkan guru kelas yang sama dari tahun satu hingga tiga dan tahun empat hingga enam supaya guru lebih mengenali anak murid. ISU KESELAMATAN 1. Tingkatkan kawalan pintu masuk ke sekolah Ibu bapa mencadangkan agar pihak sekolah mewujudkan pagar atau palang automatik di pintu pagar utama untuk urusan keluar masuk pelawat. Individu yang masuk ke kawasan sekolah diberi pas pelawat. Pelekat kenderaan untuk staff perlu ditampal pada kereta.


2. Memasang CCTV di pagar sekolah Cadangan ini akan dibawa ke pihak JPS 3. Parkir tunggu murid dan laluan mengambil murid di cat dengan garisan kuning. 4. Tingkatkan keselamatan murid yang balik lewat Pihak sekolah memaklumkan guru bertugas hanya akan tunggu murid-murid di tempat menunggu sehingga jam 2.30 petang sahaja. Bagi murid yang terlalu lewat pulang boleh tempatkan di educare. PENJUALAN DI SEKOLAH 1. Pihak kantin perlu sediakan makanan yang berkhasiat dan elakkan menjual makanan ringan. 2. Tiada pihak lain yang menjual makanan dan alat tulis selain kantin dan kedai buku. KEBERSIHAN 1. Sediakan tong sampah “recycle” untuk mengurangkan tong sampah. KEBAJIKAN 1. Pihak sekolah perlu tambah water dispenser 2. Ibu bapa perlu sediakan bekas minuman atau botol air pada murid 3. Penyediaan buku dan kelengkapan sekolah diawal sesi persekolahan.


4. Menambah pencahayaan lampu tandas supaya lebih terang dan murid tidak takut untuk ke tandas. 5. Kuatkuasakan peranan guard dengan memakai pakaian guard. Selain daripada usul-usul yang dinyatakan, pihak sekolah akan membawa beberapa usul inu ke pihak JPS. Antaranya ialah: 1. Membina tempat perhimpunan rasmi dengan lebih baik dan selesa. 2. Pengawal keselamatan perlu ada identiti seorang pengawal. 3. Memohon jalan berturap sepenuhnya. Jalan yang mempunyai lengkok-lengkok perlu dibaiki segera. 4. SRAH membuat koperasi sendiri tanpa berkongsi dengan SMAH. 5. Tiada alas an pihak SMAH tidak boleh menerima murid-murid SRAH untuk ke tingkatan satu. 6. Bagi prosedur individu yang tidak membayar yuran diberikan surat aku janji dan lampirkan surat prosedur bayar yuran. 7. Pembubaran AJK PIBG Pembubaran AJK PIBG sesi 2017/2019 dibubarkan oleh YDP PIBG Encik Muhammad Halim bin Panjang Adni. 8. Pelantikan AJK PIBG Yang Dipertua PIBG: Encik Muhammad Halim bin Panjang Adni Naib Yang Dipertua PIBG: Encik Mior Mohd Syarizal bin Mohd Zaini


Setiausaha: Cik Nurul Atikah binti Ahmad Bendahari: Puan Sarah binti Alias Juruaudit: Puan Nurul Wahidah binti Azizan Ahli Jawatankuasa: Encik Mohd Ismadi bin Ismail Puan Nor Ismaliza bt Mohd Ismail Puan Nor Aishah bt Wan Mat DaudPuan Siti Zaida bt Shasuddin Encik Razman bin Abdul Aziz Puan Fazliyatun Hazani binti Omar 9. Ucapan Penangguhan Pengerusi PIBG yang baru menangguhkan mesyuarat PIBG dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan semoga amanah yang diberi dapat dijalankan sebaiknya oleh barisan AJK PIBG yang baharu. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari. Mesyuarat ditutup dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kafarah. Yang Benar, Disemak, ……………………………………. …………………………………………… NURUL ATIKAH BT. AHMAD MUHAMMAD HALIM B. PANJANG ADNI Setiausaha, Pengerusi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh


PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH IPOH BAGI TEMPOH 1.1.2021 - 31.12.2021 PENDAPATAN PERBELANJAAN TARIKH PERKARA RM TARIKH PERKARA RM 1.1.21 BAKI DALAM BANK 21941.81 4.3.21 PORTABLE SPEAKER 1200.00 KUTIPAN YURAN MURID 21866.00 28.4.21 SUMBANGAN ANAK YATIM 1045.00 HIBAH 27.09 28.4.21 PROGRAM LAGU AL-FATIHAH 620.00 PROGRAM SMART SAINS TAHUN 6 1130.00 BANK CHARGE 2.00 BAKI 39837.90 JUMLAH 43834.90 JUMLAH 43834.90 JUMLAH PERBELANJAAN 3997.00 DISEDIAKAN OLEH: (SARAH BT ALIAS) BENDAHARI PIBG SRAH IPOH DISEMAK OLEH: (NURUL WAHIDAH BT AZIZAN) PEMERIKSA KIRA-KIRA PIBG SRAH IPOH DISAHKAN OLEH: (HALIM BIN PANJANG ADNI) PENGERUSI PIBG SRAH IPOH


PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH IPOH BAGI TEMPOH 1.1.2022 - 31.12.2022 PENDAPATAN PERBELANJAAN TARIKH PERKARA RM TARIKH PERKARA RM 1.1.22 BAKI DALAM BANK 39837.90 26.4.22 PROGRAM RAIKAN SYAWAL 1000.00 2.9.22 KUTIPAN YURAN MURID 25800.00 28.4.22 SMART TV (6Pcs) 14400.00 HIBAH 19.48 30.8.22 MAKANAN MURID PROGRAM MERDEKA 780.00 22.9.22 SPEAKER SURAU 5197.00 23.9.22 SMART TV (6Pcs) 14400.00 26.9.22 PERKHEMAHAN TAHUN 6 3000.00 21.10.22 PERABOT MAKMAL SAINS 2080.50 28.10.22 HARI KANAK-KANAK 3000.00 9.12.22 KEM PERNAS 3000.00 BANK CHARGE 3.50 BAKI 18796.38 JUMLAH 65657.38 JUMLAH 65657.38 JUMLAH PERBELANJAAN 46861.00 DISEDIAKAN OLEH: (SARAH BT ALIAS) BENDAHARI PIBG SRAH IPOH DISEMAK OLEH: (NURUL WAHIDAH BT AZIZAN) PEMERIKSA KIRA-KIRA PIBG SRAH IPOH DISAHKAN OLEH: (HALIM BIN PANJANG ADNI) PENGERUSI PIBG SRAH IPOH


PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH IPOH BAGI TEMPOH 1.1.2023 - 31.5.2023 PENDAPATAN PERBELANJAAN TARIKH PERKARA RM TARIKH PERKARA RM 1.1.23 BAKI DALAM BANK 18796.38 11.1.23 LAWATAN TAHUN 6 3000.00 26.5.23 KUTIPAN YURAN MURID 25650.00 19.1.23 IHTIFAL KECEMERLANGAN 5000.00 6.3.23 BILIK SAKIT 1500.00 12.4.23 PROGRAM RAIKAN SYAWAL 1000.00 BANK CHARGE 1.50 BAKI 33944.88 JUMLAH 44446.38 JUMLAH 44446.38 JUMLAH PERBELANJAAN 10501.50 DISEDIAKAN OLEH: (SARAH BT ALIAS) BENDAHARI PIBG SRAH IPOH DISEMAK OLEH: (NURUL WAHIDAH BT AZIZAN) PEMERIKSA KIRA-KIRA PIBG SRAH IPOH DISAHKAN OLEH: (HALIM BIN PANJANG ADNI) PENGERUSI PIBG SRAH IPOH


TERIMA KASIH SESI 2023 / 2025 MESYUARAT A G U N G P I B G ATAS KEHADIRAN ANDA HARI INI. SEMOGA SEGALA USAHA DAPAT DIREALISASIKAN DEMI KEMAJUAN WARGA SRAH


Click to View FlipBook Version