PROGRAM GIGI SIHAT
Program ini adalah di bawah unit HEM untuk semua murid
prasekolah setiap tahun bagi bertujuan memberi pengetahuan dan
pendedahan secara formal tentang penjagaan gigi. Program ini juga
merupakan salah satu proses pembelajaran murid secara tidak
langsung aktiviti di luar bilik darjah mengenai kesihatan diri. Program
gigi sihat adalah untuk menanamkan kesedaran bahawa pentingnya gigi
dalam kehidupan seseorang. Pendedahan kesihatan pergigian berfokus
untuk memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan tentang cara
memberus gigi dengan betul serta rawatan berkaitan gigi.
OBJEKTIF PROGRAM
1 Menambah pengetahuan dan pengalaman baru kepada murid, guru dan
pembantu pengurusan murid akan kaedah menjaga kesihatan pergigian dalam
kehidupan seharian.
2 Mendedahkan kepentingan menjaga kesihatan pergigian sepanjang hayat
PENGLIBATAN IBU BAPA:
1. SEDIAKAN 1 BATANG BERUS GIGI YANG BERSESUAIAN
UNTUK DIGUNAKAN DI PRASEKOLAH.
BAWA BERUS GIGI YANG TELAH DILABEL NAMA ANAK
BERMULA ESOK SEHINGGA 25 APRIL 2022.
2. BERI PENDEDAHAN KEPADA ANAK TENTANG
PENJAGAAN DAN KEBERSIHAN GIGI DI RUMAH.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN