The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anie80, 2022-03-23 23:40:22

Buku Peraturan IMAN 2022

Buku Peraturan IMAN 2022

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL PERKARA 2

1 PENDAHULUAN 3–7

2 TAKRIF 8 – 12

3 PENGENALAN IMAN ELC SDN BHD 13 – 18
• Visi IMAN ELC
• Misi IMAN ELC
• Falsafah Pendidikan IMAN ELC
• Pendekatan IMAN

4 TASKA IMAN
● Waktu Operasi
● Waktu Ketibaan
● Waktu Perkhidmatan Pakej
● Pakaian
● Peralatan dan Kelengkapan
● Kesihatan, Keselamatan dan
Keselesaan
● Makanan
● Cuti

5 TADIKA IMAN
● Waktu Operasi
● Waktu Ketibaan
● Waktu Perkhidmatan Pakej

i

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

● Pakaian 19 – 25
● Peralatan dan Kelengkapan 26 – 28
● Kesihatan, Keselamatan dan

Keselesaan
● Makanan
● Cuti

6 PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK IMAN
● Waktu Operasi
● Waktu Ketibaan
● Waktu Perkhidmatan Pakej
● Pakaian
● Peralatan dan Kelengkapan
● Kesihatan, Keselamatan dan
Keselesaan
● Makanan
● Cuti

7 PERATURAN UMUM BAGI
TASKA/TADIKA/ PUSAT JAGAAN
KANAK-KANAK IMAN
● Sambutan Keraian
● Pengangkutan
● Program IMAN
● Perubahan Alamat dan Nombor
Telefon
● Penggunaan Gambar di Media Sosial
● Cadangan dan Aduan

ii

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

8 YURAN 29 – 32
• Polisi Kewangan 33

9 SUMBER RUJUKAN 34 – 38
10 LAMPIRAN
39
• Uniform Taska
• Uniform Tadika
• Beg Pakaian/ Beg Buku
• Tudung
11 PERAKUAN IBU BAPA

iii

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

1.0 PENDAHULUAN

Buku ini diterbitkan sebagai panduan ibubapa/ penjaga untuk memahami
peraturan-peraturan sepanjang anak-anak berada dalam didikan dan jagaan pihak
IMAN ELC. Ibubapa/ penjaga dikehendaki memahami dan mematuhi peraturan-
peraturan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Kanak-kanak IMAN yang digariskan
sepanjang anak berada di IMAN ELC.

IMAN ELC perlu mematuhi segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh
pihak Kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian
Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan
Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi
yang berkait dengan pengoperasian IMAN ELC dari masa ke semasa.

Pihak IMAN ELC berhak untuk meminda mana-mana peraturan dari masa ke
semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga melalui
memo atau surat pekeliling. Semua anak-anak yang berdaftar dengan IMAN ELC
tertakluk kepada segala peraturan dan panduan yang dikeluarkan dari masa ke
semasa oleh IMAN ELC atau pihak berwajib dan agensi yang berkait.

Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada
kami untuk mendidik dan mengasuh anak tuan / puan.

1

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

2.0 TAKRIF

PERKARA TAKRIF
IMAN ELC
1. Syarikat IMAN ELC
2. Pihak Pengurusan IMAN ELC SDN

BHD.

Anak-anak Anak-anak /pelajar yang mendaftar
dengan IMAN ELC di Taska , Tadika
Bayi atau Pusat Jagaan Kanak-kanak IMAN.

Toddler 1 Anak berusia 2 bulan hingga 1 tahun 2
bulan
Toddler 2
Toddler 3 Anak berusia 1 tahun 3 bulan hingga 1
Pra Tadika tahun 11 bulan
Tadika
Transit Anak berusia 2 tahun
Pihak IMAN
Anak berusia 3 tahun

Anak berusia 4 tahun

Anak berusia 5 dan 6 tahun

Anak yang berusia 7 tahun dan ke atas

Pengurusan Taska/Tadika/Pusat Jagaan
Kanak-Kanak IMAN

2

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

3.0 PENGENALAN IMAN ELC SDN BHD

IMAN ELC SDN BHD (199401019402 (305081-T)) adalah sebuah syarikat
milik penuh Bumiputra yang memberikan perkhidmatan Taska, Tadika dan Pusat
Jagaan Kanak-kanak di Johor yang berdaftar dengan agensi seperti Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan
Kesihatan dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Sejak1988, IMAN ELC menceburi bidang pendidikan awal kanak-
kanak dengan mengaplikasikan pendekatan IMAN berdasarkan silibus yang telah
digariskan oleh KPM dan JKM iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) dan Kurikulum Permata Negara.

Sehingga kini IMAN telah mempunyai lebih dari 20 buah cawangan di sekitar
Johor Bahru, Kulai, Kluang, Batu Pahat, Pasir Gudang, Parit Raja dan Muar. Semua
Rangkaian Tadika, Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak IMAN diurus oleh pejabat
urusan Syarikat IMAN ELC Sdn Bhd di alamat:

Ibu Pejabat:
IMAN ELC SDN BHD
No. 16 & 16A, Jalan Besi 1,
Taman Sri Putri, Skudai,
81300, Johor Bahru, Johor.

3

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

VISI IMAN ELC

Menjadi pilihan utama yang dipercayai dalam menerajui pendidikan
awal kanak-kanak.

MISI IMAN ELC

1. Kami adalah entiti tarbiah dan perniagaan.
2. Kami menyediakan model alternatif pendidikan awal kanak- kanak yang

berteraskan Islam dengan moto. “Where Good Values Begin”. Model konseptual
IMAN meletakkan tunjang kerohanian sebagai paksi dan ianya merentasi
kurikulum.
3. Kami membantu ibubapa mendidik anak-anak dalam menerapkan nilai dan
membentuk sikap agar mereka menjadi “Soleh Wa Musleh”
4. Kami menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang yang membawa
rahmah kepada negara, ummah dan alam

4

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

FALSAFAH PENDIDIKAN IMAN

Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan
rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. IMAN ELC bertekad untuk meletakkan batu
asas pendidikan berteraskan Islam dalam menyemai dan menyuburkan potensi anak-
anak secara bersepadu,seimbang dan berterusan dalam semua aspek perkembangan
anak.

Usaha ini adalah ke arah melahirkan anak-anak soleh wa musleh yang beriman,
berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, bersikap positif dan berketerampilan
untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan alam.

PENDEKATAN IMAN

• Pendidikan di awal usia kanak-kanak umpama mengukir di atas batu. Menurut
kajian Benyamin s. Bloom (1956), professor pendidikan dari Universiti Chicago,
menemukan fakta yang cukup mengejutkan:

• 50% dari semua potensi hidup manusia terbentuk ketika berada dalam
kandungan sampai usia 4 tahun. 30 % potensi berikutnya terbentuk pada usia 4
– 8 tahun.

• Rumusannya, 80% potensi dasar manusia terbentuk di usia awal kanak-kanak di
mana kemampuannya, nilai-nilai hidupnya, kebiasaannya, keperibadiannya,
akhlaknya dan sikapnya bergantung pada pendidikan yang diterima di usia
kritikal ini.

• Atas kesedaran ini, IMAN meletakkan tujuan manusia diciptakan sebagai
kerangka asas pendidikan dan pendekatan dalam mendidik anak-anak.

5

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

❖ “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah Ku.”

Adz-Dzaariyaat : 56

ِ
❖ “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-
bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan
mensucikan-Mu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"

Al Baqarah : 30

6

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

• Keseluruhan aktiviti yang dilaksanakan mestilah mempunyai unsur mendidik
anak-anak ke arah tujuan penciptaan manusia.

• Asas kukuh yang ditekankan adalah :
i. Hubungan anak sebagai hamba kepada Allah Yang MahaPencipta
ii. Anak sebagai khalifah kepada manusia dan alam.

• Di ringkaskan dalam slogan :
SAYA JADI BAIK
AJAK KAWAN JADI BAIK
JAGA ALAM JADI BAIK

• IMAN membantu ibubapa mendidik anak-anak dalam menerapkan nilai dan
membentuk sikap agar menjadi “Soleh Wa Musleh”.

• Pembelajaran berlaku dalam suasana yang menyeronokkan, “hands-on”, sesuai
dengan fitrah kanak-kanak yang belajar melalui bermain. Pelbagai aktiviti
menarik dirancang dan disusun untuk memupuk keyakinan dan keterampilan diri
anak, di samping menyediakan segala kemahiran yang diperlukan untuk ke
sekolah.

7

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

4.0 TASKA IMAN

4.1 WAKTU OPERASI

Ahad – Khamis : 7.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu : 7.00 pagi – 2.30 petang (kecuali pakej kelas)
Jumaat : Tutup

4.2 WAKTU KETIBAAN
1. Waktu ketibaan seawal jam 7.00 pagi.
2. Anak kelas perlu hadir 10 minit sebelum kelas bermula.

4.3 WAKTU PAKEJ PERKHIDMATAN

Pakej yang ditawarkan: : 8.00 pagi – 11.00 pagi
1) Kelas Toddler 2&3 : 7.30 pagi – 11.30 pagi
2) Kelas Pra-Tadika : 7.00 pagi – 2.30 petang
3) Penjagaan Separa pagi : 11.30 pagi – 6.00 petang
4) Penjagaan Separa petang : 7.00 pagi – 6.00 petang.
5) Penjagaan Penuh

8

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

4.4 PAKAIAN

1. Anak toddler 2, toddler 3 dan pra-tadika PERLU berpakaian seragam
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN.

2. Hanya anak PRA TADIKA sahaja yang PERLU memakai kasut sarung ke
taska.

3. Bayi dan toddler 1 adalah bebas mengenakan sebarang pakaian dengan
mengambil kira perkara berikut:
* Bersesuaian
* Kemas
* Selesa
* Bersih

4.5 PERALATAN & KELENGKAPAN

4.5.1 Pakej kelas Pra-Tadika:
1. Anak PERLU menggunakan beg buku IMAN.
2. Ibubapa/ penjaga hendaklah memastikan buku catatan, buku bacaan
‘Ceria Membaca’, bacaan Ladybird dan buku Al-Barqi (asas bacaan
Al-Quran) sentiasa berada di dalam beg anak.
3. Kelengkapan tambahan:
a. Sejadah kecil
b. Pembersih tangan (hand sanitizer)
c. Topeng muka (face mask)

9

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

4.5.2 Pakej Separa dan Penuh:
1. Anak PERLU menggunakan beg pakaian IMAN (selain beg buku)
2. Kelengkapan lain:
▪ Bagi toddler 2, toddler 3 dan pra-tadika, ibubapa/ penjaga perlu
membawa salinan pakaian yang mencukupi untuk sehari
(sekurang-sekurangnya 2 pasang).
▪ Bayi dan Toddler 1, ibubapa/ penjaga perlu membawa salinan
pakaian yang mencukupi untuk sehari (sekurang- sekurangnya 3
pasang).
3. Anak PERLU menggunakan cadar IMAN.
4. Kelengkapan tambahan:
▪ Sikat rambut
▪ Berus gigi dan ubat gigi
▪ Botol susu bagi yang berkenaan.
▪ Tuala mandi
▪ Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor
▪ Lampin pakai buang / diapers yang mencukupi (yang
berkenaan)
▪ Kelengkapan mandi.
5. Pastikan semua barang / peralatan peribadi dilabelkan dengan nama
anak (termasuk pakaian).
6. Segala barang peralatan peribadi yang TIDAK dituntut selepas 3
bulan akan dilupuskan.

10

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

4.6 KESIHATAN, KESELAMATAN & KESELESAAN

1. Ibu bapa/ penjaga P E R L U m e n y e r a h k a n s a l i n a n s u r a t b e r a n a k
dan rekod imunisasi sebelum sesi persekolahan bermula
kepada pihak IMAN.

2. Ibu bapa/ penjaga perlu memastikan anak yang dihantar dalam keadaan
sihat dan tidak bergejala.

3. Ibu bapa/ penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak taska
sekiranya anak tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab- sebab lain.

4. Ibu bapa/ penjaga TIDAK dibenarkan menghantar anak yang terkena
penyakit berjangkit seperti Covid-19, batuk, selsema, campak, beguk ,
sakit mata, cengkering , cirit – birit , HFMD (Hand, Foot and Mouth
Disease) dan seumpamanya.

5. Ibu bapa/ penjaga perlu merawat dengan segera anak yang dijangkiti kutu.

6. Pastikan anak yang dihantar ke taska telah mandi.

7. Permainan dan barang-barang peribadi yang tidak berkenaan dengan
pembelajaran dan penjagaan di IMAN dilarang dibawa ke taska.

8. Anak dilarang sama sekali membawa peralatan berbahaya seperti pisau,
garpu dan seumpamanya.

9. Anak dilarang memakai barangan kemas dan barang-barang berharga
(termasuk barangan elektronik)

10. Pihak IMAN tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang
kehilangan dan kerosakan ke atas barangan peribadi.

11. Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam kalangan anak-anak di bawah
jagaan pihak taska, ibu bapa/ penjaga perlu berurusan terus dengan pihak
pengurusan taska.

12. Pihak pengurusan taska akan mengambil tindakan segera dan akan
menghubungi waris terdekat jika berlaku sebarang kecemasan dan
perkara-perkara yang di luar jangkaan terhadap anak.

13. Ibu bapa/ penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak taska terlebih

11

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

dahulu sekiranya anak akan diambil oleh pihak lain.

4.7 MAKANAN

1. Ibu bapa/ penjaga perlu menyediakan bekalan susu ibu (bayi) atau susu
formula yang mencukupi untuk keperluan harian/ seminggu bagi anak yang
menyusu.

2. Ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan secara bertulis (mengisi borang)
kepada pihak taska sekiranya anak mempunyai masalah alahan.

3. Ibu bapa/penjaga perlu menyediakan bekalan makanan sendiri sekiranya
anak tuan/puan mempunyai masalah alahan dan memerlukan makanan
khas selain yang disediakan oleh pihak taska.

4. Makaan dan minuman ringan tidak dibenarkan dibawa ke taska.

Anak yang berumur 6 bulan hingga 1 tahun:
i. Pihak taska hanya menyediakan bubur nasi.
ii. Ibubapa/ penjaga perlu menyediakan bekalan makanan tambahan
sendiri sekiranya perlu.

4.8 CUTI
1. Cuti taska adalah mengikut cuti-cuti umum yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Johor.
2. Sekiranya ada cuti-cuti tambahan lain seperti cuti sempena hari raya atau
lain-lain, pihak taska akan memaklumkan ibubapa/ penjaga melalui surat
pekeliling/ hebahan secara atas talian.
3. Ibubapa/ penjaga hendaklah membuat permohonan secara bertulis
kepada taska sekiranya anak-anak ingin bercuti panjang kerana ibu
bersalin, ibu bapa/ penjaga pergi menunaikan haji, berkursus dan
sebagainya.

12

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

5.0 TADIKA IMAN

5.1 WAKTU OPERASI
Ahad – Khamis : 7.00 pagi – 6.00 petang
Jumaat : Tutup
Sabtu : 7.00 – 2.30 (kecuali pakej kelas)

5.2 WAKTU KETIBAAN
Anak pakej kelas hendaklah hadir ke tadika 10 minit sebelum kelas bermula :
- 7.30 pagi (Sesi kelas Pagi)
- 11.45 pagi (Sesi kelas Petang).

5.3 WAKTU PERKHIDMATAN PAKEJ

Pakej yang ditawarkan: : 7.30 pagi – 11.30 pagi
1) Kelas Sesi Pagi : 11.45 pagi – 3.45 petang
2) Kelas Sesi Petang : 7.00 pagi – 2.30 petang
3) Separa pagi (kelas + kukuh kendiri) : 11.30 pagi – 6.00 petang
4) Separa petang (kelas + kukuh kendiri) : 7.00 pagi – 6.00 petang
5) Penuh (kelas + kukuh kendiri)

5.4 PAKAIAN

Pakej Kelas:
1. Anak PERLU berpakaian seragam tadika yang telah ditetapkan.
2. Anak PERLU memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh pihak IMAN.

13

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

3. Anak perempuan PERLU memakai tudung IMAN yang telah ditetapkan.
4. Anak PERLU memakai pakaian sukan tadika pada setiap hari Selasa

dan Khamis.
5. Anak PERLU memakai kasut sarung ke tadika .
6. Rambut anak lelaki mestilah pendek dan kemas.

5.5 PERALATAN & KELENGKAPAN

Pakej Kelas:

1. Anak PERLU menggunakan beg buku IMAN.
2. Ibu bapa/ penjaga PERLU menyediakan alat tulis seperti pensel, pensel

warna, pengasah pensel, pembaris dan pemadam untuk anak.
3. Ibu bapa/ penjaga PERLU memastikan buku catatan, buku bacaan (Ceria

Membaca, Bacalah Anakku, Ceria Jawi , Ladybird dan buku Al-Furqan
(asas bacaan Al-Quran) sentiasa berada di dalam beg anak.
4. Kelengkapan tambahan:
a. Sejadah kecil.
b. Pembersih tangan (hand sanitizer).
c. Topeng muka (Face mask)

Pakej Separa Pagi / petang dan Penuh:

1. Anak PERLU menggunakan beg pakaian IMAN (selain beg buku)
2. Anak PERLU memakai kasut sarung ke tadika.
3. Anak PERLU menggunakan cadar IMAN.
4. Ibu bapa/ penjaga PERLU menyediakan kelengkapan seperti yang

14

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

disenaraikan:
a. Salinan pakaian yang mencukupi (sekurang-kurangnya 2 pasang).
b. Ibu bapa/ penjaga PERLU membekalkan anak dengan pakaianyang

bersih, kemas, sopan dan selesa.
5. Ibu bapa/ penjaga PERLU menyediakan kelengkapan tambahan seperti di

bawah:
a. Tuala mandi.
b. Seluar/kain basahan mandi.
c. Gel mandian badan.
d. Syampu rambut.
e. Berus gigi dan ubat gigi.
f. Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor.

6. Semua barang/ peralatan peribadi anak perlu dilabelkan dengan nama
anak.

7. Segala barang/ peralatan peribadi yang tidak dituntut selepas 3 bulan
akan dilupuskan.

5.6 KESIHATAN, KESELAMATAN & KESELESAAN

1. Ibu bapa/ penjaga P E R L U m e n y e r a h k a n s a l i n a n s u r a t b e r a n a k
dan rekod imunisasi sebelum sesi persekolahan bermula
kepada pihak IMAN.

2. Ibu bapa/ penjaga PERLU memastikan anak yang dihantar dalam
keadaan sihat dan tidak bergejala.

3. Ibu bapa/ penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak tadika
sekiranya anak tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab lain.

4. Ibu bapa/ penjaga TIDAK dibenarkan menghantar anak yang terkena

15

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

penyakit berjangkit seperti Covid-19, batuk, selsema, campak, beguk,
sakit mata, cengkering, cirit-birit, HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease)
dan seumpamanya

5. Ibu bapa/ penjaga perlu merawat dengan segera anak yang dijangkiti kutu.

6. Permainan dan barang-barang peribadi yang tidak berkenaan dengan
pembelajaran dan penjagaan dilarang dibawa ke tadika (termasuk barangan
elektronik)

7. Anak dilarang sama sekali membawa peralatan berbahaya seperti pisau,
garpu, dan seumpamanya.

8. Anak dilarang memakai barangan kemas dan barang–barang berharga ke
tadika. Pihak IMAN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kehilangan dan kerosakan barangan tersebut (termasuk barangan elektronik)

9. Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam kalangan anak-anak di bawah
jagaan pihak tadika, ibu bapa/ penjaga perlu berurusan terus dengan pihak
pengurusan tadika.

10. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan perkara-perkara yang diluar
jangkaan , pihak tadika akan mengambil tindakan segera dan akan
menghubungi ibu bapa/ penjaga untuk tindakan selanjutnya.

11. Anak hanya akan dibenarkan pulang dengan ibubapa/penjaga masing-
masing atau kenderaan (van) yang telah ditetapkan .

12. Ibubapa/ penjaga PERLU memaklumkan kepada pihak tadika terlebih
dahulu sekiranya anak diambil oleh pihak lain.

13. Pihak tadika tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang
perkara yang tidak diingini ke atas anak tuan/ puan di luar sesi persekolahan.

16

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

5.7 MAKANAN

1. Semua jenis makanan dan minuman ringan tidak dibenarkan dibawa ke
tadika.

2. Ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan (mengisi borang) kepada pihak tadika
sekiranya anak mempunyai masalah alahan.

3. Ibu bapa/ penjaga perlu menyediakan bekalan makanan sendiri sekiranya
anak tuan/ puan mempunyai masalah alahan dan memerlukan makanan khas
selain yang disediakan oleh pihak Tadika.

5.8 CUTI

Pakej Kelas:

1. Cuti penggal adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Cuti umum adalah sama seperti cuti umum Persekutuan dan cuti umum
Negeri Johor.

3. Cuti tambahan atau cuti peristiwa akan diumumkan oleh pihak tadika melalui
surat pekeliling/ hebahan secara atas talian.

4. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membuat permohonan bertulis kepada
pihak tadika sekiranya anak-anak ingin bercuti panjang kerana ibu
bersalin, ibubapa/ penjaga pergi menunaikan haji, berkursus dan sebagainya

17

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

Pakej Separa pagi /petang / Penuh (kukuh kendiri):

Cuti adalah mengikut cuti-cuti umum yang telah ditetapkan oleh kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor. Sekiranya ada cuti-cuti tambahan lain
seperti cuti sempena hari raya atau lain-lain, pihak IMAN akan memberitahu
ibubapa/ penjaga melalui surat pekeliling/ hebahan secara atas talian.

18

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

6.0 PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK IMAN

6.1 WAKTU OPERASI

Ahad – Khamis : 7.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu : 7.00 pagi – 2.30 petang ( kecuali pakej kelas)
Jumaat : Tutup

6.2 WAKTU KETIBAAN

Pakej Kelas Pra-Tadika:

1. Waktu ketibaan sewal : 7.20 pagi.

2. Kelas bermula pada : 7.30 pagi.

3. Anak perlu hadir 10 minit sebelum kelas bermula.

6.3 WAKTU PERKHIDMATAN MENGIKUT PAKEJ

Pakej yang ditawarkan :

1. Kelas Pra Tadika : 7.30 pagi – 11.30 pagi

2. Separa pagi : 7.00 pagi – 2.30 petang

3. Separa petang : 11.30 pagi – 6.00 petang

4. Penuh : 7.00 pagi – 6.00 petang

5. Pakej Transit: Mengikut keperluan murid dan dalam waktu operasi.

19

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

6.4 PAKAIAN

Pakej Kelas Pra-Tadika:
1. Anak perlu berpakaian seragam seperti yang telah ditetapkan oleh pihak

IMAN.
2. Anak PERLU memakai kasut sarung ke pusat jagaan .

Pakej Transit:
1. Anak berpakaian bebas dengan mengambil kira perkara berikut:

* Bersesuaian/ sopan
* Kemas
* Selesa
* Bersih.

6.5 PERALATAN & KELENGKAPAN

Pakej Kelas Pra Tadika:
1. Anak PERLU menggunakan beg buku IMAN.
2 Ibubapa/ penjaga PERLU memastikan buku catatan, buku bacaan Ceria

Membaca, buku Bacalah Anakku, buku Ladybird dan buku Asas bacaan Al-
Quran (Al-Barqi) sentiasa berada dalam beg anak.
3 Ibu bapa/ penjaga PERLU menyediakan kelengkapan lain seperti:

i. Sejadah kecil.
ii. Pembersih tangan (hand sanitizer).
iii. Topeng muka (face mask)

20

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

Pakej Separa dan Penuh:

1. Anak PERLU menggunakan beg pakaian IMAN (selain beg buku)
2. Anak PERLU memakai kasut sarung ke pusat jagaan.
3. Anak PERLU menggunakan cadar IMAN.
4. Ibu bapa/ penjaga perlu menyediakan pakaian :

a. Salinan pakaian yang mencukupi (sekurang-kurangnya 2
pasang).

b. Pakaian perlu bersih, kemas, sopan dan selesa.
5. Ibu bapa/ penjaga PERLU menyediakan kelengkapan tambahan

seperti berikut :
a. Tuala mandi.
b. Seluar/ kain basahan mandi.
c. Gel mandian badan.
d. Syampu rambut.
e. Berus gigi dan ubat gigi.
f. Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor.

21

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

Pakej Transit:

1. Ibu bapa/ penjaga PERLU menyediakan kelengkapan mandi seperti berikut:
a. Tuala mandi.
b. Seluar/ kain basahan mandi.
c. Gel mandian badan.
d. Syampu rambut.
e. Berus gigi dan ubat gigi.
f. Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor.

2. Ibu bapa/ penjaga PERLU menyediakan kelengkapan lain seperti:
a. Sejadah kecil.
b. Pembersih tangan (hand sanitizer).
c. Topeng muka (face mask)

3. Semua barang/ peralatan peribadi anak perlu dilabelkan dengan nama
anak (termasuk pakaian).

4. Segala barang/ peralatan peribadi yang tidak dituntut selepas 3 bulan
akan dilupuskan.

6.6 KESIHATAN, KESELAMATAN & KESELESAAN

1. Ibu bapa/ penjaga P E R L U m e n y e r a h k a n s a l i n a n s u r a t b e r a n a k
dan rekod imunisasi sebelum sesi persekolahan bermula
kepada pihak IMAN.

2. Ibu bapa/ penjaga PERLU memastikan anak yang dihantar dalam keadaan
sihat dan tidak bergejala.

3. Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan menghantar anak yang terkena
penyakit berjangkit seperti Covid-19, batuk selsema, campak, beguk, sakit

22

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

mata, cengkering, cirit – birit, HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) dan
seumpamanya .

4. Ibu bapa/ penjaga PERLU merawat dengan segera anak yang dijangkiti
kutu.

5. Ibu bapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak Pusat Jagaan
sekiranya anak tidak dapat hadir kerana sakit, tiada sesi persekolahan (bagi
anak transit) atau sebab-sebab lain.

6. Makanan ringan, permainan dan barang-barang peribadi yang tidak
berkenaan dengan pembelajaran dan penjagaan dilarang dibawa ke pusat
jagaan.

7. Ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan kepada pihak pusat jagaan,
sekiranya ada anak transit yang membawa barangan elektronik untuk
bahan bantu pembelajaran di sekolah.

8. Anak dilarang sama sekali membawa peralatan tajam dan berbahaya seperti
gunting, pisau, garpu dan seumpamanya.

9. Anak dilarang memakai barangan kemas dan barang-barang peribadi yang
berharga.

10. Pihak IMAN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan dan
kerosakan pada barangan /alatan peribadi anak.

11. Keselamatan bagi anak transit sekolah di luar kawasan pusat jagaan(seperti
keselamatan di dalam kenderaan, perjalanan pergi dan balik sekolah) adalah
di bawah tanggungjawab sepenuhnya oleh ibu bapa/penjaga.

12. Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam kalangan anak-anak di bawah
jagaan pihak pusat jagaan, ibu bapa/ penjaga perlu berurusan terus dengan
pihak pengurusan pusat jagaan.

13. Sekiranya berlaku kecemasan dan perkara-perkara yang di luar jangkaan
terhadap anak , pihak pusat jagaan akan mengambil tindakan segera dan
akan menghubungi ibu bapa/ penjaga untuk tindakan selanjutnya.

14. Anak hanya akan dibenarkan pulang dengan ibu bapa/ penjaga masing-
masing atau menggunakan pengangkutan yang telah ditetapkan.

23

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

15. Ibu bapa/ penjaga PERLU memaklumkan kepada pihak pusat jagaan
terlebih dahulu sekiranya anak diambil oleh pihak lain.

6.7 MAKANAN

1. Ibu bapa/ penjaga perlu menyediakan susu formula (bagi anak yang minum
susu) secukupnya untuk keperluan harian /seminggu.

2. Segala jenis makanan dan minuman ringan tidak dibenarkan dibawa ke
pusat jagaan.

3. Ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan secara bertulis (mengisi borang)
kepada pihak pusat jagaan sekiranya anak mempunyai masalah alahan.

4. Ibu bapa/ penjaga perlu menyediakan bekalan makanan sendiri sekiranya
anak tuan/puan mempunyai masalah alahan dan memerlukan makanan
khas selain yang disediakan oleh pihak pusat jagaan.

6.8 CUTI

Pakej Kelas Pra Tadika:

1. Cuti penggal adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Cuti umum adalah sama seperti cuti umum Kerajaan Persekutuan dan cuti
umum Kerajaan Negeri Johor.

3. Cuti tambahan atau cuti peristiwa akan diumumkan oleh pihak pusat jagaan
melalui surat pekeliling/ hebahan secara atas talian.

4. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membuat permohonan bertulis kepada
pihak Pusat Jagaan sekiranya anak-anak ingin bercuti panjang kerana ibu
bersalin, ibu bapa/ penjaga pergi menunaikan haji, berkursus dan
sebagainya.

24

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

Pakej Separa /penuh /Transit :

1. Cuti adalah mengikut cuti-cuti umum yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor.

2. Sekiranya ada cuti-cuti tambahan lain seperti cuti sempena hari raya atau
lain-lain, pihak IMAN akan memberitahu ibu bapa/ penjaga melalui surat
pekeliling/ hebahan secara atas talian.

25

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

7.0 PERATURAN UMUM BAGI TASKA, TADIKA & PUSAT JAGAAN
KANAK-KANAK IMAN

7.1 SAMBUTAN KERAIAN

1. Ibu bapa/ penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak Taska/ Tadika/
Pusat Jagaan Kanak-kanak sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh
hari sambutan (contoh sambutan hari lahir)

2. Ibu bapa/ penjaga dikehendaki menyumbang makanan dan minuman
yang berkhasiat sahaja.

3. Segala jenis makanan dan minuman ringan tidak dibenarkan dibawa ke
taska/ tadika/ pusat jagaan.

7.2 PENGANGKUTAN

1. Anak hanya akan dibenarkan pulang dengan ibu bapa/ penjaga atau
kenderaan yang telah ditetapkan.

2. Ibu bapa/ penjaga perlu berurusan sendiri dengan pihak pengangkutan
yang terlibat.

3. Ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan kepada pihak taska/ tadika/ pusat
jagaan kanak-kanak sekiranya berlaku apa-apa masalah berhubung hal-
hal yang berkaitan pengangkutan anak seperti pengangkutan rosak dan
hal-hal yang di luar kawalan.

4. Ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan kepada pihak taska/ tadika/ pusat
jagaan jika terdapat sebarang perubahan pengangkutan anak (waktu
ketibaan/ pulang).

5. Segala hal ehwal pembayaran perlu diurus sendiri dengan pihak
pengangkutan yang terlibat.

26

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

7.3 PROGRAM IMAN

1. Ibu bapa/ penjaga diwajibkan menghadiri program- program yang
dianjurkan oleh pihak IMAN seperti Hari Taklimat, Hari Ramah Mesra
dan lain-lain.Ini adalah untuk memastikan kesinambungan pengajaran dan
pembelajaran anak berlaku di antara pihak IMAN dan di rumah.

2. Pihak IMAN juga menganjurkan pelbagai program seperti seminar
keibubapaan dan kemahiran tambahan berkaitan pendidikan diri dan anak-
anak. Diharapkan ibu bapa dapat mengambil peluang untuk
menghadirkan diri.

3. Anak adalah wajib menyertai program-program tahunan yang dirancang
oleh pihak IMAN seperti lawatan, hari sukan dan ihtifal.

7.4 PERUBAHAN ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON

Ibu bapa/ penjaga PERLU memaklumkan kepada pihak taska/ tadika/ pusat
jagaan IMAN dengan kadar segera ,sekiranya berlaku sebarang pertukaran alamat
atau nombor telefon untuk perhubungan.

7.5 PENGGUNAAN GAMBAR DI MEDIA SOSIAL

Pihak Taska/ Tadika/ Pusat Jagaan IMAN dibenarkan untuk menggunakan
gambar anak-anak secara tidak langsung bagi tujuan perkongsian informasi serta
pemasaran Rangkaian Tadika, Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak IMAN di
media sosial.

27

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

7.6 CADANGAN DAN ADUAN

Pihak Taska/ Tadika/ Pusat Jagaan Kanak-kanak IMAN sangat komited
dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan berhasrat untuk memberikan yang
terbaik demi kecemerlangan anak tuan/puan. Pihak IMAN sangat mengalu-alukan
sebarang cadangan/ pandangan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan
IMAN. Sebarang cadangan/ pandangan boleh disalurkan kepada pihak
pengurusan IMAN.

7.7 SALURAN RASMI KOMUNIKASI

Bagi memastikan segala informasi dan maklumat dapat diterima dan
disampaikan kepada ibu bapa/ penjaga ,Pihak IMAN menggunakan beberapa
medium rasmi penyampaiannya seperti berikut:

a. Broadcast melalui Guru Besar dan Penyelia

b. Channel telekomunikasi rasmi IMAN ( Telegram, Facebook, Instagram dan
Website)

c. Surat Rasmi

28

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

8.0 YURAN

8.1 Pendaftaran:
8.1.1 Anak baru – Ibu bapa/ penjaga perlu mendaftar secara on-line di link
http://my03.awfatech.com.my/elc/
8.1.2 Anak sedia ada yang mahu menyambung sesi persekolahan pada tahun
hadapan, TIDAK perlu mendaftar secara on-line lagi. Sila kemaskini
maklumat jika terdapat sebarang perubahan di link tersebut.
8.1.3 Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 untuk:
i. Yuran pendaftaran kemasukan setiap sesi baru.
ii. Yuran pendaftaran semula.
8.1.4 Bayaran yuran pendaftaran perlu dibuat melalui “on-line transfer” ATAU
FPX
8.1.5 Slip bank perlu diserahkan kepada Guru Besar/ Penyelia sebagai bukti
pendaftaran.
8.1.6 Sekiranya terbukti terdapat pemalsuan kepada sebarang slip pembayaran,
maka pihak IMAN ELC akan mengambil tindakan undang-undang kepada
ibubapa/ penjaga tersebut.
8.1.7 Yuran Pendaftaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya Ibubapa/
Penjaga menarik diri atau memberhentikan anak di Tadika / Taska / Pusat
Jagaan Kanak-kanak IMAN.

8.2 Yuran persekolahan di IMAN ELC ditetapkan secara BULANAN mengikut pakej
masing-masing tanpa mengambil kira bilangan hari yang hadir.

8.3 Yuran tahunan, yuran PdP, yuran kelengkapan dan yuran bulan Mac 2022 & bulan
Februari 2023, PERLU dijelaskan sebelum sesi persekolahan tahun baru
bermula.

29

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

8.4 Kaedah bayaran yuran tahunan, yuran PdP, yuran kelengkapan, yuran bulanan dan
bayaran lebih masa (OT) adalah secara “on-line payment gateway” (FPX) di link
http://my03.awfatech.com.my/elc dibahagian “Fee Payment”.

8.5 Nombor akaun rasmi untuk semua jenis bayaran yuran termasuk yuran
pendaftaran, yuran tahunan, yuran PdP, yuran kelengkapan, yuran bulanan dan
khidmat hari adalah seperti berikut :

Nama : IMAN ELC SDN BHD

Bank : MAYBANK

No. Akaun : 5513 0650 0398

8.6 Bayaran yuran bulanan semasa hendaklah dijelaskan sebelum 10 hari bulan
pada setiap bulan.

8.7 Penyata yuran akan dihantar sekiranya bayaran tidak diterima selepas 11 hari bulan
pada bulan tersebut.

8.8 IMAN ELC akan mengeluarkan surat peringatan kepada Ibubapa/ Penjaga yang
mempunyai tunggakan yuran. Ibubapa/ Penjaga hendaklah menjelaskan
tunggakan yuran dengan kadar segera.

8.9 Sekiranya ibu bapa/ penjaga gagal menjelaskan bayaran tunggakan dalam tempoh
yang ditetapkan, anak akan DIBERHENTIKAN dari mengikuti pembelajaran dan
penjagaan di Taska/Tadika / Pusat Jagaan Kanak-kanak IMAN.

8.10 Yuran khidmat hari hendaklah dijelaskan selepas tempoh jagaan tamat.

8.11 Bayaran Lebih Masa (OT) akan dikenakan kepada anak dalam situasi berikut:

i. Sekiranya lewat 15 minit selepas pakej kelas (kadar bayaran adalah merujuk
kepada senarai yuran terkini)

ii. Sekiranya lewat 5 minit selepas pakej jagaan (kadar bayaran adalah
merujuk kepada senarai yuran terkini)

30

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

8.12 Pembayaran secara tunai, perbankkan internet dan “cash deposit machine” @
CDM TIDAK dibenarkan.

8.13 Anak yang memohon bercuti panjang selama 60 hari dan ke atas (termasuk Jumaat,
Sabtu dan cuti-cuti umum), bayaran penuh akan dikenakan pada bulan pertama
dan diberi diskaun sebanyak 40% pada bulan ke dua dan seterusnya. Permohonan
untuk bercuti panjang hendaklah dimaklumkan kepada Guru Besar/ Penyelia
secara bertulis.

Tempoh Jenis Tindakan
Cuti Yuran

1 bulan Yuran bulanan 1. Ibu bapa/ Penjaga
WAJIB
menghantar surat
permohonan cuti
kepada Guru
Besar/ Penyelia

2. Bayaran yuran
adalah penuh

2 bulan ke Yuran bulanan 1. Ibu bapa/ Penjaga
atas WAJIB menghantar
surat permohonan
cuti kepada Guru
Besar/ Penyelia.

2. Bayaran yuran
adalah penuh untuk
bulan pertama dan
DISKAUN diberi
sebanyak 40% pada
bulan ke dua dan

31

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

bulan-bulan
seterusnya.

3. TIADA
pemulangan yuran.

8.14 Pengagihan peralatan seperti buku, uniform, beg dan lain-lain kelengkapan hanya
akan diberi kepada anak setelah ibu bapa/ Penjaga menjelaskan semua bayaran.

NOTA PENTING :

Sekiranya berlaku apa-apa di luar kawalan seperti bencana
alam atau penyakit berjangkit yang mengganggu
pengoperasian premis, yuran bulanan adalah seperti
biasa.

32

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

SUMBER RUJUKAN

• AL-QURAN
• GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH
• GARIS PANDUAN PEMBUKAAN PRA SEKOLAH
• KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH

KEBANGSAAN(KSPK)
• STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)
• AKTA MAKANAN 1983, PERATURAN KESIHATAN

MAKANAN 2009
• PEKELILING TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

MALAYSIA

33

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

34

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

UNIFORM TASKA IMAN

Uniform Anak Perempuan

Uniform Anak Lelaki

35

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

UNIFORM TADIKA IMAN

Uniform Tadika

Baju Sukan Tadika

36

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

BEG PAKAIAN IMAN

BEG BUKU IMAN

37

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

TUDUNG IMAN

Tudung
Anak Tudung

38

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

PERAKUAN IBU/BAPA/PENJAGA

Saya __________________________________________________ Kad
Pengenalan _____________________________ Ibu/Bapa/Penjaga
kepada ________________________________________________________dari
* Taska / Tadika / Pusat Jagaan Kanak-kanak IMAN cawangan
____________________________________ telah, membaca, memahami dan
bertanggungjawab terhadap segala maklumat yang dinyatakan melalui ebook
‘BUKU PERATURAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN KANAK-
KANAK IMAN 2022’.

Dengan adanya peraturan-peraturan tersebut saya faham dan setuju bahawa ia
adalah untuk membantu kelancaran pengurusan dan kecemerlangan anak-anak.

Saya percaya pihak IMAN ELC sedaya upaya telah berusaha untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan anak-anak terjaga sepanjang tempuh berada di Taska
/Tadika/Pusat Jagaan Kanak-kanak IMAN.

Oleh itu saya dengan sedarnya menyerahkan anak saya untuk dijaga dan dididik di
Taska /Tadika / Pusat Jagaan Kanak-Kanak IMAN.

Saya bersedia berbincang secara baik terlebih dahulu , sekiranya ada sebarang
kemusykilan atau berlaku musibah yang tidak diingini /di luar jangkaan ke atas
anak saya sepanjang berada di Taska/Tadika/Pusat Jagaan Kanak-kanak IMAN.

Yang benar,
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga

(Nama: )
No IC :
Tarikh: 39

BUKU PERATURAN 2022 March 22, 2022

40


Click to View FlipBook Version