JENIS-JENIS IKATAN
DISEDIAKAN OLEH: KHAIRANI IZYAN BINTI AHMAD ZAIDI
KELAS: 6 SAIDINA USMAN
NAMA UNIT BERUNIFORM: PENGAKAP 2021
ISI KANDUNGAN:
1)Definisi ikatan
2)Kegunaan ikatan
3)Jenis nama ikatan dan simpulan
4)Gambar ikatan
Rujukan:
1)Internet
2)Ibu bapa
3)Surat khabar
Definisi Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh,
tiang bendera, tiang dan papan untuk jambatan,
menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam
kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa
ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong,
ikat silang gunting dan lilit balak.
Untuk menyelamat Memancing
orang dengan
memasukkan tanjul
itu keliling badan
mangsa.
KEGUNAAN
Bidang perkapalan Kehidupan seharian
dan sebagainya
JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
1) Ikatan Buku Sila 6) Ikatan Simpul Belit
2) Ikatan Tindih Kasih 7) Ikatan Belit Lucut
3) Ikatan Bunga Geti 8) Ikatan Bunga Geti
4) Ikatan Simpul Pulih 9) Ikatan Simpulan Himpit
5) Ikatan Balak 10) Ikatan Simpul Manok
IKATAN BUKU SILA (REEF KNOT)
Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz
terutama tali kering .
Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan
hadiah/ikatan anduh. Mudah dibuka.
Dikenali juga sebagai ‘left over right and right over left’.
IKATAN TINDIH KASIH (BOWLINE)
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya
tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk
mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh
ke dalam telaga.
Sebagai tali pandu keselamatan.
Boleh digunakan untuk menarik keluar mangsa yang pengsan.
Sebagai tali pandu semasa menaik dan menurunkan usungan.
IKATAN BUNGA GETI (SHEET/FLAG/COMMON BEND)
Kegunaannya adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang
berlainan jenis/berlainan saiz.
IKATAN SIMPUL PULIH (SHEEP SHANK)
Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa
memotongnya.
Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
IKATAN BALAK (THE TIMBER HITCH)
Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau
menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya.
IKATAN SIMPUL BELIT (ROUND TURN AND TWO HALF-HITCHES)
Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali
pada mata kail, pancang, pokok dan sebagainya.
IKATAN BELIT LUCUT (HIGHWAYMAN’S HITCH)
Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh:kuda)
supaya boleh dibuka dengan pantas.
Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan
menggunakan tali.
IKATAN BUNGA GETI (SHEET/FLAG/COMMON BEND)
Kegunaannya adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang
berlainan jenis/berlainan saiz.
SIMPULAN PENGAIL/SIMPULAN HIMPIT (FISHERMAN’S KNOT)
Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus /licin
seperti tali tangsi.
IKATAN SIMPUL MANOK(CLOVE HITCH)
Simpul manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin
seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.
Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.