The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizalmn7, 2021-10-08 12:41:27

KERTAS KERJA PONDOK MENUNGGU SK KADOK-B

KERTAS KERJA PONDOK MENUNGGU SK KADOK-b

SEKOLAH KEBANGSAAN KADOK
16450 KETEREH, KOTA BHARU,
KELANTAN

KERTAS KERJA
TEMPAT MENUNGGU

0

PENDAHULUAN

Sekolah Selesa didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selesa di mana warga sekolah
merasa selesa tanpa gangguan daripada mana-mana pihak samada dari dalam ataupun luar
sekolah.

Bagi merealisasikan polisi sekolah selesa berjalan dengan baik dan terancang, maka segala usaha
ke arah meningkatkan keselesaan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama oleh semua
pihak. Mengawal keselesaan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang
bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan
demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif
dalam kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselesaan adalah merupakan pengukuhan
kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks
masyarakat yang lebih luas pula, keselesaan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang
berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat,selesa dan menyeronokkan.
2. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dan masayrakat.
3. Memberikan keselesaan kepada murid dan ibubapa.
4. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
5. Menjalinkan hubungan sekolah dengan murid tua Sekolah kebangsaan Kadok.

1

RASIONAL

1. Mewujudkan hubungan dengan warga sekolah dan masyarakat.
2. Menekankan perhubungan yang positif antara murid, guru dan ibubapa.
3. Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada murid dan ibubapa.
4. Meningkatkan mutu kawalan keluar masuk sekolah.
5. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selesa.

PENGENALAN
Tujuan dokumen ini adalah untuk mewajarkan permintaan sekolah untuk dana bagi membina
Tempat Menunggu. Impian sekolah adalah untuk membina Tempat Menunggu bagi keselesaan
murid dan ibubapa bagi melindungi para pelajar daripada cuaca panas atau hujan serta isu-isu
keselamatan. Menjalinkan hubungan sekolah dengan murid tua Sekolah Kebangsaan Kadok.

SITUASI SEMASA

Pelajar-pelajar pulang dari sekolah mengikut tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2 yang
kebanyakannya ibubapa terpaksa menunggu di luar pagar. Keadaan ini amat tidak selesa kepada
ibu bapa yang terpaksa berpanas. Pihak sekolah amat prihatin dengan situasi demikian, maka
tercetuslah idea untuk menyediakan tempat menunggu untuk ibu bapa. Bagi murid yang akan
menunggu ketibaan ibu bapa mereka yang agar lewat sedikit juga memerlukan tempat
menunggu.

2

AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT : Pn. Roynun bt. Setapa
Guru Besar

PENGERUSI : En. Wan Mohd Zain b. Wan Abdullah
NYDP PIBG

TIMBALAN PENGERUSI : Tn. Hj. Ahamad b. Che Kob
YDP PIBG

NAIB PENGERUSI 1 : En. Mohd Hashim b. Sidik
Pk Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 2 : En. Mat Arof b. Hassan
Pk HEM

NAIB PENGERUSI 3 : En. Kamil b. Awang
Pk Ko

SETIAUSAHA : En. Mohd Faizal b. Mat Nasan

BENDAHARI : Pn. Shahratuaini bt. Mohd Yaacob

KETUA PROJEK : En. Ahmad Syihabuddin b. Ismail

AHLI JAWATANKUASA

1. En. Kamaruddin b. Che Haat
2. En. Azahari b. Mohd Noor
3. En. Mohamed Mokhtar b. Abdullah
4. En. Ahmad Khairi b. Ibrahim
5. Pn. Asnira bt. Muhamad
6. Pn. Norhalwani Salisati bt. Mohd Sopafi
7. Pn. Raja Faeizah bt. Raja Hassan

3

CADANGAN PENGGUNAAN BAHAN BINA DAN ANGGARAN KOS
1. PEMBINAAN TEMPAT MENUNGGU

Anggaran panjang : 56 kaki
Anggaran lebar : 06 kaki
Anggaran tinggi : 07 kaki
Anggaran kos : RM 2,500.00

Cadangan rekabentuk :

2. BAHAN PEMBINAAN UNIT

BIL BAHAN 8
9
1. Besi Hollow 1.5mm x 25mm x 50mm 4
2. Besi Hollow 1.5mm x 25mm x 25mm 25
3. Besi Hollow 1.5mm x 15mm x 15mm 3
4. Zink Ajiya 0.5mm x 1830mm 1 lori
5. Besi Paip GI 1.5mm x 65mm 20
6. Pasir 200
7. Simen
8. Bata Press
9. Lain-lain perkara

4

KESIMPULAN

Berdasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan untuk menjadikan
sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada murid-murid
dan komuniti setempat. Malah, isu keselesaan pelajar dan ibu bapa dapat diminimumkan.
Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang memerlukan bajet yang
berasingan untuk disempurnakan kerja. Sumbangan ke arah merealisasikan cadangan ini,
amatlah diperlukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………...... ………………….……………….
En. Mohd Faizal b. Mat Nasan En. Wan Mohd Zain b. Wan Abdullah
Setiausaha Projek Pengerusi Projek
Merangkap NYDP PIBG

5

LAMPIRAN
KAWASAN CADANGAN PROJEK TEMPAT MENUNGGU.

Cadangan Tempat Menunggu

Cadangan Tapak
~ (56 kaki panjang)
~ (6 kaki lebar)
~ (7 kaki tinggi)

6

Cadangan Tempat Menunggu
Cadangan Reka Bentuk

Pandangan Sisi

7


Click to View FlipBook Version