The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NADHIRATUL HUSNA BINTI ABDUL JALIL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21084001, 2024-03-25 10:50:24

BUKU LOG PENGAKAP - MPU3431

NADHIRATUL HUSNA BINTI ABDUL JALIL

PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


Epolet 6 Lengkar Epolet 5 Lengkar Epolet 4 Lengkar PANGKAT Pemakaian Tanda Pangkat Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berdasarkan kepada edaran Persekutuan Pengakap Malaysia PPM-2(179)/2013 bertarikh 20 Mei 2013. Hak memakai : Ketua Pengakap Negara Hak memakai: Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Hak memakai: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara; Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara; dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Hak memakai: Pesuruhjaya Antarabangsa; Pesuruhjaya Latihan Negara; dan Pesuruhjaya Program Negara.


Epolet 3 Lengkar Epolet 2 Lengkar Epolet 1 Lengkar Epolet Bunga Padi PANGKAT Pemakaian Tanda Pangkat Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berdasarkan kepada edaran Persekutuan Pengakap Malaysia PPM-2(179)/2013 bertarikh 20 Mei 2013. Hak memakai: Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa; Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negara; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri; dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Hak memakai: Setiausaha Latihan Negara; Setiausaha Program Negara; dan Jurulatih. Hak memakai: Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Hak memakai: Penolong Jurulatih Hak memakai: Pemimpin Pengakap Hak memakai: Penolong Pemimpin Pengakap.


Lencana Pengakap Kanak-Kanak LENCANA Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktivitiaktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak. kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahtl yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: Lencana Keris Gangsa Lencana Keris Perak Lencana Keris Emas Disamping itu. Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan.


Lencana Pengakap Kanak-Kanak Lencana Wajib LENCANA Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1.Ahli Renang Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 2. Penunggang Basikal Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1.Lencana Keahlian Lencana Keahlian


Lencana Pengakap Kanak-Kanak Lencana Kemajuan LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. 1. Keris Gangsa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. 2. Keris perak SeteLah meperolehi kesemua Lencana Kepandalan iaitu Kalegori Kegermaran (2) Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggung jawab dan kepemimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. 3. Keris emas


Lencana Pengakap Kanak-Kanak Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya). 1. Ahli Koleksi Hobi Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya. 2. Ahli Kraftangan Lencana ini diberikan kepada kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. 3. Peladang Kecil


Lencana Pengakap Kanak-Kanak Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul,membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik. 4. Pelukis Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капакkanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. 5. Pembaca Buku Lencana ini diberi kepada Ahi Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan. 6. Penghibur


Lencana Pengakap Kanak-Kanak Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru dan sebagainya. 1.Ahli Olahraga Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak dalam sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan bidang pasukan permainan seperti bola sepak. bola tampar, Sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. 2. Ahli Pasukan Permainan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar; elektro magnet dan sebagainya. 3. Ahli Sains Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. 4. Pencinta Alam Semulajadi


Lencana Pengakap Kanak-Kanak Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli PengakapKaПakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. 5. Pembaca Peta Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula. 6. Pemeliharaan Alam Sekitar Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. 7. Pengembara


Lencana Pengakap Kanak-Kanak Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian,mengecat dan sebagainya. 1. Pekerja Am Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak mengakui pengetahuan dan kesungguhan sebagai memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemaskan bilik tidur dan sebagainya. 2. Pengurus Rumah Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR,berenang. Memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan JPAM. 3. Penyelamat Nyawa Lencana ini diber kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat anduh 4. Ahli Pertolongan Cemas


Lencana Pengakap Muda LENCANA Pengakap Muda dalah salu daripada beberapa unit dalam persaudaran Pengakap. Yang lain ialah Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, Pengakap Laut, Pengakap Udara dan Pengakap Kelana. Unit ini ialah bagi budak-budak yang berumut dan 12 hingga 15 tahun. Seorang budak itu boleh menjadi Pengakap Muda terus daripada Pengakap Kanak-Kanak ATAU sebagai ahl baru apabila telah berumur 12 tahun dan mendapat Lencana Keahlian setelah diuji dalam beberapa perkara yang tertentu. Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan yang progresif dalam pergerakan Pengakap bagi menggalakan dan memperbaiki lagi kesuburan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahliahlinya. Unit ini dibahagikan kepada beberapa Patrol tiap satu seramai 6 hingga 8 orang yang diketuai seorang Ketua Patrol di bawah pimpinan seorang dewasa lelaki yang dipanggil Pemimpin Pengakap.


Lencana Pengakap Muda Lencana Kemajuan 1. Lencana Keahlian Lencana Keahlian LENCANA Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui pelbagai kemahiran , kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti iImu Kawad Tongkat, Istiadat Bendera, Pertolongan Cemas dan sebagainya. 1.Lencana Maju Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Sebelum dilantik menjadi Pengakap Muda Udara seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap. Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti Kepimpinan Ketua Patrol, Khidmat Masyarakat, Cabaran Aktiviti Luar, Komunikasi Radio Amatur, IImu Pertolongan Cemas, Penyelamat Nyawa. 2. Lencana Jaya


Lencana Pengakap Muda Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana- lencana Pengakap dan sebagainya. 1. Ahli Koleksi Hobi Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengenali dan mengetahui bermain dengan pelbagai jenis alat muzik, mengetahui kaedahkaedah menjaga alatan dengan baik, dapat menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan iringan alat muzik tersebut. 2. Ahli Muzik Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai minat dan pengetahuan dalam mengisi masanya dalam bidang pertahanan diri seperti Seni Silat, Taekwando, Wushu, Salambam dan sebagainya. 3. Ahli Pertahanan Diri Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berenang, memahami langkah-langkah keselamatan di air, menunjukan pelbagal kemahiran renang seperti kuak lentang. gaya bebas dan sebagainya. 4. Ahli Renang


Lencana Pengakap Muda Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam bersukan dengan menunjukkan keupayaan dalam berlari, melompat tinggi, melompat jauh, melontar cakera dan sebagainya. 5. Ahli Sukan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam memasak di khemah dengan menunjukkan kemahiran memasak dan menghidangkan pelbagai jenis masakan seperti ikan panggang. bubur, nasi, manisan dan sebagainya. 6. Juru Masak di Khemah Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam perkara berhubung dengan pelbagai buku-buku yang dibaca, menjilid dan mendaftarkannya untuk rujukan dan sebagainya. 7. Juru Perpustakaan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam bidang pertanian diantaranya pengurusan kawasan kebun, memelihara ternakan dalam tempoh tidak kurang setahun dengan Pengakap Muda mesti LULUS semua ujan 8. Peladang Muda


Lencana Pengakap Muda Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui rnat dan pengetahuan dalam mengisi masanya dalam bidang seni lukis din seperti membuat lakaran dan lukisan bertemakan alam semulajadi, pemandangan dan mengetahui kaedah mewarna di atas pelbagai jenis objek. 9. Pelukis Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam memasak di khemah dengan menunjukkan kemahiran memasak dan menghidangkan pelbagai jenis masakan seperti ikan panggang. bubur, nasi, manisan dan sebagainya. 10 Pengail Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam perkara berhubung dengan pelbagai buku-buku yang dibaca, menjilid dan mendaftarkannya untuk rujukan dan sebagainya. 11. Penunggang Basikal


Lencana Pengakap Muda Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan LENCANA Lencana ini diberi kepada "ihli Pengakap Muda sebagai pengetahuan dalam berkhemah dengan darjah mengakui perkhemahan paling tinggi, mengetahui langkah-langkah keselamatan berkhemah, memasak dan menghidang masakan panas dan sebagainya. 1. Ahli Berkhemah Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali alat elektronik dengan mengetahui fungsi-fungsinya dan dapat menunjukan kaedah pemasangan alatalat tersebut dengan betul. 2. Ahli Elektronik Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai pengetahuan dalam ilmu perintis dengan mengakui mengenai pelbagai jenis tali, kaedah menggunakan simpulan dan ikatan dengan betul, membina pelbagai jenis model projek perintis seperti menara, pintu gerbang dan sebagainya. 3 Ahli Ilmu Perintis Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai pengetahuan dalam bidang komputer dengan mengetahui sejarahnya, komponen asasnya, sistem pengoperasian dan kegunaannya, menunjukkan kemahiran menggunakan pelbagai jenis perisian seperti MS Office, Windows dan sebagainya. 4 Ahli Komputer


Lencana Pengakap Muda Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui menunjukkan pengetahuan dalam bidang mekanikal dengan menunjukkan kebolehan merawat (service) pelbagai jenis enjin, mengetahui bahagian asas enjin motosikal, menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemeteri dan sebagainya. 5 Ahli Mekanik Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam bertukang dan menunjukkan dengan kebolehan menggunkan peralatan pertukangan yang betul dengan membuat bakul, barangan kulit, menjilid buku, rak buku dan sebagainya. 6. Ahli Penukang Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui ilmu pengetahuan dalam berdayung dengan menunjukkan kebolehan membaiki kerosakan kecil pada perahu dayung. mengetahui langkah-langkah keselamatan di air, mengetahui kegunaan pelbagai jenis ikatan dan simpulan seperti water bowline, fisherman's bend, round turn and two half hitch dan double sheet bend 7. Ahli Perahu Dayung Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam memahami kaedah perhubungan seperti Semaphore, Kod Morse, Kod ‘Q’ , dan mengetahui peraturan komunikasi yang betu yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMМ) 8 Ahli Perhubungan


Lencana Pengakap Muda Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis pokok tempatan, menanam dan memelihara pelbagai jenis pokok dengan mengetahui kaedahnya mengikut peringkatperingkat tertentu dan membuat kajian berkenaan tumbuhan-tumbuhan tersebut. 9 Ahli Perhutanan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis objek dalam permainan Kim, mengenali pelbagai jenis tapak kaki binatang. burung dan melakukan aktiviti menjejak di suatu kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 km. 10 Pelihat Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengembara seperti berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit, mengetahui persedian dan langkah-langkah keselamatan semasa mengembara dan melakukan aktiviti pengembaraan bersama sejauh 10km dengan panduan kompas dan peta. 11 Pengembara Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam menyediakan bahan dan memasak hidangan untuk tetamu dengan pelbagai jenis masakan seperti kari daging, manisan, bubur kacang, sup dan sebagainya. 12. Tukang Masak


Lencana Pengakap Muda Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis pokok tempatan, menanam dan memelihara pelbagai jenis pokok dengan mengetahui kaedahnya mengikut peringkatperingkat tertentu dan membuat kajian berkenaan tumbuhan-tumbuhan tersebut. 1 Ahli Pertolongan Cemas Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara berkenaan bahaya dadah, tingkah laku negatif dan mengikuti Skim Lencana Anti Dadah (SLAT) yang dianjurkan bersama Agensi Anti-Dadah kebangsan (AADK). Sijil Anti-Dadah akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada Pengakap yang layak menerimanya. 2 Ahli Anti-Dadah Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai memberikan mengakui pengetahuan dan kesungguhan perkhidmatan bersama ahli masyarakat di pelbagai peringkat seperti majlis gotong-royong, aktiviti kemahiran bersama OkU, mengenali fungsi Jabatan Polis dalam sebuah komuniti. 3 Ahli Komuniti Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Jurubahasa dengan mengetahui pelbagai jenis bahasa terjemahan yang betul, menulis satu karangan dengan menggunakan bahasa-bahasa tersebut. 4 Jurubahasa


Lencana Pengakap Muda Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Quartermaster dengan menunjukkan kebolehan menjaga peralatan perkhemahan, menyimpan rekod dan menilai barangan berkenaan. 5. Kuartermaster Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui perkhidmatan dalam perkara berhubung dengan berkebolehan dalam semasa kebakaran, tindakan kebakaran. menggunakan peralatan pemadam 6 Pemadam Api Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara berkenaan menunjuk arah suatu perjalanan dengan mengetahui kedudukan tempat-tempat penting dan utama berpandukan peta kawasan berkenaan. 7 Pemandu Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan bersama ahli masyarakat berkenaan konservasi dan pemuliharaan alam semulajadi dan membuat kajian tempatan perkara berkenaan. 8 Pemelihara


Lencana Pengakap Muda Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan LENCANA Lencana ini diben kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dan bertugas sebagai pengawal perkhemahan dengan memahami sesuatu tempat perkhemahan dan menunjuk cara menjaga peralatan perkhemahan dan sebagainya, 9 Pengawal Perkhemahan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa dengan memahami langkah-langkah keselamatan di dalam air dan menunjukkan cara permulihan nafas CPR dengan betul. 10 Penyelamat Nyawa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Setiausaha dengan memahami pelbagai tugas kesetiausahaan seperti menulis minit mesyuarat, membuat urusan dengan pihak berkenaan dan menyediakan laporan sesuatu program. 11 Setiausaha


Lencana Pengakap Remaja LENCANA Unit PENGAKAP REMAJA adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak-kanak dan kedua Pengakap Muda. Bahagian ini ialah bagi budak - budak yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Tujuan bahagian ini ialah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat lathan sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat. Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umurnya 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Jika sekiranya belum lulus Lencana Jaya la boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini. Setelah mendapat Lencana Keahlian Pengakap (lhat Skim Lencana Pengakap Muda) dan teruskan, 1. Menjalani latihan bagi mendapatkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya mengikut Skim Latihan Pengakap Muda dalam masa yang singkat tetapi berpatutan sebelum memulakan kerja bagi Lencana Tertinggi 2. Peraturan pembentukan unit dan patrol Pengakap Remaja adalah sama seperti bagi Pengakap Muda. (lihat Skim Latihan Pengakap Muda).


Lencana Pengakap Remaja LENCANA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam Kenegaraan, Fungsi-fungi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. 1. Lencana Jayadiri Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup. 2. Lencana Kemahiran Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam Ketukangan, Tarian Kebudayaan, Seni Krat, Pertanian, Seni Muzik, Seni Beladiri, ICТ dan pengendalian Urusetia. 3.Lencana Kegiatan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja Udara, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki Gunung, berjalan kaki dan melengkapkan Log Ekspedisi seperti disyaratkan. 4. Lencana Ekspedisi Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan, kemahiran, kecekapan dalam pertolongan Cemas, Kebombaan, Penyelamat Nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatanperkhidmatan yang berkaitan dengannya. 5. Lencana Perkhidmatan


Lencana Pengakap Kelana Apabila seseorang Pengakap Remaja memasuki Krew Pengakap Kelana, mereka selalunya akan mengadakan suatu istiadat yang dikenali sebagai lstiadat Meningkat Naik. Bakal Kelana adalah orang yang berkelayakan untuk menyertai pergerakan Pengakap dan mungkin juga layak untuk menyertai Kelana. Bagi Ahli Baru, Ahli berkenaan mestilah terlebih dahulu menjalani ujian Lencana Keahlian yang dikhaskan untuk Pengakap Kelana. Ahli Baru yang LULUS ujian berkenaan akan dianugerahkan Lencana Keahlian. Majlis Penganugerahan adalah satu majlis yang ringkas. Ia hanya melibatkan penyampaian tanda nama ahli kumpulan dan Lencana Kelana serta pemakalan Epolet Pengakap Kelana. Skim Latihan Pengakap Kelana bermula dan: 1.Lencana Keahlian (Ahli Baru) Diikuti dengan (3) TIGA Lencana Wajib Pengakap Kelana: 1.Lencana Kemahiran Pengakap 2.Lencana Perkhidmatan Pengakap 3.Lencana Pengembaraan Dan (1) SATU Lencana PiIihan Pengakap Kelana iaitu: 1.Lencana Kepimpinan. 2.Lencana ICT 3.Lencana Ekstrem 4.Lencana Penyelamat Nyawa 5.Lencana Keusahawanan 6.Anugerah Baden Powell ( B-P Award) Setelah Ahli Pengakap Kelana itu telah memenuhi perkaraperkara diatas ianya akan dianugerahkan dengan Anugerah Baden Powell (B-P Award) dan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kelana mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. LENCANA


Lencana Pengakap Kelana LENCANA Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah. Lencana Kemahiran Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan. Lencana Perkhidmatan Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut. Lencana Pengembaraan


Lencana Pengakap Kelana LENCANA Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar, Bengkel, Campfire Night. Lencana Kepimpinan (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa. Lencana ICT (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut. Lencana Aktiviti Ekstrem (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup. Lencana Penyelamat Nyawa (Pilihan)


Lencana Pengakap Kelana Epolet Anugerah B-P & Rambu Pengakap Kelana Setelah seorang Pengakap itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat Lencana-lencana Pengakap iaitu Lencana (Wajib) dan Lencana (Pilihan), Pengakap Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P. LENCANA Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan. Lencana Keusahawanan (Pilihan) ANUGERAH B-P


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version