MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
Sekapur Sirih
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi
kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 bagi tahun 2022. Saya juga ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua
AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak
sekolah dalam semua aktiviti dan program yang telah disusun.
Saya mewakili semua AJK PIBG sesi 2020/2022 akan terus menyokong
segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu
kecemerlangan pelajar khususnya dalam aspek kemenjadian murid. Saya
juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama
menyumbang idea, tenaga, masa dan kewangan sekali pun bagi
memantapkan lagi aktiviti dan program pihak sekolah serta PIBG yang
dijalankan di sekolah ini.
Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua AJK yang bekerja keras untuk memacu SAMAWAT
agar terus gemilang dalam semua aspek.
Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama
berada dalam majlis kita hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf
sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya
dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.
Sekian, terima kasih.
………………………
Murad bin Hussain
YDP PIBG SAMAWAT (2020-2022)
2
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
Sekapur Sirih
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t
Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan
syukur kita kehadrat Allah SWT di atas limpah kurnia-Nya. Dengan
perancangan dan usaha yang jitu maka mesyuarat Agung Tahunan PIBG
kali ke-15 bagi tahun 2022 dapat diterjemahkan pada hari ini. Alhamdulillah..
Di kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea
yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari masa ke
semasa supaya SMA Shamsul Maarif Al Wataniah (SAMAWAT) menjadi
sebuah sekolah yang gemilang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan
sahsiah bertepatan dengan slogan sekolah “SAMAWAT : Rajin, Sopan dan
Cergas”.
Usaha ini selaras dengan misi dan visi Pengarah Pendidikan Negeri
Perak iaitu Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera serta
melestarikan sistem pendidikkan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara.
Akhir kata, saya sekali lagi mewakili warga sekolah merakamkan
ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak sama ada guru, ibu bapa,
komuniti serta murid yang telah memberi kerjasama secara langsung atau
tidak langsung dalam memastikan segala program yang dirancang telah
dilaksanakan dengan jayanya. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara
berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan
yang cemerlang demi agama, bangsa dan Negara.
……………………………..
Tn. Haji Mohd Suhaimi bin Ismail
Pengetua (Penasihat)
SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah
3
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
Rujukan Kami : AFT 3003/PIBG PK 011(SABK)/( )
Tarikh : 13 Mei 2022
: 12 Syawal 1443 H
Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid
Semua Guru
Tuan/puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMA
SHAMSUL MAARIF AL-WATANIAH KALI KE-15 TAHUN 2022
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan
seperti berikut :
Tarikh : 3 Jun 2022 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Utama Sekolah
3. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung pada tahun ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………………..
(MURAD BIN HUSSAIN)
Yang Dipertua PIBG
SMA Shamsul Maarif Al Wataniah
4
TENTATIF DAN ATURCARA MAT PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
MASA ATURCARA MAJLIS
2.30pm : Pendaftaran
3.00pm : Ketibaan Para Tetamu
: Alunan Asma ul Husna, Nyanyian Lagu Negeraku & Lagu Negeri Perak
5.30pm : Ucapan Aluan Oleh Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan YDP PIBG (Pengerusi PIBG)
: Ucapan Pengetua (Penasihat PIBG)
: Ucapan Perasmian oleh Puan Sabilah binti Yacob
( Pengurus Bank Islam, Cawangan Parit Buntar)
: Cabutan Bertuah sesi pertama
: Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-15 tahun 2022
: Ucapan Penangguhan
: Cabutan Bertuah sesi kedua
: Bersurai
BIL AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 orang pencatat minit
3. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung kali ke-14 tahun 2021
4. Membentangkan dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31/12/2021
5. Membentangkan dan membahaskan cadangan/ usul
6. Pembubaran AJK sesi 2020-2022
7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu sesi 2022– 2024
YDP PIBG
Timbalan YDP PIBG
Setiasausaha
Bendahari
5 orang AJK Ibu Bapa
3 orang AJK Guru dan 2 orang Juru Audit (Guru & Ibu Bapa)
8. Ucapan Penangguhan
5
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15, 2022
SMA SHAMSUL MAARIF AL-WATANIAH
PENYAMBUT TETAMU
En. Mohd Suhaimi bin Ismail (Pengetua/ Penasihat, SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah)
En. Murad bin Husain (YDP PIBG, SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah)
En. Azmi bin Othman (PK Pentadbiran, SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah)
Pn. Hjh. Rohizah binti Hj. Bawi (PK HEM, SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah)
Tn. Hj. Abdul Malik bin Hashim (PK KO, SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah)
En. Roslan bin Ramli (PK STAM, SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah)
JAMUAN IBU BAPA,VIP PERSIAPAN TEMPAT
Pn. Saudah binti Mastor En. Muhd Zahran bin Saad
Pn. Shahidawati bt Osman Pekerja Pembersihan
BACKDROP, PENTAS DAN HIASAN BUKU PROGRAM
Pn. Cik Nazatul Shida binti Mohd Cik Noraida bt Abdul Karim
Nazirrudin
Pn. Alwiah binti Mat Rashid
En. Ahmad Murshidi bin Ramli
CENDERAHATI PERASMI & CABUTAN PENDAFTARAN
BERTUAH Pn. Fadziah bt Mat Zaini
Pn.Norzakiah Hayati binti Md Idris
Cik Nurtaqiah bt Ahmad Sabri
JURU GAMBAR PENCATAT MINIT
En. Johari bin Ishak Pn. Siti Khatijah bt Naraman
En. Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali
BACAAN DOA PENGACARA MAJLIS
En. Roslan bin Ramli Pn. Nur Habibah bt Yusuf
DOKUMENTASI / LAPORAN TEKNIKAL (P.A SISTEM)
En. Muhd Faisal bin Hassan Pn. Nor Bainah bt Zaini
DISIPLIN MURID PARKING
En. Muhammad Muhaimin bin Mustapai Pengawal Keselamatan
6
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-14
TAHUN 2021
7
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE-14 TAHUN 2021
SMA SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH TANJUNG PIANDANG PERAK
Tarikh : 16/10/2021
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Di kediaman masing-masing (Google Meet)
SENARAI KEHADIRAN:
A. AJK PIBG / GURU YDP PIBG
1. En. Murad bin Hussain Penasihat (Pengetua)
2. En. Fadzlan Shahidi bin Ghazali Timbalan YDP
3. En. Ishak bin Yeop Penolong Kanan HEM
4. Pn. Hajah Rohizah bt Hj. Bawi Penolong Kanan Pentadbiran
5. En.Azmi bin Othman Penolong Kanan Kokurikulum
6. En. Abdul Malik bin Hashim Penolong Kanan STAM
7. En. Roslan bin Ramli Guru/ Bendahari
8. Pn. Saudah bt. Mastor Guru / Setiausaha
9. Muhd Faisal bin Hassan Guru / Penolong Setiausaha
10. Cik Nurtaqiah binti Ahmad Sabri Guru/ Setiausaha Sarana
11. En. Ahmad Murshidi bin Ramli Guru/ Penolong Setiausaha Sarana
12. En. Muhammad Muhaimin bin Mustapai AJK Ibu Bapa
13. En. Hasmadi bin Yusuf AJK Ibu Bapa
14. Pn. Norhasimah binti Yusuf AJK Ibu Bapa
15. Pn. Fatimah binti Gulamhan Guru
16. En. Mohd Suhaimi bin Mohamad Guru
17. Pn. Norzakiah Hayati bt Mohd Idris AJK
18. Pn. Alwiah bt. Mat Rasid Guru
19. Cik Noraida bt Abd Karim Guru
20. Pn. Fadziah bt. Mat Zaini Guru
21. En. Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali Guru
22. Pn. Shahidawati bt. Osman Guru
23. Cik Nazatul Shida bt Mohd Nizzaruddin Guru
24. Pn. Alwiah bt. Mat Rasid Guru
25. Pn. Siti Khadijah bt Naraman Guru
26. En. Johari bin Ishak
8
27. Pn. Norbainah bt Zaini Guru
28. En. Mohd Zahran bin Saad Guru
29. Pn. Nur Habibah binti Yusof Guru
B. IBU/BAPA/WARIS
Kehadiran mencapai 80 peratus (Rujuk Google Form)
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab Al-Fatihah. Pengerusi
mengalu-alukan kehadiran semua AJK PIBG, ibu bapa dan guru.
2.0 UCAPAN PENGETUA
2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang bertindak sebagai
perantara antara ibu bapa dan guru-guru.
2.2 Pengetua memaklumkan Perak akan masuk ke fasa tiga pada 18/10/2021. Justeru
murid tingkatan lima sesi 2021 akan hadir ke sekolah untuk PDP secara bersemuka,
manakala tingkatan satu hingga tingkatan empat akan meneruskan sesi PDPR.
2.3 Jika ibu bapa dan anak-anak mengalami kepayahan untuk belajar, begitu juga
dengan guru-guru untuk menjemput anak-anak masuk PDPR.
2.4 Pengetua memaklumkan SAMAWAT dalam proses TS25 untuk mencapai sekolah
cemerlang pada tahun 2025. Semua pihak berperanan untuk mencapai TS25.
3.0 UCAPAN YDP PIBG
3.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang menjadi guru „sementara‟
kepada anak-anak. Ibu bapa pembakar semangat guru-guru untuk melonjak
pencapaian SAMAWAT sebaris dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah Kerian.
3.2 Dalam musim pandemik Covid-19, kebajikan murid-murid diutamakan. Bantuan
diberikan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.
3.3 Barisan AJK PIBG untuk tahun 2021 dikekalkan. Pemilihan AJK baharu ditangguhkan
pada tahun hadapan.
3.4 Naib timbalan pengerusi iaitu En. Shariman telah menarik diri dengan alasan yang
munasabah dan tempatnya digantikan oleh En. Ishak bin Yoep.
9
3.5 Pengerusi menyeru ibu bapa memberi sokongan kepada pihak sekolah untuk
kecemerlangan anak-anak terutama dari segi sumbangan kewangan untuk menambah
dana PIBG.
4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-13 TAHUN 2020.
4.1 Setiausaha PIBG iaitu En. Muhd Faisal bin Hassan membentangkan minit mesyuarat
kali ke-13 bagi tahun 2020 yang bertarikh 28/2/2020 ( Jumaat ) pada jam 2.30 petang
bertempat di Dewan Perdana SAMAWAT bermula dari halaman 1 hingga 7.
4.2 Pengesahan minit adalah seperti berikut:
Pencadang : Pn. Fatimah binti Gulamhan
Disokong : Pn. Norhashimah binti Yusuf
5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31
DISEMBER 2020.
5.1 Bendahari PIBG, Puan Saodah binti Mastor membentangkan penyata kewangan yang
berakhir 2020/2021.
Pencadang : En. Ishak bin Yoep
Disokong : En. Noordin bin Abdul Rahman
6.0 MEMBENTANG, MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL/CADANGAN
6.1. Cadangan oleh En. Rosmaini b. Shamsuddin agar pihak sekolah membuat kelas
tambahan kepada pelajar SPM. Perkara ini dijawab oleh PK Pentadbiran. Sudah dalam
perancangan pihak sekolah untuk membuat kelas tambahan seperti tahun lepas dengan
mengikut SOP iaitu murid akan terus berada di sekolah selepas habis sesi persekolahan
untuk mengikuti kelas tambahan pada sebelah petang. Selepas habis kelas tambahan,
murid akan pulang ke asrama dan rumah masing-masing. Pihak sekolah turut memohon
kebenaran dari PPD untuk menempatkan pelajar berulang di asrama seramai 7 orang
supaya kelas tambahan berjalan lancar.
6.2. Cadangan oleh En. Salman b. Ismail agar ibu bapa memerhati anak-anak semasa
kelas online.
6.3. Cadangan oleh En.Mohd Zainie b. Mad Said agar mula gerak gempur.
10
( rujuk jawapanA )
6.4. Cadangan oleh En. Isahak b. Shariff supaya pihak sekolah meningkatkan sistem
bekalan air di asrama perempuan. Perkara ini dijawab oleh Pn. Hajah Rohizah. Beliau
memaklumkan kawasan asrama memang berada dalam kawasan tekanan air rendah.
Pihak sekolah bercadang untuk menambah lagi tangki air. Mesin penyedut air memang
telah ada tetapi selalu rosak dan perlu kos penyelenggaraan yang tinggi.
6.5. Cadangan oleh En. Rusly b. Ishak supaya pihak sekolah menyediakan garaj motosikal
untuk pelajar. Perkara ini dijawab oleh pengetua. Beliau memaklumkan pihak sekolah
ada perancangan untuk membina garaj motosikal dekat dengan pondok jaga tetapi
belum ada peruntukan.
6.6. Cadangan oleh En. Mohd. Saiful Nizam b. Mat Said. Beliau mencadangkan pihak
sekolah agar membuat „group whatsapp‟ dengan guru kelas untuk pelajar asrama.
Perkara ini dijawab oleh pengetua. Beliau memaklumkan „ group whatsapp‟ boleh
diwujudkan tetapi hanya „admin‟ sahaja yang boleh memberi info-info terkini kepada
waris. Jika ada hal-hal kecemasan, pihak waris boleh berhubung terus dengan warden
asrama.
6.7. Cadangan oleh Pn. Maslita bt. Abdul Mutalib agar pihak sekolah menyediakan jalan
yang dekat pelajar asrama pergi sekolah. Perkara ini dijawab oleh pengetua. Sebenarnya,
permohonan untuk membuat jalan pintas merentasi terusan telah dibuat sejak pengetua
Ustaz Muhamad bertugas. Bagaimanapun jalan tersebut tidak dapat dibuat kerana
melibatkan pelbagai autoriti. Pihak sekolah turut memanjangkan perkara ini kepada YB.
Yunus dan Pejabat JPS.
6.8. Cadangan En. Nor Azhar b. Md Ali meminta penginapan asrama dalam kawasan
sekolah demi memastikan keselamatan anak-anak. Perkara ini dijawab oleh pengetua.
Beliau memaklumkan cadangan untuk membina asrama dalam kawasan sekolah telah
ada dalam perancangan iaitu aspuri berdekatan kantin, aspura berdekatan surau.
Bagaimanapun pihak sekolah perlu mendahulukan bangunan baharu untuk
menempatkan kelas-kelas kerana pada tahun hadapan tingkatan empat akan menjadi
dua kelas.
6.9. Cadangan Pn. Noorlizawati bt. Hasan. Beliau mencadangkan pihak sekolah
mengadakan tuisyen. (rujuk jawapan A)
6.10. Cadangan Pn. Salamiah bt. Hj. Omar agar pihak sekolah menyediakan Drinking
Water Vending Machine. Perkara ini dijawab oleh Pn. Hjh. Rohizah. Beliau memberitahu
mesin „Drinking Water‟ telah disediakan di asrama.
11
6.11. Cadangan En. Mohd Zaidi b. Latib supaya ampaian di asrama lelaki ditambah. Pn
Hjh Rohizah memaklumkan ampaian untuk aspura telah ditambah dalam surau Dewan
Hj. Noh. Pihak asrama juga menyediakan jadual membasuh pakaian mengikut
tingkatan supaya tidak berlaku lambakan baju di ampaian. Murid juga digalakkan
menggunakan penyangkut supaya dapat menjimatkan ruang dan nampak kemas.
6.12. Cadangan En. Baharuddin b. Mohamed Yusof supaya disediakan telefon awam di
asrama. Perkara ini dijawab oleh PKHEM yang memaklumkan telefon awam telah
disediakan tiga tempat di kawasan asrama iaitu berdekatan pejabat penyelia asrama,
berdekatan dewan makan dan di asrama perempuan.
6.13. Cadangan Pn. Siti Fairoz bt. Daud agar semasa PDPR, guru dapat memberi ulasan
pencapaian murid secara bulanan atau suku bulan agar penambahbaikan dapat
dilakukan. Perkara ini dijawab oleh PK Pentadbiran. Ustaz Azmi memberitahu ujian
akan dibuat semasa sesi bersemuka nanti. Semasa PDPR rekod pelibatan murid hanya
dapat direkod jika murid menyertai kelas. Jika murid tidak menghantar tugasan, guru
tidak dapat membuat penilaian. YDP turut memberi cadangan supaya waris
menghubungi terus guru mata pelajaran untuk mengetahui pencapaian anak-anak.
6.14. Cadangan En. Hairolnizam b. Wahab. Beliau ingin mengetahui perancangan pihak
sekolah untuk meningkatkan kembali tahap pembelajaran yang terjejas sepanjang
pandemik. Perkara ini dijawab oleh ustaz Azmi. Beliau memaklumkan pihak guru telah
menghabiskan silibus masing-masing, cuma di pihak murid sahaja yang kurang pelibatan
dalam pdpr. Guru turut pergi ke rumah pelajar yang tidak tercicir pdpr untuk bertanya
khabar. Guru juga mengambil inisiatif mencari youtube guru-guru lain mengajar dan
diberi „link‟ kepada murid semasa pdpr.
6.15. Cadangan Pn. Normah bt. Che Md Ibrahim agar pihak sekolah menyediakan tabung
surau sekolah. Ustaz Azmi memaklumkan bahawa tabung surau telah lama ada di
pejabat. Pembinaan surau sudah 70% siap. 100 ribu sudah dibayar kepada kontraktor.
Pihak sekolah turut memohon RM 20 000 dari Pembangunan Luar Bandar untuk
menyiapkan surau.
12
7.0 MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PERMOHONAN BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2021.
7.1 YDP membentangkan permohonan bayaran tambahan bagi tahun 2021 adalah
seperti pecahan berikut:
Derma/sumbangan = RM 50.00
Amal Islami = RM 5.00
JUMLAH = RM 55.00
7.2 En. Fadli dan Pn. Rohaya Abdullah mencadangkan Amal Islami dikekalkan seperti
tahun lepas sebanyak RM10.00 supaya jumlah keseluruhan menjadi RM 60.00. Undian
secara poll dibuat. Majoriti menyokong bayaran Amal Islami sebanyak RM 10.00.
Bayaran tambahan bagi tahun 2021 yang dipersetujui ialah:
Derma/sumbangan = RM 50.00
Amal Islami = RM 10.00
JUMLAH = RM 60.00
8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan pihak urus setia yang
bertungkus lumus selama dua minggu untuk menjayakan mesyuarat secara maya ini.
8.2 Pengetua turut mengucapkan terima kasih kepada YDP dan AJK yang lain kerana
terus menyumbangkan bakti dengan penuh tanggung jawab.
8.3 YDP turut mengucapkan terima kasih kepada waris-waris yang sabar menanti hingga
ke penghujung mesyuarat.
8.4 Pn. Hjh. Rohizah mengucapkan terima kasih kepada waris-waris kerana menjayakan
program vaksinasi kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 5.
8.5 Beliau juga memaklumkan pendaftaran kemasukan ke tingkatan 1 sesi 2022 telah
dibuka. Jika ada waris yang ingin memasukkan anak ke SAMAWAT boleh mengambil
borang pendaftaran di pejabat sekolah.
8.6 Pengerusi turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan
mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini.
13
9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr pada jam
12.15 tengah hari.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………………………………………. ……………………………..
(MUHD FAISAL BIN HASSAN ) (MURAD BIN HUSSAIN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
14
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
LAPORAN KEWANGAN
(JAN 2021-DIS 2021)
15
PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TEMPOH
1JANUARI 2021 SEHINGGA 31DISEMBER 2021
PENDAPATAN (RM) PERBELANJAAN(RM)
Baki Wang PIBG Di Bank Islam Pada: PROGRAM:
1 JANUARI 2021 11460.88 420.00
(rujuk Lampiran A)
Kutipan Sumbangan Pibg
1) SUMBANGAN AHLI 6880.00 KURIKULUM:
2) KECEMERLANGAN 870.00 610.00
AKADEMIK 1450.00 (rujuk Lampiran A)
3) AMAL ISLAM
Sumbangan Luar HAL- HAL LAIN:
3514.00
PERUNTUKAN BANTUAN
MAKANAN DARIPADA (rujuk Lampiran A)
PERBADANAN KEMAJUAN
NEGERI PERAK JUMLAH PERBELANJAAN
4544.00
975.00
Baki wang di Bank Islam pada 31
JUMLAH : 21635.88 Disember 2021
17091.88
JUMLAH: 21635.88
16
Bahawasanya akaun PIBG berakhir 31 Disember, 2021 telah disemak dan dipersetujui
Disediakan oleh:
________________
Bendahari PIBG
1)Disemak oleh:
_________________
Juru Audit PIBG(Guru)
2)Disemak oleh:
_________________
Juru Audit PIBG
17
Lampiran A
Laporan Perbelanjaan Kewangan Pibg 1 Januari Sehingga 31 Disember 2021
Bahagian TARIKH PERKARA RM
Program 18.2.2021 Program Tuisyen SPM 2020 Cikgu Sha‟rani 420.00
Jumlah 420.00
575.00
4.2.2021 Kelas Intensif STAM Samawat
Kurikulum 4.2.2021 Banner 35.00
Hal-Hal 14.1.2021 Jumlah 610.00
Lain 14.1.2021 Tanah Merah 1300.00
29.3.2021 Cek
5.4.2021 Peruntukan Makan Calon SPM 0.50
13.4.2021 Banner (Selamat Kembali Ke Sekolah) 182.00
11.5.2021 Saintik Toner Mesin Photostat 216.00
Cek (Persatuan PSS Negeri Perak) 85.00
16.10.2021
23.10.2021 MAT PIBG 0.50
25.11.2021 Pre Ink Stamp
Selenggara Mesin Photostat 1500.00
40.00
190.00
Jumlah 3514.00
18
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
ANALISIS
PENCAPAIAN KEPUTUSAN &
TARGET SPM
(2019 – 2021)
19
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
ANALISA PENCAPAIAN SPM 2019 – 2021
& TARGET 2022 (GPS)
ANALISA PENCAPAIAN SPM 2019- 2021
& TARGET 2022 (% LULUS)
20
USUL DAN CADANGAN IBU BAPA/ WARIS
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022
BIL NAMA IBU BAPA/ WARIS USUL / CADANGAN
1. MOHD FOZI BIN HAMID
Melajukan air di asrama
(AHMAD HASANUDIN/4IM)
1) SAIFUL BIN HASAN Mohon pihak sekolah benarkan
kenderaan waris masuk dalam kawasan
2. (MUHAMAD SYAHMI/1B) asrama ketika menghantar dan
2) ARMIN YUNG ABDULLAH mengambil anak-anak.
(ADAM YUNG / 2N)
3. ABDUL SAMAD Mohon untuk pihak sekolah menyediakan
(NURUL IMAN/1B) kain pasang (batik ) ukuran 5 meter
untuk pelajar perempuan kerana 4 meter
kadang kala tidak mencukupi.
1) SHAMSUL RIZAL
(M. ADAM HARIS/3ZB)
2) MOHD SAIFULNIZAM BT MAT
SAID (PUTERI AINA Waktu outing lebih panjang antara pukul
9 pagi hingga 5 petang kerana waktu
ADRIANA/3ZB)
4. 3) WAN ZAWAWI BIN DERAMAN
(WAN UMI AFIFFAH /3ZB) biasa jam 2.30 petang hingga jam
5.00petang tidak mencukupi.
4) JAMIL BIN GHAZALI
(MUHAMMAD AMIRUL
ASRAF/2D)
5) JOHARI BIN HUSAIN (NUR
SAFFIYAH/2N)
6) SHARIZA BT SHARUDDIN (NUR
AIMI FATIHAH/ 2N)
7) ARMIN YUNG ABDULLAH
(ADAM YUNG / 2N)
8) MOHAMAD DZAHAR DAUD
(MASTURA/ 2D)
5. ARMIN YUNG ABDULLAH Membenarkan pelajar membawa
(ADAM YUNG / 2N) handfone dan digunakan hanya untuk
waktu yang dibenarkan sahaja.
6. 1) SITI ROKIAH BT SAAD Menyediakan penapis air percuma
(WARDINA BT WAHAB /3ZB)
2) SUZANA BT NORDIN coway/cocco di asrama
(MOHD NABIL WAFIQ / 3ZB)
3) MOHD ZAIDI BIN MOHD ZAIDI
(MUHAMMAD ZAFRI/3ZB)
4) LIZA BT ISHAK
(MUHAMAD AFIQ DANIAL /2N)
5) SUHAINI BT OMAR
(MUHAMMAD AZIM / 2N)
21
7. WAN ZAWAWI BIN DERAMAN Mesyuarat yang melibatkan ibu bapa
(WAN UMI AFIFFAH /3ZB) /waris diadakan pada hari sabtu (cuti)
agar lebih ramai ibu bapa /waris
8. berpeluang untuk hadir
ZAKARIA BIN BISRI (MUHAMMAD
ZAFIRUL NIZAR/ 1MUSLIM) 1) Perbaiki penutup tingkap asrama
kerana banyak sudah koyak
SITI SHAMSIAH BT ABD SHUKUR /habuk masuk.
9. (FAIZ SHAHMI/ 2D)
10. JUNAIDAH BT DABAR 2) Serika baju tidak mencukupi
dengan jumlah bilangan pelajar
(NUR NAJWA ISHAK /2D) mengikut dorm.
11. SHARIZA BT SHARUDDIN
3) Bilik arama panas kerana kipas
(NUR AIMI FATIHAH/ 2N) jauh dari katil
Sekiranya cuti sekolah seminggu barang-
barang asrama tidak perlu dibawa balik
semua. Mohon kebenaran simpan dalam
loker
Mengadakan tuisyen
Memastikan telefon awam sentiasa
berada dalam keadaan yang baik untuk
memudahkan pelajar asrama
menggunakannya.
22