The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Ross, 2024-01-24 05:15:12

TAKLIMAT PRA SKKJ 2024

TAKLIMAT PRA 2024

Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 41000 Klang, Selangor Taklimat Prasekolah 2024 27 JANUARI 2024 SABTU 8.00 PAGI – 10.00 PAGI DEWAN CEMERLANG SK KAMPUNG JAWA


PERATURAN DAN DISIPLIN PRASEKOLAH SK KAMPUNG JAWA ADAB DI DALAM KELAS PRASEKOLAH SK KAMPUNG JAWA JADUAL PERSEKOLAHAN PRASEKOLAH PERATURAN PAKAIAN MURID PRASEKOLAH CADANGAN PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN SENARAI NAMA GURU DAN PPM PRA SKKJ PELAN BANGUNAN DAN LALUAN PRA SKKJ ISI KANDUNGAN MISI DAN VISI PRASEKOLAH SUMBER RUJUKAN PRASEKOLAH


MISI PRASEKOLAH Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara MISI DAN VISI PRASEKOLAH VISI PRASEKOLAH Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera


1. Sesi Pdpc di prasekolah adalah mulai 8.00 pagi hingga 12.00 Tengah hari pada setiap hari persekolahan (4 Jam). 2. Kandungan pembelajaran yang di ajar : 3. Murid digalakkan datang seawal jam 7.30 pagi kerana rutin sarapan ialah 7.40 pagi pada setiap hari persekolahan (sarapan disediakan di prasekolah). 4. Ibu bapa digalakkan mengambil pulang murid (anak) pada jam 12.00 tengah hari pada setiap hari persekolahan. 5. Ibubapa/penjaga digalakkan menghantar dan menjemput murid (anak) di pintu pagar utama sekolah SK Kampung Jawa sahaja. 6. Murid prasekolah digalakkan berpakaian kemas, berkasut dan berstokin ketika mengikuti proses Pdpc di dalam kawasan sekolah. PERATURAN DAN DISIPLIN PRASEKOLAH SK KAMPUNG JAWA • Tunjang Komunikasi (Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) • Tunjang Sains & Teknologi (Sains Awal & Matematik Awal) • Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai (Pendidikan Islam/Moral) • Tunjang KemanusiaanTunjang Ketrampilan Diri (Kepimpinan & Sahsiah) • Tunjang Fizikal & Estetika (Jasmani, Kesihatan & Seni Bakat)


7. Hanya waris terdekat dengan murid sahaja yang dibenarkan mengambil murid (anak) pulang dari sekolah. 8. Peruntukan makanan telah disediakan melalui wang perkapita iaitu sebanyak RM3.00 seorang murid sehari. Makanan akan disediakan dua kali iaitu pada jam 7.40 pagi dan 9.40 pagi. 9. Ibu bapa tidak digalakkan untuk memberi wang saku kepada murid dan jika ia berlaku, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian atau kehilangan wang tersebut 10. Waris perlu menghantar dan mengambil anak jagaan (murid) mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kejadian yang tidak diingini selepas tamat sesi pembelajaran. 11. Waris yang mahu membawa pulang murid (anak) sebelum tamat waktu persekolahan hendaklah memaklumkan terlebih dahulu pada pihak pentadbir dan seterusnya mengisi maklumat pada buku pergerakan murid yang berada di kelas prasekolah. 12. Sekiranya murid (anak) tidak dapat hadir ke sekolah pada hari persekolahan, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada guru secara bertulis (surat cuti)


ADAB DI DALAM KELAS PRASEKOLAH SK KAMPUNG JAWA 1. Murid tidak boleh keluar kelas tanpa kebenaran guru. 2. Murid perlu beratur sebelum masuk dan keluar dari kelas. 3. Murid mesti membaca doa sebelum belajar, sebelum dan selepas makan. 4. Makan dan minum hanya dengan kebenaran guru sahaja. 5. Tidak boleh berlari di dalam kelas. 6. Murid perlu meminta izin jika hendak ke tandas. 7. Mengemas peralatan setiap kali selepas habis setiap slot PdPc. 8. Tidak boleh berbuat bising semasa guru mengajar. Murid perlu memberi tumpuan. 9. Tidak boleh mengambil alat tulis kawan sesuka hati. 10. Berpakaian kemas dan bersih. Kuku mesti dipotong pendek dan bersih. 11. Rambut mesti pendek bagi murid lelaki. Murid perempuan yang berambut panjang mesti diikat. 12. Menjaga kebersihan kelas.


13. Pastikan meja dan kerusi, alat tulis dan bahan bacaan di susun dengan kemas sebelum pulang. 14. Hormat pada Pembantu Pengurusan Murid dan juga pada rakan. 15. Ucapkan kata selamat dan terima kasih pada guru, PPM dan rakan sebelum pulang. 16. Membaca doa dan zikir bersama-sama sebelum pulang. 17. Sebarang surat menyurat haruslah diberi perhatian dengan segera. Contohnya surat siaran atau surat kebenaran. 18. Waris tidak dibenarkan menunggu anak jagaan ketika proses PdPc sedang dijalankan. 19. Waris dikehendaki memaklumkan kepada pihak prasekolah sekiranya anak jagaan: • Alah terhadap makanan. • Menghidap sebarang penyakit atau perlu makan ubat semasa sesi pembelajaran. • Diambil atau dihantar oleh orang yang berbeza iaitu tidak seperti kebiasaan atau terlewat daripada biasa. • Dibuli kawan-kawan. • Berbakat dalam sesuatu bidang. • Mempunyai kelainan yang “istimewa” berbanding kanakkanak lain


Jadual Persekolahan Prasekolah Hari Isnin - Jumaat 8.00 pagi – 12.00 tengah hari Masa * Selepas sesi PdPc jam 12.00 tengahari – keselamatan murid Prasekolah adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa/penjaga Peraturan Pakaian Murid Prasekolah Murid LELAKI Baju T-Shirt (PUTIH) Seluar Sukan (HITAM) Murid PEREMPUAN Baju T-Shirt/tudung (PUTIH) Seluar Sukan (HITAM) SEMUA MURID Kasut (HITAM) Stokin (HITAM) Lencana boleh beli di kedai buku sekolah SENDIRI Tempah tanda nama SENDIRi


CADANGAN PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN BIL PROGRAM/AKTIVITI 1. Minggu Orientasi Prasekolah 2. Pentaksiran Saringan Membaca 3. Program Gigi Sihat 4. Program Permata Bahasa 5. Program Mentor Mentee 6. Program Smart English 7. Program Easy Math 8. Program Saintis Muda 9. Sambutan Jamuan Hari Raya 10. Sukan Ria Prasekolah 11. Program Gemilang Merdeka 12. Sambutan Hari Kanak-kanak 13. Lawatan Prasekolah 14. Sambutan Hari Jadi Murid 15. Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah 16. Taklimat Prasekolah


SENARAI NAMA GURU DAN PPM PRA SKKJ SHAZANA BINTI MUHAMMED SA’AD GURU AGAMA PRASEKOLAH IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUAN PENDIDIKAN ISLAM PENGALAMAN MENGAJAR: 14 TAHUN (2010) ROSNAH BINTI SALLEH GURU PRA BRILLIANT IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENGALAMAN MENGAJAR: 20 TAHUN (2004) NUR AFIQAH BINTI MAT NOOR GURU PRA EXCELLENT IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN PRASEKOLAH PENGALAMAN MENGAJAR: 8 TAHUN (2016) NORSHAHRINA BINTI SIRUN GURU PRA SUCCESS IJAZAH SARJANA MUDA PERBANKAN DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH PENGALAMAN MENGAJAR: 16 TAHUN (2008) NABILAH BINTI ROSLI GURU PRA TRUST IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH PENGALAMAN MENGAJAR: 13 TAHUN (2011) NURUL AIN BINTI JAMALUDIN PPM PRA TRUST PEMBANTU PENGURUSAN MURID PENGALAMAN: 2 TAHUN (2022) SALINA BITI MOHD ZAINAL PPM PRA SUCCESS PEMBANTU PENGURUSAN MURID PENGALAMAN: 18 TAHUN (2006) HANISAH BINTI MD NOOR PPM PRA EXCELLENT PEMBANTU PENGURUSAN MURID PENGALAMAN: 18 TAHUN (2006) RAFIDAH BINTI ARIFFIN PPM PRA BRILLIANT PEMBANTU PENGURUSAN MURID PENGALAMAN : 18 TAHUN (2006)


PELAN BANGUNAN DAN LALUAN PRA SKKJ


SUMBER RUJUKAN PRASEKOLAH


Sekian dan Terima kasih


Click to View FlipBook Version