The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BOOKLET MINGGU ORIENTASI MURID TING 1 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KARIM AHMAD, 2022-03-20 02:13:06

MINGGU ORIENTASI MURID TING 1 2022

BOOKLET MINGGU ORIENTASI MURID TING 1 2022

Keywords: SEKOLAH

SEK.MEN.KEB. SEKSYEN 5
WANGSA MAJU,

53300 KUALA LUMPUR

TEL : 03-41427822 FAX: 03-41420832
https://smkseksyen5wm.blogspot.com

PROGRAM
MINGGU ORIENTASI

MURID BAHARU
TINGKATAN 1,

SESI 2022

Nama :___________________________________________

Tingkatan : _____________________________

‘The moment you accept what
troubles you’ve been given,
the door will open’ - rumi

SEDERAP MEMACU KECEMERLANGAN
SVIAN MARA MENGGENGGAM JUARA

1

TINTA BICARA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Syukur Alhmadulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya sekali lagi mengadakan

Minggu Orientasi Murid Baharu Tingkatan 1 sesi 2022 seperti tahun-tahun sebelum ini.
Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala
Lumpur mengalu-alukan kedatangan murid-murid Tingkatan 1 sesi 2022 yang telah
ditawarkan untuk menyambung pelajaran peringkat menengah di sekolah ini.
Murid-murid yang ditempatkan di sekolah ini adalah murid-murid yang baharu sahaja
menamatkan alam persekolahan rendah selama 6 tahun. Justeru, murid-murid ini akan
menghadapi pelbagai perubahan apabila menjejakkan kaki di sekolah ini terutama dari
segi persekitaran, aspek pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Keadaan ini amat
menuntut semua murid bersiap sedia mengalami perubahan aspek fizikal dan mental
dalam menyesuaikan diri agar terus relevan untuk mengharungi transformasi Pendidikan
Abad ke-21 (PAK-21) terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SMK Seksyen 5, Wangsa Maju, adalah sekolah Program Transformasi Sekolah (TS25)
yang memberikan tumpuan kepada aspek kemenjadian murid iaitu bagi memenuhi 6
Aspirasi murid yang terdiri daripada aspek Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran
Memimpin, Kemahiran Dwi Bahasa, Etika dan Kerohanian serta Identiti Nasional . Enam
Aspirasi Murid ni sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Selain itu, diharapkan agar semua murid dapat menyemaikan rasa cinta dan sayang
terhadap sekolah ini. Jagalah persekitaran dan harta benda sekolah dengan baik.
Hormatilah para guru yang mendidik murid-murid sepanjang tempoh persekolahan sama
ada bersemuka atau Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Timbalah ilmu pengetahuan sebanyak mungkin supaya menjadi insan yang kamil serta
warga sekolah yang berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Berilah
sepenuh tumpuan terhadap pelajaran dan jadilah murid yang cemerlang dalam semua
aspek sama ada sahsiah , kurikulum atau kokurikulum. Akhir kata , selamat maju jaya.
Sekian terima kasih.

SEDERAP MEMACU KECEMERLANGAN, KATA DIJULANG MARUAH TERBELA , SVIAN MARA
MENGGENGGAM JUARA

SMK Seksyen 5, Wangsa Maju, KL

2

MOTO SEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan bersepadu melalui pendidikan
untuk melahirkan murid yang dapat memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

3

TUJUAN PROGRAM

Program ini diharapkan agar dapat memberikan
gambaran awal tentang budaya sekolah menengah

serta situasi pengajaran dan pembelajaran
menengah yang lebih positif dan membina bagi
menyediakan satu landasan ke arah pembentukan
perkembangan kendiri yang sihat dan positif yang
meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Aktiviti yang dirancang diharapkan agar dapat
memupuk perpaduan di kalangan pelajar dan
membina satu budaya yang positif dan berdaya saing

di kalangan warga sekolah.

OBJEKTIF PROGRAM

• Memberikan kefahaman kepada murid tentang
peraturan sekolah.

• Pelajar tahu menggunakan perkhidmatan-
perkhidmatan yang disediakan oleh sekolah.

• Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang
budaya belajar di sekolah menengah.

• Memupuk sikap tolong-menolong di kalangan
murid SMK Seksyen 5 Wangsa Maju

• Memupuk sikap prihatin dan penyayang di antara
guru dan pelajar.

4

5

PERATURAN SEKOLAH

1. Kehadiran dan Ponteng (Pek. Ikt. Bil. 6/95)
1.1 Semua murid dikehendaki tiba di sekolah pada atau sebelum jam 12.40 ptg
1.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat ibu bapa/doktor. Jika tidak
mereka akan dikira sebagai ponteng sekolah
1.3 Tindakan bagi murid ponteng adalah seperti berikut :

BERTURUT-TURUT TINDAKAN
3 Hari Amaran 1
Amaran 2
7 Hari selepas amaran 1
7 hari selepas amaran 2 Amaran terakhir
14 hari selepas amaran terakhir Buang sekolah

BUKAN BERTURUT-TURUT TINDAKAN
10 hari Amaran 1
Amaran 2
10 hari selepas amaran 1
20 hari selepas amaran 2 Amaran terakhir
20 hari selepas amaran terakhir Buang sekolah

2. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas dan hendaklah menggunakan pas kebenaran
guru ketika keluar dari kelas.

3. Murid mesti sentiasa berpakaian lengkap serta kemas dan memakai pakaian sukan
semasa PJK .

4. Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas.
5. Murid hendaklah menjauhkan diri dari sebarang bentuk salah laku.
6. Setiap murid mesti mempunyai buku peraturan disiplin sekolah. Buku tersebut

boleh di beli di koperasi sekolah.
7. Lain-lain peraturan sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa .

6

SENARAI BARANG-
BARANG

LARANGAN !!!

1. Telefon Bimbit & Smartwatch
2. Bahan-Bahan Pornografi Termasuk Gambar, Lukisan, Video,

Dan Kata-Kata lucah
3. Pemetik Api / Rokok / Vape / Ganja / Dadah / Pil Khayal /

Gam Hidu / Ketum.
4. Senjata yang Tajam Dan Berbahaya Seperti Buku Lima/ Pisau

Lipat / Pisau Cukur / Gunting / pin
5. Mercun, Bunga Api Atau Sebarang Bentuk / Jenis Bahan

Letupan
6. Makanan Ringan, Chewing Gum , Makanan Segera
7. Minuman Beralkohol
8. Berjudi / Main Daun Terup
9. Barang Kemas Atau Perhiasan Serta Barang-Barang

Berharga / Gelang Getah / Subang Berfesyen
10. Kasut Berfesyen
11. Pakaian Yang Tidak Sopan Dan Mencolok Mata
12. Makanan Yang Tidak Halal

(Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993)
(Pek. Ikt. Bil 1/83)

7

8

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2022

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
1 PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU

2 21.03.2022 31.03.2022 9 11

3 01.04.2022 30.04.2022 21 1

01.05.2022 31.05.2022 16 12

01.06.2022 03.06.2022 3 1

JUMLAH HARI 49 13

CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023 3
7
04.06.2022 - 12.06.2022 9 3

13.06.2022 30.06.2022 14

01.07.2022 31.07.2022 20

01.08.2022 31.08.2022 22

01.09.2022 02.09.2022 2

JUMLAH HARI 58

CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023

03.09.2022 - 11.09.2022 9

12.09.2022 30.09.2022 14

01.10.2022 31.10.2022 17

01.11.2022 30.11.2022 22

01.12.2022 09.12.2022 7

JUMLAH HARI 60

CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023

10.12.2022 - 31.12.2022 22

03.01.2023 31.01.2023 18

01.02.2023 17.02.2023 13

JUMLAH HARI 31

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023

18.02.2023 - 12.03.2023 23

Sumber https://www.moe.gov.my/
tertakluk kepada perubahan

9

PANDUAN KO-KURIKULUM

SENARAI NAMA KELAB / PERSATUAN / BADAN UNIFORM

A. PERSATUAN AKADEMIK D. PERMAINAN

• Bahasa Melayu • Bola Sepak

• Bahasa Inggeris • Hoki

• STEM • Badminton

• Sains Sosial • Ping Pong

• Rekacipta • Sepak Takraw

• Seni • Sofbol

• Agama Islam • Olahraga

• Komputer/IT/ • Catur

• Bola Jaring

B. PERSATUAN BUKAN AKADEMIK • Bola Baling

• Kitar semula • Bola Keranjang

• Koperasi • Memanah

• Kelab Rukun Negara • Ragbi

• Kelab Pengguna Sekolah

• Kelab Bimbingan & Kerjaya KETUA RUMAH SUKAN 2022

• Kelab Pencegahan Jenayah (HEM)

• SLAD (HEM)

• Kelab SPBT (HEM) Rumah Sesi Petang
• Fotografi

C. UNIT BERUNIFORM Wangsa PN DAYANG
• Puteri Islam Mega NORIAH BT ABG
• Kadet Remaja Sekolah
• Bulan Sabit Merah (Kuning ) MATNOOR
• Kadet Bomba
• Pengakap Wangsa PN NUR AIMIE BT
• Pandu Puteri Jaya ABDUL WADUD
• Kadet Pertahanan (Hijau)
• Awam (KASPA)
• Taekwando Wangsa CIK NUR
• Kadet polis Setia SYAZLIANA BT MD
• Silat (Biru) ALI

Wangsa Pn. Masni Binti
**tertakluk kepada perubahan Raya Hasan

(Merah)

10

IKRAR MURID

BAHAWASANYA, KAMI MURID -MURID SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SEKSYEN 5,WANGSA MAJU, DENGAN INI

BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN BERUSAHA MENJAGA NAMA
BAIK SEKOLAH KAMI DENGAN BELAJAR BERSUNGGUH –

SUNGGUH, MEMATUHI PERATURAN–PERATURAN SEKOLAH,
BERKELAKUAN BAIK , BERTANGGUNGJAWAB, TOLONG

MENOLONG DAN SENTIASA BEKERJASAMA DENGAN SELURUH
WARGA SEKOLAH DEMI MEMASTIKAN KEJAYAAN

SENARAI GURU TINGKATAN 1/2022

UM Pn. Noor Azah Binti Kamari
UKM
UPM Pn. Ananthy A/P Andiappan
USM
Cik Nur Syazliana binti Mohd Ali
UTM
Pn. Nor Azrin Binti Mokhtar
UUM Pn. Dayang Noriah Binti Abang
UIAM Matnoor
UiTM Pn. Sh. Aslah Wahyuni Binti Sd. Agil
UPNM
Cik Siti Nur Raihayu Binti Ridzwan

Pn. Masni Binti Hassan

Pn. Santhiya a/p Ramadas

11

12

13

LAGU SEKOLAH

Disini lahir warga mulia sepadu berupaya
Untuk ibu dan bapa untuk nusa bangsa

kita kotakan kata-kata
kebersihan yang diutamakan diri dan

sekitaran
menimba segalanya ilmu yang berguna

mendukung wawasan negara
***Berdaya maju, berakhlak mulia

cogankata sekolah kita
dengan tabah dan yakin dihati
mencapai cita-cita luhur dan murni
Pendidikan yang sempurna di sini

Minda, jasmani, rohani
Akan lahirlah pemimpin yang berwibawa

Ke arah hidup sejahtera

(ulang***)

(https://www.youtube.com/watch?v=D09tigqyLPE)

14



16


Click to View FlipBook Version